Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Buaya yang Tidak Jujur

Sekolah : SK Nanga Medamit, Limbang

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif dan bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, guru-guru dan rakan-rakan
yang saya kasihi. Pada pagi ini saya ingin menyampaikan cerita yang bertajuk
“ Buaya yang Tidak Jujur.”

Di sebuah sungai, ada seekor Raja Buaya memerintah denga adil dan
bijaksana. Pada suatu hari, musim kemarau telah berlaku. Banyak buaya yang
mati, Raja Buaya mahu membantu pengikutnya.

Raja Buaya memanggil Buaya Putih dan Buaya Hitam untuk


membahagikan daging. Dengan cara ini mereka dapat mengalas perut.
“Hamba akan melaksanakan perintah tuanku,” jawab Buaya Putih dan Buaya
Hitam.

Buaya Putih membahagikan makanan secara adil. Tetapi, berbeza


dengan Buaya Hitam daging yang perlu dibahagikan dimakannya sendiri.
Setelah selesai melaksanakan tugas, Buaya Putih dan Buaya Hitam kembali
menghadap Raja Buaya. Raja Buaya terus memuji mereka berdua tanpa
mengetahui keadaan sebenar.

Pada suatu hari, Buaya Putih pergi ke tempat Buaya Hitam. Ia mahu
melawat sahabatnya. Namun begitu, ia terkejut melihat banyak bangkai buaya.
Ia ingin bertanya kepada Buaya Hitam. Buaya Hitam sedang asyik menikmati
makanan. Buaya Putih bertanya dengan nada marah, “Kamu makan makanan
kawan-kawan dan membiarkan mereka kelaparan.

“Kamu sungguh tidak berperikemanusiaan,” tambah Buaya Putih lagi. “Itu


urusanku, engkau jangan masuk campur!” kata Buaya Hitam pula. Buaya
Putih menyerang Buaya Hitam. Mereka berdua bertarung dan Buaya Hitam
dapat dikalahkan. Ia dibawa menghadap Raja Buaya. Buaya Putih
menceritakan segala kelakuan Buaya Hitam. Akhirnya Buaya Hitam dihukum
oleh Raja Buaya. “Kamu bersikap jujur dan adil. Kamu akan menggantikan
beta apabila beta tiada nanti.” Kata Raja Buaya kepada Buaya Putih.
Buaya Putih menerima amanah itu. Raja Buaya berpesan supaya berlaku
adil dan jujur dalam melakukan apa jau perkara. Setelah Raja Buaya mangkat,
Buaya Putih menggantikannya. Ia memerintah dengan amanah dan bersikap
prihatin terhadap rakyatnya.

Oleh itu, kawan-kawan kita mestilah melaksanakan tanggungjawab yang


diberikan dengan jujur dan amanah.

Sekian, terima kasih.