Anda di halaman 1dari 10

LATIHAN PADA 28/9/2009

SOALAN

1) Jelaskan sistem hidraulik pada traktor/jentera dengan gambar.

Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat


seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi.
Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem
penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan
cecair sebagai bahantara. Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui bahantara
bendalir yang terkurung adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Hukum Pascal
menyatakan bahawa keamatan tekanan dalam bendalir pada satu titik yang tidak bergerak
adalah sama nilai dari semua arah.

Terdapat banyak sistem unit yang digunakan dalam sistem hidraulik


terutama empat unit yang biasa digunakan iaitu:

i) Unit Metrik (centipoise, Ns/m, stoke)


• Poise (simbol P) ialah unit kelikatan dinamik dalam gram sentimeter saat unit-
unit. Ia adalah di asaskan oleh Jean Louis Marie Poiseuille.
1 P = 1 g•sentimeter−1•s−1
Sistem Antarabangsa Unit (SI) adalah pascal saat (Pa•s).
1 Pa•s = 1 kilogram•m−1•s−1 = 10 P
Piose sering kali digunakan dengan awalan metrik centi-. Satu sentipoise
merupakan satu millipascal saat (mPa•s) dalam unit SI. (1 cP = 10-2P = 10-3
Pa•s) Sentipoise adalah sebenarnya singkat cP, kecuali penyingkatan ganti cps
dan cPs adalah juga biasanya digunakan.
Contohnya air mempunyai kelikatan 0.0089 poise pada suhu 25 °C, atau 1
sentipoise pada 20 °C.

Nombor S.A.E (Society of Automotive Engineering)


- untuk menentukan julat kelikatan Sybolt Universal Second (SUS) minyak pada
suhu ujian S.A.E iaitu pada 100oF dan 210oF.

ii) Redwood second


• unit bagi kelikatan kinematik di mana bacaannya diperolehi pada Redwood
viscometers yang biasanya digunakan di Britain dan tempat lain. Bacaan ialah
masa, dalam saat, sebagai contoh ujikaji dimana 50 milliliters cecair dibiarkan
mengalir terus pada Redwood viscometers. Kelikatan dalam centistokes adalah
diberikan secara kasar oleh formula 0.260 t - (0.0188 / t ), mana t adalah masa
aliran dalam saat.

Sifat-sifat bendalir hidraulik:

- pelinciran yang baik


- kelikatan yang unggul
- kestabilan kimia dan persekitaran
- tahan api ( tidak mudah terbakar )
- ketumpatan yang rendah
- tidak mudah berbuih
- murah dan mudah didapati
- cegah karat

Fungsi-fungsi bendalir hidraulik


- penghantaran kuasa
- pelinciran kepada bahagian yang bergerak
- sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu
- pelenyap haba

Jenis-jenis bendalir hidraulik

1.Air
masih digunakan untuk menggerakan peralatan yang besar yang mana bendalir
itu dikadar alirkan.
Kelemahan air adalah ia boleh menyebabkan kakisan.

2.Minyak galian
ia berdasarkan petroleum, jenis paling banyak digunakan, bahan penambah editif
dicampur bagi memenuhi keperluan pelinciran yang baik, indeks kelikatan yang
tinggi dan rintangan kepada pengoksidaan.
Keburukannya adalah mudah terbakar.

3.Bendalir tahan api


Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh
menyokong pembakaran apabila sumber penyalaan dibuang. Ciri-cirinya adalah:
- ia tidak mudah terbakar
- mempunyai graviti tentu yang tinggi
- harganya mahal
- masalah penyesuaian dengan bahan penyendal
Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem hidraulik iaitu

a) Sistem pusat terbuka

b) Sistem pusat tertutup

Sistem Pusat Terbuka

Rajah 1 sistem pusat terbuka

Kendalian

Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap
kawalan arah berada dalam kedudukan tengah (neutral). Minyak hidraulik akan
mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya
mengalir balik ke tangki. Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke
silinder untuk menaik atau menurunkan beban. Pam mesti membina tekanan
terlebih dahulu untuk melakukan kerja. Contoh seperti Lori tanah.

Sistem Pusat Tertutup

Rajah 2 sistem pusat tertutup

Kendalian

Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah
berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran
minyak dari pam. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam
minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang
memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak Apabila injap
dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku dan membolehkan pam kembali
beroperasi. Contohnya, pam air

2) Jelaskan sistem pencucuhan

Distributor adalah sebahagian komponen yang terdapat pada sistem


penyalaan. Tujuan sistem penyalaan ialah mewujudkan percikan api untuk
membakar campuran bahan api dan udara di dalam silinder enjin. Ia mesti
dilakukan tepat pada masanya dan memberikan percikan api sehingga
beberapa ribu per minit untuk setiap silinder. Jika timing percikan tidak
tepat, enjin tidak berfungsi dengan baik atau berfungsi langsung. Sistem
penyalaan menghantar voltan yang tinggi ke spark plug pada setiap
silinder apabila piston berada pada kedudukan TDC pada lejang
mampatan. Hujung setiap spark plug terdapat gap / kelegaan yang
membolehkan voltan elektrik melompat untuk dibumikan. Pada masa
itulah percikan berlaku. Tugas distributor adalah untuk memberikan arus
elektrik yang terputus-putus/ berselang seli kepada spark plug melalui high
tension cable. Distributor dipacu oleh camshaft dimana lebih laju ia
berpusing/ dipacu lebih banyak percikan akan terjadi.

Jenis karburator mengikut sistem penyalaan


Contact Breaker Point Ignition System , Carburettor Models

Rajah 3 Contact Breaker Point Ignition System , Carburettor Models


Untuk membolehkan enjin berjalan lancar, ada menjadi kemestian dimana
percikan api membakar campuran bahan api dan udara di dalam ruang
pembakaran pada yang tepat berkadaran dengan kelajuan enjin dan
muatan. Sistem penyalaan adalah berasaskan menerima voltan tekanan
rendah dari beteri kepada ignition coil, dimana ia ditukarkan kepada voltan
bertekanan tinggi. Voltan bertekanan tinggi ini cukup untuk membolehkan
ia melompat gap yang terdapat pada spark plug di dalam silinder
beberapa kali sesaat dibawah keadaan mampatan yang tinggi.

Sistem penyalaan terbahagi kepada dua litar; litar tekanan rendah dan litar
tekanan tinggi. Litar tekanan rendah terdiri daripada bateri, menghala ke
starter solenoid, ke ignition switch kemudian ke ignition coil. Disini, voltan
ditukar menjadi tekanan tinggi dan kemudian dihantar ke contact breaker
point dan condenser didalam distributor.

Litar tekanan tinggi terdiri daripada secondary coil, kemudian ke tengah


distributor cap, rotor arm, high tension cable dan spark plug.

Sistem ini berfungsi mengikut cara berikut. Voltan tekanan rendah ditukar
didalam coil kepada voltan tekanan tinggi dengan bukaan dan tutupan
contact point pada litar tekanan rendah.

Rajah 4 Contact Breaker Point Ignition System , Carburettor Models


Rajah 5 Mechanical Ignition System

Operasi palam pencucuh


Palam pencucuh disambungkan ke gelung penyalaan yang menghasilkan
voltan tinggi ataupun magneto. Sambil elektron mengalir dari gelung, beza
keupayaan terbentuk antara elektrod tengah dan elektrod bumi. Tiada arus
dapat mengalir kerana udara dan bahan api merupakan penebat, tetapi
sambil beza keupayaan terus meningkat, ia mula mengubah struktur gas
berhampiran elektrod. Sebaik sahaja voltan melebihi kekuatan dielektrik
gas, gas sekeliling diionkan. Gas terion menjadi pengalir dan
membenarkan elektron mengalir merentasi jurang. Semasa arus elektrik
mengalir merentasi jurang, suhu bunga api naik setinggi 60,000K. Haba
yang tinggi daripada bunga api menyebabkan gas terion mengembang
dengan cepat, seperti letupan kecil. Inilah bunyi "klik" yang kedengaran
semasa bunga api terhasil, sebagaimana kilat dan guruh. Bunga api yang
terhasil kemudiannya membakar campuran udara-bahan api di dalam
kebuk pembakaran.

Secara ringkasnya..

 Sistem pencucuhan membekalkan voltan tinggi ke palam pencucuh


untuk mencucuh campuran udara dan bahan api dalam kebuk
pembakaran.

 Distributor merupakan rumah peranti suis yang ditambah dengan


mekanisme lajakan pemasaan empar dan vakum. Sesetengah
sistem meletakkkan peranti di luar rumah distributor.

 Pemasaan pencucuhan terus berkait rapat dengan kedudukan aci


engkol. Janakuasa denyut magnet dan penderia kesan hall
menggunakan penderia kedudukan enjin. Ia menjana isyarat elektrik
pada masa tertentu ketika putaran aci engkol. Isyarat ini memicu
peranti suis elektronik ke pemasaan pencucuhan lajakan.

 Litar utama membekalkan voltan rendah ke belitan gegelung


pencucuhan. Ia membentuk medan magnet dalam gegelung.

 Litar sekunder membawa pusuan voltan tinggi ke palam pencucuh.


Bagi sesetengah sistem, litar daripada gegelung melalui pengagih
ke palam pencucuh.

3) Jelaskan sistem keselamatan di ladang

Ketika di ladang, pelabagai aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan


untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran yang teratur dan
selamat tanpa sebarang kemalangan. Antara aspek keselamatnnya ialah:

a) Keselamatn pemandu

b) Keselamatan peralatan

c) Keselamatan persekitaran

Keselamatan pemandu

• Dilarang memandu dengan laju

• Matikan sis utama jika berada dalam kecemasan


• Dilarang membawa muatan lain. Contohnya cangkul.

• Memakai pakaian yang kemas

• Jangan benarkan orang awam menumpang

• Gunakan kasut yang bertapak getah dan tidak terlalu tebal agar
mudah untuk menekan pedal.

• Elakkan memakai perhiasan diri

• Elakkan berambut panjang, jika berambut panjang hendaklah diikat


supaya tidak mengganggu sewaktu bekerja. Bagi yang bertudung,
tudung hendaklah diikat dengan kemas.

• Sentiasa berwaspada dengan arahan dari rakan yang berada di


bawah

Keselamatan peralatan

• Pengilangan mesin dan peralatan perlu disahkan untuk memastikan


bahagian yang merbahaya adalah selamat dikendalikan.

• Bahagian atau peralatan yang bergerak perlu mempunyai pelindung


dalam bentuk penutup, pembalut dan sebagainya

• Penggunaan mesin dan peralatan perlu mendapat bimbingan


daripada guru sebelum menggunakannya

• Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah


selesai penggunaannya.

• Sentiasa berhati-hati ketika menggunakan peralatan dan mesin

• Penggunaan peralatan dan mesin yang teratur dan betul adalah


penting bagi mengelakkan dari cepat rosak.

4) Jelaskan kaedah mengurangkan gelinciran roda jentera

Gelinciran roda jentera dapat dikurangkan dengan pemasangan cage


wheel bagi jentera di sawah padi. Cage wheel di pasang pada tayar
belakang traktor adalah untuk memberi cengkaman pada tanah supaya
tayar yang besar seperti tayar traktor dapat mencengkam tanah dengan
baik daripada tergelincir. Cage wheel mempunyai bentuk seperti kincir
angin. Cage wheel ini diperbuat daripada besi.

5) Jelaskan sistem penghantaran kuasa pada jentera


Rajah 5 sistem penghantaran kuasa

Rajah 6 komponen sistem penghantaran kuasa

Sistem penghantaran kuasa merupakan penghantaran kuasa dari enjin ke


roda untuk mengerakkan kendaraan seperti jentera. Ianya merupakan
kumpulan gabungan syaf putar, syaf pandu, kotak gear, klac, unit karbeda
dan sendi universal.

Syaf putar- menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui


kotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda.

Syaf pandu- menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi
memusingkan roda hadapan.

Kotak gear- terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam


satu kotak dan
Dipasang selepas pepasangan klac.
- untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai
mengikut keadaan dan
beban pada kenderaan
- mewujudkan gear maju, undur dan bebas
- menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit
- membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan
gear dalam keadaan neutral
rajah 7 kotak gear

Klac - menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem


penghantaran supaya:
- penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar
- membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancar
- membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan
gear tidak berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal
klac

rajah 8klac

Unit karbeda - untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa


kenderaan membelok.
Apabila kenderaan membelok,kuasa bebanan adalah berbeza dan
menyebabkan
gear matahari sebelah dalam mempunyai lebih rintangan.
Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang
rintangan dan
hanya bergolek pada yang banyak rintangan.
ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berpusing lebih pantas
daripada
roda sebelah dalam
Menservis unit kerbeda bagi modul penghantaran,anda perlu mahir
untuk mengeluarkan dan menggantikan minyak kerbeda.