Anda di halaman 1dari 3

1.

Isu Yang Difokuskan :

Kemahiran tulisan tangan perlu dikuasai oleh murid semasa pengajaran guru supaya dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Saya diberi mandate untuk mengajar
kelas 4 Pavalam. Saya memulakan kelas pertama dengan memberi ujian diagnostic kepada
murid-murid. Ini kerana ujian diagnostic adalah alat untuk mengukur tahap pengetahuan
murid tersebut. Saya mendapati bahawa segelintir murid-murid mempunyai tulisan yang
tidak kemas dan kelihatan ketiadaan bentuk huruf.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid tidak memiliki tulisan yang kemas ialah murid tidak mempunyai latihan bagi
kemahiran tulisan. Selain itu, murid tidak mempunyai pengetahuan tentang cara memegang
pensel dengan betul. Selain daripada itu, penggunaan saiz pensel yang terlalu pendek
untuk menulis menyebabkan posisi badan murid cenderung berada dalam keadaan
menunduk ketika menulis.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan oleh murid. Dalam konteks pendidikan khususnya bagi murid-murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran, tulisan tangan sukar dibaca akan mempengaruhi
pencapaian dalam akademik dan harga diri murid (Feder&Majnemer, 2007). Maka itu,
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi daripada guru amat diperlukan untuk membantu
Murid Bermasalah Pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
(Norshidah, Aliza&Zalizan, 2012)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Dalam usaha untuk memperbaiki corak tulisan murid supaya lebih kemas lagi, saya
merangka beberapa aktiviti dan bimbingan latihan. Antaranya ialah memberikan pengajaran
pemulihan tulisan kepada murid. Latihan-latihan dalam pengajaran ini banyak melibatkan
pergerakan asas tangan dan jari supaya menulis dengan betul. Dalam usaha membimbing
murid dengan baik, guru perlu menerangkan cara yang betul untuk memegang pensel serta
bagaimana kedudukan jari yang sepatutnya semasa menulis. Selain itu, latihan menulis
perlu diberi pada setiap hari. Ini kerana latihan penulisan yang berterusan murid dapat
menguasai gerak tangan dan jari dengan bebas semasa menulis. Guru juga perlu
meperuntukkan masa untuk menyemak dan memberi penerangan berkenaan kesilapan
yang dilakukan oleh murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Bulan

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu, memberikan pengajaran pemulihan


tulisan, menerangkan cara yang betul untuk memegang pensel serta bagaimana kedudukan
jari yang sepatutnya semasa menulis dan latihan yang diberi pada setiap hari .

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Rujukan :

Feder, K. P., &Majnemer, A. (2007).Handwriting development, competency, and

intervention.Developmental Medicine and Child Neurology 49(4): 312-7.

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,

Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Norshidah. (2012). Sejarah pendidikan khas di Malaysia. Dlm.

ZalizanMohd Jelas. (pnyt). Pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas: konsep dan


amalan.

Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai