Anda di halaman 1dari 1

Rangkaian kedai Al-IKHSAN bukan asing lagi dalam kalangan anak muda hari

ini yang menggemari produk sukan berjenama popular . Al-Ikhsan Sports Sdn
Bhd (Al-Ikhsan), merupakan peruncit barangan sukan terkemuka . Nama Al-
Ikhsan tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup sinonim dengan sukan.
Sebut saja Al-Ikhsan pastinya ramai yang sudah mengetahui akan kualiti
barangan yang boleh diperoleh di kedai itu.

SMK bertuah kerana diberi peluang untuk turut serta dalam Program
pendidikan keusahawanan (INSPIRE) bersama Al -Ikhsan Sports

Objektif utama program INSPIRE adalah :


1) Menggalakkan peserta untuk menjadi seorang/komuniti usahawan yang berjaya
2) Memberi pendedahan secara exclusive perniagaan peruncitan barangan sukan yang
diusahakan oleh Al-Ikhsan Sports sejak 1993
3) Mendorong peserta untuk menghayati budaya korporat Al-Ikhsan Sports sebagai
asas kejayaan
4) Memperkenalkan disiplin & formula/tip kejayaan daripada Pengasas Al-Ikhsan
Sports
5) Menyahut hasrat kerajaan bagi syarikat swasta seperti Al-Ikhsan Sports supaya turut
sama menyumbang kebaikan dalam aspek kebajikan, kesihatan & pendidikan dan
ekonomi kepada masyarakat sebagaimana ditetapkan dalam Dasar Sosial Negara.

Penyampai :
En Shahril bin Ahmad
Corporate Affairs Executive
Al Ikhsan Sports Sdn Bhd
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai