Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH PUSAT SK PULAU BUM-BUM, PETI

SURAT 692, 91308 SEMPORNA SABAH

KERTAS KERJA
SAMBUTAN KARNIVAL
SMART KIDS (SUKAN)
PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEMPORNA

DISEDIAKAN OLEH,

MOHD AZNAL ARIEF BIN RAMLI

GURU PRASEKOLAH CITRA SAYANG SP SK PULAU BUM-BUM SEMPORNA


1.0 PENDAHULUAN :

Pendidikan awal kanak-kanak menekankan pembelajaran melalui penerokaan dan


pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu, karnival smart kids ini bertujuan untuk
mendedahkan murid-murid prasekolah kepada persekitaran yang sebenar dan memupuk potensi
diri mereka agar lebih kompeten dan berdaya saing.

2.0 OBJEKTIF

 Membentuk peribadi murud prasekolah menjadi murid yang cemerlang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk belajar dalam pelbagai situasi.
 Menyemai semangat bekerjasama murid prasekolah antara satu sama lain dengan
kumpulan.
 Murid prasekolah boleh berkenalan mesra dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

3.0 SASARAN

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 39 orang murid Prasekolah Citra Kasih dan
Prasekolah Citra Sayang, guru-guru prasekolah dan juga pembantu pengurusan murid.

4.0 PESERTA KARNIVAL

1. Murid Prasekolah Citra Kasih 19


2. Murid Prasekolah Citra Sayang 20
3. Guru Pengiring 2
4. PPM 2
5. Ibu Bapa -
Jumlah Keseluruhan 43 Orang
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERIHAL BARANG KUANTITI HARGA/UNIT ANGGARAN TARIKH CATATAN


HARGA DIPERLUKAN GURU
BESAR
1. YURAN 2 KELAS RM 50.00 RM100.00
SEKOLAH
(Mengikut Jumlah
Kelas)

39
YURAN ORANG
2. PENYERTAAN RM 10.00 RM 390.00
KARNIVAL
(Mengikut Jumlah
Murid)

3. PENGANGKUTAN 2 hari RM100 RM 200.00


-Bas 2 hari RM50 RM 100.00
-Bot

4. MAKANAN & 2 hari RM3.00 RM 234.00


MINUMANN

5. PERHIASAN 1 hari
PERBARISAN

Riben RM 6 RM 6.00 RM 26.00


Bunga Manggar RM 10 RM 20.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,050


Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM1,050.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Puluh
Sahaja). Pembiayaan program ini adalah sepenuhnya dari duit Kokurikulum Prasekolah.

TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 03 & 04 Oktober 2018

Hari : Rabu, Khamis

Masa : 7.00 Pagi – 02.00 petang

Tempat : Padang SK Simunul.

AJK INDUK KARNIVAL SMART KIDS (SUKAN) PERINGKAT SEKOLAH

Penasihat : Encik Motahar Janani (Guru Besar)

Pengerusi : En Emerel (YdP Permuafakatan)

Naib Pengerusi : Pn Idah Binti Hj Mohd Jadi (NydP Permuafakatan)

Setiausaha : En.Mohd Aznal Arief Bin Ramli (Guru Prasekolah)

Bendahari : En. Abdul Rahim Bin Agus (Penyelaras Prasekolah)

Ahli jawatankuasa 1) Pn. Halizah Binti Hj Sayadi (PPM)

2) Pn. Sitti Maesah Binti Ampong (PPM)


HARAPAN DAN PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya Prasekolah SP SK Pulau Bum-Bum,
berharap murid-murid akan berasa gembira dan dapat memantapkan kemahiran fizikal dan jasmani
serta rohani. Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang sihat, cerdas serta berdaya
saing dan kompiten.

Disediakan oleh,

……………………………

(MOHD AZNAL ARIEF BIN RAMLI)

Guru Prasekolah Citra Sayang,

Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum

Diluluskan oleh,

………………………………

( ENCIK MOTAHAR BIN JANANI)

Guru Besar,

Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum Semporna Sabah.

Anda mungkin juga menyukai