Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafa’kan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan


limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Norisah Binti Mohamed Nor,
Pensyarah Mata pelajaran Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS 3013) di atas kesudian
beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini,
begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk
merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam
bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum saya mengundur diri terimalah
serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”

1
2.0 TEMPOH KERJA KURSUS

Tarikh mula : 27 Julai 2018

Tarikh hantar : 13 Ogos 2018

3.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan konsep pembangunan lestari dengan merujuk dokumen


UNESCO.

2. MENGHUBUNGKAIT KONSEP Pembangunan Lestari dengan Pendidikan


Alam Sekitar bagi memahami konteks sejagat dan global.

3. Menghuraikan penyelesaian isu alam sekitar mengikut kesesuaian sifat lokal


melalui pembentangan dalam kumpulan

4. Melaksanakan tindakan penyelesaian kesan isu alam sekitar setempat


berdasarkan nilai-nilai dan etika profesional dengan menggunakan pelbagai
sumber maklumat

5. Merumuskan secara kritis amalan gaya hidup lestari terbaik untuk kehidupan
seharian

2
4.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS
Objektif kerja kursus ini dijalankan adalah untuk:
1. Membincangkan tentang amalan gaya hidup lestari terbaik melalui penulisan reflektif
secara individu.

3
5.0 SOALAN KERJA KURSUS

TUGASAN 4: Penulisan Reflektif 25%

Anda dikehendaki menulis satu penulisan reflektif tentang amalan gaya hidup lestari terbaik
dalam kehidupan seharian secara individu.

Panjang penulisan reflektif ialah 1500 patah perkataan

4
6.0 PENULISAN REFLEKTIF

KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI

Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan


pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan
secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun
1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun
1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang
mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan
institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di
negara masing-masing.

Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk


menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam
semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai “…
balancing balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural
environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite
future.”

Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk


memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini
iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan
dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan
kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem
semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.

5
Pada era kini, amalan penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak lestari
menyebabkan kuantiti sampah semakin bertambah dan seterusnya mengakibatkan masalah
kekurangan tempat menyimpan dan memproses sampah-sarap. Menurut Ibrahim Ngah
(2009), di dalam konteks pembangunan yang berdasarkan gaya hidup mewah dalam
masyarakat hari ini, pengguna banyak membazir dan telah mencemarkan alam sekitar ini.
Oleh itu, dengan menyedari betapa seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah
mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari. Amalan lestari
adalah amalan menggunakan barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas
supaya mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan
penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak
menggugat keperluan generasi akan datang.

Amalan lestari amat mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-
sumber asli yang lain secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada sumber yang
tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu juga digalakkan. Selain daripada
penggunaan sumber asli dengan berhemat, penggunaan teknologi yang bersih dan mesra
alam juga dapat mencapai kualiti hidup yang tinggi. Masyarakat yang lestari akan wujud
sekiranya pengguna dan pengeluar dapat sama-sama mengamalkannya serta mempengaruhi
kawan-kawan sekeliling turut mengikuti penggunaan lestari. Dengan ini generasi akan datang
mempunyai peluang terus menggunakan keperluan asas dengan mudah. Menurur Laily Paim
(2009) amalan lestari boleh diaplikasikan dengan begitu senang di semua tempat samada di
rumah, di pejabat, di pusat beli-belah atau semasa belajar di sekolah. Kehidupan kita selalu
berkait rapat dengan lestari jika kita lebih prihatin terhadap alam sekitar. Ramai orang kurang
mengaplikasikannya kerana mereka menganggap pengaruh tingkah-laku seseorang itu tidak
besar. Namun pemikiran sedemikian harus diubah kerana pengaruh besar akan dapat
dinampak sekiranya setiap orang juga mengamalkannya.

Perkara yang paling mudah ialah mengamalkan cara hidup lestari dan mengamalkan
konsep 5R iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (kurangkan), Repair, (perbaiki), Reuse (guna
semula), Recycle (kitar semula). Konsep ’rethink’ atau fikir semula bukan hanya terhad
kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk
mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu boleh dikitar semula atau
digunakan semula. Konsep ’R’ kedua adalah ’repair’ atau baik pulih iaitu memeriksa dengan
teliti untuk tujuan membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu supaya barangan tersebut
dapat dilupuskan secara berkesan. Konsep seterusnya ialah ’reduce’ yang bermaksud
mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu,
petroleum dan sabagainya. ’Reuse’ atau guna semula pula bererti menggunakan semula
barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain yang

6
berguna. Kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan
menjadi produk baru. Dengan kitar semula, kita sebenarnya banyak berjasa kepada bumi
kerana sumbangan kita yang kecil ini begitu besar faedahnya kepada bumi. Dengan kitar
semula, kita bukan sahaja menjimatkan kos, malah mengurangkan pembukaan tapak
pelupusan yang baru. Ini kerana buat masa ini, kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin
terhad. Dan lebih membimbangkan lagi, kini timbul pelbagai masalah dan rungutan seperti isu
keselamatan, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan sebagainya.
Dengan kita mengamalkan kitar semula sebagai cara hidup kita kita dapat membina
persekitaran yang lebih bersih dan sihat,mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos,
menjimatkan sumber asli dan tenaga dan memelihara hutan. Semua kepentingan ini
berhubung kait dengan manusia kerana tanpa bumi dimanakah kita akan tinggal.

Selain itu, penjimatan elektrik amat penting kerana penggunaan tenaga yang cekap
boleh memanjangkan hayat penggunaan barangan elektrik serta boleh memelihara alam
sekitar melalui pengurangan Kesan Rumah Hijau” dan pemanasan sejagat. Penggunaan
lestari dapat diamalkan di semua tempat dalam kehidupan seharian. Kertas kitar semula serta
penggunaan kedua-dua belahnya digalakkan supaya dapat mengurangkan bilangan pokok
yang perlu ditebang. Ini adalah kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
batang pokok yang terpaksa ditebang dan diproses. Bagi mereka yang bekerja boleh
mengamalkan amalan lestari dengan berkongsi kenderaan bagi mengurangkan pencemaran
udara, kesesakan jalan raya dan menjimatkan perbelanjaan.

Selain daripada amalan yang disebut di atas, Hasnah Ali (2012) berkata, kita juga
boleh cuba menanam sayur-sayuran secara hidroponik di sekitar kawasan rumah. Cara
penanaman ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas, sayur-sayuran yang ditanam segar,
bebas kimia racun perosak serta sihat dimakan. Sisa-sisa sayuran dan buah-buahan juga
boleh dijadikan sebagai baja organik. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga pada
hujung minggu. Kos perbelanjaan rumah dikurangkan serta hubungan antara ahli keluarga
juga dapat dieratkan melalui amalan lestari ini. Disamping itu, masyarakat dinasihati untuk
membeli produk teknologi yang mesra alam dan diiktiraf serta membeli barangan yang
mempunyai bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula menunjukkan kita bersopan dan
beretika dengan bumi. Dengan kata lain, pengguna lestari perlu memastikan setiap barang
dan perkhidmatan yang dibeli mematuhi konsep mesra alam dari pelbagai sudut, khususnya
dari segi pelepasan karbon. Konsep pembangunan masa depan dijangka lebih fokus kepada
model ekonomi karbon neutral, iaitu penjanaan dan penyerapan karbon dirangka terlebih
dahulu menerusi pelbagai aktiviti pembangunan.

7
Sehubungan itu, dakwaan pengeluar dan penjual menerusi pelbagai promosi dan iklan
semata-mata tentang ciri ”mesra alam” perlu diselidiki kesahihannya. Kadangkala sebagai
pengguna, kita mudah terpengaruh dan akhirnya akur dengan gaya dan model terkini yang
seringkali dipamerkan menerusi media massa. Golongan selebriti pula dipergunakan dengan
penampilan menolok yang menggoda. Kononnya kita perlu berpakaian jenama mahal dan
berkereta canggih untuk tampak bergaya dan berprestij. Kononnya kita juga perlu memakai
barang kemas dari kacamata, pena, jam tangan, cincin, kasut dan beg trend terkini, biarpun
terpaksa berhutang untuk barang bukan keperluan asasi. Begitu juga dengan peralatan,
perkakasan, perabut dan urusan lain dalam kehidupan. Penawaran pasaran menjadi semakin
canggih, beraneka, rencam, menjerat tetapi tampak semakin mesra pelanggan. Dari satu
segi, kerencaman dan kecanggihan itu banyak manfaatnya. Urusan dan cara hidup menjadi
lebih cepat, mudah dan bergaya walaupun mahal dan kadangkala membingungkan. Dari
perspektif ekonomi, keadaan ini dianggap baik dan membantu ke arah merangsang
pertumbuhan ekonomi. Kononnnya, kepenggunaan sedemikian menyumbang ke arah
peningkatan gaya hidup lebih ”kompetitif”. Tandanya masyarakat semakin ”makmur”, ”maju”
dan ”mewah”. Persoalannya, apakah gaya hidup sedemikian mencerminkan kesederhanaan
dan kelestarian?

Gaya hidup lestari mestilah berasaskan prinsip pengurusan lestari alam sekitar supaya
pengguna membeli mengikut keperluan dan tidak berlebihan. Ini penting kerana penghasilan
semua barang atau perkhidmatan memerlukan sumber asli yang semakin sedikit iaitu bahan
mentah, galian, air, bahan api fosil, pokok dan sebagainya. Selain itu, semua proses dalam
kitar hayat sesuatu barang menghasilkan karbon yang tidak sedikit daripada penjanaan
sumber asli, pemprosesan, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan. Konsep
kepenggunaan lestari mengajar kita untuk lebih prihatin, saintifik dan cuba memahami
falsafah dan menghayati cara hidup hakiki. Kita juga perlu lebih banyak berfikir dan tidak
terikut-ikut dengan trend semasa. Tiba masanya bagi kita sebagai penghuni planet bumi
mengubah sikap yang tidak berhemah dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar
supaya alam sekitar yang dinikmati oleh masyarakat sekarang ini dapat diwarisi kepada
generasi akan datang. Di samping itu, amalan lestari ini akan dapat membentuk sebuah
masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar dan hidupan lain seterusnya memberi
kualiti hidup yang lebih tinggi dan selesa kepada semua golongan dalam masyarakat ini.

Kesimpulannya, semua pihak berperanan sama dalam soal ini seperti pihak kerajaan,
pihak industri dan peranan pengguna.Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran
mengenai alam sekitar seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam
sekitar, gotong-royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul
adalah segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar

8
telinga kiri masyarakat. Seharusnya masyakat bersama-sama berganding bahu menjadikan
alam semulajadi ini sebagai satu medan untuk dilestarikan. Masyarakat sememangnya
mengerti kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini, tetapi gerak kerja
untuk memurnikannya masih kurang. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semula jadi
yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di “recycle” atau dikitar semula, tetapi
ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di
atas muka bumi ini dengan sikap kebertanggungjawaban, jadi masyarakat haruslah
memainkan peranan untuk melestarikan alam ini agar ianya harmoni, aman dan makmur.

9
7.0 BIBLIOGRAFI

Bernama. 2006. Kekangan punca PBT tidak berkesan menguruskan alam sekitar. [Cited 22
November 2015]. Available from

Ibrahim Ngah (2009) Ke Arah Pembentukan Komuniti Lestari. In: Yahaya Ibrahim (eds)
Komuniti, Pembangunan &Transformasi, pp. 267-274. UniversitiKebangsaan
Malaysia, Bangi.

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & SarifahYaacob (2012)
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal kearah kelestarian komuniti: Kes
isirumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. GEOGRAFIA Malaysia Journal of
Society and Space 8(54): 64-75.

Jabatan Alam Sekitar (2004) Asas Pembentukan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.
Putrajaya.

Katiman Rostam & Asmah Ahmad (2006) Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Laily Paim (2009) Penggunaan Lestari: Bagaimana? In: Laily Hj. Paim, Aini Mat Said &
Sharifah Azizah Haron (eds) Penggunaan Lestari Antara Realiti dan Cabaran, pp. 130-
150. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Ruhizan Mohamad Yasin & Norzaini Azman (2005) Kelestarian pendidikan menerusi program
pendidikan guru di Fakulti Pendidikan UKM. Prosiding Seminar Pendidikan Pendidikan
untuk Pembangunan Lestari, pp. 761-764.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Wahida Ayob& Hamidi Ismail (2004) Pembangunan Mapan:
Tuntutan Alam dan Kepentingan Manusia. In: Dani Salleh (eds)Pembangunan
Komuniti: Dasar, Konsep, StrategidanIsu di Malaysia, pp. 225-236. Universiti Utara
Malaysia, Sintok.

10
11