Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN STOWELL

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN BAGI PRAKTIKUM FASA 2

Tarikh : 30 Julai – 3 Ogos 2018 ( Minggu 1 )

Isu yang difokuskan : Kecelaruan Murid Sewaktu Mata Pelajaran Pendidikan


Islam dan Bahasa Arab
MASALAH

Sekolah Kebangsaan Stowell yang terletak di Bukit Mertajam merupakan salah


sebuah sekolah yang terdiri daripada berbilang Bangsa seperti kaum India, Cina dan
Melayu. Seperti praktikum yang lepas, saya mengajar di sekolah yang sepenuhnya
berbangsa Melayu dari aspek murid dan juga guru. Suasana pembelajaran di SK
Stowell tidak ada banyak bezanya dengan sekolah yang saya jalani praktikum tahun
lepas dimana infrastukturnya yang sama dimana sangat membantu guru dan murid
untuk belajar dalam suasana yang kondusif. Pengajaran dan Pembelajaran di SK
Stowell adalah sama sahaja dengan sekolah yang lain dalam mata pelajaran dimana
murid berada di dalam kelas yang telah ditetapkan.

Namun, masalah utama yang saya hadapi adalah mengenai kelas bagi murid
yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Apa yang saya
perhatikan adalah, terdapat kecelaruan sedikit apabila tiba waktu pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dimana setiap
murid bagi setiap kelas akan berpecah mengikut mata pelajaran yang diambil. Sebagai
contoh, murid yang beragama islam bagi setiap kelas dan setiap tahun akan bergerak
ke satu kelas dan murid yang beragama selain islam akan bergerak ke kelas lain bagi
mata pelajaran moral. Hal ini mengakibatkan lambakan murid pendidikan islam bagi
setiap tahun dimana murid pendidikan islam bagi setiap kelas ada mencecah 37-45
orang. Masalah ini menjadi besar kepada guru baru seperti saya kerana saya agak
sukar untuk mengawal dari segi masa, tempat yang tidak cukup bagi murid, kelas yang
terlalu padat dan sebagainya. Perkara ini merupakan sesuatu perkara yang biasa
sahaja bagi sekolah yang mempunyai murid berbilang bangsa ini namun bagi saya
yang merupakan guru praktikum agak berasa sukar.
SEKOLAH KEBANGSAAN STOWELL

Oleh itu, saya gembira untuk mengambil perkara ini sebagai cabaran dan
pengalaman yang baru untuk saya belajar sebagai persiapan pada masa hadapan
kelak.

ANALISIS MASALAH

Masalah Kecelaruan Murid Sewaktu Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan


Bahasa Arab menjadi lebih besar kepada saya andai saya perlu diselia oleh guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing. Hal ini kerana, masalah dari segi masa akan
terjadi setiap kali tiba waktu mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dimana
murid akan bergerak daripada tiga kelas menjadi satu kelas. Di samping itu, saya perlu
mempercepatkan langkah set induksi sebagai contohnya untuk mengelakkan daripada
mengambil waktu mata pelajaran kelas berikutnya. Ini sedikit sebanyak boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah.

Sebelum saya masuk ke sekolah tersebut tidak mengalami masalah tidak cukup
kerusi ini kerana murid yang beragama islam akan bergerak ke bilik J-QAF yang murid
akan duduk di lantai. Tetapi saya melihat bilik tersebut agak padat dan agak sukar
untuk saya menggunakan elemen Abad ke 21 seperti aktiviti kumpulan kerana
pergerakan murid agak terbatas. Ini akan menjadi sukar sekiranya saya diselia oleh
Pensyarah Pembimbing kelak.

Pemerhatian dan beberapa dapatan awal juga telah saya senaraikan:

1- Masa saya akan digunakan dalam 5-10 minit untuk murid berkumpul di dalam bilik
darjah sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

2- Terdapat murid yang tidak cukup kerusi dan perlu mengambil di kelas lain.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah kesusahan mencari lokasi keberadaan bilik darjah,


saya perlulah menggunakan bilik darjah mereka semula sekiranya waktu pengajaran
30 minit bagi mengelakkan pembaziran masa dan sekiranya waktu pengajaran 60
minit saya akan mengadakan kelas dibilik tayangan dimana lebih selesa dan lebih
kondusif.
SEKOLAH KEBANGSAAN STOWELL

Saya juga akan berusaha untuk meminimumkan pembaziran masa dengan


sehabis baik dengan dating ke kelas lebih awal dan memantau pergerakan murid
supaya murid akan lebih disiplin sewaktu pertukaran kelas tersebut.

TEMPOH PENYELESAIAN

1 Ogos 2018 – 3 Ogos 2018

Saya mengambil masa selama tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini bagi
mengkaji masalah dan idea yang lebih kreatif supaya dapat membantu saya dalam
meminimumkan pembaziran masa yang berlaku.

TINDAKAN SUSULAN

Saya melakukan tindakan susulan dengan meminta bantuan dari Guru


Pembimbing, Pn Juliana untuk mendapatkan nasihat akan perkara yang saya boleh
lakukan dalam menyelesaikan masalah kepada saya sebagai guru pelatih yang baru
mengenal dunia pendidikan ini.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah ini dapat diselesaikan juga. Bantuan daripada


pelbagai pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan dapat membantu saya
untuk menjadi guru yang cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................................... .....................................................
(MOHAMMAD ZAKI BIN JASMANI) ( )

Anda mungkin juga menyukai