Anda di halaman 1dari 2

3.

0 REFLEKSI KENDIRI

Nama : Mohd Salahuddin bin Mat Amin

No. I/C : 900623-11-5773

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan
ini. Saya mula menerima soalan tugasan Teater Kanak-Kanak (PSE 3104) ini pada 15
Julai 2013 dan dikehendaki menyiapkannya dan hantar pada 23 Ogos 2013. Pensyarah
kelas saya iaitu Encik Mohamad Paris bin Arshad telah memberi penerangan yang jelas
semasa saya menerima tugasan ini. Saya dikehendaki menulis sebuah skrip teater
kanak-kanak dan jika berkesempatan, skrip tersebut akan dipersembahkan.

Sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini, pelbagai dugaan yang dihadapi.


Dugaan yang utama ialah tugasan ini perlu dilaksanakan sepanjang tempoh saya
berpraktikum di sekolah bagi praktikum fasa 2 selama 8 minggu. Oleh itu, saya
menghadapi banyak kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Maklumlah, saya
perlu menyiapkan rancangan pengajaran setiap hari. Jadi masa untuk saya menulis skrip
teater ini sedikit terganggu.

Sebelum saya mula menulis skrip teater ini, saya mencari seberapa banyak
maklumat yang boleh digunakan dalam penulisan saya. Saya membuat rujukan di
perpustakaan dan tidak lupa juga di internet. Nampaknya sumber untuk bahan sastera
ini kekurangan. Jadi, saya membuat perbincangan bersama rakan-rakan sekelas supaya
saya dapat menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.

Melalui tugasan ini, saya dapat belajar cara untuk menulis sebuah skrip teater
kanak-kanak. Pelbagai unsur yang menarik dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak perlu
saya titikberatkan agar skrip saya sesuai untuk dipentaskan kepada golongan kanak-
kanak terutamanya. Oleh itu, cerita yang saya pilih ialah cerita haiwan dan saya
beranggapan bahawa kanak-kanak amat menyukainya. Saya juga dapat mengetahui
serba sedikit konsep dan definisi teater sama ada teater untuk kanak-kanak mahupun
teater dalam pendidikan. Konsepnya hampir sama saja.
Daya kreativiti saya juga dapat dicungkil semasa menulis skrip ini. Saya perlu
menghasilkan sebuah skrip yang menarik dan memenuhi kehendak emosi, imaginatif dan
daya pemikiran kanak-kanak. Skrip yang baik untuk kanak-kanak ialah skrip yang
mempunyai nilai yang baik di samping mempunyai sedikit unsur kecindan. Dalam skrip
yang saya hasilkan, terdapat beberapa nilai murni yang saya tonjolkan serta beberapa
unsur kecindan yang boleh dipentaskan dengan spontannya. Oleh itu, perkara yang saya
belajar sepanjang menulis skrip ini ialah hidup kita ini mestilah sentiasa dipenuhi dengan
nilai-nilai yang murni dan juga sedikit gelak ketawa untuk melepaskan segala tekanan
yang ada agar diri dan jiwa kita sentiasa terdidik.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa
saya yang sentiasa mendorong saya untuk terus gigih belajar supaya dapat menjadi
seorang guru yang berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah dan rakan-rakan saya
yang banyak membantu berkongsi idea secara langsung dan tidak langsung.
Diharapkan tugasan yang dilaksanakan ini telah berjaya mendidik saya untuk sentiasa
rajin berusaha dalam menuntut ilmu dan juga kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai