Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Audio bermaksud sistem komunikasi yang bercirikan video digunakan untuk


membawa unsur bunyi. Secara umum audio merupakan salah satu elemen penting
membangunkan sebuah sistem komunikasi dalam bentuk suara. Penilaian instrument
merupakan elemen yang amat penting bagi seorang guru dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Secara umum yang dimaksud instrumen
adalah suatu alat yang memenuhikeperluan akademik, sehingga dapat dipergunakan sebagai
alat untuk mengukur suatu elemen atau mengumpulkan data mengenai suatu variabel. Bahan
audio yang baik dan jelas merupakan satu medium yang efektif kepada murid terutamanya
murid masalah penglihatan yang banyak menggunakan deria pendengaran dalam proses
PdP. Oleh itu, saya telah mengenalpasti beberapa kriteria pemilihan audio bagi menghasilkan
satu hasilan audio yang berkesan dan secara langsung membantu mereka dalam proses PdP.

Pemilihan kriteria audio

Berdasarkan instrumen pemilihan audio yang telah saya buat, terdapat beberapa
kriteria yang telah saya peroleh. Antara kriteria pemilihan audio yang dititik beratkan ialah
Suara yang terdapat di dalam audio perlulah jelas. Bagi murid masalah penglihatan mereka
sepenuhnya menggunakan deria pendengaran bagi memahami mesej yang disampaikan oleh
audio. Oleh yang demikian, audio yang dirakam haruslah suara yang jelas dan lantang agar
mudah difahami oleh mereka. Contohnya guru memperdengarkan murid dengan audio
tentang kisah-kisah perjuangan nabi,perkataan haruslah disebut dengan intonasi yang betul
dan tidak terlalu laju agar murid masalah penglihatan dapat memahami isi kandungan audio.
Media audio perlulah menggunakan intonasi yang betul bagi mengambarkan situasi dan
emosi yang terdapat dalam sesuatu audio terutamanya dalam lakonan. Contohnya,
penggunaan nada yang tinggi dan tegas mengambarkan babak marah. Hal ini akan
membolehkan jalan cerita atau maklumat yang disampaikan membantu pelajar di dalam
mendapatkan pengetahuan baharu.

Kriteria kedua pula ialah penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.
Bahasa merupakan medium bagi kita untuk berhubung ataupun untuk mendapatkan sesuatu
input. Penggunaan Bahasa yang mudah sangat membantu murid masalah penglihatan bagi
mendapatkan maklumat dari rakaman audio. Murid masalah penglihatan mempunyai tahap
kognitif yang berbeza mengikut keperluan dan kemampuan mereka. Contohnya, untuk pelajar
tahun 1 guru haruslah menggunakan audio yang paling senang untuk difahadddmi dengan
penggunaan Bahasa yang mudah dan ringkas. Di samping itu, maklumat audio yang
disampaikan haruslah tepat dan jelas bagi memudahkan murid untuk memahami audio yang
disampaikan. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian dan tumpuan mereka
agar membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,
pemilihan audio haruslah bersesuaian dan berkait dengan pembelajaran yang hendak
disampaikan. Contohnya, untuk mengajar topik pecahan dalam matapelajaran matematik,
penggunaan audio sangat membantu untuk murid menguasai topik pecahan. Hal ini
membolehkan murid membuat perkaitan antara topik yang dipelajari dengan audio yang
mereka dengar dan secara langsung membantu mereka untuk lebih cepat memahami tentang
sesuatu perkara.

Kriteria seterusnya ialah audio yang dirakam haruslah mengandungi elemen muzik
latar yang sesuai. Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-
bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi . Elemen muzik sangat
penting dalam penghasilan sesuatu audio yang berkualiti. Pengunaan muzik yang sesuai
dapat menarik perhatian murid terutamanya murid masalah penglihatan yang menggunakan
sepenuhnya deria pendengaran. Pemilihan muzik latar haruslah bersesuaian dengan situasi
dan keadaan. Boleh kita ambil contoh babak percintaan dan romantic haruslah diselitkan
dengan muzik latar yang sesuai contohnya lagu “bunga-bunga cinta”. Sekiranya sesuatu
audio tidak diselitkan dengan muzik, maka audio tersebut akan membosankan murid masalah
penglihatan. Oleh itu, penggunaan muzik latar yang sesuai sangat membantu dalam
penghasilan suatu audio berkualiti yang dapat digunakan sebagai Bahan Bantu
Mengajar(BBM) di dalam bilik darjah.

Kelebihan penggunaan Audio dalam meningkatkan proses pengajaran dan


pembelajaran (pdp).

Terdapat beberapa kelebihan yang telah saya peroleh antaranya ialah dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta tidak membosankan.
Pengunaan media audio merupakan kaedah moden yang digunakan bagi menambahbaik
kaedah yang sedia ada iaitu penggunaan buku dan papan hitam sahaja. Dengan adanya
media audio berupaya untuk menarik minat murid terutamanya murid masalah penglihatan
untuk lebih fokus dan bersemangat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Seterusnya, penggunaan media audio sebenarnya mempunyai elemen-elemen yang
berupaya mencapai ciri-ciri proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.Hal ini
sehubungan dengan hasrat Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menggariskan satu cadangan atau usaha bagi menghasilkan kemenjadian murid di tahap
yang optimen melalui pengajaran media audio. Murid akan lebih meneroka sesuatu yang
baharu dan melakukan aktiviti yang lebih berpusatkan murid. Murid masalah penglihatan
mendengar audio yang disediakan oleh guru dan mereka menilai dan memikirkan kandungan
atau mesej yang hendak disampaikan melalui audio tersebut. Hal ini mampu menghasilkan
murid KBAT iaitu kemahiran berfikir aras tinggi yang mampu berfikir di luar kotak dan berdaya
saing dengan murid normal. Oleh itu, terdapat kelebihan penggunaan media audio dalam
proses pdp yang dilihat sangat membantu murid dan guru bagi melancarkan proses pdp agar
objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, media audio merupakan satu medium bagi menyampaikan maklumat


dan ilmu pengetahuan sejajar dengan peredaran zaman abad ke 21. Penggunaan media
audio sangat bersesuaian dengan kemahuan murid zaman kini yang jauh lebih kehadapan
mengikut arus permodenan. Oleh yang demikian, media audio berupaya menarik perhatian
murid terutamanya murid masalah penglihatan supaya lebih aktif dalam proses pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dapat dihasilkan berpunca daripada penggunaan media audio dalam kalangan
murid masalah penglihatan di dalam bilik darjah.=

Anda mungkin juga menyukai