Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT SMK DATO PENGGAWA

TIMUR 1440H/2019M

Masa Aturcara Perkara Catatan


Kata alu Selamat datang pemanis kata,
aluan Lafaz Bismillah kalimah mulia,
pengerusi Tuan diundang merai bersama,
majlis Bertambah seri itulah hendaknya.

Bismillahirrahmanirrahim,,,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Dimulakan majlis dengan nama Allah Yang Maha Mulia,


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan segala pujian kepada Allah Rabbul Izzati,
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi .
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW
dan kaum keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Yang Berusaha Cikgu Mohd Zulyadain bin Hj. Idris


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati En. Ahmad Shafiq bin Md Amin


Pengurus SARWA Akademi & Studio

Yang Dihormati Ust. Othman Ariffin Bin Hishamuddin


Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH

Yang Dihormati En. Fadli Lee B. Abdullah


Yang Dipertua PIBG SMK Dato Penggawa Timur

Yang Dihormati En. Reza Bin Abd. Malik


Naib Yang Dipertua PIBG SMK Dato Penggawa Timur

Para barisan pentadbir sekolah,


Seterusnya dif-dif kehormat, guru-guru, pelajar-pelajar, para
ibu bapa, hadirin dan hadirat sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah inayah-
Nya dapat kita berkumpul di Laman Bestari ini untuk bersama-
sama mengimarahkan Majlis Sambutan Maulidur rasul SAW
peringkat SMK Dato Penggawa Timur bagi tahun
1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi.

Setingi-tinggi penghargaan kepada semua jemputan kerana sudi


meluangkan masa melapangkan minda untuk hadir ke
majlis ini. Semoga majlis pada pagi yang indah permai ini
akan berlangsung dengan jayanya
Di Tanah Arab gurun melata,
Masyhurnya Makkah dengan kabilahnya,
12 Rabiulawal lahirnya putera, Menjadi sanjungan serata dunia.

Sudah sahih dan jelas bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad


itu nabi terawal dan terakhir yang merupakan satu anugerah
dan kurniaan Yang Maha Agung kepada umat manusia untuk
menyuluh kegelapan hidup, melorongkan ke arah
kebenaran serta mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.
Baginda penghulu segala rasul, pembawa rahmat sekalian alam.
Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 107 yang
membawa maksud “ Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu
(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam”.
Begitulah hebat dan tingginya martabat Kekasih Allah ini.

Para Hadirin dimuliakan,


Sehubungan dengan itu , pada setiap 12 Rabiulawal
kita mengadakan majlis memperingati kelahiran Nabi
Muhammad SAW ini adalah sebagai tanda kita menzahirkan
rasa kasih dan sayang serta sanjungan kita yang tidak
bertepi terhadap Baginda SAW. Semoga sambutan
Maulidurasul pada hari ini yang bertemakan Menyantuni
Ummah Membawa Rahmah akan membugarkan kembali
ingatan kita semua tentang perjuangan Rasulullah dalam
menyebarkan syiar Islam.
Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis pada malam yang penuh barakah


ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-Fadhil
_______________________________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim majlis
mempersilakan.
*****
Amin amin amin Ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan
kepada Al Fadhil Ustaz ______________________ atas bacaan
doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau , majlis kita
akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menghangatkan kecintaan kita kepada baginda SWA,


marilah kita bersama-sama menikmati halwa telinga dan
menghayati slot Zikir Dikir yang dipengerusikan oleh
Moderator :
En. Ahmad Shafiq bin Md Amin
Pengurus SARWA Akademi & Studio
Penceramah:
Saudara Othman Ariffin Bin Hishamuddin
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH
Persembahan:
Kumpula n Rafiqque dan SARWA
. Majlis mempersilakan,
*****
Begitulah tadi slot Zikir Dikir yang memberi kesan yang
mendalam dalam rangka meningkatkan kecintaan kita kepada
Nabi SAW.
Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para
pemenang. Dengan ini dijemput___________________
_________________________mengiringi Yang Berusaha Cikgu
Mohd Zulyadain bin Hj. Idris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.Penyampaian hadiah di mulakan dengan
pertandingan_______________________________.

Pemenang tempat pertama dimenangi oleh kelas


__________________________.
Pemberian Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
cenderamata
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk
memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi
menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah
tahun 1432 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan


________________________________________________,
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Cikgu Mohd
Zulyadain bin Hj. Idris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz


...................... untuk menerima cenderamata penghargaan
dipersilakan
Penutup Demikianlah tadi persembahan terakhir pada malam ini. Majlis
kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
sedikit kesempatan untuk menyampaikan jutaan
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Pada kesempatan ini juga pihak majlis
memohon kemaafan andai ada tersilap kata tersalah bahasa
sepanjang majlis ini berlansung.
Kami akhiri dengan serangkap pantun,,
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Saya Mohammad Jamil bin Mohammad Piah dan


____________________________________________
Sekian,
wabillahitaufikwalhidayah wasalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai