Anda di halaman 1dari 16

1.

0 TAJUK:

Penyediaan larutan piawai dengan kemolaran M mol dm -3 bagi kalsium


hidroksida,Ca(OH)2 dan kalsium klorida,CaCI2.

2.0 TUJUAN:

2.1-Untuk menyediakan 250cm3 larutan piawai kalsium hidroksida,Ca(OH)2 dan


kalsium klorida,CaCI2 yang mana masing-masing berkepekatan 1 mol dan 2
mol.

2.2- Menyediakan 100cm3 larutan kalsium hidroksida,Ca(OH)2 dan kalsium


klorida,CaCI2 dengan kepekatan 0.5 mol melalui proses pencairan larutan
piawai yang disediakan daripada eksperimen 2.1.

3.0 BAHAN:

3.1- Pepejal kalsium hidroksida,Ca(OH)2

3.2- pepejal kalsium klorida,CaCI2

3.3- air suling

4.0 RADAS:

4.1- kelalang volumetrik 250cm3

4.2- kelalang volumetric 100cm3

4.3- penutup

4.4- bikar 50cm3

4.5- neraca elektronik

4.6- corong turas

4.7- pipet

4.8- lesung batu


4.9- penitis

4.10- rod kaca

4.11- spatula

5.0 PROSEDUR :

Amali 1:penyediaan larutan piawai

(menyediakan 1 mol larutan kalsium hidroksida 250cm3)

5.1Semua radas dicuci dan dibersihkan dengan air suling serta dikeringan kecuali
neraca tiga alur.

5.2.Jumlah jisim pepejal kalsium hidroksida Ca(OH)2 yang hendak digunakan dikira
dengan menggunakan formula:

MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan.


1 mol CaCl2 x 250 cm3 x 74.1 gmol-1
1000
= 18.525g

5.3Pepejal kalsium hidroksida,Ca(OH)2 ditumbuk sehingga menjadi bentuk berupa


serbuk dengan menggunakan lesung bagi memudahkan penimbangan pepejal
kalsium hidroksida,Ca(OH)2.

5.4Bikar ditimbang, dan bacaan berat bikar dicatat.

5.5Berat bikar+jisim pepejal(18.525g)=jumlah berat yang mesti


ditimbang.Berdasarkan persamaan ini, pepejal kalsium hidroksida Ca(OH)2 yang
berjisim18.525g dimasukkan ke dalam bikar yang berada atas neraca elektronik
sehingga bacaan neraca menunjukkan jumlah berat yang mesti ditimbang.

5.6.Air suling dimasukkan ke dalam bikar dan dikacau dengan mengggunakan rod
kaca.
Bikar Rod kaca

Corong turas

Kelalang Volumetrik 250cm3

RAJAH 1.1

5.7Larutan dituang ke dalam kelalang volumetrik 250 cm3 seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 1.1.

5.8Bikar dan rod kaca dibilas dengan menggunakan air suling, dan air bilasan
dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik.

5.9.Air suling dititis ke dalam kelalang volumetrik dengan menggunakan penitis


sehingga mencapai tanda senggatan.

5.10Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup kelalang dan digoncang.

5.11Kelang volumetrik yang berisi larutan 1 mol Ca(OH)2 dilabel dengan pelekat.

5.12Langkah 1 hingga 11 diulang untuk menyediakan 2 mol larutan kalsium


hidroksida 250cm3.
5.13Langkah 1 hingga 11 diulangi tanpa mengulangi langkah ke-3 untuk
menyediakan 1 mol larutan kalsium klorida CaCI2,2 mol larutan kalsium klorida
CaCI2 yang masing-masing berisipadu 250cm3.

Amali 2:penyediaan larutan piawai melalui proses pencairan

(menyediakan 0.5 mol larutan kalsium hidroksida 100cm3 daripada larutan 1 mol
kalsium hidroksida 250cm3)

5.14Semua radas dicuci dan dibersihkan dengan air suling serta dikeringan kecuali
neraca tiga alur.

5.15Tentukan jumlah larutan yang mesti diambil daripada 250 cm3 larutan kalsium
Hidroksida 1 mol untuk menghasilkan larutan sekunder dengan isipadu 100 cm3
berkepekatan, 0.5 mol/dm3 dengan menggunakan formula M1V1=M2V2

1 mol Ca(OH)2 x V1= 0.5 mol Ca(OH)2 x 100 cm3

V1= 0.5 mol Ca(OH)2 x 100 cm3


1 mol Ca(OH)2
V1= 50.0 cm3

Ppp Pipet

Larutan kalsium Kelalang volumetrik 100cm3


hidroksida
RAJAH 1.2

5.1650cm3 larutan kalsium hidroksida 1 mol dm-3 dituang ke dalam pipet dengan
tepat dan dititiskan ke dalam kelalang volumetrik 100 cm3 seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.2.

5.17Pipet dibilas dengan air suling dan air bilasan dituangkan ke dalam kelalang
volumetrik.

5.18Air suling kemudiaannya ditambah ke dalam kelalang volumetrik 100 cm3.

5.19Air suling dititiskan setitik demi setitik ke dalam kelalang volumetrik sehingga
mencapai tanda senggatan. .

5.20Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup kelalang dan digoncang supaya


larutan menjadi sekata.

5.21Kelalang volumetrik dilabel dengan pelekat.

5.22Langkah 1 hingga 8 diulang dengan menggunakan bahan daripada 250 cm 3


larutan kalsium hidroksida 2.0 mol untuk menghasilkan satu lagi larutan 100 cm3
berkepekatan, 0.5 mol/dm3

5.23Langkah 1 hingga 8 diulang dengan menggunakan larutan kalsium klorida 1 mol


dan 2 mol untuk menghasilkan satu larutan 100cm 3 berkepekatan 0.5mol/dm3
6.0Langkah berjaga-jaga:

6.1Pakai alatan keselamatan seperti sarung tangan jika perlu semasa


mengendalikan bahan kimia.
6.2Bikar mesti dibasuh dan dicuci dengan air suling sebelum digunakan.
6.3Baca label pada botol bahan kimia terlebih dahulu untuk memastikan bahan
yang dipilih ialah bahan yang betul.
6.4pepejal kalsium hidroksida,Ca(OH)2 dan kalsium klorida,CaCI2 ditimbang
menggunakan neraca elektronik dalam bilik khas atau dalam keadaan suis kipas
ditutup.
6.5pastikan nilai pada neraca timbangan tetap selama 2 saat sebelum
mengambil nilai bacaan.
6.6Ketika memenuhi kelalang volumetric, air suling dituang dengan cepat pada
mulanya.Kemudian,apabila aras air suling menghampiri tanda senggatan, air
suling ditambah setitik demi setitik sehingga mencapai tanda senggatan.
6.7Pastikan mata berada pada kedudukan yang betul semasa air suling dititis ke
dalam kelalang volumetric.
6.8Bikar dan corong turas mestilah dibilas dengan air suling beberapa kali dan
semua air basuhan dimasukkan ke dalam kelalang volumetric untuk memastikan
semua sisa yang terlekat pada bikar dan corong turas dimasukkan ke dalam
kelalang volumetrik.
7.0KEPUTUSAN:

Jenis pepejal Kalsium hidroksida,Ca(OH)2 Kalsium klorida,CaCI2

Kepekatan larutan piawai yang 1 mol 2 mol 1 mol 2 mol


hendak disediakan

Jisim pepejal yang diperlukan(g) 18.53 37.05 27.78 55.55

Berat bikar(g) 44.60 47.46 61.98 47.83

Jumlah berat yang mesti 63.13 84.51 89.76 103.38


ditimbang(g)

Isipadu larutan yang


diperlukan untuk
50 25 50 25
menghasilkan 100 cm3 larutan
dengan kemolaran 0.5 mol
dm-3 (cm3)

Isipadu air suling yang perlu


ditambah untuk menghasilkan
50 75 50 75
100cm3 larutan dengan
kemolaran 0.5 mol dm-3(cm3).
8.0PENGIRAAN:

8.1 Pengiraan bagi penyediaan 250 cm3 larutan kalsium hidroksida, Ca(OH)2,1.0 mol
dm-3, daripada pepejal kalsium hidroksida, Ca(OH)2

MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan

1 mol Ca(OH)2 x 250 cm3 x 74.1 gmol-1


1000
=18.525 g

8.2Pengiraan bagi penyediaan 250 cm3 larutan kalsium hidroksida, Ca(OH)2,2.0


mol dm-3 daripada pepejal larutan kalsium hidroksida, Ca(OH)2

MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan

2 mol Ca(OH)2 x 250 cm3 x 74.1 gmol-1


1000
= 37.05 g

8.3Pengiraan bagi penyediaan 250 cm3 larutan kalsium klorida,CaCl2, 1.0 mol
dm-3 daripada pepejal kalsium klorida,CaCl2.

MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan

2 mol CaCl2 x 250 cm3 x 111.1 gmol-1


1000
= 55.55 g

8.4Pengiraan bagi penyediaan 250 cm3 larutan kalsium klorida,CaCl2, 2.0 mol
dm-3 daripada pepejal kalsium klorida,CaCl2.
MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan

3 mol CaCl2 x 250 cm3 x 111.1 gmol-1


1000
= 83.325 g

8.5Pengiraan bagi penyediaan 100 cm 3 larutan kalsium hidroksida,Ca(OH)2,0.5


mol dm-3 daripada 250 cm3 larutan kalsium hidroksida,Ca(OH)2, 1.0 mol dm-3
M1V1=M2V2
1 mol Ca(OH)2 x V1= 0.5 mol Ca(OH)2x 100 cm3
V1= 0.5 mol Ca(OH)2x 100 cm3
1 mol Ca(OH)2

V1= 50.0 cm3

8.6Pengiraan bagi penyediaan 100 cm 3 larutan kalsium hidroksida,Ca(OH)2,0.5


mol dm-3 daripada 250 cm3 larutan kalsium hidroksida,Ca(OH)2,2.0 mol dm-3
M1V1=M2V2
2 mol Ca(OH)2x V1= 0.5 mol Ca(OH)2x 100 cm3
V1= 0.5 mol Ca(OH)2x 100 cm3
2 mol Ca(OH)2
V1= 25.0 cm3

8.7Pengiraan bagi penyediaan 100 cm3 larutan kalsium klorida,CaCl2,0.5 mol dm-
3 daripada 250 cm3 larutan kalsium klorida,CaCl2, 1.0 mol dm-3
M1V1=M2V2
2 mol CaCl2 x V1= 0.5 mol CaCl2 x 100 cm3
V1= 0.5 mol CaCl2 x 100 cm3
1 mol CaCl2
V1= 50.0 cm3
8.8Pengiraan bagi penyediaan 100 cm 3 larutan kalsium klorida,CaCl2, 0.5 mol
dm-3 daripada 250 cm3 larutan kalsium klorida,CaCl2, 2.0 mol dm-3
M1V1=M2V2
1 mol CaCl2x V1= 0.5 mol CaCl2x 100 cm3
V1= 0.5 mol CaCl2 x 100 cm3
2 mol CaCl2
V1=25.0 cm3

9.0 PERBINCANGAN:

9.1 Pembersihan dan penyucian radas

Semua radas yang digunakan perlu dibersihkan terlebih dahulu menggunakan air
suling. bagi memastikan radas tidak dicemari dengan bendasing ataupun bahan kimia
asing yang akan mempengaruhi ketulenan bahan, kepekatan mahupun bacaan
sebenar sesuatu larutan.

Mengeringkan barangan kaca dengan tisu atau tuala selepas dicuci tidak
digalakkan kerana ini boleh meninggalkan sisa bahan kimia atau kekotoran yang boleh
mencemarkan eksperimen.Jadi,biarkan ia mengering dengan sendiri..Jika barangan
kaca akan digunakan serta-merta selepas basuh dan mesti kering, bilas 2-3 kali ia
dengan aseton. Hal ini dapat membantu dalam proses pengeringan barangan kaca.

Cara untuk membersihkan dan mencuci radas-radas yang digunakan dalam


eksperimen ini adalah seperti berikut:
Bikar

Bilas barangan kaca dengan pelarut yang sesuai.Contohnya air suling yang
sering digunakan. Jika barang-barang kaca yang memerlukan menyental, gosok
dengan berus menggunakan air sabun panas, bilas sehingga bersih dengan air paip,
diikuti dengan bilasan dengan air suling.

Pipets dan Kelalang isipadu

Dalam beberapa kes, anda mungkin perlu rendam barangan kaca semalaman
dalam air sabun. Pipets bersih dan termos isipadu menggunakan air sabun suam. Bilas
dengan air paip diikuti oleh 3-4 bilasan dengan air suling.

9.2 Sebab berlakunya ralat dan cara mengatasinya

Sedikit Ca(OH)2 tertumpah semasa melakukan penimbangan kerana kesukaran


memasukkan bahan ke dalam bikar sekiranya bikar tidak dikeluarkan dari neraca
elektronik.Oleh itu,Bikar dikeluarkan terlebih dahulu lalu bahan dimasukkan semula ke
dalam neraca elektronik berpenutup.

Ralat semasa kalsium hidroksida ,Ca(OH)2 dan Kalsium klorida ,CaCl2 ditimbang
berlaku kerana neraca elektronik yang tak berpenutup digunakan.Oleh itu,neraca
elektronik yang berpenutup telah digunakan lalu bahan ditimbang semula.Hasilnya
bacaan dapat diambil dengan lebih tepat dan mudah.

Pepejal kalsium klorida CaCl2 dan serbuk kalsium hidroksida Ca(OH)2 mudah
tertumpah apabila dipindahkan dari bekas asal ke dalam bikar kerana saiz spatula yang
terlalu kecil dan bentuknya yang tirus.Spatula yang lebih besar digunakan bagi
memudahkan pemindahan bahan tersebut.
Pemindahan Pepejal kalsium klorida CaCl2 dan kalsium hidroksida Ca(OH)2
sedikit terganggu oleh angin kerana bahan tersebut terlalu halus dan ringan.Oleh
itu,Kipas dan tingkap ditutup supaya pemindahan bahan tidak terganggu.

Kepekatan 1.0 moldm-3 bagi sesuatu larutan piawai tidak akan diperolehi jika paras
larutan melebihi atau tidak melepasi tanda senggatan pada kelalang volumetrik semasa
proses penyediaan larutan piawai dilakukan.Hal ini kerana, perubahan isiapadu
walaupun 0.01 cm3akan mengubah Kepekatan dan kemolaran larutan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui formula MV/1000

Sesuatu bahan kimia yang digunakan dalam eksperimen ini mesti ditimbang
dengan tepat kerana pertambahan atau pengurangan jisim walaupun 0.01 gram akan
mengubah kemolaran dan kepekatan larutan.Oleh yang demikian,langkah berhati-hati
perlu sentiasa dipraktikkan semasa membuat pengiraan. Pengiraan dilakukan dengan
menggunakan formula (Yeap Tok Kheng,Longman):

(MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan)

9.3 Jenis tindak balas

Apabila pepejal kalsium klorida CaCl2 dimasukkan ke dalam kelalang volumetric


yang berisi air suling,suhu larutan meningkat.Ini bererti tenaga haba dibebaskan ke
dalam larutan.Hasil tindakbalas mempunyai jumlah tenaga haba yang lebih tinggi
berbanding jumlah tenaga haba dalam bahan tindakbalas.Tindak balas yang berlaku
sewaktu kalsium klorida ,CaCl2 dilarutkan ke dalam air suling ialah tindak balas
eksotermik.(Tan Yin Toon,Success Chemistry SPM)
9.4 Apa itu larutan piawai.?

Larutan piawai ialah satu larutan di mana kepekatannya diketahui dengan tepat.
Larutan piawai biasanya digunakan dalam penitratan untuk menentukan amaun atau
kepekatan yang tidak diketahui bagi sesuatu bahan kimia.Larutan piawai juga terbahagi
kepada dua jenis iaitu larutan piawai primer dan larutan piawai sekunder.

larutan piawai primer ialah satu larutan di mana kepekatannya diketahui melalui
perkiraan dengan menggunakan formula (MV/1000 x Jisim molar=jisim bahan) dan
disediakan daripada bahan kimia yang tulen. Larutan piawai sekunder pula ialah
larutan yang perlu dipiawaikan dengan larutan piawai primer dahulu sebelum
digunakan.untuk menyediakan larutan piawai sekunder, perkiraan mesti dilakukan
dengan menggunakan formula (M1V1=M2V2). (ti-titration.blogspot,2014)

Terdapat lima ciri larutan piawai primer.Pertamanya ialah tulen.Kedua,larutannya


sangat stabil.Ketiga,tiada wap air yang terserap daripada larutannya.Keempat,jisim
molekulnya tinggi.Kelima,keterlarutan tinggi.

Perbezaan larutan piawai primer dan larutan piawai sekunder ialah lawatan piawai
primer disediakan terus melalui pengukuran daripada jisim bahan larut dan isipadu
larutan. manakala, larutan piawai sekunder adalah diperolehi kepekatannya tidak dapat
ditentukan secara langsung daripada berat bahan larut dan isipadu larutan, kepekatan
mesti ditentukan oleh analisis penyelesaian (kiraan) itu sendiri.Dengan menggunakan
formula M1V1=M2V2 isipadu tepat dapat diambil daripada larutan primer untuk
menghasilkan larutan sekunder.

10 KESIMPULAN:

Penyediaan larutan piawai ialah satu proses untuk menentukan kepekatan larutan.
11 RUJUKAN:

11.1Yeap Tok Kheng, (2009), Longman Essential Chemistry SPM, Pearson Malaysia
Sdn. Bhd. Selangor. Malaysia.

11.2Tan Yin Toon, (2009), Success Chemistry SPM, Oxford Fajar. Selangor.
Malaysia.
11.3Ooi Yong Seang & Darric Lim, (2009), Spotlight SPM Chemistry, Pan Asia
Publication Sdn. Bhd. Selangor. Malaysia.
11.4Mashuri.(2011). Pengendalian Alatan dan Radas. Dilayari pada 5 Ogos 2014 di
laman web. http://makmalsainsskkukusantawau.blogspot com.
11.5http://ti-trationblogspot.com/2011/11/secondary-standard.html.
LAMPIRAN:

Bahan yang digunakan [ CaCl2 dan Ca(OH)2]

Neraca elektronik berpenutup


Bikar

Corong turas

Lesung batu

Anda mungkin juga menyukai