Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

PENYATA PROFESIONALISME INTERNSHIP SEBELUM


INTERNSHIP: 18 FEBRUARI – 15 MAC 2019

NAMA PELAJAR : UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL

OPSYEN/KUMPULAN : PISMP MT1 JUN 2015

NAMA SEKOLAH : SK BATU LINTANG

Saya seperti butiran di atas adalah sebagai pelatih guru yang akan menjalani Internship,
iaitu satu program latiham di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Lokasi latihan ialah di Sekolah Kebangsaan
Batu Lintang (SKBL) yang terletak di Jalan College, Kuching, Sarawak di bawah bimbingan
pensyarah Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) iaitu Dr
Lu Chung Chin bagi mata pelajaran major (Matematik).

Tugasan bagi internship pada kali ini adalah pelajar dikehendaki merancang, melaksana
dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Fokus
tugasan ialah menghendaki para guru pelatih untuk menunjukkan sifat kepemimpinan dalam
pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor sekaligus memberi peluang
kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, ketahanan diri, membentuk sifat
kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan
yang berkesan.

Secara holistiknya, selain fokus yang telah dinyatakan, adalah difahami bahawa
internship ini dilaksanakan atas beberapa tujuan tertentu. Tujuan-tujuan ini sebenarnya saling
berkait dengan semua fokus yang telah dinyatakan tadi. Pelaksanaan projek adalah bertujuan
untuk memberi pendedahan dan latihan mengajar yang sebenar di samping mengaplikasikan
ilmu, pengetahuan, dan kemahiran pedagogi yang dipelajari di institut. Penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum pula bermatlamat untuk menyediakan guru pelatih yang seimbang dan harmonis
dalam pelbagai aspek yang diperlukan agar dapat mendidik murid supaya mempunyai pelbagai
kemahiran dan nilai tambah. Akhir sekali, pendedahan terhadap sekolah serta segala
komponennya bertujuan melahirkan pelatih guru yang mampu bekerjasama dan menempatkan
diri mereka dalam komuniti pendidik demi mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Sebagai pelatih yang menjalani tugasan tersebut, beberapa strategi yang berkaitan telah
dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan agar fasa latihan ini memperoleh sesuatu yang
bermakna untuk dijadikan panduan pada masa depan. Dari aspek pelaksanaan P&P, segala spek
berkaitan teori dan praktikal pengajaran seperti dokumen-dokumen Rancangan Pengajaran
Harian (RPH), Bahan Bantu Mengajar (BBM), kaedah, teknik, strategi, dan pendekatan
pengajaran serta lain-lain telah disemak dan dibuat beberapa kajian terhadapnya agar internship
ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya perkara ini telah dilakukan
bersama pensyarah jabatan di kelas-kelas kuliah sama ada secara langsung atau tidak langsung
sebelum latihan praktikum bermula.

Sebelum menjalani internship, saya turut mendapatkan pelbagai tips dan idea tentang
projek dan program di sekolah. Malah saya juga telah membuat perancangan atau idea awal
berkenaan projek kemudian akan di bincangkan dengan mentor. Bagi komponen kokurikulum
pula, persediaan yang dilakukan adalah merujuk kembali kepada kemahiran-kemahiran praktikal
serta ilmu-ilmu teori khusus bagi unit beruniform yang disertai iaitu Pengakap selain kemahiran-
kemahiran asas permainan bagi kelab dan pengetahuan sedia ada bagi persatuan. Untuk aspek
sekolah dan komuniti, sebuah portfolio praktikum telah disediakan bersama dengan struktur
panduan berkaitan sekolah iaitu segala maklumat pentadbiran, latar belakang, kakitangan dan
sebagainya akan dikumpul, disusun, dan direkodkan sebaik sahaja memulakan latihan praktikum
nanti.

Akhir sekali, diharapkan agar internship ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sebaik
mungkin untuk mengutip segala ilmu, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman sebagai
bekalan untuk latihan praktikum yang seterusnya secara khususnya dan sebagai persediaan awal
sebelum ditugaskan sebagai guru sebenar kelak. Selain itu, adalah menjadi harapan agar
pendedahan melalui latihan ini dapat membantu membentuk sikap, sahsiah, kemahiran, ilmu,
dan profesionalisme keguruan yang dituntut.

Anda mungkin juga menyukai