Anda di halaman 1dari 4

CERPEN GERHANA MANUSIA

(Aminah Mokhtar)

SINOPSIS

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah
hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Dayusa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam
paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Dayusa memerlukan pek darah yang banyak
untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Prajudi dan Dr Moralis di
Wad ICU yang menempatkan Tuan Dayusa. Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab merawat
semua pesakit di wad tersebut.

Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan darah untuk membantu
merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam
kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan telah
cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram
oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.

Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Moralis merawat semua pesakit di wad ICU
dan dipantau oleh Dr Prajudi. Dr Prajudi lebih memberi perhatian kepada Tuan Dayusa kerana Tuan
Dayusa merupakan seorang ahli korporat yang ternama. Tuan Dayusa banyak memberi sumbangan
kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain itu, Tuan Dayusa juga telah menderma beratus ribu ringgit
untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Prajudi tidak
memperdulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.

Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Prajudi yang menyuruhnya membawa lima pek darah
untuk merawat Tuan Dayusa sedangkan darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan
Dayusa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan
Dr Prajudi lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr Moralis.

Dr Moralis tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Prajudi lebih berkuasa di wad tersebut.
Namun demikian, akhirnya Tuan Dayusa telah meninggal dunia dan Dr Moralis telah dipersalahkan
kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Dayusa. Dr Moralis sedar bahawa setiap insan wajib
ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Moralis sendiri akhirnya yang menderma darah
mereka untuk membantu 4 orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.

TEMA
Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja.Konflik antara memenuhi etika
seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh.

Contoh:

Doktor Prajudi menyuruh Nausia memberi bantuan darah kepada Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa
banyak memberi sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai
lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.

Persoalan:

Persoalan yang terdapat dalam cerpen Gerhana Manusia adalah :

1. Persoalan tanggungjawab seorang Contoh : Tuan Dayusa, Soleha, Al-


doktor terhadap pesakit. Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu
Contoh: Dr Prajudi dan Dr Moralis amat memerlukan bekalan darah untuk
bertanggungjawab merawat pesakit di merawat mereka.
hospital.
4. Persoalan peranan wad ICU kepada
2. Persoalan perbezaan golongan pesakit kritikal.
berpangkat dengan masyarakat. Contoh : Soleha, Al-Hafiz, bayi dan
Contoh : Tuan Dayusa diberi layanan gadis yang malang itu dimasukkan ke
istimewa berbanding pesakit lain kerana wad ICU kerana memerlukan rawatan
dia seorang korporat ternama dan juga yang rapi.
menjadi penyumbang kepada kelab elit
hospital. 5. Persoalan pengambilan alkohol
memudaratkan kesihatan.
3. Persoalan kepentingan menderma Contoh: Tuan Dayusa telah dijangkiti
darah dalam masyarakat. dengan virus pada paru-paru akibat
pengambilan alkohol
.
PERWATAKAN

NUSIA
1. Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital .
2. Dia merupakan seorang yang akur akan perintah ketua.Contohnya,dia menurut arahan Profesor Doktor Juaidi supaya
memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang,iaitu dia amat menyanyangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-
pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, dia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan Besar Musa dengan penuh
tanggungjawab .
5. Dia seorang yang sangat bersimpati.
Contohnya,dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah .

DOKTOR MURNI
1. Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda di sebuah hospital .
2. Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu .
3. Doktor Murni mementingkan aspek kemanusiaan pesakit.
Contohnya, dia menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai doctor kerana tidak berpuas hati dengan kaedah
rawatan untuk pesakit di hospital itu.
4. Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab .
Contohnya,dia memaklumkan kepada Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu yang telah
kehabisan stok .
5. Dia bersifat tenang ketika merawat pesakit.
Contohnya,dia menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .

PROFESOR DOKTOR JUAIDI


1. Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
2. Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan seorang jururawat, Nusia.
3. Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat dan berkening lebat.
4. Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Contohnya, dia berasa tertekan apabila Tuan
Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elit hospitalnya akan kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
5. Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah.
Contohnya, dia meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk
mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.

TUAN BESAR MUSA


1. Tuan Besar Musa merupakan seorang elit korporat dan teknorat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.
2. Dia merupakan seorang dermawan.
3. Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
4. Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi penagih dadah berjenis heroin.
5. Tuan Besar Musa mempunyai perut yang buncit.

NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2. Nilai belas kasihan.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Nilai tanggungjawab.
Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira
darjat atau pangkat seseorang.
4. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah, iaitu dengan
mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut daripada hospital lain dengan segera.
5. Nilai sayang akan nyawa.
Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat nyawa pesakit
yang sedang koma.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. Contohnya, sebagai seorang jururawat,
Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi
mengarahkan Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah bagi mengisi tabung
darah di hospital mereka yang kehabisan.
5. Kita hendaklah bersedia menderma darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang memerlukannya.
Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah yang
tidak mencukupi di bank darah hospital.