Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1: PENGURUSAN GRAFIK

PENGENALAN
Model Pengurusan Kelompok Kounin adalah salah satu daripada model pengurusan
disiplin bilik darjah. Model yang diketengahkan oleh Jacob S. Kounin ini menumpukan
terhadap konsep “kesan riak”. Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru menegur seorang
murid, murid yang lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu salah laku. Menurut Haliza
Hamzah dan Samuel, J.N. (2009), pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti adalah sangat
penting didalam bilik darjah.

Menurut Chong Lean Keow (2009), Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh
Rudolf Dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler iaitu manusia adalah
makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok.
Seterusnya, kesemua tingkah laku adalah bersebab. Selain itu, Manusia adalah organisma
yang berupaya untuk melakukan keputusan. Akhir sekali, Realiti kehidupan dipersepsikan
oleh manusia.

Anda mungkin juga menyukai