Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MC SEMPENA HARI GURU 2018

MURID-MURID SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG


GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SK AGAMA MIS BINTULU

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT


TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.

JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN


CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN


SELAMAT PAGI

YANG BERUSAHA, GURU BESAR SK AGAMA MIS BINTULU, CIKGU HJH DYG LATIFAH
BT AWG SAM.
YANG DIHORMATI
CIKGU ZURAIDAH BT CHE MAHAMOOD, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
CIKGU FAUZIAH BT JEMAT, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
CIKGU NURJANAH BT BUJANG, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PARA GURU-GURU, STAF-STAF SOKONGAN SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI


SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT


ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA JUA MAKA KITA DIBERIKAN LUANGAN
WAKTU DAN KESEMPATAN UNTUK KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA PAGI
YANG GEMILANG INI BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
BAGI TAHUN 2018. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA TEMA HARI GURU PADA TAHUN
INI IALAH _______________________________________________

HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,

SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN BUAT YANG BERGELAR


’CIKGU’..SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI DAPAT MENYEMARAKKAN LAGI
ILTIZAM DAN TEKAD SERTA IKHTIAR DALAM USAHA PARA GURU UNTUK MENJANA
DAN MENGANGKAT MARTABAT PROFESION KEGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG
DIPANDANG TINGGI SEMURNI TUGAS SEORANG GURU.

HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN


_________________________ UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH


KEPADA__________________________________________DIATAS BACAAN DOA
ITU TADI.

ANAK KECIL PERGI BERBURU


TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

**** MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PEMBACAAN


PERUTUSAN………………………………..YANG AKAN DISAMPAIKAN
OLEH……………….....................................DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.

PARA GURU DAN MURID SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KETUA


MURID SK SUNGAI ROKAM SAUDARI________________________________UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI


_______________________________ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN


KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.

HADIRIN SEKALIAN
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN
_________________________________________GURU BESAR SK SUNGAI ROKAM
BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU. DIPERSILAKAN

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

DI MANA ADA KEMAHUAN


DI SITU ADA JALAN
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA


DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KORBANKAN

BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN


MAJLIS KINI MENJEMPUT
_______________________________________________UNTUK MENGETUAI
BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI…DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN
DIPERDENGARKAN OLEH PARA GURU NYANYIAN
LAGU GURU MALAYSIA.

DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA ITU TADI, MAKA


BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI…UNTUK MENERUSKAN ACARA
YANG PALING DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA GURU DAN MURID IAITU ACARA
SUKANEKA…SAYA SERAHKAN MAJLIS KEPADA
_________________________________

********
PENUTUP

AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. SEKALI LAGI SYABAS
DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SK SUNGAI ROKAM KERANA DAPAT BERSAMA-
SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI…..

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK MENJADI


PENDIDIK YANG GEMILANG…SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM
DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN
KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAN ANAK DIDIK YANG
MUTLAK...INSYAALLAH…MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..

TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT