Anda di halaman 1dari 26

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

JPK KERTAS PENERANGAN


( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL


PROGRAM’S CODE & NAME INSTALLATION & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL 2 (TWO)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C04 SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR
COMPETENCY UNIT NO. AND CONTROL INSTALLATION
TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE MOTOR &


MOTOR CONTROL INSTALLATION
SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE MOTOR AND
MOTOR CONTROL INSTALLATION,
3. MAINTENANCE, TOOLS, EQUIPMENT
AND MATERIALS
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI 4. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR
KERJA / WORK ACTIVITIES INSTALLATION
NO. AND STATEMENT 5. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR
CONTROL TERMINATION
6. INSPECT SINGLE PHASE MOTOR
AND MOTOR CONTROL
FUNCTIONALITY
7. RECORD SINGLE PHASE MOTOR
AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION.

Muka / Page : 1
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C04/P(4/4) Drpd/of : 26
COMPETENCY UNIT ID

TAJUK : KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

TUJUAN :
Kertas penerangan ini menerangkan tentang jenis-jenis penghidup motor, simbol dan fungsi setiap
komponen penghidup, mengenal pasti keadaan komponen, mengetahui cara pemasangan dan
pengujian litar kawalan motor.

PENERANGAN :
Sebagai seorang pendawai elektrik, pengetahuan mengenai alat-alat uji serta kaedah
penggunaannya dan cara-cara melakukan pengujian ke atas litar mati atau litar hidup kawalan
motor amatlah perlu

1. Pengenalan Kawalan Motor

1.1 Jenis-jenis Penghidup


Mengikut peraturan IEE (Per. 552-01-01,02,03), sesebuah motor yang melebihi 5 hp
atau 0.37 KW mestilah mengadakan kawalan keselamatan bagi:

a. Menghidup dan memberhenti motor


b. Beban lampau (Overload relay)
c. Mengelak motor dihidupkan semula dengan tidak sengaja (No.volt coil)

Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) sesuatu motor hendaklah


dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan
memberhentikannya.

Per.17(3) - Suis tersebut hendaklah di tempatkan mengikut cara yang betul supaya ia
mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.

1.2 Tujuan Penghidup Digunakan

a. Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu nilai
yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan
bekalan atau susutan voltan.
c. Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara kawalan
jauh.
d. Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan adanya alat-
alat perlindungan dan alat kawalan dalam sistem penghidup motor.

1.3 Setiap penghidup dipilih mengikut faktor berikut

a. Jenis motor
b. Kerja yang dijalankan oleh motor
c. Punca bekalan motor
d. Kadar kuasa motor.

Setiap penghidup boleh diadakan kawalan ke depan dan ke belakang bergantung kepada
kegunaan motor

Bagi motor 1 fasa penukaran arah boleh dibuat dengan menukar sambungan gelung
permulaan (starting coil)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

2. Kompenan Kawalan Penghidup Motor

Terdapat pelbagai jenis penghidup motor yang digunakan dalam kawalan motor.
Penghidup talian terus ádalah salah satu jenis penghidup yang sering digunakan dalam
kawalan motor satu fasa dan tiga fasa. Di dalam litar penghidup talian terus terdapat
pelbagai jenis komponen dengan berbagai fungsí dan kendalian. Setiap komponen ini
mestilah dikenalpasti fungsi dan kegunaannya.

Lampu Penunjuk

Pemutus litar /
MCB
Penyentuh
/ Contactor

Tapak timer
Geganti Beban / Base timer
Lampau /
Over Load Punat
Tekan
ON &
Punca penyambungan OFF
ke motor

Rajah 1: Menunjukkan kompenan yang terdapat pada penghidup motor

2.1 Punat Tekan (Push Button).

2.1.1 Punat tekan hidup (push button start )

Kebiasaanya berwarna hijau dan mempunyai 2 terminal untuk tamatan kabel litar
kawalan. Keadaannya mestilah boleh ditekan dan dilepaskan. Ia berfungsi untuk
menyambungkan pengaliran arus elektrik dalam litar.

Apabila punat ditekan, sesentuh akan tertutup dan menyambungkan pengaliran arus.
Sebaliknya apabila punat dilepaskan sesentuh akan terbuka dan pengaliran arus
terputus.

2.1.2 Punat tekan mati (push button stop)

Kebiasaanya berwarna merah dan mempunyai 2 terminal untuk tamatan kabel litar
kawalan. Keadaanya mesti boleh ditekan dan dilepaskan. Ia memutuskan pengaliran
arus elektrik dalam litar.

Apabila ditekan, sesentuh akan terbuka dan memutuskan pengaliran arus. Sebaliknya,
apabila dilepaskan sesentuh akan tertutup dan menyambungkan pengaliran arus.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Rajah 2 : Simbol punat tekan henti dan hidup

Rajah 3: Punat tekan henti dan hidup

2.2 Penyentuh Magnet (contactor).

Penyentuh ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet. Elektromagnet
mempunyai gelung dimana litarnya dilengkapkan dengan satu punat tekan, suis had apung
atau mana-mana alat kawalan yang lain. Ia adalah suis electromagnet yang berfungsi
menyambungkan atau memutuskan pengaliran arus elektrik dalam litar.

Arus akan mengalir ke dalam gelung dan menghasilkan urat daya magnet yang mana akan
menarik angkir supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada tertutup. Sesentuh-sesentuh
suis dihubungkan secara mekanikal ke angkir supaya apabila angkir bergerak kepada keadaan
tertutup, ia juga akan menutup sesentuh tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyentuh tidak dapat bekerja dengan sempurna
dan mengeluarkan bunyi bising ketika penyentuh sedang beroperasi. Antara sebab-sebab itu
ialah:-

i. Voltage kendalian terlalu rendah.


ii. Gelung yang salah pemasangannya.
iii. Susunan antara angkir dan pasangan magnet tidak lurus.
iv. Kotor, karat dan lain-lain di atas permukaan magnet. Ini menyebabkan angkir tidak
dapat menutup sepenuhnya.
v. Bahagian-bahagian yang bergerak menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian,
oleh itu pergerakan bagi angkir sepenuhnya terhalang.
vi. Pemasangan penyentuh tidak betul.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Sesentuh / Contacts

Teras
Rajah Sesentuh / Gegelong / Coil Besi
Contector Pelapik getah

Rajah 4 : Keratan rentas sesentuh

Rajah 5 : Bahagian Dalam Sesentuh / Contector

2.2.1 Sesentuh (contacts).

Sesentuh bagi penyentuh ialah bahagian pembawa arus yang terdekat kepada
perlengkapan litar kuasa ke motor apabila penyentuh tertutup. Bahagian penyentuh
yang tidak bergerak dilekatkan ke tapak penyentuh sementara bahagian sesentuh yang
bergerak dicantumkan kepada satu bar atau pembawa sesentuh yang digerakkan oleh
angkir. Jika sesentuh itu membuka suis dinamakan sesentuh lazim buka (normally
open), jika sesentuh itu tertutup sebelum penyentuh bertenaga ia dinamakan sesentuh
lazim tutup (normally close).

a) Sesentuh lazim buka (normally open)


Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini
arus tidak akan mengalir ke dalam litar.

b) Sesentuh lazim tutup (normally close)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga. Arus akan mengalir
dan akan berhenti apabila penyentuh sudah mendapat bertenaga.

Rajah 6 : Bahagian dalam penyentuh / Contactor

DALAM KEADAAN NORMAL KETIKA GEGELONG BERTENAGA

Rajah 7 : Keadaan dalam Penyentuh ketika tanpa bekalan dan mendapat bekalan

2.2.2 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contacts).

Sebagai tambahan kepada sesentuh utama atau kuasa yang membawa arus motor,
penyentuh biasanya mempunyai sesentuh tambahan. Sesentuh tambahan ini tidak
dibentuk untuk membawa arus motor tetapi hanya arus kawalan. la boleh jadi sesentuh
sedia buka atau sedia tutup dan biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang
lain apabila kawalan turutan diperlukan, contohnya untuk mengawal dua penyentuh
daripada menutup dalam satu masa yang lama. Sesentuh tambahan juga boleh
digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan lampu isyarat.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Rajah 8 : Sesentuh Tambahan

2.2.3 PRINSIP KERJA

a) Gelung kendalian boleh berfungsi bagi bekalan 240 V atau 415 V. Kadarnya ada
tercatat di plat nama.

b) Apabila gelung kendalian mendapat bekalan, ia akan menghasilkan electromagnet


pada teras tetap.

c) Teras tetap akan menarik teras boleh gerak, oleh itu ia akan menolak pelocok di
mana ia akan menggerakkan bar bersilang.

d) Bar bersilang yang mengandungi sesentuh boleh gerak akan menutup sesentuh
(sesentuh lazim buka dan sebaliknya).

e) Apabila bekalan ke gelung kendalian ditutup, maka tiada daya tarikan magnet lagi.
Pada masa yang sama spring menolak akan menolak pelocok teras boleh gerak
dan seterusnya bar bersilang akan membuka sesentuh dan sesentuh kembali
kepada keadaan normal.

f) Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang akan digunakan.

2.2.4 KEGUNAAN

Sesentuh digunakan di dalam situasi-situasi berikut:-

a) Di mana penyesuaian litar tidak boleh dikendalikan secara manual .

b) Di mana penyesuaian jarak jauh dilakukan.

c) Di mana bekalan ke litar perlu dimatikan secara automatik iaitu alat-alat


perlindungan boleh mengeluarkan signal pelantikan (tripping signal).

2.2.5 PENYELENGGARAAN
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

a) Sesentuh hendaklah dibersihkan dari habuk oksida dengan kertas pasir. Ia


hendaklah disapukan dengan Vaseline
b) Ketegangan spring hendaklah dalam keadaan baik.
c) Skru pengikat punca-punca hendaklah dalam keadaan baik dan kemas

2.2.6 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

KEBAIKAN KELEMAHAN

1) Boleh dikawal secara kawalan jauh 1) Mahal untuk digunakan dalam


(remote control). pemasangan domestik.

2) Boleh memutuskan litar secara 2) Terhad kepada beban sederhana


automatik jika voltan tergendala atau sahaja bagi bekalan masuk.
tiada voltan.

3) Alat-alat perlindungan boleh 3) Litar kawalan merupakan kerja


mengendalikan penyentuh dalam tambahan dalam senggaraan.
keadaan beban lampau atau beban
terpintas.

4) Bagi penghidup motor yang bersaiz


besar ia boleh dikendalikan dalam
litar kawalan di mana arusnya
rendah. Justeru itu alat dan
peralatan dalam litar tersebut tidaklah
begitu besar.

2.3 Pelindung (protector).

2.3.1 Arus Lebihan Dan Pelindung Arus Lebihan.

Arus lebihan berlaku apabila arus di dalam satu Iitar naik ke satu nilai yang lebih tinggi
daripada biasa. Ini disebut litar pintas (kadangkala sebahagian kerosakan tebatan lilitan
motor juga menghasilkan arus lebihan yang terhad. Arus ini mampu membawa kepada
litar pintas). Pelindung arus lebihan dibekalkan oleh fius ataupun pemutus litar.
Pelindung arus lebihan juga menjadi sebahagian komponen kawalan.

Fius terdiri daripada alat atau komponen yang kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar
untuk melindungi litar elektrik. Bekalan dan arus yang berlebihan daripada kadar
keupayaan fius yang dipasangkan pada litar elektrik akan menyebabkan fius terputus.
Apabila fius terputus litar elektrik juga akan terputus bekalan voltannya dan secara tidak
langsung menyelamatkan alat elektrik yang digunakan. Fius juga berfungsi untuk
memutuskan litar jika berlaku litar pintas pada litar elektrik.

2.3.2 Perlindung Beban Lampau.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Untuk menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan tahan lama, maka
satu pelindung beban Iampau perlu ada di dalam litar kawalan. Sesebuah motor elektrik
jika dikendalikan melebihi daripada kadar keupayaannya akan terjadi beban lampau
disebabkan oleh pemutaran mesin, voltan talian yang rendah atau talian yang terbuka
dalam sistem berbagai fasa yang mana akan menghasilkan kendalian-kendalian sefasa.
Semasa beban lampau berlaku pada sesebuah motor, ia akan mengambil arus yang
berlebihan dimana akan menyebabkannya terlalu panas. Oleh kerana kepanasan yang
terik akan menyebabkan kerosakan penebat lilitan motor tersebut yang dengan
sendirinya merosakan motor itu.

Untuk melindungi sesebuah motor daripada kepanasan maka satu geganti beban
lampau dipasang di penghidup agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus
berlaku. Geganti beban lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu
motor daripada mengeluarkan arus yang berlebihan. Geganti beban lampau Jenis
'thermo' - peka atau elemen magnet disambungkan sama ada terus ke talian motor atau
secara tidak langsung melalul alatubah. Geganti beban lampau bekerja untuk
menghentikan tenaga elektrik terhadap penghidup atau menghentikan sesebuah motor
itu apabila arus yang berlebihan melaluinya.

Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan iaitu:-

a) Untuk digunakan secara automatik iaitu berfungsi apabila dipasang di tempat yang
sukar ditanggalkan dan dikendalikan secara manual.

b) Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan mudah untuk memutuskan litar
antara 85% - 115% kadar pemutus bagi unit panas. Gerakan pemutus bagi litar
kawalan memerlukan perbezaan pengembangan dua logam yang mempunyai
perbezaan pengembangan semasa panas. Arus yang berlebihan akan menjadikan
logam mengembang dan menolak bar dan seterusnya menolak angker. Dengan itu
sesentuh lazim tutup (normally close) akan terbuka dan motor akan berhenti
beroperasi

Rajah 9 : Menunjukkan Over Load yang terdiri dari empat terminal


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Rajah 10 : Menunjukkan Over Load yang terdiri dari empat terminal

2.3.3 Prinsip Kerja

 Ketika berlaku beban lampau pada motor arus beban yang mengalir di geganti haba
akan melebihi dari nilai arus yang telah di setkan pada geganti haba.
 Alat logam dua lapis akan menjadi panas dan ia membengkok.
 Ia akan menolak bar kerja dan seterunya menolak sesentuh – sesentuh tripping.
 Dengan ini geganti haba pelantik dan mengendalikan penyentuh di mana ia akan
memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa.
 Untuk menghidupkan litar semula, punat reset hendaklah ditekan dahulu untuk
mengendalikan sesentuh tripping kepada kedudukan asal.

2.3.4 Pelindung Tanpa Volt.

Pelindung tanpa volt atau pelindung voltan rendah juga disebut sebagai alat kawalan tiga
dawai. Ini bermakna bahawa penghidup akan terhenti apabila sesuatu kegagalan voltan
berlaku tetapi tidak akan hidup kembali secara automatik apabila voltan kembali semula.

Rajah 11: Rajah alat perlindungan tanpa voltan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

2.4 Suis Pemasa ( Timer )

Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatk dan bergantung kepada
masa yang ditetapkan seperti saat, minit, jam, mingguan atau bulanan. Alat ini akan beroperasi
dengan bekalan Arus Terus dan Arus Ulang Alik. Lazimnya suis ini digunakan untuk litar
kawalan.

Apabila bekalan dibekalkan pada gelung pemasa ia akan mula mengira masa yang ditetap.
Setelah ia mengira masa semua sesentuh tambahannya akan berkendalian iaitu daripada
keadaan sentiasa terbuka kepada keadaan sentiasa tertutup (NO – NC) manakala keadaan
sentiasa tertutup kepada keadaan sentiasa terbuka (NC – NO). Apabila bekalan diputuskan ia
akan berhenti beroperasi dan sesentuh tambahannya akan menjadi seperti sediakala

Rajah 12 : Sambungan kepada pemasa

Untuk menghidupkan voltan yang lebih besar kita boleh membuat kawalannya dengan
membuat pendawaian yang diselarikan pemasangan bekalannya kepada gegelung penyentuh
(coil contactor).

Rajah 13 : penyambungan timer yang disirikan pendawaiannya kepada penyentuh


(Contector)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Rajah 14 : Simbol pemasa dan sesentuh

Rajah 15 : Bentuk-bentuk timer yang ada dipasaran

2.5 Geganti ( Relay )

Alat ini digunakan untuk menghidupkan litar kawalan secara elektromagnet, ia mempunyai
fungsi yang sama dengan penyentuh ( Contactor ). Padanya terdapat sesentuh sedia buka dan
sedia tutup dan punca penyambungan Coil untuk membolehkan ia beroperasi.

Rajah 16 : Geganti ( Relay )


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

2.6 Lampu Pandu ( Pilot lamp )

Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan
tentang operasi litar kawalan. Sebagai contoh :

Warna Maksud kod warna


Merah Stop, Trip, Fasa merah.
Kuning Fasa kuning, Pemanas ( Hilter )
Biru Fasa biru.
Hijau On, Run
Jadual 2 : Warna dan maksud lampu penunjuk

Rajah 17 : Lampu pandu (Pilot lamp )

2.7 Simbol-simbol kawalan motor dan kegunaannya

Bil Simbol Nama Kegunaan

(Normally Open) Bila sesentuh


1 sesentuh lazim mendapat tenaga litar
terbuka akan tertutup
( hidup)

(Normally close) Bila sesentuh


2 Sesentuh lazim mendapat tenaga litar
tertutup akan terbuka
(mati )
3
Punat tekan henti)
(Push button Menghentikan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

stop) penghidup dan motor

4
Punat tekan hidup
(Push button Menghidupkan
Start) penghidup dan motor

5a Normally Normally open dan


Open/close close ialah untuk
Geganti Beban menyambung dan
lampau memutuskan litar bila
( sesentuh berlaku beban lampau
tambahan ) pada motor

2.8 Pengujian Komponen-komponen Kawalan Motor

Bil Komponen Kaedah Pengujian

1. Fius 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)


pada kedua-dua hujung fius.
2. Jika jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan terdapat keterusan dan fius dalam
keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika jarum tidak bergerak kea rah 0, ini
menunjukkan tiada keterusan dan fius terputus.

2. Punat tekan hidup 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca punat tekan hidup.
2. Apabila punat tekan hidup ditekan, jarum meter
bergerak kearah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan apabila dilepaskan, jarum meter
akan kembali semula ke infiniti. Ini menunjukkan
punat tekan hidup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum
tidak bergerak kearah 0, ini menunjukkan tiada
keterusan dan punat tekan hidup rosak.
4. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum
meter bergerak kearah 0 dan apabila dilepaskan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

jarum meter tidak kembali ke infiniti, ini


menunjukkan punat tekan hidup rosak.

3. Punat tekan hidup 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca punat tekan henti. Jarum
meter bergerak kearah 0.
2. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter
akan bergerak semula kearah infiniti, ini
menunjukkan tiada keterusan. Sebaliknya, apabila
dilepaskan, jarum meter akan bergerak ke arah 0
dan menunjukkan terdapat keterusan. Ini
menunjukkan punat tekan henti dalam keadaaan
baik.
3. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter
bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan. Sebaliknya, apabila dilepaskan jarum
meter kembali ke infiniti. Ini menunjukkan punat
tekan henti telah rosak.

4. Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
 Gegelung pada kedua-dua punca gegelung.
2. Sekiranya jarum meter menunjukkan bacaan
rintangan, ini menunjukkan kedua-dua punca
gegelung ada penyambunga.
3. Sebaliknya, jika jarum meter tidak bergerak dan
berada pada kedudukan infiniti, ini menunjukkan
kedua-dua punca gegelung tiada penyambungan.

Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
 Sesentuh lazim terbuka pada kedua-dua punca sesentuh lazim terbuka.
Tekan pelocok di bahagian tengah penyentuh.
2. Sekiranya, jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan terdapat keterusan.
3. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan
bergerak semula ke infiniti. Ini menunjukkan
sesentuh lazim terbuka dalam keadaan baik.
4. Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0 apabila
pelocok ditekan, ini menunjukkan tiada keterusan
dan didapati sesentuh lazim terbuka rosak.
5. Sekiranya jarum meter bergerak ke arah 0 apabila
pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan apabila pelocok dilepaskan, jarum
meter tidak bergerak semula ke infiniti. Ini
menunjukkan sesentuh lazim terbuka rosak.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pad
 Sesentuh lazim tertutup kedua-dua punca sesentuh tertutup. Tekan pelocok
di bahagian tengah penyentuh. Sekiranya jarum
meter tidak bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan
tiada keterusan
2. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan
bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan sesentuh
lazim tertutup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, kiranya jarum meter bergerak ke arah 0
apabila pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan didapati sesentuh lazim tertutup
rosak.

5 Geganti beban lampau(GBL) 1. Sentuhkan probe merah (+) dan sentuhkan probe
hitam (-) pada kedua-dua punca beben lampau.
Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini
menunjukkan tiada keterusan dan punca
berkedudukan dalam keadaan lazim terbuka.

2. Pastikan semasa hendak menguji gegenti beban


lampau, punat reset ditekan terlebih dahulu.
3. Pengujian GBL juga boleh dilakukan dengan
menolak pelantik bagi memastikan sesentuh lazim
tutup tertutup dan sesentuh lazim terbuka berfungsi
dengan baik.

6 Geganti lewat masa (GBM) Petunjuk :-


Punca 2 dan 7 = Gegelung
Punca 5 dan 8 = Sesentuh lazim tertutup
Punca 6 dan 8 = Sesentuh lazim terbuka
1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada punca gegelung gegemti lewat masa.
Sekiranya jarum meter bergerak dan menunjukkan
bacaan rintangan, ini menunjukkan penyambungan
gegelung dalam keadaan baik dan tidak terputus.
Sekiranya jarum meter tidak bergerak, ini
menunjukkan penyambungan gegelung terputus.
2. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung.
Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dan
julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe
hitam (-) pada punca sesentuh lazim tertutup.
Sekiranya jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini
menunjukkan penyambungan sesentuh lazim
tertutup dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum
meter bergerak, ini menunjukkan GLM rosak.
3. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung.
Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dn
julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe
hitam (-) pada punca sesentuh lazim terbuka.
Sekiranya jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan penyambungan sesentuh lazim
terbuka dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum
meter tidak bergerak, ini menunjukkkan GLM rosak
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

7 Lampu pandu 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca lampu pandu. Sekiranya
jarum bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan lampu pandu dalam keadaan baik.
2. Sekiranya, jika jarum meter tidak bergerak ke arah
0, ini menunjukkan tiada keterusan dan lampu
pandu rosak.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

3. JENIS LITAR KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

3.1 PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG SATU FASA

Prinsip operasi Penghidup talian Terus(keadaan mara)

FIUS
L

TOR

OFF

F1 F R1 R

R1 F1

L1 F L2 R L3

1. Apabila punat tekan mula F(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberikan litar pada gegelung penyentuh F.

2. Gegelung penyentuh F ini akan menjadi electromagnet dan seterusnya ia akan menarik
semula sesentuh buka menjadi tutup.

3. Sesentuh ini akan menyebabkan arus di talian L(life) memasuki motor dan motor ini
terus beroperasi dalam keadaan mara.

4. Apabila punat tekan mula F dilepas motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh
tambahan buka F mengambil alih tugas punat tekan mula F.

5. Apabila punat tekan henti(stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh F


diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka ke
kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor akan
meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban berfungsi. Ini bermakna litar
gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan kembali ke kedudukan
asal dan motor pun berhenti.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Prinsip operasi Penghidup Talian Terus ( keadaan songsang)

1. Apabila punat tekan R(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam litar
kawalan lalu melengkapkan litar pada gegelung penyentuh R.

2. Gegelung penyentuh R ini akan menjadi electromagnet dan seterusnya ia akan menarik
semua sesentuh buka menjadi tutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus talian L(life) memasuki motor dan motor ini terus
beroperasi dalam keadaan songsang.

4. Apabila punat tekan mula R dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh
tambahan buka R mengambilalih tugas punat tekan mula R.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh R
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazimterbuka ke
kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor akan
meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini bermakna litar
gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan kembali ke kedudukan
asal dan motor pun berhenti.

3.2 Penghidup Talian Terus (Direct On Line Starter).

Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya.
yang mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara. Pemula ini
biasanya digunakan untuk motor berukuran ½ kk. hingga 3 K.K (0.37 Kw hingga 2.2 Kw) yang
biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa dingin. penghembus udara,
pemampat udara dan sebagainya. Arus mula adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal.
Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 6 Amp. ini bermakna arus mula yang
akan wujud pada motor itu ialah 36 Amp. hingga 48 Amp. Ini hanya berlaku untuk beberapa
saat sahaja. Beban yang digunakan tidak boleh melebihi 3 K.K kerana arus mula yang tinggi
boleh menggangu sumber bekalan ke beban-beban lain kerana dalam sistem penghidup talian
terus ini, bekalan dikenakan terus kepada motor tanpa alat perantaraan untuk mengurangkan
arus atau voltan ke motor. Motor satu fasa yang biasa digunakan ialah motor yang digunakan
didalam A/C satu fasa. Motor 3 fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor jenis
Sangkar Tupai (Squirrel Cage).

Penghidup Talian Terus adalah dimana sistem bekalan dikenakan terus pada motor tanpa apa-
apa alat perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Dalam sistem penghidup
motor kendalian automatik, alat digunakan untuk menggantikan suis tiga kutub adalah
sesentuh-sesentuh dari penyentuh.
Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban /
beban lampau. Mengikut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, penghidup talian terus hanya
digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi 3 kuasa kuda atau 2.2 k.k
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Rajah 4 : Penghidup Talian Terus

Prinsip Kendalian

1. Apabila punat tekan hidup ditekan,arus akan mengalir masuk litar kawalan penghidup
talian terus.

2. Arus ini akan mengalir melalui gegelung seterusnya gegelung ini akan menghasilkan
medan magnet/bertenaga.

3. Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahannya c1 dari keadaan
terbuka kepada keadaan tertutup.( off-on )

4. Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus dalam
talian fasa melaluinya terus ke motor seterusnya ke talian neutral dan motor terus
berputar.

5. Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung
masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari
dengan punat tekan hidup.

6. Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun
punat tekan hidup dilepaskan.

7. Apabila punat tekan henti dilepaskan,arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar
utama terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilkan medan magnet.

8. Ini akan menyebabkan motor tidak berputar kerana sesentuh tambahan pada talian
telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

9. Motor juga berhenti berputar sekiranya beban lampau. Semasa beban lampau arus
meningkat dan meyebabkan suis beban lampau terbuka. Ini akan menyebabkan
seluruh litar tidak berfungsi.

10. Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus
kendalian motor. Punat tekan hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa
banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

Punat tekan hidup – dipasang selari diantara satu sama lain.


Punat tekan henti – dipasang sesiri diantara satu sama lain.

3.2.1 Kelebihan dan kekurangan Penghidup Talian Terus

KEBAIKAN KEBURUKAN

 Dayakilas permulaan adalah tinggi dan  Arus mulanya adalah tinggi dan ini
mencapai kadar kelajuan maksima dalam menyebabkan pusuan (surge) di dalam
masa yang singkat. sistem adalah amat tinggi dan
 Binaannya ringkas, harganya lebih murah mengganggu sistem yang lain.
dan senggaraannya mudah.  Untuk menanggung arus mula yang
tinggi, pengalir-pengalir dan alat-alat
perlindungan perlu dilebihkan kadarnnya,
oleh itu perlindungan kurang sensitif.

4. OPERASI DAN PENGUJIAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

4.1 Alat-alat Pengujian

a. Multimeter
• Multimeter digunakan sebagai alat ukur dan alat uji. Ia digunakan untuk menyukat
sesuatu kuantiti seperti arus, voltan dan rintangan pada satu-satu litar elektrik dan
elektronik.

• Kuantiti-kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan
seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm.

Fungsi Pengukuran
• Terdapat 3 fungsi utama :
i. Menyukat kerintangan pada perintang - Ohm Meter (Ω )
ii. Menyukat kuantiti voltan bekalan menyukat bezaupaya pada sesuatu litar -Volt
Meter (V)
iii. Menyukat kuantiti arus yang mengalir pada sesuatu litar - Ampere Meter / Ammeter
(A)
b. Clamp Tester(Amprobe)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Amprobe ialah alat yang direka khas untuk mengukur arus, voltan dan rintangan.
Keistimewaan alat ini ialah ia boleh mengukur arus secara terus tanpa perlu disambung
secara siri di dalam litar. Voltan dan rintangan diukur dengan menggunakan’probe wire’
yang disediakan di mana kaedahnya adalah sama dengan menggunakan multimeter.
Alat ini mempunyai Tong (pengapit) yang boleh digerakkan untuk mengapit pengalir.
Apabila pengalir yang membawa arus letrik dikapit, medan magnet yang mengelilingi
pengalir akan mengaruh kedalam pengapit yang mempunyai besi lembut. Arus aruhan
ini akan menggerakkan jarum penunjuk untuk memberikan bacaan arus eletrik. Konsep
yang bekerja yang digunakan digunakan oleh clamp on meter adalah sama dengan
pengubah arus.

c. Meter Megger.

Meter megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan. Meter megger adalah dari
rekabentuk ohm meter. Jika litar terbuka, tiada arus mengalir. Jarum penunjuk akan
menunjukan pada skala infiniti (). Jika litar mempunyai rintangan yang sangat rendah,
jarum penunjuk akan menunjuk ke arah sifar. Sekiranya rintangan tersangat rendah,
kemalangan elektrik seperti kebocoran elektrik, renjatan elektrik, kebakaran elektrik
boleh berlaku. Rintangan penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat
digunakan. Unit dalam rintangan penebatan ialah Mega Ohm (M).

4.2 Jenis Jenis Pengujian

Terdapat dua kaedah pengujian dilakukan untuk litar kawalan:


i. Pengujian ke atas litar mati
ii. Pengujian ke atas litar hidup

Jenis jenis pengujian untuk litar mati :


i Ujian keterusan pengalir
ii Ujian rintangan penebatan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

a. Cara cara membuat pengujian keterusan pengalir pada litar mati


i. Menguji keterusan MCB
ii. Menguji keterusan pengalir neutral) dengan Terminal Neutral
iii. Menguji keterusan dengan Terminal Common
iv. Menguji keterusan dengan Terminal Live gelung
v. Menguji keterusan sesentuh sedia buka
vi. Menguji keterusan sesentuh sedia tutup

5. Peraturan IEE Mengenai Motor Elektrik

A-63 (KAWALAN MOTOR)


Semua motor elektrik mesti diperuntukan dengan alat menghidup dan memberhentikan motor,
alat ini di tempatkan dimana lanya mudah dikendalikan oleh seorang penjaga motor itu.

A-64
Semua motor elektrik mesti diperuntukan dengan alat kawalan seperti:
i) Bagi mencegah penghidupan secara automatik selepas terhenti disebabkan susutnya voltan
atau putusnya bekalan dimana motor menghidup dengan tidak disangka-sangka.
ii) Dimana lebih daripada satu cara pemberhentian dengan tangan dibekalkan dan bahaya
mungkin disebabkan oleh penghidupan motor dengan tidak disangka-sangka atau sesuatu
mesin yang dipacu oleh motor elektrik dengan alat mencegah semula penghidupan sehingga
semua alat pemberhenti disetkan.
iII) Bagi memisahkan voltan litar motor dengan menggunakan alat pemisah yang dipasang di
tempat yang sesuai dan semua alat termasuk pemutus Iitar automatik yang digunakan. Jika
alat pemisah ini jauh daripada motor, tambahan alat pemisah dipasang bersebelahan dengan
motor atau secara pilihan peruntukan akan dibuat bagi mengunci alat utama di dalam keadaan
OFF.

Nota
Satu cara pemisahan boleh diperuntukan untuk satu kumpulan motor dan alat-alat kawalan
yang bergabung dengannya dimana keperluan pemeriksaan atau lain-lain kerja dibuat bagi
sesuatu motor dalam kumpulan itu atau alat-alat kawalan yang bergantung terus dengan motor,
pemeriksaan secara serentak bagi semua kumpulan adalah diterima.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 24
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

A-65
Semua motor elektrik yang mempunyai kadaran lebih daripada 0.37Kw mestilah diperuntukan
dengan alat kawalan yang mengandungi alat yang sesuai untuk memberikan perlindungan
lebihan arus di dalam motor atau kabel diantara alat itu di dalam motor.

A-66 (LITAR MOTOR)


Kabel yang membawa arus penghidup, arus larian ( running current ) dan arus beban mestilah
berkadaran sekurang-kurangnya sama dengan arus beban penuh motor apabila dikadar
berdasarkan kepada kesusuaian piawaian British.

A-68
Di mana penghidup diperuntukan yang memberikan perlindungan daripada lebihan arus di
dalam motor dan kabel di antara penghidup dan motor. Kadar fius atau Pemutus litar yang
melindungi litar kecil akhir motor mestilah tidak melebihi dua kali ganda arus di dalam kabel
atau Pemutus litar dan penghidup.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 25
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

SOALAN

1. Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) Sesuatu motor hendaklah


dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan
memberhentikannya Nyatakan TIGA tujuan mengapa penghidup perlu dipasang pada
motor
i. ……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
ii. ……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………
( 2 marks)

2. Namakan DUA litar kawalan yang digunakan dalam mengawal operasi sesuatu litar
motor elektrik satu fasa

i. .…………………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………………..
( 2 marks)

3. Sebutkan fungsi pelindung beban lampau di dalam komponen kawalan


………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
( 2 marks)
4. Sebutkan DUA kebaikan menggunakan D.O.L starter
i. ……………………………………………………………………………………………
……..………………………………………………………………………………………
ii. ……………..
……………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………….…………..

( 2 marks)
5. Nyatakan fungsi penyentuh magnet yang digunakan dalam alat kawalan motor.
……………………………………………………………………………………….……………
………………………………………………………………………………………………….…

(2 marks)

RUJUKAN:
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 26
EE-320-2:2012-C04/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 26

Abd Samad Hanif 1994 , Akta Bekalan Elektrik 1990 Dan Peraturan-peraturan IEC.Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Abdul Samad Bin Hanif 1988, Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik. Dewan Bahasa Dan
Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur .

Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of


Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia .

Anda mungkin juga menyukai