Anda di halaman 1dari 3

7.

0 REFLEKSI

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Terdapat banyak kekangan maklumat yang tidak mencukupi semasa
menyiapkan tugasan ini. Namun saya berusaha untuk menyelaesaikan masalah atau kekeliruan
semasa tugasan ini berlaku semasa menyiapakan tugasan ini. Terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, Encik Nazri dan juga rakan-rakan yang banyak membantu dalam menghasilkan
tugasan ini . Tanpa bantuan pensyarah dan rakan-rakan, kumpulan saya tidak mampu
menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

Melalui tugasan ini, dapat saya simpulkan bahawa Seni dalam Pendidikan menekankan
konsep hubung kait sebagai asas pengetahuan dalam PNP sesuatu mata pelajaran. Bagi sesuatu
pengajaran mata pelajaran yang berkesan, ketiga tiga elemen pendidikan iaitu Seni Visual, Muzik
dan Seni Pergerakan menjadi satu komponen yang saling membantu untuk menjadikan
pengajaran yang lebih bersifat dinamik dan berstrategik. Mata pelajaran yang diajar itu akan
menjadi idea pusat manakala ketiga-tiga mata pelajaran tadi menjadi set yang bersilang iaitu
memperteguhkan penguasaan pengetahuan murid untuk menguasai mata pelajaran tersebut.
Pernyataan ini jelas mengatakan bahawa mengaplikasi Seni dalam Pendidikan adalah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam menyiapakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk mencari sebuah jurnal berkaitan
dengan Teori Pembelajaran. Seterusnya jurnal tersebut akan dianalisis isi pentingnya dan
mengaitkan dalam Seni dalam Pendidikan bagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam. Jurnal tentang Teori Kecerdasan Pelbagai telah dipilih oleh saya untuk dianalisis dan
dibuat hubung kait. Jurnal tersebut membincangkan tentang kajian guru dengan menggunakan
Teori Kecerdasan Pelbagai untuk mewujudkan pengajaran aktif di dalam kelas. Semasa
membuat analisis jurnal ini, saya sangat mengakui bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai memberi
perubahan kepada murid-murid dari segi JERIS mereka. Akhirnya, wujudlah pengajaran aktif di
dalam kelas.

Apabila saya mengaitkan elemen dia dalam Teori Kecerdasan Pelbagai dengan Seni
dalam Pendidikan, matlamat kedua-duanya sekali adalah sama iaitu untuk memperkembang
potensi individu sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contoh, pembelajaran
dengan memasukkan elemen muzik sangat membantu dalam proses pembelajaran murid. Bagi
saya, kanak-kanak akan lebih suka menyanyi dan menggunakan pendekatan didik hibur yang
lain. Hal ini akan membantu murid untuk lebih mengusai sesuatu topik yang diajar olehh guru
contohnya dalam mata pelajaran ibadat di mana cara berwudhuk diajar satu persatu.
Pembelajaran bagi konsep sahaja akan menimbulkan kebosanan kepada murid dan mereka akan
malas untuk belajar. Dengan teknik muzik, mereka lebih seronok dan lebih mudah untuk
mengingati fakta yang penting.

Namun, tidak dinafikan dalam menghasilkan tugasan ini, saya memiliki beberapa
masalah. Antaranya ialah kekangan dari sudut masa. Yakni saya diberi beberapa tugasan bagi
matapelajaran yang lain dan perlu dipersembahkan dalam masa yang serentak . Hal ni
menyebabkan perlunya saya menguruskan masa dengan baik supaya kesemua tugasan dapat
dihantar pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu , saya hampir tidak tidur pada waktu
malam demi menyiapkan tugasan ini dan bersedia dengan pelbagai persiapan sebelum
menghantarnya. Masa yang telah diberikan oleh pensyarah matapelajaran , Encik Nazri
sebenarnya mencukupi tetapi kerana tugasan kami bertindan di antara matapelajaran yang lain,
jadi kami tidak dapat mempersembahkan dengan baik.

Seterusnya, cabaran semasa menyiapkan tugasan ini ialah apabila saya agar keliru
dengan arahan soalan. Soalan menghendaki saya untuk mencari sebuah jurnal yang berkaitan
dengan teori pembelajaran. Namun, saya agak keliru dalam pencarian jurnal kerana saya tidak
pasti jurnal yang betul menepati kehendak rubrik adalah jurnal yang membincangkan teori
tersebut atau juranl pembelajaran biasa sahaja. Alhamdulillah setelah pensyarah saya
menerangkan kepada saya dan kawan-kawan, saya lebih yakin untuk menyiapakan tugasan ini
dengan baik.

Akhir sekali saya juga mengalami kesukaran dalam mencari rujukan yang tepat dan
benar. Buku yang ada di perpustakaan adalah sangat terhad dan saya hanya mampu meminjam
beberapa buah buku sahaja. Saya merasakan bahawa saya mempunyai kurang rujukan dari
bahan bercetak tetapi alhamdulillah saya berjaya untuk mencari sumber-sumber yang sahih
berdasarkan jurnal-jurnal dan artikel-artikel di internet. Saya menggunkan maklumat yang
berkaitan dengan menggunakan hujah dari internet dan saya yakin bahawa rujukan tersebut
adalah sahih.
Walaupun terdapat kekangan yang dihadapi saya, saya tidak berputus asa dalam
menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang dan saya berpuas hati dengan kerja saya. Saya
berharap agar tugasan ini dapat memberi input yang berguna kepada saya terutamanya kepada
guru Pendidikan Islam. Kesimpulannya, Seni dalam Pendidikan adalah sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk pelajar yang lengkap dari seluruh aspek.

Saya juga berazam untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya kelak satu
P&P yang menarik dan ditunggu-tunggu oleh anak-anak murid saya. Oleh itu, saya berazam
untuk menjadikan tugasan ini sebagai panduan dan rujukan demi menjadi seorang pendidik yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya juga berharap dengan pengalaman yang ada akan
membuatkan saya bersedia menghadapi cabaran daripada anak-anak murid saya akan datang.

Sekian, terima kasih.