Anda di halaman 1dari 4

Keutuhan Wacana

Keutuhan Wacana

Definisi
SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU ITU
BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN KUMPULAN
AYAT YANG TIDAK TERATUR.

Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah
menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam
berkomunikasi
(Asmah Haji Omar, 1986)

Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan


(Kamus Dewan, 1996)

Aspek-aspek Keutuhan Wacana:

1. Hubungan Dari Segi Semantik.


Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.


Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
* Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia
sangat mengantuk. Dia tertidur.

Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :


* Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :


* Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi
pendapatan seorang menteri.

Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.


Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
* Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh
di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :


A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang
dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :
Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus
tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu
adalah cara penyampaiannya.

3. Hubungan Aspek Fonologi

Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian , intonasi atau nada suara .
Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata,

“ Dia sudah pergi ? ”

Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur


menuturkannya.

Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana.


Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alat-alat yang
digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.

Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda
soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu
keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk
membantu memahami ujaran.

4. Hubungan Aspek Tatbahasa

Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah :

* Penanda Rujukan * Penanda Penggantian * Penanda Penghubung * Elipsis

a)PENANDA RUJUKAN

1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama
tunjuk untuk menghasilkan perkaitan. 2. Contoh penggunaan kata ganti nama diri
orang : Radiahmerupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang yang digunakan
sebagai penanda rujukan ialah dia .)

3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa banjir di Kampung


Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka
tinggal di sana sejak seminggu yang lalu. (Penanda rujukan yang digunakan
ialah di sana .)

b)PENANDA PENGGANTIAN
1. Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan
unsur yang lain . 2. Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-
pelajar itu seringponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya merugikan mereka.

c)PENANDA PENGHUBUNG

1. Penanda penghubung digunakan bertujuan


menghubungkan kata dengan kata , frasa denganfrasa , dan ayat dengan ayat . 2.
Contoh penggunaan penanda penghubung :

Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran


individu dengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini juga
akan menghuraikan amalan pengurusan danpentadbiran di pejabat.

d)ELIPSIS

1. Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang telah disebut dalam ayat
sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah
memahami maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ?
(Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman
Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya
sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)

5. Hubungan Aspek Leksikal


1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa
kata dalam sesuatu wacana.
2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek :
(a) Sinonim
Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .
Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana
wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim
Perkataan yang berlawanan maksud .
Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting
ialah hati budinya.
(c) Hiponim
Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan
lain .
Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang
dimilkinya.
(d) Pengulangan kata yang sama
Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun
dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .
(e) Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi
kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain .
Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar
sepertiharimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.
(f) Unsur bersambut
Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak
pembangkang membidas hujah tersebut.