Anda di halaman 1dari 14

SULIT

Kod Kertas: 900/1

UNIT PENGAJIAN AM DAERAH MUAR


PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2018

PENGAJIAN AM 1(900/1)
(PENGGAL 1)

SKEMA PEMARKAHAN DAN


SKEMA JAWAPAN

PERINGATAN:
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan
kepada pihak yang tidak berkenaan

__________________________________________________________________________________

Skema ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.


@ Hak Cipta Unit Pengajian Am Daerah Muar

1 SULIT
SULIT

Bahagian A [15 markah]

1. B 6. B 11. B
2. D 7. C 12. D
3. A 8. C 13. C
4. B 9. B 14. A
5. D 10. A 15. C

Bahagian B

Soalan Struktur

Bahagian ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
Markah bagi setiap soalan antara 3 hingga 4 markah.

Markah penuh : 15 markah

Kriteria markah Catatan


Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran berfikir Aras
Rendah ( LOTS)

Isi betul 1
+ Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras
Huraian betul 1 Tinggi (HOTS)

Nota:

1. Jika calon memberi dua jawapan dalam setiap jawapan (seperti adanya kata hubung
‘dan’ atau perkataan lain yang membawa erti adanya dua jawapan ), maka jawapan
calon yang pertama sahaja yang akan diperiksa dan diberi markah jika betul.
2. Jika soalan menentukan bilangan jawapan, tetapi calon menambah bilangan jawapan,
maka jawapan yang selebihnya tidak akan diperiksa.
3. Terminologi seperti nama organisasi, jika ditulis dalam bentuk singkatan boleh
diterima sebagai jawapan. Contoh ASEAN, APEC dan sebagainya.
4. Terminologi yang telah diterima pakai umum seperti K-ekonomi atau e-dagang tidak
perlu diberikan maksudnya dalam jawapan calon.

2 SULIT
SULIT

Bahagian C

Karangan

Markah penuh: 25 markah

A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Isi dan Idea (I) 5 markah


2. Hujah (H) 15 markah
3. Kemahiran Kebahasaan (B) 4 markah
4. Format 1 markah
25 markah

Catatan:

(i) Pembahagian markah untuk isi dan Idea (I):

Baik : 4-5 markah


Sederhana : 3 markah
Lemah : 1-2 markah

(ii) Pembahagian markah untuk Huraian (H):

Baik : 12 – 15 markah
Sederhana : 7 – 11 markah
Lemah : 1 – 6 markah

(iii) Pembahagian Markah untuk kebahasaan(B):

Baik : 4 markah
Sederhana : 2-3 markah
Lemah : 1 markah

(iv) Pembahagian markah untuk Format (F) :

Memenuhi format : 1 markah


Penulisan (Pengenalan,
Isi dan penutup)
Tidak memenuhi : 0 markah
format

3 SULIT
SULIT

B. Cara Pemberian Markah

1. Pemarkahan bahasa (4)

1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan
struktur ayat potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan yang
terdapat di dalamnya tidak diambilkira.

1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah , demikian juga ejaan
yang sejenis.

Contoh ejaan yang sejenis:


Batuk, patuk – dikira sejenis
Suluh, buluh - dikira sejenis

1.3 Markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri
daripada satu ayat bagi setiap perenggan

1.4 Kepanjangan karangan

1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 400 patah perkataan. Karangan yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

1.4.2 markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan


adalah seperti berikut:

Lebih daripada 250 patah perkataan : 4 markah


151 hingga 250 patah perkataan : 3 markah
101 hingga 150 patah perkataan : 2 markah
Kurang daripada 100 perkataan : 1 markah

1.5 Mencatat kesalahan bahasa dan markah

1.5.1 Catat kesalahan bahasa di ruang kiri skrip jawapan. Setiap kesalahan
dicatat dengan angka 1.
1.5.2 Kesalahan struktur ayat ditandai dengan cara : ( ) – ditandai S
diruang kiri skrip jawapan
1.5.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca
ditandai dengan cara:

Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara:

1.5.4 Tidak relevan (TR) dan Tidak Jelas (TJ)

2. Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk beri markah 1 ( 1/25)

3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang berulang-ulang.

4 SULIT
SULIT

4. Adakalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah
menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butiran-butir yang
jitu. Oleh sebab itu anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh
daripadanya menyeleweng supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Anda juga akan
bertemu dengan karangan yang pada mulanya menjawab dengan jitu tetapi kemudiannya
menyeleweng daripada tajuk. Dalam hal ini, berilah markah kepada jitu sahaja.

5. Calon layak diberi markah impak/persembahan (1markah) jika jawapannya sempurna dari
segi format penulisan karangan, iaitu ada bahagian pengenalan, isi dan penutup.

6. Mencatat pemberian markah karangan.

6.1 Catat markah pada ruang kanan skrip. Jumlah markah akhir setiap jawapan perlu
diletakkan dalam bulatan

6.2 Tanda I – Idea, H – Huraian, B – Bahasa, F – Format

6.3 Nyatakan di bahagian akhir karangan sekiranya karangan itu menyeleweng.

PERINGATAN:

Calon dikehendaki menjawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Sekiranya
calon menjawab ketiga-tiga soalan, hanya semak dua soalan yang mula-mula dijawab
oleh calon sahaja yang perlu disemak oleh pemeriksa.

5 SULIT
SULIT

Bahagian B [15 markah]

16. Nyatakan tiga sebab penubuhan Malaysia. [3]

Bil Idea
1. (Mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei) yang
masih dijajah pihak British.
2. Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera./ antara kaum
3. (Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota.)

4. (Menyekat pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak)

17.

Undang-undang pelaburan asing


Bentuk sumpah dan ikrar
Cara Pindaan
Persempadanan kawasan pilihan raya Perlembagaan Persekutuan:
Kepentingan sah kaum-kaum lain Majoriti Mudah

Tujuan menyamakan undang-undang


antara dua buah negeri atau lebih
Pelaksanaan triti, perjanjian atau konvensyen antara
persekutuan dengan negara lain

Senaraikan empat perkara yang boleh dipinda di bawah cara pindaan Perlembagaan Persekutuan
Majoriti Mudah Ahli Hadir. [4]
Bil Idea
1. Bentuk sumpah dan ikrar

2. Persempadanan kawasan pilihan raya

3. Tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih

4. Pelaksanaan triti, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan negara lain

18. Terangkan empat tugas Perbendaharaan [4]


Bil Idea
1. Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara.

2. Menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa

3. Mendapatkan sumber kewangan negara

6 SULIT
SULIT

4. Mengagihkan kewangan kepada agensi kerjaan

5. Merumus dan melaksakanan dasar cukai

6. Menyelia dan mengatur industri insuran

7. Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip, dan tatacara sistem pengurusan kewangan
dan perakaunan untuk dilaksankan oleh semua agensi kerajaan
8. Menyediakan, memantau perlaksanaan belanjawan tahunan
9. Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik menteri kewangan yang
Diperbadankan

19. Huraikan dua kepentingan Tadbir Urus. [4]

Bil Idea Huraian


1 Memperkasa daya saing  Meningkatkan kompetensi negara di
negara/memajukan ekonomi peringkat antarabangsa
 Menaikkan nama negara peringkat
antarabangsa
2. Melahirkan modal insan berkualiti  Tenaga kerja yang berkualiti dihasilkan
 Tenaga kerja yang menitikberatkan
integriti dapat dilahirkan.
3. Menerajui transformasi  Menggalakkan pembaharuan dalam
perkhidmatan perkhidmatan
 Menjadikan perkhidmatan awam lebih
dinamik
4. Memenuhi ekspektasi stakeholder  Memenuhi harapan/kepercayaan pihak
dan pelanggan berkepentingan
 Menggalakkan pelaburan asing yang
banyak
5. Mengekalkan profesionalisme  Meningkatkan etika kerja dalam
dalam perkhidmatan perkhidmatan
 Menekankan budaya kerja profesional
dalam perkhidmatan

7 SULIT
SULIT

Bahagian C (50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

20 Tanggungjawab mewujudkan perkhidmatan awam yang berintegriti bukan hanya


perlu digalas oleh ketua jabatan sesebuah organisasi, bahkan membabitkan pelbagai pihak
lain. Bincangkan.

Pendahuluan
Kecemerlangan perkhidmatan awam bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja,
tetapi juga melibatkan aspek perkhidmatan yang bersih dan berintegriti. Oleh itu, tanggungjawab
mewujudkan perkhidmatan awam yang berintegriti memerlukan penglibatan pelbagai pihak.

Isi/Idea
Bil Idea Huraian
Pihak
1. Ketua jabatan organisasi  Pemimpin organisasi perkhidmatan awam perlu
perkhidmatan awam (idea menjadi contoh terbaik kepada semua kakitangan
wajib) dalam pengamalan prinsip integriti
 Membudayakan amalan integriti dan anti rasuah
dalam kalangan anggota perkhidmatannya
 Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku
integriti dan memastikan tindakan susulan
sewajarnya diambil
 Melaporkan perbuatan tidak berintegriti kepada
agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

2. Anggota perkhidmatan awam/  Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni,


Kakitangan awam/ kerajaan menjaga kerahsiaan organisasi dan bersifat telus
Pegawai awam / kerajaan semasa menjalankan tugas
 Berani mempersoalkan atau melaporkan perkara
yang menyalahi undang-undang
 Berusaha mencegah dan mnegelak perbuatan
menyalahi prinsip integriti
 Sekiranya berlaku konflik kepentingan, keutamaan
diberikan kepada kepentingan awam berbanding
kepentingan peribadi

3. Stake holders  Memberi sokongan padu dan kerjasama terhadap


(pihak berkepentingan) terhadap organisasi untuk memantapkan
pengamalan integriti
 Menyediakan ruang perkongsian pengalaman,
pengetahuan dan amalan terbaik untuk
mengukuhkan integriti dalam organisasi
 Meningkatkan inisiatif sedia ada organisasi bagi
mengatasi perbuatan yang melanggar integriti

8 SULIT
SULIT

4 Kerajaan  Menggubal/membentuk/mewujudkan pelbagai


dasar, polisi dan program secara berterusan bagi
* Peranan kerajaan X memastikan anggota perkhidmatan awam
mengamalkan dan menghayati nilai murni semasa
bertugas
 Bersikap tegas dalam mengenakan hukuman
terhadap anggota perkhidmatan awam yang
terlibat dalam perbuatan tidak berintegriti
 Mewujudkan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus,
Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan
integriti dan tadbir urus baik

5. Agensi Penguatkuasa  Agensi penguatkuasa menjalankan tugas dengan


telus dan amanah tanpa memilih bulu
 Menjauhi perbuatan menerima suapan untuk
melepaskan pihak yang bersalah
 Menyelesaikan kes penyelewengan kuasa dan
rasuah dengan segera
 Mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa
untuk menangani perbuatan salah laku

6. Masyarakat  Mempunyai kesedaran tentang bahaya jenayah


rasuah dan kesannya terhadap negara
 Membantu usaha kerajaan untuk membanteras
perbuatan menyalahi prinsip integriti
 Berani tampil untuk memberi maklumat dan
membuat aduan kepada pihak berwajib tentang
anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam
salah laku integriti

7. Swasta  Memainkan peranan bagi mewujudkan


persekitaran yang bersih daripada aktiviti rasuah
* NGO X dan penyelewengan.
 Menyokong usaha organisasi awam untuk
meningkatkan integriti
 Melibatkan diri dalam program pendidikan
pencegahan rasuah dan meningkatkan tahap
integriti

Penutup

Perkhidmatan awam adalah dituntut supaya mengutamakan integriti dalam setiap tindakan
yang dilakukan. Melalui pengamalan integriti, konflik kepentingan dalam sektor awam dapat
diatasi, kuasa diagihkan secara berkesan dan pelbagai manfaat dapat dinikmati bersama.

Formasi
5+0 (1+4)

9 SULIT
SULIT

21 Sikap manusia bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan jenayah siber semakin
sukar untuk dibanteras. Usaha yang tertentu perlu dilaksanakan untuk mengatasi jenayah
ini. Bincangkan.

Pendahuluan

Jenayah siber semakin berleluasa pada masa sekarang sehingga sukar untuk dibanteras.
Usaha tertentu perlu dilaksanakan untuk menagani jenayah ini.

Isi/Idea
Bil Isi/Idea Huraian
Punca
1. Sikap manusia (wajib)  Berkelakuan negatif dan mencuba-cuba ilmu
komputer yang dipelajari
 Menipu untuk mendapatkan keuntungan secara
mudah khususnya bagi peniaga atas talian
 Mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan
perkara yang tular
 Kurang kesedaran sivik tentang kesalahan yang
mereka lakukan
2. Penjenayah sukar dikenal pasti  Identiti terlindung dan boleh dipalsukan
 Kaedah menyamar membolehkan seseorang
bertindak diluar jangkaan
 Bukti susah untuk dikumpul bagi sebarang
tuduhan dan pendakwaan
3. Pertambahan penggunaan internet  Pertambahan penggunaan internet di Malaysia
yang melebihi hampir 8 juta orang dalam tempoh
tersebut menyebabkan pertambahan kepada kes
jenayah siber yang berlaku
 Bilangan pengguna internet semakin meningkat
 Kebolehcapaian internet yang semakin tinggi
4. Kekurangan kawalan forensik  Malaysia masih kekurangan pakar forensik
komputer komputer termasuk pihak polis sendiri sedangkan
penjenayah siber pula kian ramai dan mahir
menggunakan teknologi canggih
5. Kepentingan ekonomi  Jaminan tiada penapisan internet (Bill Of
Guarantees) oleh Malaysia bagi membuka pintu
pelabur luar melabur dalam bidang teknologi.
 Pengguna bebas mengakses internet yang
membolehkan penjenayah terdorong melakukan
jenayah siber
 Pengguna yang tidak bertanggungjawab bertindak
mengambil kesempatan
6. Kelonggaran kuat kuasa undang-  Kekurangan tenaga dan kepakaran penguatkuasa
undang menyebabkan pesalah tidak dapat dihadapkan ke
mahkamah
 Tempoh siasatan yang lama, kes pendakwaan
tertangguh

10 SULIT
SULIT

 Akta yang sedia ada tidak dapat menangani


jenayah siber kerana teknologi pengkomputeran
yang terlalu pantas
Usaha  Pihak berkuasa membuat pemantauan di alam
7. Pemantauan yang berkesan siber agar golongan tidak bertanggungjawab
dapat dikesan
 Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM), Cyber Security Malaysia
dan Cyber Crime Bukit Aman.
 Usaha dapat membendung trend ugutan berbaur
ancaman
8. Memperkasakan penguatkuasaan  Melatih kakitangan untuk meningkatkan
kemahiran mereka dalam bidang forensik
komputer
 Forensik komputer digunakan dalam penyiasatan
dan analisis mendapatkan bukti kukuh yang
dilaksanakan penjenayah
 Bukti yang diperoleh pihak berkuasa dapat
digunakan untuk mendakwa mereka yang terlibat
9. Mengadakan kerjasama antara  Hubungan diplomatik yang baik membolehkan
negara perkongsian maklumat dan keselamatan
 Kerjasama dengan negara maju seperti Amerika
Syarikat dan Britain
 Perkongsian kepakaran bidang siber dan
komputer
 Membentuk unit pencegahan jenayah siber
10. Memberikan kesedaran / Kempen  Menerapkan pengetahuan tentang jenayah siber
kesedaran melalui penerapan awal sejak dibangku sekolah
 Penerapan melalui media massa dan media
elektronik
 Memberi maklumat cara-cara mengelak menjadi
mangsa jenayah siber
 Memberi pendidikan

Kesimpulan

Gejala ini perlu dibanteras kerana penyebaran maklumat tidak tepat akan menimbulkan kesan negatif
kepada kestabilan serantau dan global.

Formasi
1+2+2/ 1+1+3

11 SULIT
SULIT

22 Meskipun banyak usaha telah dibuat untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini,
namun terdapat pelbagai cabaran perlu dihadapi. Jelaskan.

Pendahuluan
Perpaduan merupakan tunjang pembangunan negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk
memantapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Isi/Idea
Bil Isi/Idea Huraian
Usaha Mewujudkan
Perpaduan:
1. Pendidikan  Sekolah dan institusi pendidikan berperanan melahirkan
masyarakat bersatu-padu
 Menggunakan kurikulum yang sama
 Menerapkan unsur perpaduan dalam pendidikan moral
dan sivik
 Sukatan pelajaran yang menyemai semangat patriotisme
 Persamaan dalam sistem pendidikan Negara dapat
mempercepatkan lagi perpaduan.
 Konsep sekolah satu aliran di sekolah rendah dilihat
sebagai reformasi pendidikan dalam menjayakan
perpaduan
2. Dasar-dasar Kerajaan  Perlaksanaan dasar kerajaan yang menggalakkan
perpaduan
 Perpaduan akan menjadi kenyataan sekiranya prinsip
Rukun Negara menjadi pegangan hidup
 Melalui dasar pendidikan, semua sekolah di Malaysia
menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum
yang sama, peperiksaan yang seragam dan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan
3. Sukan  Penglibatan dalam sukan menjalin perpaduan antara
kaum.
 Dapat memupuk nilai-nilai positif
 Semangat bekerjasama dan bertoleransi tanpa mengira
kaum
4. Toleransi budaya dan agama  Negara yang mempunyai masyarakat majmuk, perlu
ditekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat
iaitu seseuatu kaum menerima kaunikan budaya dan
agama kaum yang lain
 Memberi ruang kepada semua kaum untuk
mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa
gangguan atau campurtangan pihak lain contoh
perayaan Thaipusam
 Sebarang masalah yang wujud diselesaikan secara bijak
dan toleransi agar perpaduan terpelihara

12 SULIT
SULIT

5. Keadilan politik, ekonomi dan  Pemimpin yang memerintah hendaklah mewakili semua
sosial kaum dan bukan tertumpu hanya satu kaum
sahaja.Contoh gabungan Barisan Nasional yang
merangkumi UMNO (Melayu dan bumiputera), MCA
(Cina) dan MIC (India)
 Pengagihan kekayaan sama rata dan adil
 Menghapuskan pengenalan kaum mengikut aktiviti
ekonomi
 Pemupukan budaya antara kaum
6. Kempen perpaduan/kesedaran  Untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
perpaduan
 Media massa menyiarkan rancangan yang menekankan
kepentingan perpaduan
7. Aktiviti kemasyarakatan /  Setiap anggota msyarakat digalakkan menyertai
komuniti program anjuran pelbagai pihak
 Anggota masyarakat dapat saling berinteraksi dengan
peserta pelbagai kaum
 Saling menghormati dan memahami erti perpaduan
Cabaran
8. Kewujudan sekolah jenis  Sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa ibunda
kebangsaan (Vernakular) masing-masing dan kebanyakan sekolah jenis ini
menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum
yang sama dalam satu sekolah
 Sistem pendidikan persekolahan yang berasingan
mengikut kaum menjurus kea rah semangat perkauman
menebal
9. Sikap perkauman yang  Kecenderungan masyarakat Malaysia menduduki
menebal sesuatu kawasan berdasarkan kaum.
 Contoh di Kuala Lumpur Pudu-kawasan Cina,
Brickfields – India dan Kampung Baru - Melayu
 Masyarakat sesuatu kaum tidak terdedah dengan adat-
adat dan cara hidup etnik lain.
 Perbezaan kebudayaan yang meliputi agama,
kepercayaan, adat resam dan cara hidup menghalang
kepada perpaduan
 Sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya
mereka kerana mereka tidak dapat menerima amalan
dan kepercayaan kaum yang berbeza dengan cara hidup
mereka
10. Provokasi dari media massa  Setiap kaum didapati lebih menggemari rancangan atau
program televisyen dan radio yang menggunakan
bahasa ibunda masing-masing
 Permintaan akhbar juga mengikut komposisi penduduk
 Terdapat akhbar yang memainkan isu perkauman
 Hal ini akan menyinggung perasaan orang yang berbeza
kaum.

13 SULIT
SULIT

11. Politik berasaskan kaum  Parti politik di Malaysia kebanyakan dianggotai oleh
satu kaum sahaja
 Setiap parti bebas menyuarakan pendapat, isi hati dan
pelbagai tuntutan berteraskan kepentingan kaum
masing-masing.
 Semangat perpaduan dan integrasi diketepikan
menyebabkan semangat perkauman semakin kuat
 Dikeruhkan lagi dengan kumpulan-kumpulan yang
ekstrem memperjuangkan tuntutan dan kepentingan
kaum mereka tanpa menghiraukan sensitiviti kaum yang
lain.
 Hal ini akan menggalakkan kaum lain juga menuntut
demi perlindungan kaum mereka sehingga mencetuskan
perbalahan kaum

Kesimpulan
Perpaduan penting untuk memajukan negara setaraf dengan negara maju yang lain.
Formasi
2+3/3+2

14 SULIT