Anda di halaman 1dari 4

CATATAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan : Alatan pdp semasa di padang

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :

Kekuatan :
Penggunaan alatan yang pelbagai dapat menarik minat murid dan aktiviti juga
dapat dijalankan dengan lancar dengan adanya alat bantu mengajar. Alatan
digunakan sebagai BBM guru untuk memastikan murid-murid dapat menguasai
kemahiran yang diajarkan semasa proses pdp tersebut.

Kelemahan :
Murid-murid berebut untuk memegang alatan. Segelintir murid gemar duduk di
atas kon dan perbuatan tersebut mampu mengakibatkan kecederaan.

3. Cadangan Penambahbaikan :
Guru perlu memastikan kawalan kelas lebih baik bagi mengelakkan kecederaan.
Guru perlu memantau pergerakan murid semasa proses pdp dan memastikan
keselamatan murid-murid terjamin.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan : Perlaksanaan kertas projek inovasi.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :

Kekuatan :
Perancangan yang rapi berkenaan inovasi perlu dizahirkan dalam satu kertas
projek. Kertas projek inovasi yang baik ialah yang lengkap merangkumi segala
aspek dan komponen di dalamnya. Justeru, dalam penghasilan kertas projek ini,
saya telah mendapatkan format yang betul dari salah seorang guru di SK King
George V ini sebagai rujukan pada masa akan datang.

Kelemahan :
Kertas kerja yang dihasilkan bagaimanapun terdapat beberapa kesalahan lazim
seperti kesalahan ejaan, kesalahan terma dan sebagainya.

3. Cadangan Penambahbaikan :
Bersandarkan kelemahan saya di atas, saya telah memperbaiki dan
membetulkan semula segala bentuk kesalahan bagi menghasilkan satu kertas
kerja yang murni.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan : Kesediaan dan ilmu pengetahuan murid tentang
Ujian SEGAK.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :

Kekuatan :
Ujian SEGAK telah dijalankan pada minggu ini. Kekuatan perlaksanaannya ialah,
masa yang diambil agak singkat iaitu hanya 3 hari bagi tahun 4,5 dan 6. Murid
murid juga turun ke dewan terbuka tepat pada masa untuk melaksanakan Ujian
SEGAK.

Kelemahan :
Terdapat antara murid yang tidak bersedia iaitu tidak memakai baju sukan untuk
melakukan Ujian ini. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan
yang padu berkenaan bateri ujian yang diuji. Contohnya, mereka sering keliru
antara lakuan tekan tubi dan juga bangkit tubi.

3. Cadangan Penambahbaikan :
Bersandarkan kelemahan di atas, saya mencadangkan bahawa, guru perlu
mengingatkan kepada pelajar secara berulang kali supaya memakai pakaian
Pendidikan Jasmani. Hal ini bagi mengelakkan pelajar terlupa. Berikutnya, guru
perlu meletakkan garis panduan perlaksanaan atau prosedur perlaksanaan
memudahkan murid untuk membezakan antara tekan tubi dan bangkit tubi.
Selain itu, guru juga perlu melakukan demonstrasi lakuan kepada murid-murid
terlebih dahulu.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan : Bimbingan dari Mentor.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :

Kekuatan :
Mentor saya Encik Ahmad Suhaimi bin Md Din telah memberikan idea yang
bernas serta bimbingan yang tidak putus-putus. Ini telah menyebabkan saya
melakukan projek tanpa sebarang masalah yang besar.

Kelemahan :
Saya menghadapi kesukaran untuk berjumpa dengan mentor saya pada minggu
kedua. Hal ini disebabkan oleh, beliau bertugas untuk membawa murid ke
kejohanan olahraga yang bertempat di Paroi. Walaubagaimanapun, saya dapat
berjumpa dan berbincang pada minggu ketiga dan keempat.

3. Cadangan Penambahbaikan :
Bersandarkan permasalahan di atas, saya mendapati bahawa seharusnya saya
lebih peka untuk berjumpa dengan beliau lebih awal dan mengetahui jadual
pergerakan beliau. Saya juga perlu bertanya dan lebih berkomunikasi dengan
beliau untuk memastikan kejayaan projek inovasi yang telah dirancang.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai