Anda di halaman 1dari 7

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA (ANTALOGI SEJADAH RINDU)

A. SINOPSIS:

- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan
oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah
meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar
menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang
Melaka.

- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga
mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi
menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun
Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai
bentara.

- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa
Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun
Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya
fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu
melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak
setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.

- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak
Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh
membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.

- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu
saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah
dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong
Paduka Raja menjadi Bendahara.

- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan
Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di
Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan
Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk
menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki
perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat
hairan.

- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan
tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka
sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu
mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di
Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk
menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak
bilangannya.

- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat
ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya
mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan
berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab
dengan pelbagai anugerah.

- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda
baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun
Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:

- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.

- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak
mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.

C. PERSOALAN:

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar


menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk
mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya,
perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu
berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.

3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia
dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.

4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi
hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari
Melaka.

5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil
sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani
memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.

6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat
kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Tun Perak:

- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.

- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin
semula.

- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.

- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa


dengan Seri Nara diraja.

2. Sultan Muzaffar Syah:

- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri


Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.

- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan
Tun Kudu.

- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya
memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.

- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah
membunuh Cau Pandan.

E. LATAR:

1. Latar tempat:

- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang
Melaka.

- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi
Dicu.

- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.

- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:

- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.

- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama
42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.

- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara
dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

F. NILAI:

1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam
hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.

2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan
sepasang persalinan.

3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar
Siam.

4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk
menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua
kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.

6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan


Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.

G. PENGAJARAN:

1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ............

2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan.


Contohnya...........

3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ..............

4. Kita mestilah sanggup bekorban demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan


Muzaffar...........

5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya, ...............

6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada
kita. Contohnya, Sultan Muzaffar ..................................
LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN & KESALAHAN
PENGGUNAAN IMBUHAN
(i) Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa
menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.

(ii) Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak
membebankan gulungan berpendapatan rendah.

(iii) Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan
semalam.

(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen
jana kuasa kecil di situ.

(v) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam
beberapa saat sahaja.

(vi) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat
sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

(vii) Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang
alam persekolahan.

(viii) Disamping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan
kesihatan terjamin.

(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian
dibuat.

(x) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber


alam semula jadinya.

(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai
pakar bedah.

(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan
perpaduan belia semalaysia.
(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya
gagal menyiapkan mengikut jadual.

(xiv) Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah
diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

(xv) Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.

(xvi) Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran
hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

(xvii) Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di


pesisiran pantai Malaysia.

(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya


hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah
dikenal pasti oleh maha guru itu.

(xx) Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan
alat hubungan untuk kemudahan manusia sejagat

Anda mungkin juga menyukai