Anda di halaman 1dari 6

CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

(Zainal Rashid Ahmad)

Sinopsis

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot
balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan
negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika
itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah,
terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula
daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga.
Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad
Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan
sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya,
malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-
Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk
kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur
mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin
apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat
patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk
kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi
masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil
dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana
Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya
berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran
kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu


mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa
Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang
tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga
dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad
Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama
seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan
Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang
mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk
meneruskan kehidupannya di situ.
Tema

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan
mementang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah
menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris,
Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi
penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi,
Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal
ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan
semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda
yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang
pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang
komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan
pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata
anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.

Persoalan

1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung


Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat
kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung
sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah. (m/s 40)

2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan


Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara
bekerja dengan orang putih. (m/s 41)

3. Persoalan kesan kedatangan penjajah


Contoh:Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh
ketenangan hidup masyarakat kampung hilang. (m/s 42)

4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin


Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari
Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth
sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak
angkatnya.(m/s 43)

5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan


Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan
maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap
dalam bahasa Inggeris. (m/s 44)
6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang
mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka. (m/s 50)

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Ahmad Mutawakkil:
a. berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c. pintar - boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah Deraman.
d. patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e. bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika
tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
f. petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan mereka supaya
menentang komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang komunis dan
penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada
penjajah serta menentang keganasan komunis.
i. sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua partinya.
j. menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya dengan menghadiri
majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.

2. Tuan Booth:
a. pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk diraikan serta
sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.
e. penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.

3. Sandra:
a. anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan hilang.
d. setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung itu
menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.

E. LATAR:

1. Latar Tempat:

- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas maghrib.
Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.

- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang
dibunuh oleh komunis.

- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris.
- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang
Jepun.

- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.

- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan orang
kampung daripada menentang mereka.

- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.

2. Latar Masa:

- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah serta
menggaji ratusan buruh.

- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati
Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.

- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.

- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut
kemerdekaan.

- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk
menyelamatkan diri.

- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal
dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.

- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara
dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya kepada
Ahamad.

3. Latar Masyarakat:

- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato kepada
penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.

- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan berkebun dan
bersawah padi.

- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-sama mencari
Ahamad yang hilang.

- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang pengurus
estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.

- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang getah di
Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa termasuk
Ahamad.

F. BAHASA:

1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah


2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI:

1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua Booth.


keluarganya keluar dari bunglonya seminggu
sebelum Jepun menjajah. 6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman
bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai
2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim
semangat mendapatkan kemerdekaan kepada piatu.
penduduk kampungnya dan menentang
kekejaman komunis. 7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan
Booth membentuk 3 kumpulan untuk
3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan bekerjasama mencari Ahamad yang hilang
lantang dalam pidatonya mengajak penduduk ditangkap komunis.
kampung memperjuangkan kemerdekaan
daripada penjajah. 8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat
menghormati penduduk kampung dan selalu ke
4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan surau untuk berbual-bual dengan penduduk.
pelbagai cabaran dalam perjuangannya
menuntuk kemerdekaan negara. 9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa
tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan
5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di
peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris banglonya.
daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan

H. PENGAJARAN:

1. kita hendaklah berani dalam melakukan 4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad
sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani mengenang budi tuan Booth yang pernah
bersuara lantang mengajak penduduk supaya memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan
berjuang mendapatkan kemerdekaan. Booth di banglonya.

2. Kita mestilah mempunyai semangat 5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan
patriotisme - Ahamad mengajak penduduk Booth membawa keluarganya berpindah
kampungnya supaya berusaha mendapatkan sebelun Jepun menjajah kampung itu.
kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk
3. kita mestilah bekerjasama dan saling membaiki diri - Ahamad mengambil peluang
membantu - penduduk kampung dan tuan Booth untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris
bekerjasama untuk mencari Ahamad yang daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan
hilang kerana ditangkap komunis. Booth

Anda mungkin juga menyukai