Anda di halaman 1dari 34

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sebelum tahun 1948, Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang khusus

yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Undang-undang yang ada pada masa tersebut

hanyalah undang-undang mengawal orang-orang asing untuk keluar masuk ke dalam Negara

sahaja. Keadaan seperti ini berlaku disebabkan dasar pemerintahan British yang membuka

pintu Negara ini seluas-luasnya supaya orang-orang asing dapat masuk beramai-ramai secara

mudah. Dasar seperti dinamakan ‘Dasar Pintu Terbuka’. Pemerintahan British yang membeza-

bezakan warganegara British daripada rakyat asing hanyalah bertujuan untuk menutup pintu

masuk ke Negara ini kepada orang-orang asing yang dipinggirkan.

Antaranya adalah undang-undang tahun 1992 yang menegah orang-orang asing dari

menjadi jurumudi kapal dan bahtera, atau jurutera kapal. Melalui undang-undang tersebut,

orang-orang asing ditentukan sebagai orang yang bukan rakyat British atau rakyat Negara

naungannya. Malah, kemasukan golongan orang asing ke Malaysia boleh ditegah sekiranya

kedatangan golongan tersebut dianggap berbahaya kepada keamanan Negara. Orang-orang

asing yang masuk ke Negara ini juga hendaklah mendaftarkan nama mereka kepada pegawai

polis supaya mudah untuk dikawal.

Di samping itu juga, tidak ada satu undang-undang pun yang boleh menentukan siapa

rakyat raja Melayu di Negara ini. Bahkan undang-undang yang ada hanyalah undang-undang

tahun 1904 yang bertajuk Enakmen Naturalisasi (Naturalization Enactment). Undang-undang

1
tersebut mempunyai beberapa peruntukan bagi membolehkan orang-orang asing membuat

permohonan untuk menjadi rakyat raja Melayu. Tetapi rakyat raja Melayu yang asal sama

sekali tidak disebut dalam undang-undang ini. Kini, undang-undang tersebut telah dibatalkan

dan digantikan dengan undang-undang Kerakyatan yang dibuat oleh tiap-tiap Negara pada

tahun 1952.

Undang-undang kewarganegaraan yang mula-mula sekali dibuat di Tanah Melayu

bermula pada tahun 1948 yang mana ianya terkandung dalam perjanjian Persekutuan Tanah

Melayu. Fasal 125 hingga fasal 133 telah memperuntukkan dengan jelas berkenaan orang-

orang yang dikatakan warganegara Persekutuan. Fasal-fasal ini juga telah menentukan cara-

cara untuk mendapatkan kewarganegaraan persekutuan, iaitu melalui cara pendaftaran atau

nuturalisasi. Undang-undang ini kemudiannya telah diperbaiki pada tahun 1952 kerana hendak

menyesuaikannya dengan undang-undang warganegara British yang dipinda pada tahun 1949.

Pada tahun 1952 juga, semua negeri Melayu telah meluluskan undang-undang untuk

menentukan golongan yang berhak menjadi rakyat Raja-raja Melayu bagi Negara masing-

masing. Maka, sesiapa yang menjadi rakyat Raja-raja Melayu, orang itu secara tidak langsung

adalah berhak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Beginilah keadaan undang-

undang kewarganegaraan di Malaya sebelum merdeka. Manakala selepas merdeka pula,

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 14 hingga Perkara 31 yang mana

mengandungi butir-butir dan peraturan tentang kewarganegaran.

Sungguhpun undang-undang kewarganegaraan pada tahun 1948 telah dibatalkan oleh

Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tersebut masih lagi berkuatkuasa kerana antara


2
warganegara Persekutuan yang merdeka, ada orang yang menjadi warganegara berdasarkan

Perjanjian Persekutuan tahun 1948. Oleh itu, kita perlulah mengetahui orang-orang yang layak

untuk menjadi warganegara di bawah perjanjian tersebut. Di dalam perjanjian ini juga ada

disebut berkenaan rakyat British atau warganegara United Kingdom serta tanah jajahannya

akan terus menjadi warganegara Persekutuan sekiranya mereka dilahirkan di Malaysia. Oleh

itu, jelaslah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca bersama Undang-undang Inggeris

terutama sekali undang-undang tahun 1949 yang bertajuk Akta Kewarganegaraan British

(British Nationality Act).

Oleh itu, disebabkan perkara inilah maka undang-undang kewarganegaraan di Negara

ini amat sukar sekali difahami. Undang-undang ini berasal dari undang-undang England, dan

hanya menjadi sebagai pokok kayu yang dianggur pada tahun 1948, dan kemudian menjadi

subur pada tahun 1957, iaitu ketika mana Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Manakala,

pada masa Singapura masih dalam Malaysia, kewarganegaraan Malaysia terbahagi kepada dua

jenis, iaitu :

a. Warganegara Malaysia yang bukan rakyat Singapura

b. Warganegara Malaysia yang juga rakyat Singapura

Masalah seperti ini timbul disebabkan Singapura mempunyai undang-undang

kewarganegaraannya yang tersendiri. Namun, apabila Singapura berpisah dari gugusan

Malaysia, perbezaan ini tidak memberi sebarang kesan kepada kewarganegaraan Malaysia.

3
1.2 FAKTOR-FAKTOR MENDAPATKAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perhubungan yang sebenar antara seseorang

dengan Negara Malaysia akan membolehkan dia berhak menjadi warganegara Persekutuan.

Perhubungan sebenar yang dimaksudkan adalah berasaskan faktor-faktor seperti jus soli, jus

sanguinis, berdasarkan perkahwinan dan kemastautinan.

1.2.1 Jus Soli (Undang-Undang Tempat Lahir)

Dalam perlembagaan Malaysia, orang yang dilahirkan antara hari Merdeka dengan bulan

Oktober tahun 1962 adalah berhak untuk terus menjadi warganegara, dan sama sekali tidak

mengambil kira kewarganegaraan bapa atau ibunya. Tetapi jika seseorang itu dilahirkan

selepas bulan September 1965, maka orang itu hanyalah menjadi warganegara sekiranya salah

satu daripada syarat di bawah ini dipenuhi iaitu1 :

i. Ketika kelahirannya salah seorang daripada ibu bapanya ialah warganegara.

ii. Ketika kelahirannya salah seorang ibu bapanya ialah orang yang tinggal kekal

bermaustautin di Negara ini.

iii. Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-mana Negara.

Walaupun seseorang itu dilahirkan di Malaysia, tidak semestinya orang tersebut secara

semulajadi adalah menjadi warganegara Malaysia. Jika bapanya bukan warganegara Malaysia

serta mempunyai kebebasan daripada sudut guaman dan perjalanan undang-undang

sebagaimana diberikan kepada wakil sesebuah Negara yang berdaulat yang dipersembahkan

1
Tun Mohd Salleh Abas, (1997), Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Hlm. 268.

4
dengan tauliahnya kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), atau pada masa kelahirannya,

bapanya ialah musuh asing dan kelahirannya berlaku dalam suatu tempat yang diduduki

musuh, maka ia bukanlah warganegara Malaysia.

Di sini bolehlah ditafsirkan bahawa prinsip jus soli dalam Perlembagaan Malaysia

tidaklah diterima sepenuhnya, bahkan hanyalah diterima dengan syarat dan syarat itu

bergantung kepada taraf ibu bapanya ketika seseorang itu dilahirkan. Jelasnya, seseorang itu

tidak menjadi warganegara sekiranya :

i. Salah seorang daripada ibu bapanya bukan warganegara persekutuan.

ii. Salah seorang daripada ibu bapanya bukan orang yang tinggal kekal bermustautin

di Negara ini.

iii. Bapanya bukan warganegara Malaysia dan mempunyai kebebasan daripada

guaman dan perjalanan undang-undang.

iv. Bapanya bukan warganegara Malaysia dan merupakan musuh asing, dan tempat

dia dilahirkan diduduki musuh ketika itu.

Ini bermakna bahawa jus soli di Negara kita disyaratkan dengan jus sanguinis atau

lebih dikenali dengan undang-undang keturunan darah.2

2
Ibid., Hlm. 269.

5
1.2.2 Jus Sanguinis (Undang-Undang Keturunan Darah)

Jus Sanguinis juga dipakai dalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu faktor yang

penting bagi menghubungkan seseorang dengan Malaysia.3 Mengikut undang-undang jus

sanguinis, seseorang yang berketurunan warganegara akan tetap menjadi warganegara

walaupun orang tersebut dilahirkan di luar Negara. Hal ini kerana kewarganegaraan bapanya

dipusakai oleh dirinya. Tetapi masalahnya setakat mana kewarganegaraan itu boleh diberikan

kepada seseorang yang dilahirkan di luar Negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,

seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia hanyalah boleh menjadi warganegara, jika bapanya

bertaraf warganegara dan salah satu daripada syarat berikut dipenuhi iaitu :

i. Bapanya sendiri dilahirkan di Malaysia, atau

ii. Bapanya memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau negeri,

atau

iii. Kelahirannya didaftarkan di pejabat Konsul Malaysia ataupun dengan kerajaan

Malaysia dalam tempoh satu tahun selepas kelahirannya, ataupun dalam tempoh

masa yang lebih lanjut lagi sekiranya mendapat kebenaran kerajaan.

Disini nyatalah kepada kita bahawa kewarganegaraan seseorang bapa hanyalah dapat

dipusakai oleh anaknya yang dilahirkan di luar Negara, jika si bapa sendiri dilahirkan di

Malaysia, atau berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri ataupun

kelahiran anaknya didaftarkan dengan kerajaan Malaysia. Malah, syarat-syarat ini dikenakan

kepada tiap-tiap orang yang dilahirkan sama ada sebelum atau selepasa merdeka.

3
Ibid., Hlm. 269.

6
1.2.3 Perkahwinan

Perkahwinan juga merupakan salah satu faktor yang penting yang dinyatakan dalam

undang-undang kewarganegaraan. Di sesetengah Negara, apabila seseorang wanita asing

berkahwin dengan seseorang warganegara, maka dia akan terus menjadi warganegara ataupun

terus mempunyai kewarganegaraan seperti suaminya. Tetapi ada juga Negara yang tidak

memberi taraf kewarganegaraan kepada wanita asing walaupun telah berkahwin dengan lelaki

yang mempunyai taraf warganegara, berikutan faktor kebebasan kaum wanita dan taraf

persamaannya dengan lelaki. Maka mengikut undang-undang kewarganegaraan Negara

berkenaan, tidak memberi taraf kewarganegaraannya kepada wanita asing tadi. Sama ada

wanita asing itu menjadi warganegara atau tidak, terpulanglah kepada dirinya sendiri.4 Jika dia

hendak menjadi warganegara Negara tersebut, dia hendaklah membuat permohonan dan taraf

kewarganegaraan hanya akan diberikan kepadanya melalui cara pendaftaran.

Dalam Perlembagaan Malaysia pula, seseorang wanita asing yang telah menjadi isteri

kepada seseorang warganegara Malaysia, boleh membuat permohonan untuk didaftarkan

menjadi warganegara, jika suaminya telah menjadi warganegara pada awal bulan Oktober

1962 dan dengan syarat, perkahwinannya masih lagi kekal. Jika syarat tersebut tidak dipenuhi,

wanita itu boleh juga didaftarkan menjadi warganegara jika dia memenuhi syarat berikut :

i. Telah berkhidmat dalam Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan itu

dibuat dan niatnya hendak kekal bermustautin dalam Persekutuan, atau

ii. Berkelakukan baik.

4
Ibid., Hlm. 270.

7
Tambahan pula, isteri asing tersebut hanya boleh meminta didaftarkan sebagai menjadi

warganegara jika perkahwinannya itu didaftarkan menurut undang-undang yang berkuat kuasa

dalam persekutuan pada masa tersebut. Namun, syarat ini tidak dikenakan kepada seorang

isteri yang telah membuat permohonan kewarganegaraan sebelum awal bulan September

1965.

1.2.4 Mastautin

Bagi sesetengah negeri, permastautinan boleh menjadi satu faktor bagi orang-orang

asing mendapat kewarganegaraan dengan cara masukan. Mengikut Perlembagaan Malaysia,

cara-cara pemberian kewarganegaraan kepada orang asing yang bermastautin di negeri ini dan

berniat hendak kekal tinggal di Malaysia ialah terbahagi kepada 2 :

i. Dengan cara mendaftar.

ii. Dengan cara masukan.

8
BAB 2
CARA MEMOHON TARAF KEWARGANEGARAAN
DAN PROSEDUR BERKAITAN

2.1 CARA MEMOHON TARAF KEWARGANEGARAAN MALAYSIA

Taraf kewarganegaraan di Negara Malaysia boleh didapati oleh beberapa golongan

sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan taraf tersebut

boleh diperolehi melalui beberapa cara iaitu :

2.1.1 Penguatkuasaan Undang-Undang

Melalui cara ini, ianya telah dinyatakan secara jelas dalam perkara 14 Perlembagaan

Persekutuan yang mana telah diperuntukkan bahawa warganegara yang boleh memohon taraf

tersebut melalui cara ini terdiri daripada dua golongan iaitu :

a) Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia iaitu 16 September 1963 5; dan

b) Orang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia 6

Orang-orang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia adalah menjadi warganegara

dengan cara kuatkuasa undang-undang :

a) Setiap orang yang telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu (PTM)

sebelum menjelang hari Merdeka, menurut mana-mana peruntukan PTM, sama

ada dengan cara kuatkuasa undang-undang atau selainnya.

5
Perkara 14(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia
dan ianya adalah seorang warganegara Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam
Bahagian 1 Jadual Kedua
6
Perkara 14(1)(b) PP pula memperuntukkan tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan ianya
adalah mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual Kedua

9
b) Setiap orang yang dilahirkan dalam Tanah Melayu pada atau selepas Hari

Merdeka tetapi sebelum Oktober 1962,

c) Setiap orang yang dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962, yang

sekurang-kurangnya ibu atau bapanya pada masa kelahirannya itu adalah seorang

warganegara atau bermaustatin tetap di Persekutuan atau tiap-tiap orang yang pada

masa lahirnya tidak menjadi warganegara mana-mana negeri lain;

d) Setiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan

bapanya pada masa kelahirannya itu adalah seorang warganegara dan juga telah

lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran berada dalam Persekutuan atau

kerajaan sesuatu negeri;

e) Setiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan

bapanya pada masa lahirnya itu adalah seorang warganegara, jika dalam masa satu

tahun selepas dia lahir itu atau dalam masa sesuatu tempoh yang lebih lanjut

sebagaimana yang dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan dalam sesuatu hal

tertentu, kelahiran itu didaftarkan di sebuah pejabat Konsul Persekutuan atau

kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, kelahiran

itu didaftarkan dengan kerajaan Persekutuan.7

Seseorang itu adalah tidak secara automatiknya mendapat taraf kewarganegaraan,

bahkan ia tertakluk kepada perenggan (b) atau (c) subseksyen (1) yang mana memperuntukkan

sesorang tidak mendapat kewarganegaraan jika pada masa dia dilahirkan, bapanya bukan

warganegara dan mempunyai kekebalan (immunity) diplomat.8

7
Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kedua, Bahagian 1, Seksyen 1.
8
Ahmad Ibrahim & Ahliemah Joned, (2007), Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Hlm. 204.

10
Manakala bagi seseorang yang biasanya bermaustatin di Sabah, Sarawak atau Brunei

pada Hari Malaysia adalah menjadi seorang warganegara melalui kuatkuasa undang-undang

jika sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan tanah-tanah jajahan dan :

a) Telah lahir di wilayah yang terkandung dalam negeri-negeri Sabah dan Sarawak;

atau

b) Telah menjadi seorang warganegara dengan cara pendaftaran dalam jajahan atau

dengan cara atau disebabkan oleh masukan di wilayah itu9

Sementara itu, bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia adalah

dengan ini menjadi warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang iaitu :

a) Tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya ibu atau

bapanya, pada masa kelahirannya adalah seorang warganegara atau bermaustatin

tetap di Perseketuan; dan

b) Tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan dan bapanya, pada masa

kelahirannya adalah seorang warganegara dan telah lahir di Persekutuan atau pada

masa dia dilahirkan berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan di

sesebuah negeri; dan

c) Tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan dan bapanya pada masa

kelahirannya seorang warganegara dan dalam masa satu tahun lepas kelahiran itu

berlaku, atau dalam masa sesuatu tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang

dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam suatu hal tertentu, kelahiran itu

didaftarkan di suatu pejabat Konsul Persekutuan atau jika kelahiran itu berlaku di

9
Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kedua Bahagian 1. Seksyen 2.

11
Brunei atau di suatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini dengan perintah

Yang Dipertuan Agong, kelahiran itu didaftarkan dengan kerajaan Persekutuan;

dan

d) Tiap-tiap orang yang lahir di Singapura sekurang-kurangnya ibu atau bapanya,

pada masa kelahiran itu, adalah seorang warganegara dan orang itu pada masa dia

lahir tidak menjadi seorang warganegara dengan apa-apa cara selain daripada

sebab perenggan ini; dan

e) Tiap-tiap orang yang dilahirkan di Malaysia dan pada masa dia lahir tidak menjadi

warganegara mana-mana negeri dengan apa-apa cara melainkan dengan menurut

perenggan ini.10

Bagi maksud perenggan (e) di atas, seseorang itu adalah dianggap sebagai mempunyai

kewarganegaraan ketika lahirnya sebarang kewarganegaraan yang diperolehinya dalam masa

setahun kemudian daripada itu dengan sebab sebarang peruntukan yang bersamaan dengan

perenggan (c) di atas atau selainnya.11 Seseorang itu juga tidak dikira sebagai warganegara

dengan sebab perenggan (a), (d) atau (e) di atas jika pada ketika lahirnya, bapanya bukan

seorang warganegara mempunyai kekebalan sebagai diplomat atau jika bapanya itu orang

Negara musuh dan kelahiran itu berlaku di suatu tempat yang ditakluki oleh musuh.12

10
Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kedua, Bahagian II, S2(1)
11
Ibid., Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 2(3)
12
Ibid., Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 2(2)

12
2.1.2 Melalui Pendaftaran

Permohonan taraf kewarganegaraan melalui cara pendaftaran adalah hanya kepada

empat golongan ini iaitu :

i. Isteri dan anak kepada warganegara.

Merujuk kepada Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, diperuntukkan hal mengenai

kewarganegaraan dengan cara pendaftaran bagi isteri dan anak-anak kepada warganegara.13

Seorang perempuan yang telah berkahwin dan suaminya seorang warganegara berhak melalui

permohonan kepada kerajaan Persekutuan dan didaftarkan sebagai warganegara jika dia masih

bersuami dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962 atau jika

dia membuktikan dan kerajaan Persekutuan berpuas hati;

a) Bahawa dia telah bermaustatin di Persekutuan (dan di negeri Sabah dan

Sarawak)14 sebelum Hari Malaysia sepanjang tempoh dua tahun sebelum

daripada tarikh permohonan itu, dan dia berniat hendak bermastautin tetap di

Persekutuan; dan

b) Bahawa dia berkelakuan baik.

Syarat yang lain pula ialah perkahwinan wanita tersebut hendaklah didafarkan di

bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan, termasuk

undang-undang yang berkuatkuasa sebelum Hari Merdeka atau mengikut undang-undang

bertulis yang berkuatkuasa sebelum Hari Malaysia di wilayah yang termasuk dalam negeri

13
Bagi permohonan tertakluk kepada Perkara 15(1) iaitu isteri kepada warganegara, pemohon perlu membuat
permohonan melalui Borang A, manakala bagi permohonan melalui Perkara 15(2) iaitu anak kepada seorang
warganegara, permohonan dibuat melalui Borang B.
14
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 15(4).

13
Sabah dan Sarawak.15 Tetapi, jika wanita tersebut membuat permohonan untuk didaftarkan

sebagai warganegara sebelum awal bulan September 1965, atau sebelum suatu tarikh

kemudiannya sebagaimana yang ditetapkan dengan perintah oleh Yang Dipertuan Agung, dan

pada tarikh permohonan itu, dia lazimnya bermastautin di negeri Sabah dan Sarawak, maka

perkahwinannya itu tidak perlu didaftarkan.

Selain itu, tertakluk kepada fasal (2) perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, apabila

permohonan dibuat kepada kerajaan Persekutuan oleh ibu bapa atau penjaga seseorang yang

berumur kurang dari 21 tahun, maka kerajaan Persekutuan bolehlah mengarahkan orang itu

didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya ibu atau bapanya (atau pada masa

kematiannya) seorang warganegara. Di bawah fasal 3 perkara 15 pula, seseorang yang

berumur di bawah umur 21 tahun yang lahir sebelum awal bulan Oktober 1962, dan bapanya

(atau pada masa kematiannya) seorang warganegara dan juga seorang warganegara pada awal

bulan itu (jika dia hidup pada masa itu) berhak didaftarkan sebagai warganegara jika kerajaan

Persekutuan berpuas hati bahawa orang itu lazimnya bermastautin di Persekutuan serta

berkelakuan baik.16

15
Perkahwinan mesti didaftarkan berdasarkan undang-undang bertulis Negara yang berkuatkuasa pada masa
tersebut. Bagi pasangan beragama Islam, perkahwinan didaftarkan di Jabatan Agama Islam manakala bagi
perkahwinan non-muslim didaftarkan di JPN.
16
Ahmad Ibrahim & Ahliemah Joned, op. cit., Hlm. 208.

14
ii. Mana-mana orang di bawah umur 21 tahun.

Di bawah perkara 15A kerajaan Persekutuan boleh, dalam sesuatu hal keadaan khas yang

difikirkan patut mengarahkan supaya seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun

didaftarkan sebagai warganegara. Dalam hal ini, mestilah sekurang-kurangnya ibu atau

bapanya (atau pada masa kematiannya) adalah warganegara Malaysia.17

iii. Orang yang dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

Di bawah perkara 16, mana-mana orang yang berumur 18 tahun atau lebih yang

dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka berhak didaftarkan sebagai warganegara jika

dia membuktikan dan kerajaan Persekutuan berpuas hati;

a) Bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa 7 tahun sebelum

tarikh permohonan itu, bagi tempoh-tempoh yang semuanya berjumlah tidak

kurang daripada lima tahun;

b) Bahawa dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan;

c) Bahawa dia berkelakuan baik; dan

d) Bahawa dia mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu peringkat rendah

17
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 15(2).

15
iv. Orang yang bermastautin di mana-mana negeri Malaysia Timur pada hari
Malaysia.

Di bawah perkara 16A, orang yang berumur 18 tahun atau lebih yang pada Hari

Malaysia lazimnya bermastautin di negeri Sabah atau Sarawak berhak melalui permohonan

kepada kerajaan Persekutuan sebelum bulan September 1971, untuk didaftarkan sebagai

warganegara jika dia membuktikan dan kerajaan Persekutuan berpuas hati ;

a) Bahawa dia telah bermastautin sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang

terkandung dalam negeri-negeri tersebut itu dan selepas Hari Malaysia

bermastautin di Persekutuan bagi tempoh berjumlah tidak kurang daripada

tujuh tahun dalam tempoh masa sepuluh tahun sebelum tarikh permohonan, dan

tempoh itu termasuk dua belas bulan sebelum tarikh tarikh permohonan itu;

b) Bahawa dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan;

c) Bahawa dia berkelakuan baik; dan

d) Kecuali jika permohonan itu dibuat sebelum bulan Sepetember 1965, oleh

seorang pemohon yang telah mencapai umur 45 tahun, maka dia hendaklah

mempunyai pengetahuan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang memadai.

Perkara 18 pula memperuntukkan peraturan-peraturan am mengenai pendaftaran

sebagai warganegara Malaysia. Tiada seorang pun yang berumur 18 tahun atau lebih boleh

didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan sehingga dia telah

mengangkat sumpah dengan sesungguh dan sepenuhnya menolak atau meluputkan segala

kesetiaan kepada mana-mana negeri atau Negara di luar kawasan Persekutuan serta bersumpah

bahawa dia akan jujur serta menumpahkan segala taat setia kepada DYMM Seri Paduka

16
Baginda Yang Di Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang

sebenar, setia dan jujur.18

Namun, ianya kecuali setelah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, tiada seorangpun

yang telah menolak atau dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perlembagaan atau yang

telah menolak atau yang telah dilucutkan kewarganegaraan Persekutuan sebelum Hari

Merdeka di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu boleh didaftarkan sebagai

warganegara di bawah Perlembagaan.19 Seseorang yang telah dilucutkan kewarganegaraan

adalah sama sekali tidak dikembalikan semula taraf kewarganegaraan sekalipun dengan

permohonan yang baru, sebagaimana yang telah terjadi dalam kes Ong Boon Hua @ Chin

Peng lwn Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.20 Dalam kes ini, perayu merupakan seorang

Former Secretary General Of Malayan Communist Party (MCP), yang mana telah gagal

untuk membuktikan statusnya sebagai seorang warganegara Malaysia. Perayu turut mendakwa

bahawa dia tidak pernah menolak kewarganegaraannya.

Namun, Mahkamah Rayuan telah menetapkan bahawa perayu hendaklah membuktikan

taraf kewarganegaraan beliau dengan mengemukakan apa-apa dokumen bertulis seperti sijil

kelahiran atau sijil kewarganegaraan. Tetapi mahkamah tidak menumpukan perhatian kepada

dakwaan perayu yang menyatakan bahawa kesemua dokumen tersebut telah dirampas oleh

pihak polis dalam sebuah serbuan pada tahun 1948. Hal ini perlulah jelas bahawa komunis

telah menurunkan senjata pada 1989 dan kemudiannya telah menandatangani sebuah

perjanjian dengan kerajaan Malaysia.

18
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 18(1) & Jadual Pertama.
19
Ibid., Perkara 19(5).
20
[2008] 3 MLJ 625.

17
2.1.3 Melalui Masukan (Naturalitation)

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan untuk mendapat kewarganegaraan

dengan cara daftaran adalah berasaskan kelahiran dan permastautinan seseorang itu dalam

Persekutuan. Tetapi bagi orang yang tidak dilahirkan di Malaysia, dan jika dia bermastautin di

sini, bolehlah memohon untuk mendapat kewarganegaraan Persekutuan dengan jalan masukan

(naturalitation). Mengikut perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, orang asing yang berumur

21 tahun atau lebih bolehlah membuat permohonan untuk dimasukkan menjadi warganegara,

sekiranya dia dapat memenuhi syarat-syarat yang tersebut di bawah ini :

a) Dia telah bermastautin dalam Persekutuan dalam tempoh 12 tahun terdahulu

daripada dan hingga dari tarikh itu tidak kurang daripada 10 tahun.

b) Berniat hendak kekal bermastautin di negeri ini.

c) Berkelakuan baik.

d) Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang cukup.

Tiap-tiap orang yang didaftarkan menjadi warganegara juga hendaklah mengangkat

sumpah taat setia kepada Persekutuan sebelum daripada diberikan sijil masukannya itu. Hal ini

adalah tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan dan dinyatakan sumpah taat

setia seperti dalam Jadual Pertama.

Perbezaan antara masukan dengan daftaran sebagai cara orang asing bertukar menjadi

warganegara persekutuan ialah masukan itu dikhaskan kepada orang yang tidak dilahirkan

dalam persekutuan, manakala daftaran itu ialah suatu jalan yang khas untuk orang yang

dilahirkan di negeri ini menjadi warganegara. Tetapi sejak penubuhan Malaysia, orang yang

18
bermastautin sama ada di negeri Sabah mahupun Sarawak yang memenuhi segala syarat-

syarat yang telah ditetapkan bolehlah didaftarkan sebagai warganegara Malaysia. Perbezaan

lain antara perolehan kewarganegaraan melalui masukan dan daftaran adalah pada cara

perlucutan kewarganegaraan itu sendiri. Orang yang menjadi warganegara dengan jalan

daftaran oleh sebab dilahirkan dalam Persekutuan tidak boleh dilucutkan kewarganegaraan

dengan syarat-syarat yang disebutkan dalam perkara 25 perlembagaan Malaysia. Ini bermakna

orang itu tidak boleh dilucutkan kewarganegaraannya, walaupun :

a) Dia telah menunjukkan dengan cara gerak-gerinya yang dia tidak taat setia

kepada persekutuan.

b) Dia berniaga dan berhubung dengan rakyat Negara asing yang berperang

dengan persekutuan.

c) Dia telah didapati salah oleh makamah mana-mana negeri dan dihukum penjara

yang tidak kurang daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada

RM5000, dan dia tidak pula mendapat ampun tentang kesalahan ini.21

21
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 25(1).

19
2.2 PROSEDUR-PROSEDUR BERKAITAN KEWARGANEGARAAN

2.2.1 Tempat Untuk Memohon Taraf Kewarganegaraan

Kementerian Dalam Negeri adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan

dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak

dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan

Malaysia tidak akan menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman

awam serta Negara. Hal ini kerana taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi yang

diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang asing.

Di samping itu, seseorang yang ingin memohon taraf kewarganegaraan hendaklah

mengemukakan permohonan di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang

berdekatan. Mereka yang dibenarkan untuk memohon adalah mereka yang telah memenuhi

syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan (Bahagian III). Borang

permohonan juga boleh diperolehi dan diserahkan kepada mana-mana Jabatan Pendaftaran

Negara (JPN). Selain itu, bagi permohonan di bawah Perkara 16 dan 19, pemohon disyaratkan

untuk menduduki ujian Bahasa yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).22

Ujian Bahasa biasanya dikendalikan oleh 3 orang panel ujian Bahasa Melayu dan tahap

pengetahuan dikira secara lisan dan bertulis yang mana berkisar tentang isu-isu semasa serta

asas-asas kenegaraan. Namun, bagi pemohon warga emas iaitu yang berumur 50 tahun ke atas,

keperluan ujian tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara pihak JPN 23.

22
Ahmad Ibrahim & Ahliemah Joned, op. cit., Hlm. 210.
23
Temubual bersama Puan Badariah (Ketua JPN Petaling Jaya), (2012, April 19). JPN Petaling Jaya.

20
Antara asas-asas pertimbangan untuk memohon kewarganegaraan adalah :

a. Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah.

b. Menetap dalam tempoh yang lama.

c. Memahami bahasa, budaya dan memahami kehendak Negara.

d. Menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

e. Taat dan setia kepada Negara.

2.2.2 Pengeluaran Sijil Kewarganegaraan

Perlembagaan Malaysia mengandungi syarat-syarat yang boleh dikatakan mudah untuk

seseorang memperoleh taraf kewarganegaraan. Oleh itu selain dari cara daftaran dan masukan,

seseorang itu boleh juga dianggap menjadi warganegara Malaysia jika kepadanya dikeluarkan

sijil kewarganegaraan di bawah perkara 30 perlembagaan Malaysia. Sijil ini akan dikeluarkan

di atas permohonan yang dibuat oleh seseorang, yang hal ehwal kewarganegaraannya adalah

dalam keadaan yang tidak terang sama ada tentang nyataannya atau undang-undangnya.

2.2.3 Perlucutan Kewarganegaraan Malaysia

Dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat dua cara yang membolehkan seseorang itu

hilang taraf kewarganegaraannya. Pertama, dengan perbuatan seseorang itu sendiri yang

menolak kewarganegaraannya dengan alasan enggan menjadi warganegara Persekutuan.

Kedua adalah dengan perbuatan kerajaan melucutkan kewarganegaraannya dengan sebab dia

21
telah melakukan perbuatan-perbuatan yang dianggap tidak sesuai dengan tarafnya sebagai

warganegara Malaysia.

Mengikut perkara 27 pula, sebelum kerajaan membuat sesuatu sesuatu perintah di

bawah perkara 24, 25, dan 26, kerajaan Persekutuan hendaklah memberitahu dengan bertulis

kepada orang yang kepada dicadangkan membuat perintah itu mengenai alasan-alasan yang

dicadangkan hendak dibuat bagi perintah itu dan juga bahawa dia berhak merujuk halnya itu

kepada suatu Jawatankuasa Siasatan dibawah perkara tersebut.24 Maka, jika seseorang yang

menerima pemberitahuan itu memohon supaya halnya dirujuk kepada Jawatankuasa Siasatan,

kerajaan Persekutuan hendaklah berbuat demikian.

Jawatankuasa siasatan terdiri daripada seorang Pengerusi, iaiatu seseorang yang ada

mempunyai pengalaman kehakiman, dan dua orang ahli lagi yang dilantik oleh kerajaan bagi

maksud itu. Jawatankuasa itu hendaklah mengadakan suatu siasatan seperti yang diarah oleh

kerajaan Persekutuan dan menghantar laporannya kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan

Persekutuan hendaklah memberi perhatian terhadap laporan itu bagi memutuskan sama ada

kerajaan hendak membuat perintah atau tidak. Acara yang diperintahkan dalam perkara 27

tidak perlu diikuti apabila kerajaan Persekutuan hendak melucutkan kewarganegaraan di

bawah perkara 26A.

Seseorang yang dilahirkan di Persekutuan tidak boleh dilucutkan kewarganegaraannya

di bawah perkara 25 tetapi dia boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah perkara 24,26

atau 26A.Seorang yang pada Hari Merdeka menjadi warganegara dengan cara kuatkuasa

24
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 26A.

22
undang-undang oleh kerana dia telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari itu tidak

boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah fasal (1) atau (2) perkara 24 oleh sebab sesuatu

yang dilakukan olehnya pada atau sebelum hari itu tetapi orang tersebut bolehlah dilucutkan

kewarganegaraannya oleh sebab kemaustatinannya di Negara-negara asing di bawah perkara

25(2) jika dia bermaustatin terus menerus selama tempoh lima tahun mulai sebelum Hari

Merdeka atau mulai pada atau selepas hari tersebut.25

Bagi maksud perkara 24, 25, 26 dan 26A, seseorang yang pada Hari Malaysia menjadi

warganegara dengan cara penguatkuasaan undang-undang oleh kerana sebelum hari itu dia

mempunyai taraf warganegara United Kingdom dan tanah-tanah jajahan hendaklah disifatkan:

a) Sebagai warganegara dengan cara pendaftaran jika dia telah memperoleh taraf

yang tersebut itu dengan cara pendaftaran; dan

b) Sebagai warganegara dengan cara masukan jika dia telah memperoleh taraf

yang tersebut itu dengan cara atau disebabkan oleh masukan

Selain itu, jika seseorang perempuan disifatkan sedimikan sebagai warganegara dengan

cara pendaftaran dan taraf yang menyebabkan dia bersifat sedemikian itu telah diperoleh

dengan sebab perkahwinan, maka bagi maksud-maksud fasal (4) perkara 24 dan fasal (2)

perkara 26, dia hendaklah disifatkan sebagai warganegara dengan cara pendaftaran di bawah

fasal (1) perkara 15.26

25
Ibid., Perkara 28(3).
26
Ibid., Perkara 28A(3).

23
Jika seseorang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia disifatkan sedemikian sebagai

warganegara dengan cara pendaftaran oleh sebab sesuatu perhubungan dengan negeri Sabah

dan Sarawak dan jika dia tidak dilahirkan di wilayah-wilayah yang terkandung dalam negeri-

negeri Malaysia Timur, maka perkara 25 hendaklah dipakai baginya seolah-olah dia seorang

warganegara dengan cara pendaftaran di bawah perkara 16A atau 17. Walaupun di bawah

perkara 28A seseorang disifatkan sebagai warganegara dengan cara masukan, dia tidak boleh

dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan jika dia

dilahirkan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang terkandung di dalam negeri Sabah

dan Sarawak dan jika dia disifatkan sedemikian oleh sebab taraf yang diperolehi dengan cara

atau disebabkan oleh masukan di wilayah-wilayah tersebut.27

27
Ibid., Perkara 28A(5).

24
BAB 3
HASIL KAJIAN LAPANGAN

3.1 PENGENALAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam

Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti

maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu,

JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya

mengeluarkan dokumen identiti dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat 1948

(Kawasan-kawasan Pendaftaran) dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang

ancaman keselamatan. Peraturan-peraturan tersebut memerlukan semua penduduk supaya

mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan

ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang

merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, perceraian dan

kewarganegaraan.28

Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya pula merupakan salah satu JPN yang masih

berfungsi sebagai pusat tumpuan penduduk sekitar daerah Petaling Jaya. JPN Petaling Jaya

dahulunya merupakan ibu pejabat JPN, kini digantikan dengan JPN Putrajaya. Namun, ianya

masih menjalankan tugas-tugas secara mesra dan cekap terhadap semua pengguna.

28
Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Kementerian Dalam Negeri, (2012, April 29), Retrieved
from http://www.jpn.gov.my/profil/pengenalan

25
3.2 HASIL KAJIAN (TEMUBUAL DI JPN PETALING JAYA)

Berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari

Khamis bertarikh 19 April 2012, kami telah menemu bual Ketua Jabatan Pendaftaran Negara

Daerah Petaling Jaya, Puan Badariah binti Abdullah untuk mengetahui serba sedikit tentang

prosedur untuk memohon taraf kewarganegaraan Malaysia. Berikut adalah soalan-soalan

temubual yang kami kemukakan kepada Ketua Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Petaling

Jaya ketika melakukan kajian lapangan :

1. Bolehkah Puan jelaskan apakah prosedur-prosedur yang perlu dipenuhi oleh

seseorang yang ingin memohon taraf kewarganegaraan di Negara Malaysia?

Antara prosedur yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang ingin memohon taraf

kewarganegaraan ialah mereka mestilah memenuhi syarat-syarat sebagaimanana yang telah

diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selepas itu, mereka hendaklah

mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di daerah masing-masing

atau boleh terus memohon di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Jika

pemohon telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, Jabatan Pendaftaran Negara

akan terus menerima dan menghantar permohonan kepada Kemeneterian Dalam Negeri untuk

kelulusan. Selain itu, mana-mana pemohon yang tidak memenuhi salah satu syarat ketika

mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara, pihak jabatan akan menolak

permohonan tersebut serta-merta.

26
2. Apakah isu-isu yang selalunya timbul atau terjadi ketika seseorang ingin

memohon untuk menjadi warganegara Malaysia?

Antara isu yang selalunya timbul adalah tentang status perkahwinan pemohon yang

ingin memohon taraf kewarganegaraan. Contohnya, lelaki yang berstatus warganegara

berkahwin dengan wanita warga asing tetapi tidak mendaftarkan perkahwianan tersebut. Isu

yang timbul ialah apabila si isteri ingin memohon kewarganegaraan Malaysia tetapi

perkahwinan tersebut tidak didaftarkan lagi. Maka pihak Jabatan Pendaftaran Negara akan

mengarahkan agar perkahwinan tersebut didaftarkan dahulu sebelum si isteri meneruskan

niatnya menjadi warganegara Malaysia.

Antara syarat-syarat tambahan yang dititikberatkan oleh JPN ialah pasangan suami

isteri itu hendaklah masih dalam tempoh perkahwinan dan tinggal bersama iaitu tidak bercerai.

Selain itu, mana-mana wanita warga asing yang merupakan isteri kepada warganegara yang

hendak memohon kewarganegaraan tidak boleh meninggalkan Negara Malaysia melebihi

tempoh 6 bulan dalam tempoh masa 2 tahun. Malahan, apabila sijil telah dikeluarkan oleh

Kementerian Dalam Negeri dan didapati pasangan tersebut tidak lagi tinggal bersama atau

sudah bercerai, maka pihak KDN berhak menarik balik sijil tersebut dan secara automatiknya

permohonan tersebut dianggap terbatal.

3. Adakah permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia

semakin meningkat atau menurun pada setiap tahun?

Kadar permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia semakin meningkat

disebabkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi warganegara Malaysia telah

dilonggarkan terutamanya kepada warga emas. Sebagai contoh, ujian bahasa Melayu yang
27
dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk warga emas yang ingin memohon menjadi

warganegara Malaysia telah dilonggarkan iaitu memadai dengan memahami dan bertutur

menggunakan Bahasa Malaysia walaupun tidak fasih. Manakala, ujian mampu membaca juga

dengan menggunakan Bahasa Malaysia dikecualikan untuk warga emas disebabkan faktor usia

dan taraf pendidikan.

4. Berdasarkan statistik, kebanyakan individu yang mengemukakan permohonan

untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan lebih kepada lelaki atau wanita?

Kebanyakan yang memohon untuk menjadi warganegara Malaysia adalah wanita. Ini

adalah kerana faktor perkahwinan di Malaysia di mana lelaki warganegara Malaysia lebih

cenderung berkahwin dengan wanita warganegara asing. Selain itu juga, ada juga keadaan

yang mana seseorang wanita yang telah berkahwin dengan lelaki warga asing kemudian

menetap dan mendapat status warganegara lain telah berpisah dan ingin kembali menjadi

warganegara Malaysia kerana keluarga dan kawan-kawan yang menetap di Malaysia.

5. Warganegara manakah yang biasanya membuat permohonan bagi mendapatkan

pengiktirafan taraf kewarganegaran Malaysia?

Kebanyakan mereka yang memohon untuk menjadi warganegara Malaysia adalah

terdiri daripada mereka dari Negara Indonesia, Myammar dan Filipina. Faktor pekerjaan

merupakan faktor utama yang menarik mereka untuk menetap di sini sekaligus mendirikan

keluarga dan apabila telah lama berada di Malaysia, mendorong mereka untuk menetap dan

memohon status kewarganegaraan Malaysia kerana taraf hidup yang telah stabil di sini.

28
6. Bolehkah pihak Tuan\Puan jelaskan serba sedikit tentang pentadbiran Jabatan

Pendaftaran Negara ini?

Pada mulanya Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia adalah bertapak di

Petaling Jaya yang kemudiannya semua kakitangan dan organisasi telah dipindahkan ke

Putrajaya dan Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya ini hanya menjadi cawangan daerah

yang masih menjalankan tugas-tugas Jabatan. Oleh itu, kebanyakan maklumat-maklumat dan

perkara yang melibatkan pengurusan adalah diuruskan sekaligus dipantau oleh Jabatan Induk

dimana kami di sini hanya menjalankan tugas mengikut arahan dan polisis-polisi yang telah

ditatapkan oleh pihak atasan.

7. Adakah permohonan untuk menjadi warganegara ada diaplikasikan melalui

online atau secara maya atau secara terus kepada pihak jabatan?

Permohonan menjadi warganegara tidak diaplikasikan secara online di mana pemohon

perlu datang memohon secara bersemuka di Jabatan Pendaftaran Negara. Ini adalah untuk

mengelakkan penipuan, penyamaran atau kekeliruan dan sekaligus memudahkan pihak kami

untuk meyelidik serta mengenal pasti sama ada pemohon memenuhi semua syarat yang

diperuntukkan untuk memohon ataupun tidak. Jika pasangan suami isteri datang untuk

memohon taraf kewarganegaraan dimana salah seorang adalah bukan warganegara, maka

perlunya pasangan tersebut datang bersama-sama demi membuktikan taraf kewarganegaraan

salah seorang atau taraf perkahwinan si pasangan untuk memenuhi syarat masih bersama

dalam tempoh perkahwinan untuk melayakkannya memohon.

29
8. Apakah antara peranan lain yang dimainkan oleh Jabatan ini selain melibatkan

pendaftaran, kerakyatan atau lain-lain?

Jabatan Pendaftaran Negara juga ada menguruskan pendaftaran perkahwinan dan

perceraian bagi yang bukan Islam, menguruskan hal ehwal kad pengenalan, pengangkatan

(anak angkat), kelahiran dan kematian dan warganegara.

9. Adakah untuk memohon menjadi warganegara Malaysia memerlukan si pemohon

mengeluarkan apa-apa kos melibatkan wang ringit atau harta benda?

Si pemohon hanya perlu membayar RM 10 semasa memohon iaitu semasa menerima

borang untuk diisi untuk memohon menjadi warganegara dan antara RM100 hingga RM300

ketika sijil kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan dan diterima.

10. Adakah Jabatan Imigrisen ada kaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan

adakah Jabatan Imigresen terlibat dalam meluluskannya sama ada secara

langsung atau tidak langsung?

Ya, Jabatan Imigresen terlibat dalam mengeluarkan pasport dan lain-lain sebelum

seseorang boleh mendapat status PR di Malaysia.

30
BAB 4
ISU-ISU BERBANGKIT BERKAITAN TARAF
KEWARGANEGARAAN MALAYSIA

PERMOHONAN UPU ANAK DITOLAK: IBU BAPA DIDAKWA BUKAN


WARGANEGARA!

31
32
MAKLUMBALAS ADUAN DARI JPN 29

29
Portal Rasmi JPN, Kementerian Dalam Negeri, (2012, April 03), Kenyataan Akhbar Oleh Jabatan Pendaftaran
Negara. Retrieved from http://www.jpn.gov.my

33
BIBLIOGRAFI

Perlembagaan Persekutuan

Ahmad Ibrahim & Ahliemah Joned. (2007). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Kementerian Dalam Negeri. (2012,
April 29). Retrieved from http://www.jpn.gov.my/profil/pengenalan

Portal Rasmi JPN. Kementerian Dalam Negeri. (2012, April 03). Kenyataan Akhbar Oleh
Jabatan Pendaftaran Negara. Retrieved from http://www.jpn.gov.my

Temubual bersama Puan Badariah (Ketua JPN Petaling Jaya). (2012, April 19). JPN Petaling
Jaya.

Tun Mohd Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

34

Anda mungkin juga menyukai