Anda di halaman 1dari 3

“CINTA SEORANG GURU”

Bismillahirohmannirrohim..

Jauh di Eropah, saya menyaksikan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand II bersatu atas

nama cinta, terbentuklah empayar Sepanyol. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz terlalu

dalam, jiwa dan raga menjadi taruhan. Dan kerana cinta juga saya berada di sini hari ini,

untuk berkongsi apa yang terpahat dihati, tentang makna sebuah cinta. Jangan salah

faham…Bukan cinta pada bakal suami.. tapi “ Cinta Seorang Guru“

Sekalung apreasasi saya hulurkan buat saudara pengerusi , kombinasi kehakiman

bervisi seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi, dekat di hati. Assalamualaikum dan

salam sejahtera kesemuanya.

Kemenjadian guru menurut Standard Guru Malaysia (SGM) merasionalkan seorang

guru kompeten sebagai guru yang mempunyai pertama, tahap amalan nilai

profesionalisme keguruan, kedua, pengetahuan dan kefahaman, dan ketiga kemahiran

pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai

guru profesional dengan berkesan.

Kemenjadian guru menjadi kemestian jika inginkan kualiti pendidikan generasi terus

terjamin. Lantas, hari ini saya akan menyampaikan butir-butir bicara yang diperlukan

oleh insan bergelar guru dalam memastikan kemenjadian guru itu tidak menjadi sekadar

lafaz dan seruan semata-mata.

Pertama dimulakan dengan Cinta Ilmu dan yang kedua ialah Cinta Budi Pekerti. Kedua-

dua entiti inilah yang akan menjadi tunjang pembawaan pidato saya pada hari ini.
Saudara dan saudari

Pertama, Cinta Ilmu

Winston Churcil menyatakan ”empayar keamanan di masa hadapan ialah empayar

pemikiran dan minda” akal itu ibarat payung tidak berguna jika tidak dibuka.

Di Malaysia, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal bagi melahirkan modal

insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial hingga memperkenalkan:

1) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan

2) Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)

Tujuannya apa ? sebagai panduan kepada guru untuk melengkapkan murid bagi

menjayakan aspirasi Transformasi Nasional (TN50) yang berbaki 31 tahun akan

datang.

Hakikatnya, Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan

kualiti pendidikan negara kita di tangga ke-14 daripada 142 buah negara dengan kadar

literasi 95.7% dan indeks kebolehpasaran graduan 88.4%. Angka-angka ini,dapat

dilonjakkan lagi hanya jika guru memasakkan prinsip menuntut ilmu biarlah dari buaian

hingga ke liang lahad, agar terbentuklah pelajar mentaliti kelas pertama menunjangi

keadilan sosial teras TN50.

Kita sering mendengar, Silap seorang doktor hilang satu nyawa, silap

seorang pemimpin rosak satu organisasi, tetapi, silap seorang guru maka rosaklah

satu generasi.
Saudara dan saudari.

Kedua, Cinta Budi Pekerti

Professor Dr Bustam Khairi dalam adikaryanya ‘Pasu Bunga’ menjelaskan benih

kepada bangsa adalah generasi muda. Lantas, benih ini perlu disemai dan ditanam dalam

pasu yang cantik oleh mereka yang cukup dekat di hati iaitu sang pendidik.

Sejarah Empayar Mongghul dan Kesultanan Delhi telah bercerita pada kita,

tentang kisah kejatuhannya dek keruntuhan akhlak masyarakatnya.

Percayalah…Kegemilangan tidak akan kekal dengan tradisi keilmuan semata-mata tanpa

penghayatan nilai sebenar kehidupan. Kerana apalah gunanya memiliki ribuan menara

pencakar langit, ribuan kereta buatan sendiri… namun disisinya penuh dengan kebejatan

moral yang menggila.

Akhlak, moral dan nilai murni inilah yang guru-guru perlukan untuk melahirkan

generasi yang cinta kepada nusa, cinta kepada keamanan. Guru yang

beramanah,berdisiplin,berkualiti,berintegriti menjadi tonggak kecemerlangan pelajar

bagi memacu pembangunan pendidikan negara.

Saudara dan saudari,

Akhir kata, saya ingin anda renungkan satu perkara betapa kemenjadan guru

tidak sesingkat hujan menjadi awan …bukan awan menjadi hujan...pasir menjadi debu dan

api menjadi abu. Tapi satu perkara yang perlu kita tahu prosesnya tidak akan berhenti

dan asasnya hanya satu iaitu cinta, cinta dan sememangnya cinta. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai