Anda di halaman 1dari 3

Analisi Strategi dan kaedah pengajaran guru pendidikan islam di sekolah

Saya telah menjalani program Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama


seminggu di sekolah kebangsaan Dato’ Sagor, Perak. Sepanjang keberadan saya di
sekolah saya diminta untuk menjalankan pemerhatian semasa guru mengajar untuk subjek
Al-quran. Oleh itu, saya telah melakukan pemerhatian semasa kelas tajwid yang
dikendalikan oleh guru pendidikan islam tahun lima yang mengajar sukatan hukum tajwid
mat tamkin. Sepanjang pemerhatian, saya dapati guru tersebut bernama ustaz amin telah
menggunakan beberapa strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan semasa
pengajaran tajwid.

Pada langkah satu guru tersebut menerangkan serba sedikit tentang pengenalan
mad tamkin dan cara bacaannya. Oleh itu, strategi yang digunakan adalah strategi
berpusatkan guru yang mana guru memainkan peranan yang utama dalam menguasai dan
mengawal segala aktiviti pelajaran. Menurut shamsinar shamsudin & Akhiar Pardi (2015),
menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah
dirancang dan diurus. Seterusnya, guru tersebut juga menggunakan pendekatan deduktif
iaitu guru tersebut menerangkan secara umum tentang mad tamkin dan kemudiannya telah
mengkhususkan pembelajaran kepada cara bacaannya, harakat dan contoh-contoh
daripada ayat al-quran. Kaedah yang digunakan pada langkah satu adalah kaedah
penerangan dan soal jawab. Pada mulanya, guru tersebut menerangkan kepada pelajar
tentang isi pelajaran dan kemudiannya bersoal jawab dengan murid dengan soal jawab
secara kelas dan kemudiannya soal jawab kepada individu yang dipilih secara rawak.
Namun ketika sesi soal jawab hanya pelajar yang brpotensi yang memberikan jawapan.

langkah seterusnya guru tersebut telah menggunakan kaedah talaqqi musyafahah.


Guru membaca potongan ayat yang mengandungi mat tamkin terlebih dahulu, kemudian
akan diikuti oleh murid secara kelas berpasangan dan individu sementara itu guru tersebut
akan menegur bacaan murid yang salah. Kaedah talaqi musyafahah digunakan untuk
membaca alquran yang dibimbing oleh guru dengan hukum tajwid betul dan
perlaksanaannya perlu dibuat secara bersemuka dan kemahiran mendengar secara aktif
merupakan kemahiran utama yang diperlukan pada murid (ABDUL HALIMI TAMURI & nik
mohamad rahimi nik yusof,2011). Pada langkah ini, guru telah menjalankan strategi
berpusatkan bahan yang mana guru menggunakan kad kalimah bagi potongan ayat yang
mengandungi mad tamkin. Tetapi, kad kalimah yang digunakan guru adalah bewarna hitam
dan putih dan kurang menarik.

Kemudiannya, kaedah yang dijalankan oleh guru tersebut adalah kaedah latih tubi.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Menurut ghazali Darussalam
(2001), kaedah latih tubi bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya
kepada murid tentang pembelajaran mereka boleh menyebut dan mengingt kembali
maklumat dan isi pelajaran. Kaedah ini sebagai kesimpulan keseluruhan kepada isi
pelajaran dan proses ulangkaji di dalam kelas bersama guru. Guru tersebut telah
menggunakan kemahiran papan tulis untuk menjalankan latihan dengan menulis soalan-
soalan di papan putih. Hal ini telah menyebabkan guru mengambil masa yang lama untuk
satu2 soalan dan sebelum sempat habis soalan murid telah menjawab.
Cadangan Penambahbaikan yang boleh dilakukan atas strategi, pendekatan kaedah dan
teknik pengajaran

Secara keseluruhan pemerhatian yang saya lakukan terhadap strategi, pendekatan


dan kaedah yang dilaksanakan oleh ustaz amin adalah sangat berkesan dan kemampuan
beliau dalam mengendalikan kelas dengan agak baik. Namun, beberapa penambahbaikan
dan kepelbagaian yang boleh dilaksanakan bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan. Kaedah dan strategi yang digunakan masih sama namun
perlaksanaannya boleh dipelbagaikan bagi pengajaran tajwid mad tamkin.

Sebagai contoh, ustaz amin memulakan pengajaran dengan kaedah penerangan


dan soal jawab selepas penerangan dibuat. Kaedah penerangan ustaz tersebut ditulis di
papan putih menggunakan marker pen. Jadi ustaz tersebut telah mengambil masa yang
lama untuk menulis pengertian mad tamkin, hukum bacaan, harakat dan contoh-contoh
potongan ayat. Maka, penambahbaikan yang akan dilakukan adalah saya akan
memaksimumkan penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan paparan slaid power
point. Dengan cara tersebut saya dapat menjimatkan masa dan memperuntukkan banyak
masa kepada aktiviti lain. Menurut mok soon sang (2010), penggunaan teknologi dapat
meningkatkan minat belajar anak kerana tampilan yang lebih menarik dan mampu
meminimumkan penggunaan masa serta memudahkan sesuatu urusan.

Selain itu, saya akan mencipta satu lagu berkenaan mad tamkin bagi memudahkan
pelajar ingat berkaitan tamkin. Hal ini kerana hukum tajwid mad sangatlah banyak sehingga
murid terkeliru dan akan tertukar antara hukum. Menurut (), pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan penggabungjalinkan dengan mata pelajaran
tertentu dengan unsur warna(seni visual), irama (seni muzik) dn seni pergerakan.
Seterusnya untuk kaedah soal jawab, kemahiran penyoalan yang dimilik ustaz amin sangat
hebat. Namun, sesi soal jawab yang dilakukan banyak tertumpu dan melibatkan pelajar
yang berpotensi manakala pelajar yang lemah tidak diberi perhatian. Oleh itu, kaedah soal
jawab yang akan saya lakukan lebih bersifat menyeluruh iaitu akan melibatkan pelajar yang
berpotensi dan pelajar yang lemah.

Cara bacaannya pula akan dilaksanakan dengan kaedah talaqi musyafahah.


Berbeza sedikit dengan ustaz amin, saya akan pasang audio terlebih dahulu berkenaan ayat
dan potongan ayat yang mengandungi hukum mad tamkin daripada qari-qari yang mahsyur
kemudian baru saya akan membaca kemudian diikuti oleh murid. Saya menggunakan audio
daripada qari mahsyur supaya murid kenal dan mengidolakan qari-qari yang terkemuka dan
ingin menjadi seperti mereka. Oleh yang demikian strategi berpusatkan guru yang kemudian
berpindah menjadi strategi berpusatkan murid dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga
akan menggunakan kad kalimah seperti ustaz amin tetapi kad kalimah yang lebih menarik
dan berwarna supaya strategi berpusatan bahan diaplikasikan dengan betul.

Pada langkah terakhir, saya juga akan menggunakan kaedah latih tubi. Namun,
soalan-soalan bagi latih tubi tersebut akan ditayangkan menggunakan slaid power point
supaya penjimatan masa dan kertas dapat dimaksimumkan kerana apabila guru menulis
soalan di papan putih, murid akan menjawab soalan sebelum soalan habis ditulis. Hal ini
akan membuatkan kelas menjadi huru-hara dan hanya pelajar yang cerdik akan menjawab
dan pelajar yang tidak tahu hanya mengikut jawapan pelajar yang tahu. Maka, saya akan
menggunakan sistem “traffic light” yang mana pelajar yang angkat hijau sekiranya betul dan
merah sekiranya jawapan soalan itu adalah salah. Sebelum menjawab pelajar akan
diberikan beberapa saaat untuk befikir dan mengangkat kad warna secara serentak ataupun
dala keadaan tutup mata.