Anda di halaman 1dari 4

PERHUBUNGAN LUAR

KELEBIHAN
1) Kerjasama antara exco memudahkan pelaksanaan kerja berjalan dengan
lancar.

KELEMAHAN
1) Menambah bilangan ahli (sekurang-kurangnya 4 orang) bagi
mempercepatkan proses menyiapkan tugas.
2) Kekurangan interaksi antara exco menyebabkan sesetengah tugas
terpaksa ditangguhkan. Contohnya, exco Perhubungan Luar perlu
menunggu exco Multimedia bagi menyiapkan poster terlebih dahulu
sebelum meneruskan gerak kerja yang seterusnya.
3) Persediaan yang secukupnya tentang tentatif dan pergerakan program
perlu dilakukan seawalnya sebelum pendaftaran dibuka agar
memudahkan proses pendaftaran dilakukan.
4) Masa dan hari program tidak sesuai kerana kebanyakan universiti sedang
cuti.

LOGISTIK

KELEMAHAN
1) Masalah komunikasi dengan pihak atasan telah menyebabkan sesetengah
permohonan perlu dilakukan semula lalu melambatkan proses
pengurusan.
2) Masalah ketidakselesaan dari segi kemudahan penginapan juga dialami.
Contohnya, para peserta lelaki mengadu bahawa penginapan tidak selesa,
kotor dan mengalami masalah air.
3) Suhu di dewan kuliah juga terlalu sejuk, menyebabkan ketidakselesaan
sewaktu program dijalankan.
4) Jarak antara tempat tinggal dan tempat program juga jauh, tambahan pula
peserta tidak dibenarkan untuk membawa kereta.
5) Kekurangan bilangan mesyuarat secara langsung diadakan juga telah
menyebabkan semua exco tidak dapat memahami gerak kerja program
dengan lebih lanjut. Terdapat sesetengah perkara yang terlepas pandang
disebabkan masalah tersebut.
6) Masalah kelewatan penghantaran jamuan turut boleh diatasi dengan
menyediakan plan B.

MULTIMEDIA

KELEMAHAN
1) Terdapat kesilapan dari segi printing daripada pihak pembekal. Kelewatan
penghantaran dari pihak pembekal turut mengundang masalah kepada
pihak penganjur.
2) Oleh sebab pihak multimedia memerlukan kerjasama dari exco lain dari
segi menyampaikan maklumat, terdapat sedikit kelewatan dalam
menghasilkan rekaan.
3) Komunikasi yang kurang turut menyebabkan proses menghasilkan rekaan
dan video bertambah sulit disebabkan pihak multimedia tidak menerima
draf atau idea yang diperlukan oleh exco lain.
4) Masalah jaringan network turut dialami disebabkan kebanyakan gerak
kerja rekaan perlu dilakukan sewaktu cuti sekolah, di mana kesemua ahli
penganjur berada di kampung.
5) Pihak exco tidak sedia maklum tentang perkara yang diperlukan
contohnya bajet yang diperuntukkan serta bilangan banner yang perlu
dicetak. Maklumat tersebut boleh disampaikan ke setiap exco dengan
lebih awal supaya dapat mengelakkan masalah di saat akhir.
6) Kekurangan exco yang mampu menghasilkan ‘design’ telah menyebabkan
kebanyakan kerja rekaan menjadi sedikit sukar.

KELEBIHAN

HR

KELEMAHAN
1) Terdapat kesukaran dalam mengumpulkan kesemua fasilitator dan
terdapat sesetengah fasilitator yang tarik diri secara tiba-tiba.
2) Kegagalan fasilitator untuk mengawal para peserta menyebabkan keadaan
menjadi tidak terkawal.
3) Kekurangan latihan kepada fasilitator telah menyebabkan kebanyakan
fasilitator kurang jelas tentang perjalanan program.

ANALISA

1) Persembahan bengkel (workshop presentation) mendapat komen


daripada para peserta, mereka berpendapat bahawa persembahan
bengkel seharusnya memerlukan lebih banyak aktiviti praktikal, dan tidak
hanya bergantung kepada maklumat daripada ‘google’.
2) Persembahan kertas saintifik juga didapati agak kurang menarik oleh para
peserta.
3) Kebanyakan peserta berasa puas hati dengan program yang dijalankan
kerana ia melibatkan perkongsian ilmu dan pengalaman terutamanya
dalam sesi ‘Meet The Expert’.
4) Peserta turut mendapati bahawa tajuk forum tidak bersesuaian dan sukar
difahami.

PEMASARAN DAN PUBLISITI

KELEMAHAN
1) Kesukaran untuk menghubungi syarikat telah menyebabkan kerja pihak
exco pemasaran menjadi sukar. Selain itu, pihak pemasaran juga
memerlukan orang dalaman untuk menarik syarikat-syarikat luar.
SOSIAL DAN KEBUDAYAAN

KELEMAHAN
1) Exco TTK amatlah diperlukan untuk memastikan keselamatan peserta
serta urusan-urusan yang lain dijaga. Selain itu, sesetengah gerak kerja
seperti penyediaan goodie bag juga seharusnya dilakukan oleh pihak TTK.
2) Pihak sosial tidak mempunyai ahli exco yang secukupnya untuk
memastikan kelancaran dalam segi protokol dan program sewaktu acara
dijalankan.
3) Permasalahan dalam menjalankan raptai dan persediaan bagi acara
permainan ESCAPES berlaku disebabkan sikap ahli organisasi yang tidak
peka, tidak menepati masa, dan tidak hadir ke sesi raptai yang telah
ditetapkan.

AKADEMIK

KELEBIHAN
1) Pihak exco berjaya menyediakan Plan B disebabkan ketiadaan peserta
dalam sesi pertandingan.
2) Exco akademik mendapat bantuan daripada exco lain.
3) Pihak exco berjaya menyediakan soalan-soalan yang berkualiti untuk sesi
forum.
4) Semua exco bekerjasama antara satu sama lain dan memastikan
persediaan program dapat berjalan dengan lancar.
5) Ketua exco turut mendapat pujian dalam berpengalaman dan bijak
mengagihkan tugas kepada anak-anak buah.

KELEMAHAN
1) Kekurangan penyertaan daripada peserta.
2) Terdapat sesetengah peserta yang tidak fokus dan menumpukan
perhatian sewaktu sesi bengkel. disappearing of t-shirts and lanyard
3) Exco akademik hanya dimaklumkan untuk menguruskan pendaftaran
(check-in) kemudahan penginapan peserta sewaktu sesi pendaftaran.
4) Kekerapan perubahan tentatif dua minggu sebelum program telah
menyebabkan kesukaran exco dalam merancang aktiviti yang sebenar.
5) Kelewatan pihak atasan dalam memberi maklum balas terhadap jemputan
telah menyebabkan kesukaran pihak exco dalam merancang gerak kerja.
6) Terdapat sesetengah perkara yang terlepas pandang contohnya pengacara
majlis disebabkan ‘checklist’ yang tidak dipantau oleh semua exco.

CADANGAN

1. Garis panduan untuk gerak kerja seharusnya diperjelaskan agar


melancarkan perjalanan program.
2. Peraturan dan garis panduan program perlu disediakan untuk
memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.
3. certificate need to be handled by the exco cenderamati instead of exco
academic
4. Surat perletakan jawatan seharusnya dihantar oleh exco yang ingin
menarik diri. Selain itu, ketua exco dan majlis tertinggi seharusnya
dimaklumkan.
5. ‘Check-list’ seharusnya dilakukan secara lebih spesifik, dengan
merangkumi exco dan ahli yang terlibat.
6.

Anda mungkin juga menyukai