Anda di halaman 1dari 8

Mengharmonikan 
pendidikan pada 2018

GURU perlu memiliki kesabaran tinggi sejajar dengan tanggungjawab


mereka untuk mendidik dan bukan sekadar mengajar murid. GAMBAR
HIASAN/UTUSAN
Syed Anuar Syed Mohamad
05 Januari 2018 12:00 PM
TAHUN 2017 telah pun melabuhkan tirainya. Kedatangan 2018 masih
diraikan oleh kebanyakan kita. Pada masa sama, ada yang sedang melak-
sanakan azam baharu dan ada pula berkira-kira untuk melangsaikan azam
lama pada tahun baharu. Sesetengahnya pula tidak mahu mengambil tahu
apa-apa, sama ada tahun baharu atau tahun lama.

Dari segi realitinya, tidak ramai mengambil sikap sebagai perakam atau
penganalisis peristiwa yang telah ditinggalkan dalam lipatan sejarah
sebagai satu pengajaran untuk membentuk peristiwa baharu yang lebih
indah. Bagi mereka, peristiwa yang ditinggalkan tidak perlu difikirkan lagi
kerana kebanyakan sejarah itu dinilai dan dilihat daripada sudut negatif.

Dalam bidang pendidikan misalnya, 2017 meninggalkan peristiwa suka


duka yang menarik perhatian umum. Tahun lalu dilihat sebagai antara
tahun yang mencatat beberapa ‘peristiwa gempar’ yang memerlukan pene-
litian dan penilaian oleh banyak pihak bagi memastikan sistem pendidikan
yang digubal mampu melahirkan generasi TN50 sebagaimana diimpikan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kejadian murid dikenakan tindakan selepas menyorok pada waktu solat di
sebuah sekolah di Kajang, Selangor misalnya menarik perhatian umum
sehingga menjadi satu polemik yang mengheret banyak pihak untuk
memperkatakannya. Wajarkah tindakan guru terhadap pelajar yang ‘culas’
solat dikatakan keterlaluan?

Seseorang yang realistik akan melihat perkara tersebut dari sudut positif
kerana itu bukan sahaja pendidikan, malah adalah perintah Yang Maha
Esa. Tindakan meletakkan dosa di bahu guru yang mahu melihat murid-nya
menjadi anak syurga di luar kebiasaan.

Begitu juga dengan kisah seorang murid yang berkejaran sesama sendiri
lalu terjatuh di hadapan seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang,
turut menarik perhatian umum. Kedua-dua kisah tersebut akhirnya
mengheret kedua-dua guru berkenaan ke mahkamah. Sehingga kini, nasib
guru-guru terbabit masih belum diputuskan.

Nama Azizan Manap atau Cikgu Azizan bukannya satu nama besar tetapi
tiba-tiba meletup setelah dituduh mengasari seorang muridnya yang
dipercayai mempunyai masalah disiplin, iaitu dikaitkan dengan perbuatan
menghidu gam.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tersebut didakwa dengan sengaja
menyebabkan kecederaan di pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun,
di hadapan perhimpunan sekolahnya pada pukul 7 pagi, 6 April.

Beliau bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah


Majistret Seremban daripada tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun
atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit
kesalahan.

Demikianlah antara beberapa peristiwa yang mencuri perhatian umum


sepanjang 2017 yang kita tinggalkan. Apakah pengajaran di sebalik
peristiwa tersebut?

Wajarkah guru bertindak demikian dipersalahkan sepenuhnya walaupun


ada kalanya tindakan diambil ke atas murid bermasalah mungkin melebihi
batas SOP ditetapkan?

Apakah ibu bapa pada zaman ini terlalu memanjakan anak sehingga
mereka tidak boleh diambil tindakan langsung oleh pihak sekolah walaupun
anak mereka mempunyai masalah disiplin?
Apakah yang akan berlaku sekiranya guru-guru tidak mahu lagi mengambil
tahu mengenai murid-murid di sekolah memandangkan selama ini begitu
banyak ‘perkara baik’ dilakukan guru walaupun tidak termaktub dalam SOP
seorang guru?

Sebagai contoh, apabila seorang murid sakit di sekolah, adalah memadai


guru menghubungi ibu bapa murid untuk datang mengambil anak mereka di
sekolah tanpa guru berbuat apa-apa.

Pada masa ini, hampir keseluruhan guru mengambil tindakan membantu


murid sedemikian, termasuk menghantar murid berkenaan ke hospital
walaupun itu tidak terkandung dalam SOP guru.

Kenapakah perkara baik sedemikian tidak dilihat oleh orang ramai,


khususnya ibu bapa? Inilah antara isu yang perlu diteliti dan diambil kira
oleh kedua-dua pihak demi kepentingan dan masa depan generasi muda
yang akan mengisi gagasan TN50 yang diilhamkan Najib.

Tindakan membawa guru sedemikian ke mahkamah bukanlah


penyelesaian terbaik sebenarnya. Tindakan tersebut merugikan banyak
pihak. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap terbuka dan bijaksana dalam
menangani isu-isu tindakan guru di sekolah terhadap anak mereka, apatah
lagi terhadap pelajar bermasalah.

Kebijaksanaan ibu bapa sangatlah dituntut memandangkan tanggungjawab


guru sebenarnya adalah mendidik dan bukannya sekadar mengajar.
Perkara ini wajar difahami.

Walaupun begitu, pada waktu sama, guru pula perlu memiliki kesabaran
tinggi dan tidak terlalu menurut emosi ketika mengambil tindakan terhadap
murid bermasalah. Perkara ini jika diolah dengan baik dan matang akan
mewujudkan keadaan yang bukan sahaja harmoni antara guru dengan ibu
bapa, malah akan memberikan sumbangan besar dalam melancarkan
tugas dan tanggungjawab guru di sekolah. Kesepakatan pihak-pihak ber-
kenaan sewajarnya menjadi tuntutan yang tidak boleh diragukan.

Jika kita benar-benar ingin melihat lahirnya generasi TN50 yang sarat
dengan gagasan dan membentuk sahsiah generasi muda pada masa
depan, toleransi antara ibu bapa dengan pendidik dalam institusi
pendidikan mesti diberikan perhatian dan keutamaan.

Sehubungan itu, 2018 harus diisi dengan peristiwa-peristiwa yang lebih


baik dengan menjadikan 2017 sebagai satu pengajaran paling berguna.
Realitinya, 2018 mestilah dijadikan tahun ‘harmoni pendidikan’ dengan
menggabungkan peranan guru dan ibu bapa agar kedua-dua pihak ini
bergerak seiring dengan arus perubahan dan cabaran semasa.

Penulis juga mengharapkan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan


satu jawatankuasa khas bagi menyemak undang-undang yang mungkin
telah lapuk dan tidak relevan dengan semangat TN50 seperti Pekeliling Bil
8/1983 mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar di samping
mengkaji secara serius cadangan kod etika untuk ibu bapa agar guru dapat
melaksanakan tugasnya tanpa bimbang risiko yang menanti seperti kes
Cikgu Azizan.

Bersama-samalah kita membina azam baharu pada tahun baharu ini


dengan mengisi ruang yang tersedia dengan sesuatu yang benar-benar
baharu. Semoga tahun baharu memberikan ilham untuk kita berfikir cara
yang baharu.

PENULIS ialah Presiden Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung


(GPMS) Kebangsaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengharmonikan-


8232-pendidikan-pada-2018-1.584829#ixzz56infPaum
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jangan terlalu manja


SIKAP ibu bapa terlalu memanjakan anak boleh merenggangkan hubungan
antara guru dan murid sehingga menjejaskan proses pembelajaran di
sekolah. GAMBAR HIASAN/UTUSAN
29 Januari 2018 12:00 PM
SAUDARA PENGARANG,
SAYA kesal dengan sikap ibu bapa sekarang yang terlalu memanjakan
anak-anak ke tahap langsung tidak boleh dimarahi guru termasuk guru
disiplin.

Laporan akhbar mendakwa ada sahaja laporan polis terhadap guru dan
sekolah setiap minggu menunjukkan ibu bapa itu sendiri yang ‘terlalu
manja’.

Tidak kurang juga ibu bapa yang mendapatkan khidmat guaman untuk
perkara ‘remeh’, membuang duit sendiri dan juga duit Kementerian
Pendidikan sedangkan semuanya boleh diselesaikan dengan berbincang
secara baik.

Saya akui ada juga kes guru-guru yang melangkaui batasan tetapi
bilangannya terlalu sedikit, umpama langit dan bumi jika dibandingkan
dengan bilangan laporan polis daripada ibu bapa.

Dahulu, ibu bapa akan menyokong guru dalam apa jua tindakan mendidik
anak-anak tetapi sekarang masalah disiplin mahupun masalah akademik
murid disalahkan guru sepenuhnya.
Mungkin pakar psikologi boleh membuat kajian kenapa ibu bapa sekarang
begitu ‘lembik’, sama ada trauma dengan cara didikan ibu bapa mereka
dahulu, terlalu memanjakan anak atau ada masalah psikologi lain.

Ironinya, ibu bapa yang tidak suka orang lain, termasuk guru-guru,
memarahi anak mereka adalah golongan yang gemar melepaskan geram
terhadap anak-anak khususnya jika berdepan tekanan di tempat kerja.

Secara realistik, tidak ramai guru ‘kaki pukul’ dan begitu juga ibu bapa ‘kaki
repot’ tetapi memandangkan nisbah mencecah 1,000 ibu bapa bagi setiap
guru di sesebuah sekolah, tidak pelik begitu banyak laporan polis dibuat di
seluruh negara.

Saya sendiri pernah berdepan kes guru memukul anak tanpa sebab
munasabah tetapi saya selesaikan secara baik dengan pengurusan
sekolah kerana yang paling utama adalah anak-anak dapat belajar dengan
aman.

Janganlah kerana masalah kecil mahu bergaduh sehinggakan menuntut


guru dipecat atau dipindahkan. Perlu di ingat, berkat ilmu daripada guru
amat penting dan tugas mendidik itu paling mulia kerana menjadi asas
kepada semua cabang ilmu lain.

Jangan terlalu manja dalam membesarkan anak, kelak anak-anak ini tidak
dapat berdikari bila masuk ke universiti mahupun alam pekerjaan.

DR. LUQMAN HAKIM


Alor Setar, Kedah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/jangan-terlalu-


manja-1.599147#ixzz56ioTKLvy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kaji sebelum pasang CCTV di sekolah


Saudara Pengarang,

17 Januari 2018 6:00 PM
SAUDARA PENGARANG, TIADA jaminan pemasangan kamera litar
tertutup (CCTV) di sekolah dapat mengatasi gejala sosial seperti buli,
merokok, curi dan vandalisme. Sebaliknya, banyak masalah lain boleh
timbul termasuk mengganggu privasi pelajar dan guru serta kekangan
bajet.

Terdapat kebimbangan penggunaan CCTV boleh disalahgunakan oleh


pihak tertentu bagi tujuan jenayah lain melibatkan kanak-kanak dan remaja
sekolah. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kos perbelanjaan
pentadbiran dan pengurusan sekolah kerana perlu mengupah pekerja bagi
memantau aspek keselamatan sekolah.

Itu tidak termasuk kos tambahan bagi menyelenggara CCTV dari semasa
ke semasa serta pemasangan kamera keselamatan itu di setiap penjuru
sekolah. Dijangkakan pemasangan CCTV di sekolah tertentu pula akan
mengundang persepsi negatif masyarakat yang beranggapan sekolah
terbabit mempunyai rekod buruk.

Justeru, kajian menyeluruh perlu dilakukan termasuk mendapat pandangan


pakar dalam perkara itu sebelum cadangan itu dilaksanakan. Usaha untuk
mengekang gejala sosial di sekolah sebenarnya memerlukan langkah yang
lebih holistik melibatkan kerjasama semua pihak seperti pengurusan
sekolah, guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat sekeliling tanpa perlu
bergantung kepada CCTV.

Lihat sahaja insiden kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)


yang telah dirosakkan. Perkara sama juga boleh berlaku ke atas CCTV
yang dipasang di kawasan sekolah. Bukankah itu pembaziran besar?

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/kaji-sebelum-


pasang-cctv-di-sekolah-1.591657#ixzz56ip0Gw83
© Utusan Melayu (M) Bhd

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 10


FEBRUARI 2018
10 Februari 2018 12:00 PM
AWANG bersetuju dengan langkah Kementerian Pendidikan yang mahukan
semua sekolah kawalan memberi kelonggaran menerima masuk pelajar
kurang cemerlang yang tinggal dalam kawasan berdekatan dengan sekolah
itu.

Sekolah kawalan yang dimaksudkan adalah Sekolah Rancangan Khas


(SRK), Sekolah Elit, Sekolah Rancangan Negeri (RKN), Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA).

Ini kerana ramai pelajar yang tinggal berdekatan dengan sekolah kategori
ini terpaksa ke sekolah yang lebih jauh dari tempat tinggal yang sudah
tentu memberi masalah dari segi pengangkutan dan masa.

Pengambilan beberapa peratus pelajar kurang cemerlang dari kawasan


berdekatan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa
pelajar berkenaan. Lagi pun, dari segi kebaikan lain, ia memberi
perangsang kepada pelajar kurang cemerlang ini untuk bersaing dengan
yang cemerlang.

Kita sudah biasa mengasingkan pelajar yang kurang cerdik dengan yang
cerdik. Di kelas yang tercorot, selalunya pelajar-pelajar yang bukan sahaja
tidak cemerlang tetapi bermasalah ini ditempatkan beramai-ramai yang
mana ini tidak banyak membantu dari segi kemajuan pelajar terbabit malah,
mereka terus selesa dengan tahap sebegitu.

Sedangkan pada masa sama, kita selalu bercakap pasal persaingan,


transformasi, perubahan sikap dan sebagainya. Semoga langkah ini
walaupun membabitkan pengambilan tidak ramai, dapat memberi impak
besar dari segi sikap dan pencapaian pelajar yang terpilih.

AWANG – Sikap penentu segalanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bisik-bisik-awang-


selamat-10-februari-2018-1.606199#ixzz56ipLCcUn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai