Anda di halaman 1dari 1

Teori Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK)

Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang
dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan, pengarangan dan pengaturcaraan
multimedia untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Umumnya, PPBK ialah perisian yang
bercirikan pendidikan yang mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, bunyi dan
gambar. Dengan adanya elemen tersbut ianya dapat memberikan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.

Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) menggunakan beberapa


jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran dan yang paling popular digunakan
ialah tutorial, simulasi, permainan dan latih tubi. Pendekatan tutorial menekankan tiga
perkara asas yang perlu diberikan perhatian iaitu isi pelajaran yang kemas, pengguna bolej
menjawab soalan dan komputer memberi tindak balas. Pengguna terlebih dahulu akan
diperkenalkan dengan konsep atau teori yang baru.

Pendekatan PPBK yang seterusnya pula ialah pendekatan latih tubih. Pendekatan latih
tubi bertujuan memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu
konsep yang telah dipelajari. Contohnya, pengguna belajar menaip sehingga mahir setelah
ia mempelajari tentang papan kekunci.

Seterusnya, permainan pendidikan dalam PPBK adalah pendekatan permainan yang


berorientasikan pembelajaran. Melalui permainan tersebut pengguna dapat mempelajari
sesuatu konsep secara tidak langsung dengan adanya unsur-unsur hiburan dan keseronokan
yang diselitkan. Secara tidak langsung ianya akan merangsang pengguna untuk
menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan
konsep-konsep yang telah dipelajari sebelumnya.

Pendekatan simulasi pula membolehkan pengguna merasai pengalaman pembelajaran


dengan mewujudkan satu senario menggunakan komputer seolah-olah ianya benar-benar
berlaku. Contohnya, dalam pembelajaran sains penggunaan simulasi komputer adalah lebih
berkesan dan menarik jika dibandingkan dengan penggunaan gamba rajah yang statik.

Kesimpulannya, pendidikan berasaskan teknologi maklumat di sekolah telah membuka


berbagai ruang belajar kepada para pelajar. Oleh itu, semua guru perlu lebih peka terhadap
keperluan pendidikan pada masa ini bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai