Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PERTANDINGAN SOFBOL

KARNIVAL VOKTEK ZON TENGAH 2014

1.0. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang Permainan Sofbol Antarabangsa (ISF-Fast Pitch) terkini 2010-2013 dan Undang-
undang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang berkuatkuasa semasa akan
menjadi undang-undang rasmi pertandingan kecuali ada undang-undang khas yang dinyatakan
berlainan dalam pertandingan ini.

2.0. TARIKH PERTANDINGAN

2.1. Tarikh : 02-04 MEI 2014

3.0. TEMPAT PERTANDINGAN

3.1. Tempat: KV SEPANG

4.0. KELAYAKAN PEMAIN

4.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik
dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang mewakili 10 zon dalam Semenanjung
Malaysia, Sarawak dan Sabah dan 1 pasukan tuan rumah.
4.2. Pemain yang hendak didaftar bermain mewakili pasukannya hendaklah dari kalangan
pelajar-pelajar yang sedang belajar dan didaftar sebagai pelajar di sekolah berkenaan
sahaja seperti:
4.2.1. Pelajar yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa Aliran Teknik dan
Vokasional.
4.2.2. Pelajar yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua Tahun.
4.3. Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai
pemain untuk sekolah berkenaan , jika:
4.3.1. Pelajar tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka Pendek tiga (3)
bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
4.3.2. Pelajar tersebut sedang mengikuti program khas seperti projek link (kerjasama
dengan pihak swasta atau agensi luar).
4.3.3. Pelajar yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah
akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran di SMT/KV.
4.4. Pihak pengelola berhak membuat semakan kelayakan pemain pada bila-bila masa dan
mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pasukan itu
tersingkir daripada pertandingan ini.

5.0. PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 15 orang pemain
sahaja dan 3 orang pegawai.
5.2. Salinan Kad Pengenalan pemain yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah masing-
masing akan digunakan sebagai bukti daftar penyertaan pemain tersebut.
1
Peraturan Pertandingan Sofbol
Karnival VOKTEK Zon Tengah 2014
ZAM DRY HEART
5.3. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu mengadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan
untuk penyelarasan pertandingan dan pengesahan status pemain yang mewakili pasukan
Zon mereka. Pengurus Pasukan dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan Asal
dan Salinan Kad Pengenalan (per.4.7.) untuk pengesahan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.
5.4. Pendaftaran pegawai pasukan dan pemain hendaklah menggunAkan Borang Pendaftaran
Rasmi Pemain dan disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum pertandingan bermula.
5.5. Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru
boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan.
5.6. Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar di dalam Borang
Pendaftaran Pemain.

6.0. SISTEM PERTANDINGAN

6.1. Sistem pertandingan adalah secara liga dua kumpulan dan kalah mati pada peringkat
separuh akhir dan akhir.
6.2. Masa permainan adalah selama 1 jam 10 minit atau 7 inning.
6.3. Giliran memukul akan tamat setelah tiga pemain pasukan memukul berjaya dimatikan.
6.4. Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning ketiga, 10
larian dalam inning keempat atau 7 larian dalam inning kelima selepas tamat giliran
memukul , perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
6.5. Perlawanan akhir adalah selama 1 jam 30 minit atau 7 inning.
6.6. Setelah tamat tempoh masa perlawanan, permainan mestilah ditamatkan jika pasukan
memukul kedua (second-at-bat) mendahului lawan.

7.0. KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN

7.1. Pemberian mata adalah seperti berikut:


 Menang - 2 mata
 Kalah - 1mata
 Kalah tanpa bertanding - 0 mata
7.2. Jika dua atau lebih mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan
ditentukan mengikut prosedur berikut:
7.2.1. Keputusan perlawanan pasukan-pasukan terbabit diambilkira. Pasukan yang
mempunyai bilangan kalah yang paling rendah akan diletakkan dikedudukan
yang lebih tinggi. Jika seri
7.2.2. Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit diambilkira.
6.2.2.1 Jika dua pasukan terbabit, pasukan yang menang akan diletakkan pada
kedudukan yang lebih tinggi atau,
6.2.2.2 Jika 3 pasukan atau lebih pasukan terbabit, larioan kena pada semua
perlawanan semasa pusingan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang
mempunyai larian kena yang paling rendah akan diletakkan pada
kedudukan yang paling tinggi. Jika masih seri,
7.2.3. Larian kena dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan-pasukan
terbabit akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling
rendah akan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi. Jika seri,
7.2.4. Melalui cabutan undi. Pasukan pertama yang dipilih akan diletakkan pada
kedudukan yang paling tinggi.
Definisi ‘larian kena’ – jumlah larian yang diperolehi oleh pihak lawan.
2
Peraturan Pertandingan Sofbol
Karnival VOKTEK Zon Tengah 2014
ZAM DRY HEART
8.0. PAKAIAN/PERALATAN

8.1. Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan Sofbol (ISF Official Rules).
8.2. Pemain mestilah memakai pakaian seragam. Nombor pemain mestilah disematkan di
belakang pakaian seragam itu. Dua pasukan yang bertanding tidak boleh memakai
pakaian seragam yang sama warna KECUALI pada pendapat pengadil plet kedua-dua
pasukan dapat dibezakan semasa pertandingan.
8.3. Face Mask, Catcher’s Helmet, Throat Protector, Chest Protector dan Legguard adalah
wajib untuk catcher semasa pertandingan.
8.4. Batter’s Helmet adalah wajib dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari bes dan
pemain yang menjadi jurulatih di petak jurulatih.
8.5. Bola rasmi pertandingan adalah ISF Tournament.

9.0. KELEWATAN

9.1. Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan
akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata dan larian 7-0 untuk perlawanan
tersebut sahaja.
9.2. Pengecualian kepada perkara 8.1. Boleh diberikan oleh Jawatankuasa Pengelola jika
pada pendapatnya kelewatan adalah di atas sebab-sebab yang munasabah dan tidak
dapat dielakkan.

10.0. BANTAHAN

10.1. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada
satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 500.00 (Ringgit Malaysia:Lima
Ratus ringgir sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu
tidak berjaya.
10.2. Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah
dijalankan dengan bermain dalam bantahan.

11.0. JURI RAYUAN

11.1. Juri Rayuan terdiri daripada :


11.1.1. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/wakilnya:
11.1.2. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
11.1.3. Pengerusi Jawatankuasa Teknik Pertandingan
11.1.4. Tiga (3) Pengetua atau wakilnya yang tidak terlibat dengan perkara yang akan
dibincangkan.

12.0. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sofbol
KARNIVAL VOKTEK ZON TENGAH 2014
3
Peraturan Pertandingan Sofbol
Karnival VOKTEK Zon Tengah 2014
ZAM DRY HEART