Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN SOALAN PERIBAHASA

1. bagai aur dengan tebing – saling bantu membantu antara satu sama lain / persahabatan
yang akrab
2. gulung tikar – rugi dalam perniagaan / menutup perniagaan
3. seperti anjing dengan kucing – orang yang selalu bertengkar
4. rambang mata – orang yang sukar membuat pilihan
5. hidung tinggi sombong / angkuh
6. kera sumbang – orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
7. bagai pinang dibelah dua / seperti cincin dengan permata – pasangan yang sepadan
8. bagai murai tercabut ekor / mulut murai – orang yang suka bercakap banyak
9. bagai kera mendapat bunga – orang yang tidak tahu menghargai sesuatu yang baik /
berharga
10. gaji buta – upah yang diterima tanpa bekerja bersungguh-sungguh
11. bagai mencurah air ke daun keladi – pesan atau nasihat yang tidak dipedulikan
12. ambil berat / ambil tahu – memberi perhatian
13. bagai isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas – hubungan yang sangat erat
14. curi tulang / berat tulang – mengelak daripada bekerja dengan berbagai tipu helah
15. makan angin – pergi bersiar-siar untuk berehat
16. pencuci mulut makanan manis yang dimakan selepas makan tengahari / malam
17. seperti ular kena palu – keadaan jalan yang bengkang bengkok
18. malang tidak berbau – kecelakaan yang terjadi secara tiba tiba
19. sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain –
bersabar dan gigih dalam melakukan sesuatu akhirnya akn memberikan hasil yang
memuaskan
20. ringan tulang / mandi peluh – orang yang rajin bekerja mencari rezeki
21. sediakan payung sebelum hujan – buat persediaan sebelum terlambat
22. bertikam lidah / seperti anjing dengan kucing – bertengkar
23. ringan tulang / masa itu emas – orang yang rajin bekerja dan mencari rezeki
24. membanting tulang / titik peluh – bekerja keras
25. makan angin – pergi bersiar-siar untuk berehat
26. kaki bangku – orang yang tidak pandai bermain bola
27. alas perut – makan sedikit tetapi tidak hingga kenyang
28. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – bantu membantu antara satu sama lain
29. bumi mana yang tidak ditimpa hujan – manusia tidak ketinggalan daripada melakukan
kesalahan / kesilapan
30. kepala batu – degil atau mempunyai azam yang kuat
31. langkah seribu – melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
32. naik angin / naik darah / seperti ayam patuk anaknya – terlalu marah / menghukum anak
untuk memperbaiki kelakuannya
33. bagai aur dengan tebing –orang/masyarakat yang hidup saling bantu membantu
34. baik hati / ringan tangan – suka menolong orang
35. pencuci mulut - makanan manis yang dimakan selepas makan tengahari / malam
36. ringan tulang / rajin seperti semut –orang yang rajin bekerja
37. rajin seperti semut – orang yang rajin bekerja
38. cacing hendak menjadi naga – orang kecil (miskin) yang ingin menyamai orang besar (kaya)
39. air dicincang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan antar manusia tidak dapat
dipisahkan oleh suatu perselisihan.
40. bagai bumi dengan langit – dua hal yang berbeza jauh and tidak bersesuaian antara satu
sama lain
41. sambil menyelam minum air – mencapai dua matlamat sekaligus
42. seperti anjing dengan kucing –dua orang yang selalu bertengkar
43. kalau tidak ada anging, masakan pokok bergoyang – apabila terjadi sesuatu hal, tentu ada
sebabnya
44. bagai tikus membaiki labu – merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki
45. curi tulang – orang yang suka mengelak dari membuat sesuatu kerja
46.
47. muntahkan darah - gelojoh
48. buta huruf – tidak tahu membaca atau menulis
49. bagai menatang minyak yang penuh – melakukan sesuatu dengan penuh berhati-hati
50. ikut jejak – meniru perbuatan atau amalan orang terdahulu
51. lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena – orang lain yang melakukan kesalahan
tetapi orang lain pula yang dituduh
52. mandi kerbau – mandi dengan air yang sedikit