Anda di halaman 1dari 15

CATAN

Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basahdan disapukan pada sesuatu pemukaan.

Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan
catan adalah kertas atau kanvas.

Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari
pelbagai permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.

SEJARAH RINGKAS CATAN

Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi.

Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan
pada permukaan dinding gua.

Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan
zaman kemunculan penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan
sejak sekian lama.

Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19. Ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah
mendapat pendidikan di Institut Pengajian Seni di negara-negara Barat.

PENGGUNAAN MEDIA CATAN


TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air

Teknik basah atas basah

Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah dan sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.

Teknik basah atas kering

Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering dan untuk menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu
permukaan atau imej.

Teknik kering atas kering

Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah
kering.

Campuran warna yang agak pekat atau likat.

Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.

Kesan legap.

Teknik catan cat minyak

Teknik impasto

Menggunakan warna yang tebal dan menimbulkan kesan jalinan pada permukaan.

Teknik sapuan tepat/hard edge

Menpunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah
dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.
Teknik titik/ pointilisme

Sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah
bercampur melalui mata audien.

Teknik kilatan/ glazing

Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan mempunyai kesan lut sinar.

Teknik melembut/ scumbling

Menggunakan warna yang sederhana tebal dan mempunyai kesan sapuan warna yang memberi permukaan jalinan yang
lembut.

Teknik Alla Prima

Menggunakan warna terus daripada tiup tanpa mencampur dengan warna lain.Warna yang kurang natural,sapuan warna
biasanya rata dan menggunakan warna yang agak terang.

ARCA

Seni arca merupakan panghasilan seni yang bersifat tiga dimensi.Seni arca merupakan hasil karya yang boleh diamati dalam
ruang realiti atau ruang sebenar.

Arca wujud di antara pemerhati dengan ruang realiti.

Arca boleh diamati pada ruang 360 darjah,contohnya pada bahagian hadapan ,atas dan dalam.

Arca terdiri daripada 2 jenis iaitu :

Arca berfungsi : hasil seni yang berbentuk tiga dimensi yang dapat digunakan oleh manusia untuk tujuan
tertentu.Penghasilannya menekankan kepada fungsi atau kegunaan sesuatu.Contohnya ialah labu sayung untuk mengisi
air,tugu negara sebagai peringatan,batu nesan untuk menanda kubur dan keris untuk senjata atau upacara ritual.
2. Arca estetika : penghasilan arca estetika menekankan aspek keindahan dan

menyampaikan sesuatu mesej kepada audien seni.Biasanya arca astetika

diletakkan di di galeri atau tempat yang sesuai atau mudah dilihat audiens.

Contohnya,di tempat awam seoerti di taman atau laman tertentu.

GRAFIK

Reka bentuk grafik adalah proses komunikasi visual yang mengabungkan teks dan ilustrasi yang
membentuk logo,grafik,risalah poster,kulit buku,buletin dan lain-lain lagi.

Grafik adalah gambaran analogik(bukan fotografi) dua dimensi(2-D) untuk menyampaikan mesej
tertentu kepada pemerhati.

Contoh grafik dapat diperjelaskan melalui pengiklanan,percetakan,penerbitan dan papan iklan


digital.

SEJARAH PERKEMBANGAN GRAFIK

Grafik telah wujud sekitar 15000-1000 S.M. di mana orang Roman telah menggunakan gambar di
atas dinding gua sebagai bahasa visual.

Pada tahun 1880,akhbar pertama New York Daily banyak menggunakan elemen grafik dalam
teknologi baru iaitu memasukkan elemen fotografi.

Pada tahun yang sama,poster ilustrasi berwarna dihasilkan dan dilekatkan di sekitar bandar di
Amerika Syarikat dan Eropah.

Pada tahun 1890 hingga 1930,kumpulam Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art
Nouveu yang mempelopori seni huruf.

Perkembangan teknologi masa kini telah merancakkan lagi perkembangan reka bentuk grafik dan
tidak terhad kepada percetakan.

BIDANG GRAFIK

Bidang grafik terbahagi kepada 7 reka bentuk iaitu:

Reka bentuk korporat

Reka bentuk papan peraga(Billboard)

Reka bentuk pembungkusan

Reka bentuk penerbitan umum

Reka bentuk digital

Reka bentuk papan tanda

Logo
REKA BENTUK KORPORAT

Merupakan keperluan korporat seperti kepala surat,logo,kad perniagaan,tanda nama yang merujuk
kepada identiti sesebuah syarikat.

Ia melambangkan perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan oleh organisai tertentu.

Logo korporat

REKA BENTUK PAPAN PERAGA

Reka bentuk ini melibatkan rekabentuk papan tanda,sepanduk,poster,risalah dan lain-lain.

Reka bentuk papan tanda dan komunikasi adalah rekaan visual yang bertujuan untuk
mempertingkatkan promosi dan jualan sesuatu produk yang ditawarkan.

Contoh cetakan papan iklan


EKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

Merupakan reka bentuk yang bertujuan untuk melindungi dan memelihara sesuatu produk di
dalamnya.

Contoh pembungkusan ialah kotak pembungkus,botol,plastik,tin dan sebagainya.

Pembungkusan yang direka bentuk hendaklah mementingkan kesesuaian benda yang dilindungi dan
memastikan benda di dalamnya dapat dilindungi dengan baik.

REKA BENTUK PENERBITAN UMUM

Reka bentuk penerbitan umum merujuk kepada reka bentuk penerbitan seperti buku,majalah,surat
khabar,laporan dan pelbagai bentuk penerbitan umum.

REKA BENTUK DIGITAL

Reka bentuk yang menggunakan teknologi paparan elektronik dalam penghasilan.

Reka bentuk digital adalah merupakan salah satu reka bentuk visual yang penting pada masa kini.

Perkembangan teknologi terkinitelah memainkan peranan penting di dalam penghasilan reka


bentuk digital.

Reka bentuk digital meliputi reka bentuk media elektronik seperti laman web,animasi,video dan
multimedia.

REKA BENTUK PAPAN TANDA


Merujuk kepada reka bentuk tanda arah bangunan atau tanda jalan seperti di jalan raya.

Contohnya tanda arah di dalam kompleks membeli-belah untuk menunjukkan tanda lif,tangga dan tandas.

PENGERTIAN SENI VISUAL

Seni adalah suatu ciptaan atau atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri
ekstetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor :

keagamaan

kebudayaan

ruang

masa

MAKSUD SENI

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil
sekali,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".

Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama
ada melalui penglihatan atau pendengaran".

Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika
dan logika".
KEINDAHAN

SENI VISUAL

Visual--bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Kita sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau
nampak akan sesuatu.

Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.

unsur seni--ialah garisan,warna,rupa,jalinan,bentuk dan ruang.

prinsip seni reka ialah harmoni,penegasan,kontra,imbangan, kepelbagaian,irama dan pergerakan serta kesatuan.

Karya Seni Visual

Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis penggunaan media.

Penghasilan karya seni melibatkan penggunaan:

Media--bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya,catan menggunakan bahantara
atau media cat air untuk penghasilannya.

Teknik--kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan mengolah media.Berfungsi dalam membentuk dan
menghasilkan imej pada karya seni yang dihasilkan.

Hasil seni visual terbahagi kepada 2 bentuk penghasilan karya iaituhasil ciptaan berbentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
SENI REKA LANDSKAP

PENDAHULUAN
Landskap merupakan hiasan reka letak di luar rumah samada secara semulajadi seperti tumbuhan, bukit, gunung, tasik dan buatan manusia seperti
bangunan, pergola dan gazebo.

1. PERANAN TUMBUHAN LANDSKAP


a) Mengawal hakisan tanah
b) Memberi perlindungan dan teduhan
c) Merendahkan suhu persekitaran
d) Mengawal pencemaran udara dan bunyi
e) Menjadi pelindung bagi pemandangan kurang menarik
f) Sebagai penghalang dan mengarah pergerakan
g) Memelihara flora dan fauna

2. JENIS-JENIS LANDSKAP
a) Landskap lembut – terdiri daripada tumbuh-tumbuhan
b) Landskap keras / kejur – terdiri daripada bahan buatan manusia seperti pergola, gazebo, bangku simen, lampu taman, laluan pejalan kaki dan
sebagainya

3. ELEMEN PENTING LANDSKAP


a) Tumbuhan – pemilihan dari segi saiz, bentuk, warna dan fungsi
b) Bentuk mika bumi / topografi – seperti bukit-bukau, tasik, sungai dan tanah rata
c) Ruang – dapat menimbulkan keselesaan
d) Air – bina sistem pengaliran dan pastikan air tidak bertakung. Air juga dapat memberi kesan sejuk dan bunyi air membawa ketenangan
e) Cahaya – pastikan cahaya mengcukupi dan pokok-pokok tidak menghalang cahaya. Penggunaan lampu taman dapat memberikan cahaya waktu
malam
f) Angin – pastikan peredaran angin berlaku di sekitar kediaman

4. JENIS TUMBUHAN
a) Tumbuhan tutup bumi – tinggi antara 15cm hingga 30cm seperti kemunting cina, ros jepun dan pentas
b) Tumbuhan melilit – sesuai ditanam di pergola dan pagar sepert i pokok bunga kertas, bunga corong dan ara jalar
c) Pokok renek – tumbuhan kecil dan rendah ditanam secara berkelompok sebagai pagar hiasan pejalan kaki dan sebagai pembahagi ruang
d) Pokok palma – berbatang tegak dan lurus, daun mempunyai pelepah dan membiak melalui pembahagian rumpun seperti pinang raja, pokok serdang
dan palma raya
5. HIASAN LANDSKAP
a) Perabot – bahan binaan daripada kayu, batu, konkrit, plastik seperti bangku, meja, dan arca
b) Kolam
c) Air terjun dan air pancut
d) Bekas bunga
e) Pergola
f) Gazebo
g) Laluan pejalan kaki
h) Lampu hiasan

6. PROSES REKA BENTUK LANDSKAP


Sebelum membuat reka bentuk landskap prinsip-prinsip rekaan seperti kesatuan, penegasan, kepelbagaian, dan keseimbangan perlu diberi perhatian.
a) Menentukan tema dan fungsi landskap
b) Mengkaji keadaan fizikal bentuk muka bumi/topografi
c) Membuat lakaran tapak landskap
d) Membuat pelan awal dan pelan induk mengikut skala yang sesuai
e) Membuat lukisan perspektif pelbagai sudut
f) Membuat model 3 dimensi bagi projek besar
g) Membuat kemasan dengan meletakkan tajuk, arah mata angin, dan skala

Khamis, 20 Oktober 2011

GRAFIK PERSEKITARAN

1. PAPAN IKLAN / PAPAN PERAGA (BILLBOARD)


-Merupakan sebuah poster besar yang terdapat di tepi atau persimpangan jalan. Terdapat pelbagai bentuk, ada yang menggunakan elektronik utau
bermotor.

2. IKLAN TRASSIT
-Iklan persinggahan atau transit adalah bentuk iklan yang diletakkan pada kenderaan awam seperti bas, keratapi, teksi dan sebagainya.

3. IKLAN PERSIMPANGAN
-Iklan ini terdapat di tempat-tempat strategik di kawasan orang ramai berjalan kaki. Terdapat dalam bentuk 3 dimensi dan berpusing.

4. TANDA JALAN
-Tanda jalan merupakan maklumat haluan kepada orang awam untuk membantu arah tuju ke destinasi sesuatu tempat.

PRINSIP GRAFIK PERSEKITARAN

1.Keterbacaan-boleh dibaca dengan mudah dengan sekali pandang.


2.Gambar dan ilustrasi yang minimum dan mudah difahami.
3.Pemilihan warna yang sesuai dengan persekitaran.
4.Saiz yang sesuai dengan penglihatan.
5.Mengaplikasikan asas seni reka dalam reka bentuk iklan.
6.Keaslian dan beridentiti tersendiri.
7.Lokasi yang sesuai.
8.Penggunaan bahasa yang mudah dan betul.
9.Reka bentuk yang kreatif untuk menarik perhatian.

Reka Bentuk Hiasan Dalaman


Pengenalan
Seni reka hiasan dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya ia lebih slesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa
pemiliknya

Perkara yang perlu diketahui sebelum penghasilan rekaan hiasan


dalaman
i. Fungsi bilik
Sama ada bilik tersebut digunakan sebagai bilik pejabat, bilik tamu, bilik tidur dan sebagainya

hiasan dan perabot bergantung kepada jenis ruang dan kegunaannya

ii. Saiz bilik


Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan digunakan

iii. Bentuk bilik


Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya

iv. Lokasi bilik


Lokasi bilik adalah penting untuk mengetahui arah pencahayaan dan pengudaraan dalam bilik tersebut

Elemen-elemen hiasan dalaman


i. Elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan kecil yang digunakan, kolam air, akuarium, elemen haiwan seperti ikan hiasan dan batu-batan
elemen semulajadi seperti tumbuhan, ikan dan air dijadikan hiasan agar hiasan tidak kelihatan kaku disamping menambah oksigen

ii. Elemen buatan manusia


seperti perabot dan kabinet, barangan hiasan seperti lukisan, arca, jenis bahan yang digunakan seperti simen, marmar atau kayu dan jenis kain yang
digunakan

elemen buatan manusia seperti lampu, hiasan dinding, kabinet, hiasan seramik dan fabrik dapat menambahkan suasana keindahan hiasan dalaman

Espek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman


i. Ruang
Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan dalam bilik di mana ruang yang kecil akan kelihatan lebih besar dan selesa

ii. Peredaran udara


Arah pergerakan angin dan udara harus diketahui

tingkap dapat memberi peredaran angin ke dalam dan luar sesebuah bilik
tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang

iii. Pencahayaan
Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik.

pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang

iv. Saiz perabot


Perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan perabot akan menentukan ruang dalam bilik.

susunan dan pemilihan perabot hendaklah bersesuaian bagi memastikan bilik yang kecil kelihatan luas
v. Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra
dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang.

warna yang terang menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya

5. Lukisan Perspektif
Reka bantuk hiasan dalaman boleh dihasilkan dengan menggunakan lukisan perspektif 1 titik lenyap dan 2 titik lenyap.

Proses Reka Bentuk Hiasan Dalaman

1. Menentukan tema dan tajuk


Mengetahui tujuan sesuatu rekaan dihasilkan

2. Persoalan mengenai keperluan dan senarai catatan harian pengguna


i. saiz ruang
ii. jenis ruang
iii. jenis perabot dan hiasan
iv siapa penggunanya - orang dewasa, kanak-kanak, lelaki atau perempuan.
v. jumlah penggunanya

hiasan dalaman sesebuah bilik bergantung kepada kepada kegiatan penggunanya sama ada pengguna dewasa, kanak-kanak, remaja lelaki atau
perempuan dan sebagainya

3. Membuat lakaran idea (sketsa)

4. Melukis pelan tapak (berdasarkan skala)


contoh-contoh pelan tapak

5. Melukis lukisan perspektif

contoh lukisan perspektif


contoh lukisan perspektif ruang tamu

contoh lukisan perspektif ruang dapur

6. Proses membina model (hendaklah dibuat berdasarkan skala)


i. membina pelan lantai
ii. menyediakan tapak
iii. menegakkan dinding dan membahagi ruang di samping menentukan kedudukan puntu dan tingkap.
iv. Melengkapkan model dengan model perabot dan hiasan

pembinaan model dengan menggunakan kad bod tebal / mounting board