Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BENDUL

71500 TANJUNG IPOH,


NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS SEKOLAH

PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH :21 MAC 2019

HARI : KHAMIS

MASA :8.00 pagi - 12.00 tengahari

1.0 PENGENALAN

Kekaburan peranan dan tanggungjawab pemimpin kecil di sekolah seperti


pengawas sekolah menyebabkan tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan
dengan amanah dan tepat. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab badan
kepimpinan melalui kerjasama unit kokurikulum, unit HEM (Badan Pengawas
sekolah) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengadakan satu program
bagi membawa mereka memahami tanggungjawab sebenar dalam jawatan
pengawas di samping membina jati diri setiap murid.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan :

 Bertujuan untuk menjadikan panduan kepada pengawas sekolah untuk


bertugas dengan lebih sistematik.

 Menjadikan pengawas menjalankan tugasan dengan lebih sistematik dan


bersemangat dalam menjalankan tugas.

 Memahami tugasan dan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh


pengawas sekolah.
3.0 OBJEKTIF

2.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.


2.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
2.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
2.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
2.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-murid
lain.
2.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi
merealisasikan misi dan visi organisasi.

4.0 SASARAN

Semua pemimpin cilik seramai 11 orang .

5.0 MOTTO

“Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol”

6.0 TENTATIF PROGRAM :

MASA AKTIVITI

7.50 pagi Berkumpul di Bilik Mesyuarat

Ucapan Aluan Guru Besar

Ucapan Aluan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

8.00 pagi Tugas dan tanggungjawab Pengawas Sekolah

Tatacara Pengawasan Pagar


Tatacara Pengurusan Perhimpunan

9.45 - 10.05 REHAT

10.05 pagi Tatacara Pengawasan Kantin

Tatacara Pengurusan

Pengagihan Tugasan Tahunan

Penyampaian Sijil Tamat Kursus

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1 Perbincangan dengan pentadbir


3.2 Membuat kertas kerja
3.3 Membentuk ajk
3.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama Jawatankuasa Kerja
3.5 Perjumpaan bersama murid.

8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT BILANGAN UNIT JUMLAH

1. Set alat tulis RM 5.00 11 RM 55.00

(Pensil dan buku nota)

2. Hadiahpeserta RM 2.00 11 RM 22.00

Jumlahkeseluruhan RM77.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

 PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling


 PCG Kokrikulum - Sahsiah

10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA


JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Mazlan bin Karim


(Guru Besar SK Ulu Bendul)
Timbalan Pengerusi : Pn. Zulila binti Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1 : Encik Idzwan Noor bin Shahidan
Penolong Kanan Pentadbiran &Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : Puan Rosmawati binti Harmain
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Puan Norhaiza binti Abd Razak

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Persiapan Tempat & Teknikal : Encik Zulkefli bin Ismail
Buku program : Puan Sumi Akima binti Ismail
Tugas Khas, Cenderamata : Puan Halimah binti Abd Mutalib
& Sijil : Puan Safiah binti Jamal
Pengacara Majlis : Puan Asmah binti Shaharuddin
Pendaftaran : Puan Zuraidah binti Maxtar
Penggambaran : Cik Norhaflida binti Abd Hamid
: Pn. Siti Aisyah binti Itam
Dokumentasi : Pn. Norhaiza binti Abd Razak
Pengisian & Amali : Pn. Norhaiza binti Abd Razak

11.0 MANUAL JAWATANKUASA

AJK Persiapan Tempat & Teknikal


 Menyediakan segala peralatan dan tempat berada yang diperlukan oleh
penceramah untuk kegunaan sepanjang program
 Memastikan dan menyediakan peralatan yang mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan yang baik sebelum digunakan.
AJK Tugas-Tugas Khas, Cenderamata Dan Sijil
 Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan
 Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan
pertandingan yang diadakan
 Menyediakan cenderamata untuk penceramah dan sijil pemimpin muda.
 Menguruskan penempatan pelajar dan fasilitator.

Pengacara Majlis
 Menjadi juru acara semasa slot dan majlis perasmian/ penutup berlangsung.

Pendaftaran
 Menyediakan borang kehadiran
 Mencatat/ mengambil kehadiran murid
 Melaporkan kehadiran murid kepada setiausaha

Penggambaran
 Merakam aktivti sepanjang program
 Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi untuk laporan

Dokumentasi
 Mengumpul bahan
 Membuat laporan lengkap

Buku Program

 Menyediakan buku atau pemplet yang berkaitan dengan program yang akan
dijalankan.

 Memasukkan maklumat ringkas berkaitan perjalanan program.

15.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih
baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala
program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan
serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan pemimpin cilik. Akhir kata, kami
merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL”

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

(NORHAIZA BINTI ABD RAZAK)


Setiausaha,
Kursus Kepimpinan
Pengawas Sekolah,
SK. ULU BENDUL

Anda mungkin juga menyukai