Anda di halaman 1dari 3

EDUP 3043 | NURPUTERI JOHARI

Kena ikut
MERANCANG peraturan!!!

GURU MURID
MENJALIN
HUBUNGAN
Kepentingan Menjalinkan Hubungan Guru-Murid :- GURU-MURID MENGELOLA
 Membentuk suasana gembira dan menyeronokkan di dalam PENGURUSAN
bilik darjah.
 Rutin dan peraturan di dalam bilik darjah lebih telus dan BILIK DARJAH
berkesan.
 Memberikan impak positif terhadap pencapaian akademik
murid dan konsep kendiri murid dan guru (Good & Brophy,
2002).
 Guru dapat mengenali latar belakang murid dan dapat
membantu dalam menyelesaikan masalah yang murid MEMBUAT
MENGAWAL
hadapi. REFLEKSI
 Wujud kerjasama antara guru dan murid sepanjang aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung.
 Kawalan disiplin murid lebih mudah.
 Motivasi intrinsik murid dan guru meningkat dan
menyumbang kepada peningkatan prestasi kedua-duanya.
Rajah 1
 Murid mudah meluahkan masalah dan pendapat tentang
pembelajaran kepada gurunya.

1
EDUP 3043 | NURPUTERI JOHARI

KEPENTINGAN HUBUNGAN GURU-MURID DAN KEMAHIRAN MENGURUSKN BILIK


DARJAH
Menurut Muhamad Suhaimi Taat (2012), tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses
pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah
semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat
dan positif untuk menggalakkan pembelajaran. Bertitik tolak daripada itu, pelaksanaan tugas
seorang guru bagi mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif akan menjadi lebih mudah
sekiranya hubungan yang positif terjalin antara guru dan juga murid.

Hubungan antara guru dan juga murid adalah sangat penting lantaran kedua-dua
pihak ini duduk di dalam satu bilik darjah yang sama dan berkongsi matlamat PdP yang sama
(Muhamad Suhaimi Taat, 2012). Oleh itu, sebelum kita mengorak langkah dengan lebih jauh,
kita perlulah memahami definisi bagi hubungan antara guru dan juga murid. Hubungan guru-
murid dapat ditakrifkan sebagai hubungan komunikasi yang baik antara guru dan juga murid
sepanjang proses PdP berlangsung. Penulisan kali ini akan mengupas kepentingan
menjalinkan hubungan positif guru-murid berdasarkan Rajah 1.

Menurut Good dan Brophy (2002) (di dalam Azilah Abd Rahman, 2010), guru yang
dihormati dan mesra murid dapat bekerjasama dengan murid dalam menjayakan aktiviti PdP
di dalam bilik darjah. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Rodiah
(2008) yang mana kajian tersebut telah mendapati bahawa kewujudan hubungan yang
signifikan antara komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh murid dan juga amalan
pengajaran guru dalam matapelajaran bahasa Malaysia telah menghasilkan perjalanan PdP
yang efektif dan juga berkesan sekaligus hal ini menunjukkan akan betapa pentingnya
penjalinan hubungan postif guru-murid dalam memastikan kelancaran proses PdP yang
berlangsung.

Kerjasama yang diperolehi hasil daripada terjalinnya hubungan yang positif antara
guru dan juga murid ini secara tidak langsung dapat membentuk suasana gembira dan
menyeronokkan di dalam bilik darjah. Malah, guru juga dapat menjalankan rutin dan juga
peraturan di dalam bilik darjah dengan leih telus dan juga berkesan lantaran semua murid
memberikan kerjasama dan patuh dengan setiap arahan yang diberikan oleh guru.

“Membentuk tingkah laku murid ialah dengan cara menyelami perasaan dan pemikiran murid melalui
unsur-unsur nasihat dan perbincangan dengan memahami murid yang bermasalah disiplin,
pembentukan tingkah laku dapat dapat dilakukan. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin
dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik”.

(Alberto & Troutman, 1990)

2
EDUP 3043 | NURPUTERI JOHARI

Guru seharusnya bersikap terbuka dan memberikan perhatian terhadap semua murid
yang bermasalah. Pada kebiasaannya, murid akan bersikap lebih terbuka dan mudah
berkongsi masalah serta bersedia untuk mengubah perlakuan negatif mereka apabila mereka
menyedari bahawa guru mengambil berat akan keadaan mereka. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan masalah disiplin murid dan meningkatkan motivasi instrinsik mereka dalam
menggapai keputusan akademik yang lebih memberangsangkan. Malah, guru juga secara
tidak langsung dapat mengenali latar belakang setiap murid di dalam bilik darjah serta
membantu dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada


terjalinnya hubungan yang baik antara guru dan juga murid. Hal ini sudah terang lagikan
bersuluh menunjukkan bahawa penjalinan hubungan guru-murid merupakan elemen yang
sangat penting dalam pengurusan bilik darjah yang baik dan berkesan. Oleh itu, diharapkan
bahawa setiap guru peka dan berusaha untuk memperbaiki kemahiran komunikasi masing-
masing agar mereka dapat membina hubungan yang bersama murid di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai