Anda di halaman 1dari 5

KESEDIAAN GURU LUAR BIDANG TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA INGGERIS DALAM BILIK DARJAH

BANU A/P RAMANAN


DR. MUA'AZAM MUHAMAD

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


banuramanan84@gmail.com
muaazam@uum.edu.my

Abstrak
Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru luar bidang di sekolah rendah yang
mengajar subjek Bahasa Inggeris. Sejajar dengan objektif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2015 guru yang kompeten adalah guru yang dapat memberikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif kepada pelajarnya. Pengajaran guru di luar bidang bukanlah fenomena yang
baru namun isu ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam dunia pendidikan. Guru yang berkualiti
merupakan tunjang utama dalam pencapaian akademik pelajar. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada cara kesediaan guru semasa pengajaran dalam bilik
darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif adalah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dalam
mencapai objektifnya. Guru yang kurang bersedia adalah guru yang gagal mencapai standard pengajaran
professional. Maka berdasarkan analisis literatur kesediaan guru dari segi kemahiran, pengetahuan dan
pembangunan profesional dikenal pasti sebagai domain-domain yang perlu diberi perhatian oleh semua
guru. Ini kerana guru merupakan penggerak utama dalam menjamin mutu dan kualiti sistem pendidikan
Malaysia
Kata kunci: Guru luar bidang, kesediaan, pengajaran dan pembelajaran, bilik darjah
Pengenalan
Proses transformasi Sistem Pendidikan Malaysia memberi keutamaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Ini
sejajar dengan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) di mana penting untuk membangunkan modal insan supaya
meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Maka warga pendidik harus kompeten dalam penyampaian ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai murni seiring dengan gaya abad ke-21 ini. Transformasi pendidikan yang kian berlaku di peringkat
global telah membawa banyak penambahbaikan dalam dunia pendidikan. Dalam usaha memajukan kadar sosioekonomi
negara, kerajaan Malaysia mengambil pelbagai langkah seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara,
Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia ke-11. Dengan itu, kadar celik huruf negara meningkat pada
tahun 2013 daripada 94.6% kepada 95.1% pada tahun 2015. (http://www.treasury.gov.my). Memandangkan pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara memainkan peranan penting maka kerajaan Malaysia merasakan keperluan untuk membuat
transformasi pendidikan. Di Malaysia dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang dan berkualiti, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan strategi dan inisiatif bagi meningkatkan kualiti
sistem pendidikan kebangsaan. Antaranya ialah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dengan fasih dan yakin. Ini sejajar dengan visi sistem pendidikan Malaysia iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera’. Menurut Yamat, Umar& Mahmood (2014), penguasaan bahasa penting dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, Selain itu, penguasaan bahasa memainkan peranan yang utama dalam
proses perubahan sistem pendidikan kerana pembentukan murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu meningkatkan
kebolehpasaran mereka serta memaksimumkan peluang kerjaya dalam pasaran kerja dunia.

Objektif
Kertas konsep ini bertujuan untuk meninjau kesediaan guru luar bidang bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Kesediaan guru luar bidang bahasa Inggeris dilihat dari aspek pengetahuan, kemahiran
dan pembangunan profesional.

Latar belakang masalah


Pengajaran guru di luar bidang bukanlah suatu isu yang baru namun isu ini perlu diberi perhatian yang serius
memandangkan fenomena pengajaran di luar bidang sebenarnya memberi impak yang agak besar dalam kualiti sistem
pendidikan (Ingersoll 1999, 2002). Menurut Noraida (2016) guru yang diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen
dengan alasan tiada guru akan memberi impak yang negatif terhadap tahap profesionalisme guru. Ini kerana guru tersebut
mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam subjek tersebut. Kajian-kajian yang dilakukan oleh Ingersoll,
Darling Hamond et. al mengatakan pengajaran guru di luar bidang merupakan cabaran utama kepada kualiti sistem
pendidikan sesebuah negara. Kesan pengajaran oleh guru bukan luar bidang secara langsung akan mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan itu, Ingersoll (2007), mendakwa faktor yang menyumbang kepada evolusi
pelajar dalam akademik adalah kualiti guru. Hanna Onyi & Abdullahi Aliyu (2016), Du Plessis (2015) & Berry, Hoke dan
Hirsch (2004) mengatakan cara terbaik untuk menilai keberkesanan guru adalah dengan melihat prestasi dan pencapaian
akademik pelajar. Pengetahuan pedagogi (PCK), pengetahuan kandungan adalah faktor penting dalam pencapaian
akedemik pelajar. Guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam subjek yang diajar mampu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik. (Du Plessis,2015). Kesediaan guru luar bidang dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu di beri perhatian kerana guru berkesan merupakan penggerak utama kepada pencapaian akademik
pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris merupakan cabaran kepada guru-guru luar
bidang yang baru mengajar. Pertukaran mengajar subjek yang baru boleh membawa kepada kejutan budaya bagi
sesetengah guru terutama dari segi penyampaian dan komunikasi guru dalam kelas. Kepercayaan dan pengalaman lepas
guru sangat sukar untuk diubah dalam masa yang singkat. Sekiranya guru tidak bermotivasi dan tidak dapat menyampaikan
pengajaran dengan efektif ia akan menimbulkan situasi pelajar menjadi pasif dan tidak bermotivasi dan tidak yakin untuk
belajar. Jesteru itu, kajian tentang kesediaan guru luar bidang bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
dijalankan.

KESEDIAAN GURU
Kajian-kajian yang dijalankan tentang pencapaian akademik pelajar kebanyakan dilaporkan memberi tumpuan kepada
kurikulum, bilik darjah atau pun pelajar (Hattie,2012). Walaupun, aspek-aspek itu penting namun faktor guru memainkan
peranan yang sangat penting dan merupakan satu elemen m yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar (Buddin dan
Zamarro, 2009; Clotfelter, Ladd dan Vigdor, 2007; Hattie, 2012; Kukla-Acevedo, 2009). Kajian yang dijalankan oleh Jepsen,
Hattie (2005,2012) juga menunjukkan pengaruh guru terhadap kejayaan pelajar meningkat. Peningkatan itu bukan sahaja
meliputi ciri-ciri luar seperti status, pengalaman, kelayakan malah motivasi guru, pendekatan pembelajaran, sikap,
pengetahuan pedagogi guru dikenal pasti antara kualiti utama dalam pencapaian pelajar. Pembaharuan dalam pendidikan
yang kian berlaku telah membawa kepada persekitaran yang lebih inklusif bagi pelajar yang mempunyai keperluan yang
berbeza dan memberi pendedahan tentang kesediaan guru untuk mengajar pelbagai pelajar dalam kelas (Boyd dan
Bargerhuff, 2010; Brownell, Sindelar, Kiely, et al., 2010; DeSimone dan Parmar, 2006a, b. Rosas dan Campbell, 2010; Tara,
2012; Yeo, Ang, Chong, et al., 2008). Guru pada zaman kini dijangka mempunyai kecekapan untuk mengajar semua pelajar
(Boyd dan Bargerhuff, 2010; DeSimone dan Parmar, 2006b; Rosas dan Campbell, 2010). Walau bagaimanapun, ramai guru
merasa tidak selesa dan tidak bersedia memenuhi tuntutan ini apatah lagi dengan guru luar bidang. Kejayaan transformasi
pendidikan di sekolah bergantung pada kesediaan seseorang guru dalam memajukan diri sendiri serta profesionnya
mengikut peredaran semasa. Guru-guru bahasa Inggeris digalakkan mempelajari kaedah, teknik serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana semakan kurikulum dan buku teks KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
dan CEFR (Common European Frame Work) dalam mata pelajaran bahasa Inggeris memerlukan guru bahasa Inggeris
menguasai kandungan kurikulum dan buku teks dan cara penilaian yang baru supaya guru bersedia dari segi ilmu
pengetahuan mata pelajaran, kemahiran untuk mengajar, kandungan mata pelajaran dan sikap guru terhadap
melaksanakan tanggungjawab mereka.

TINJAUAN LITERATUR
i) Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk
dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Pengetahuan kandungan ialah bidang pengetahuan guru tentang isi
kandungan mata pelajaran (PPK) Pedagogical content knowledge, manakala pengetahuan pedagogi (PP) content
knowledge adalah berkaitan dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran yang khusus. Shulman (1986),
berpendapat Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) menjadi teras pengetahuan guru. Penguasaan pengetahuan
tentang kandungan isi pelajaran amat penting bagi seseorang guru bahasa Inggeris kerana ia akan melengkapkan diri
seseorang guru akan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran. Pengajaran yang
berkualiti akan berlaku sekiranya perancangan dibuat dengan baik dan murid akan memperoleh pembelajaran yang
bermakna. Pengajaran yang berkualiti akan berlaku sekiranya guru memiliki pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dan
pengetahuan kandungan (PK). (Julie Gess-Newsome, 2017). Menurut Model of teacher professional knowledge and skill
including PCK (Gess- Newsome, 2015), pengetahuan guru dibahagikan kepada i). pengetahuan menilai, ii) pengetahuan
pedagogi, iii) pengetahuan kandungan, iv) pengetahuan tentang murid dan v) pengetahuan tentang kurikulum. Pengetahuan
guru bukan hanya tentang pengajaran dalam bilik darjah sahaja malah ia berkaitan dengan perancangan, penilaian,
pemikiran, di mana guru perlu mempunyai kepercayaan terhadap kurikulum, subjek yang diajar, pedagogi, model
pengajaran dan konteks pendidikan. Kesemua aspek tersebut membantu bagi menganalisis dan meluaskan kefahaman
guru tentang pengajaran yang berkualiti. Walau bagaimanapun Menurut Shulman (1986), seorang guru profesional mestilah
memiliki tujuh pengetahuan asas yang diperincikan dalam jadual 1.1.
Isi Pedagogi Kurikulum Pedagogi Isi Kandungan Pelajar Konteks Matlamat
kandungan Am Pendidikan
*Falsafah *Prinsip *Konsep *Kefahaman tentang *Ciri-ciri *Sejarah sistem
*Tujuan
subjek pengajaran dan kandungan mata pelajaran psikologi pendidikan di
pendidikan
*Teori-teori *Strategi pengertian dan pedagogi *Latar Malaysia *Falsafah
tentang pengajaran kurikulum *Taakulan pedagogi belakang *Matlamat Pendidikan
subjek *Pengurusan *Teori-teori *Kefahaman tentang keluarga pendidikan di
Kebangsaan
Struktur bilik darjah kurikulum kandungan mata pelajaran *Rakan Malaysia (FPK):
ilmu subjek *Pengurusan *Model-  Transformasi sebaya *Struktur i..Asas
*Kandungan idea model  Persediaan *Keadaan pendidikan di
pembinaan
subjek kurikulum  Gambaran komuniti Malaysia FPK.
 Pemilihan *Prospek *Pengaruh ii. Bentuk
 Adaptasi kerjaya perubahan dan prinsip
 Pengajaran dan ekonomi pendidikan.
pembelajaran terhadap sistem
iii. Proses &
dan corak pelaksanaan
 Penilaian
pendidikan pendidikan.
 Refleksi
*Pengaruh iv. Kesan
budaya akhir
setempat pendidikan.
terhadap
sekolah
Jadual 1.1: Tujuh asas pengetahuan guru profesional (dipetik dan diubahsuai daripada Shulman, L.S (1986)
ii) Kemahiran
Kemahiran mengajar merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mencapai objektif pengajaran. Strategi
pengajaran yang digunakan dalam subjek bahasa sangat penting. Menurut Mohd Salleh (2008), strategi pengajaran yang
berkesan perlu di amalkan oleh semua guru dalam proses P&P secara sistematik, terancang dan teratur. Pembelajaran
yang berlandaskan abad ke-21 ini memerlukan guru mempunyai perancangan yang rapi sebelum masuk ke kelas. Menurut
Townsend (2011) dalam proses pengajaran dan pembelajaran persediaan, pelaksanaan dan penilaian adalah komponen-
komponen penting yang akan menentukan tahap profesional keguruan. Persediaan rancangan mengajar (RPH) akan
membantu guru untuk bersedia secara metodologi iaitu bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dari
permulaan hingga akhir. Guru yang berbeza mempunyai gaya yang berbeza. Menurut Mok Soon Sang (2008), kemahiran
guru dalam memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan adalah sangat penting. keberkesanan pengajaran guru akan
bertambah baik apabila mereka meningkatkan melalui refleksi, membaca, penyelidikan, penglibatan dalam organisasi
profesional dan perbincangan dengan rakan sebaya mereka. Kemahiran mengajar guru dilihat dari aspek pedagogi.
Kemahiran pedagogi adalah asas bagi seseorang guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pedagogi merupakan
prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran yang optimum.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dipengaruhi oleh cara guru menggunakan teknik yang pelbagai bagi
mencapai objektif. Kemahiran mengajar ini merangkumi perancangan iaitu penulisan rancangan pengajaran harian, cara
pengelolaan ialah cara penyampaian guru semasa pengajaran dan pembelajaran serta penilaian iaitu cara menilai murid
berdasarkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Dalam bahasa Inggeris guru-guru perlu menguasai kemahiran
cara memulakan pengajaran, teknik persoalan dan cara membuat penilaian. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran
dan mampu mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan berjaya mencapai objektif pelajaran.
Proses pengajaran yang bermula dengan peringkat permulaan, perkembangan dan diakhiri dengan peneguhan dan
pengukuhan akan berjaya mengekalkan motivasi pelajar untuk terus melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
iii) Pembangunan Profesional
Darling Hammond dan McLaughlin (1995) mendefinisikan pembangunan profesional guru sebagai peningkatan guru dalam
memahami proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan pemahaman tentang pelajar. Pembangunan
profesional guru merupakan suatu kaedah yang boleh digunakan untuk peningkatan kompetensi dan prestasi guru bahasa
Inggeris yang lebih mantap demi menghadapi pengajaran dan pembelajaran berteraskan abad ke-21
(moe.gov.edu.my/PIPPK 2016). Lazimnya, pembangunan profesional adalah untuk memenuhi keperluan sekolah,
keperluan individu, keperluan nasional dan objektif utamanya ialah meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada,
kemahiran dan nilai. Bagi seseorang guru kekal efektif dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang pendidikan
maka pembangunan profesional sebagai program sokongan perlu diteruskan ( Ab Mokhti, M., & Rafiuddin, N. M. ,2013).
Dalam mata pelajaran bahasa Inggeris guru luar bidang perlu berusaha bagi meningkatkan kemahiran mengajar,
kecekapan dan kefasihan kerana pembaharuan dalam kurikulum bahasa Inggeris iaitu pengenalan KSSR dan CEFR
(Common European Framework of References) memerlukan seseorang guru melengkapkan diri dengan pengetahuan
kandungan dan pedagogi supaya guru berkeyakinan dalam perjalanan p & p. Pembangunan profesional guru seharusnya
bermula dengan latihan tentang peranan sebenar seorang guru kemudian di teruskan dengan latihan profesional guru
(Ungar, O.A 2016). Menurut Bolam,(2002) Pembangunan profesional adalah proses pendidikan berterusan yang
merangkumi latihan kemahiran mengajar dan aktiviti sokongan untuk mengajar. Selain itu, pembangunan profesional juga
membantu guru-guru luar bidang bahasa Inggeris memperoleh pengalaman yang baru untuk mengikuti trend terkini dalam
bidang pengajaran bahasa seperti strategi mengajar yang inovatif dan pengetahuan baru dalam ilmu pedagogi kanak-
kanak dan juga psikologi. Ini merupakan salah satu inisiatif kementerian pendidikan Malaysia dalam PPPM 2013-2025 iaitu
meningkatkan kualiti bahasa Inggeris guru dari segi kemahiran membaca, mendengar, menulis dan didik hibur.
Pembangunan profesional guru penting bagi seseorang guru kerana ia bukan sahaja membantu untuk memajukan diri
mereka malah inovasi dan perkembangan dalam bidang pendidikan perlu diikuti kerana persekitaran kerja dinamik dan
sentiasa berubah (Darling Hammond, 2005). Walau bagaimanapun, seseorang guru perlu memahami dan mengetahui
keperluan profesional diri, minat dan kemahuan belajar untuk mengenal pasti bidang pembangunan profesional. Ini kerana
motivasi intrinsik dan ekstrinsik akan memainkan peranan utama dalam pembangunan profesional seseorang guru (Ungar,
O.A. 2016). Antara pembangunan profesional yang telah di cadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah seperti
di bawah: ulasan buku, portal e-guru, peningkatan akademik, penyelidikan (kajian tindakan), latihan bimbingan, penulisan
dan pengkaryaan, inovasi, kursus, bengkel. Pembangunan profesional guru ini merupakan harapan Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam usaha mengerakkan proses transformasi bagi menghasilkan guru yang berkualiti demi
mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan dan juga pembangunan negara. Pembangunan profesional telah membantu
guru dan pendidik untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk meningkatkan kualiti pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan mereka .

Metodologi
Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan dengan membuat analisis tentang kajian-kajian yang lepas. Analisis literatur
berdasarkan jurnal, kertas konsep, penulisan ilmiah dan buku memberikan maklumat yang jelas tentang isu kajian yang
sedang diterokai. Maklumat daripada sumber-sumber yang utama memberikan panduan yang jelas dalam mengukuhkan isu
yang ingin disampaikan.

Hasil Dapatan
Hasil daripada tinjauan literatur didapati kesediaan guru sangat penting bagi menjamin kualiti sistem pendidikan. Guru-guru
luar bidang bahasa Inggeris yang diarah untuk mengajar subjek tersebut perlu mempunyai kesediaan dari segi kemahiran,
pengetahuan dan sikap dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Guru yang mampu menghadapi cabaran akan
mengambil inisiatif untuk belajar kemahiran, teknik dan strategi dalam bidang tersebut. Ini secara langsung akan
mendorong dalam pencapaian akademik pelajar. Bagi guru yang kurang bermotivasi dan menyalahkan situasi semasa akan
mengakibatkan kemerosotan dalam pencapaian pelajar. Ini kerana tinjauan daripada kajian-kajian yang lepas mengatakan
guru merupakan elemen yang penting dalam keberhasilan murid.

CADANGAN
Kesediaan guru merupakan satu cabang dalam mentransformasikan kurikulum pendidikan melalui PPM 2013-2025 bagi
melahirkan generasi yang kreatif agar dapat bersaing dalam pasaran global. Namun begitu, guru bersedia akan memberi
kesan yang mendalam kepada kualiti sistem pendidikan. Kurang kesediaan guru luar bidang bahasa Inggeris boleh diatasi
dengan memberi motivasi, pendedahan melalui kursus atau bengkel, bimbingan daripada mentor contohnya SIC+,
pentadbir sekolah PLC (profesional learning community) dan sebagainya. Latihan yang berterusan diperlukan bagi
mengukuhkan kesediaan guru dalam mata pelajaran bahas Inggeris. Hal ini membolehkan guru untuk menerapkan teknik-
teknik baru dalam menguasai pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi. Kurangnya pengetahuan dan
kemahiran akan mengakibatkan kesukaran kepada guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Guru yang didedahkan dengan konsep inovasi dalam pendidikan akan membawa perubahan besar terhadap pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Inovasi tersebut menyarankan seseorang guru menggunakan pelbagai teknik, strategi
dan kemahiran supaya memotivasikan pelajar untuk belajar. Selain itu, pentadbir sekolah juga perlu memberikan sokongan
bagi menggalakkan kesediaan guru. Sokongan ini meliputi dengan memberikan bahan-bahan rujukan, sumber
pengendalian pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru luar bidang juga perlu diberi kebebasan untuk menentukan
pendekatan serta strategi pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Selain daripada itu, pemupukan sikap positif
dalam diri guru akan mampu berupaya meningkatkan kesediaan guru dalam pengajaran bahasa Inggeris. Guru-guru yang
mempunyai sikap yang positif akan cuba untuk mengubah teknik, kaedah pengajaran kepada tahap yang lebih baik. Apabila
efikasi guru meningkatkan guru akan menjadi kompeten dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Guru yang
kompeten akan menghasilkan murid bermotivasi untuk belajar seterusnya meningkatkan pencapaian akademik.

KESIMPULAN
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru-guru luar bidang yang kurang yakin digalakkan
mengambil peluang untuk menyertai program-program pembangunan profesional seperti yang disarankan dalam PIPK.
Guru-guru akan dapat pelbagai ilmu yang baru dari segi strategi pembelajaran, kaedah penilaian, penggunaan bahan bantu
mengajar, kaedah penyampaian dalam bilik darjah. Kesediaan guru adalah tanggungjawab utama bagi seseorang guru.
Maka guru-guru perlu menghadapi cabaran dan berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik bagi menjamin masa
depan anak murid.

Rujukan
Ab Mokhti, M., & Rafiuddin, N. M. (2013). Persepsi Guru Sains yang mengamalkan Lesson Study sebagai Program
Pembangunan Profesional guruterhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the Global Summit
on Education 2013, 11-12.
Abdul Rashid, Z. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi
KBAT (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Buddin, R. & Zamarro, G. (2009) ‘Teacher qualifications and student achievement in urban elementary schools.’ Journal of
Urban Economics, 66 (2), pp. 103–15. https://doi.org/10.1016/j.jue.2009.05.001
Clotfelter, C., Ladd, H. & Vigdor, J. (2007) ‘Teacher credentials and student achievement: longitudinal analysis with student
fixed effects.’Economics of Education Review, 26 (6), pp. 673–82. https://doi. org/10.1016/j.econedurev.2007.10.002
Darling-Hammond, L., & McLaughlin, M. (1995). Policies that support professional development in an era of reform. Phi
Delta Kappan, 76, 597–604.
Du Plessis, A. (2013). Understanding the Out-of-Field Teaching Experience. (Phd thesis, University of Queensland, 2013:
Australia).
Ekstam, U., Korhonen, J., Linnanmäki, K., & Aunio, P. (2018). Special education and subject teachers’ self‐perceived
readiness to teach mathematics to low‐performing middle school students. Journal of Research in Special Educational
Needs.
Hattie, J. (2012). Visible Learning for Teachers Maximizing Impact on Learning. London, England: Routledge, Taylor and
Francis.
Hanna Onyi & Abdullahi Aliyu (April 2016). Impact of Teachers Qualifications and Experience on the Performance of S
tudents in Colleges of education in Kaduna State, Nigeria. Journal of Quality in Higher Education, Volume 3, Issue 2
Ingersoll, R.M and Curran, BK. (2004). Out-of-Field Teaching: The Great Obstacle to Meeting the “Highly Qualified’’ Teacher
Challenge. NGA Centre for Best Practices. Issue Brief.
Ingersoll R. M.. (ed).(2007).A Comparative Study of Teacher Preparation and Qualifications in Six Nations. Consortium for
Policy Research in Education. <http://www.cpre.org/images/stories/ cpre pdfs/sixnations_final.pdf>
Jepsen, C. (2005) ‘Teacher characteristics and student achievement: evidence from teacher surveys.’ Journal of Urban
Economics, 57 (2), pp. 302–19
Julie Gess-Newsome, Joseph A. Taylor, Janet Carlson, April L. Gardner, Christopher D. Wilson & Molly A. M. Stuhlsatz
(2017): Teacher pedagogical content knowledge, practice, and student achievement, International Journal of Science
Education, DOI: 10.1080/09500693.2016.1265158
Kukla-Acevedo, S. (2009) ‘Do teacher characteristics matter? New results on the effects of teacher preparation on student
achievement.’
Economics of Education Review, 28 (1), pp. 49–57. <https://doi.org/ j.econedurev.2007.10.007>
Orit Avidov-Ungar (2016) A model of professional development: teachers’ perceptions of their professional development,
Teachers and Teaching, 22:6, 653-669, DOI: 10.1080/13540602.2016.1158955
Sharudin, S. A., & Yahaya, A. (2008). Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
Bengkel Vokasional di dua buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia).
Shulman, L. (1986). Knowledge and teaching: Foundation of new reform. Havard Educational Review, 57(1), 1-22.
Solis, A. (2009). Pedagogical content knowledge: what matters most in the professional learning of content teachers in
classrooms with diverse student populations. Intercultural Development Research Association (IDRA) newsletter.
Yamat, H., Umar, N. F. M., & Mahmood, M. I. (2014). Upholding the Malay language and strengthening the english language
policy: An education reform. International Education Studies, 7(13), 197–205https://doi.org/10.5539/ies.v7n13p197
Yeo, L., Ang, R., Chong, W., Huan, V. & Quek, C. (2008) ‘Teacher efficacy in the context of teaching low achieving students.’
Current Psychology, 27 (3), pp. 192–204.

Anda mungkin juga menyukai