Anda di halaman 1dari 4

SK BUIT HILL, PENAMPANG

PROGRAM BILIK SEGAR


SEKOLAH CERIA

ANJURAN
KELAB PENCINTA ALAM
SK BUIT HILL, PENAMPANG
1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi
tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan
pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid
sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi
tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan
melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid,
keadaan fizikal dan unsur-unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya
menjadi perhatian.Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi
amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan
kesejahteraan rakyat.

2.0 RASIONAL

2.1 Masalah dan punca masalah

Hal ini bermakna ciri-ciri kebersihan dan keceriaan belum mencapai tahap yang
memuaskan. Oleh itu usaha-usaha untuk menambahbaik ciri-ciri fizikal serta
pembudayaan amalan baik penggunaan tandas sangat perlu disegerakan.
Dirumuskan bahawa tahap keselesaan, kebersihan, keceriaan dan tahap wangi
tandas sekolah adalah pada tahap kurang memuaskan. Oleh itu memerlukan
usaha penambahbaikan. Sikap murid yang suka merosakkan kemudahan
tandas, membuang sampah, menconteng dinding, menjadikan tandas sebagai
tempat merokok, membuang najis tidak pada tempat yang betul serta tidak
membersihkan sisa-sisa najis atau kesan bau dengan menyiram secukupnya
menggambarkan pemikiran yang belum matang.

2.2 Cadangan Penyelesaian

Berdasarkan perbincangan dengan pentadbir suatu penambahbaikan perlu


dilakukan terhadap tandas sekolah. Konsep penerapan ilmu serta penerapan
budaya adab menjadi keutamaan di samping meningkatkan usaha-usaha
penambahbaikan ciri-ciri fizikal dan proses pembersihan tandas.

3.0 MATLAMAT
Mewujudkan tandas bersih, menawan dan wangi melalui penerapan ilmu dan amalan
kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup
yang berterusan dalam kehidupan seharian.
4.2 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai
kemudahan yang disediakan.
4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.
4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai
kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia


5.1.1 Semua ahli Kelab Pencinta Alam, SK Buit Hill, Penampang
5.1.2 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

LOKASI PENGGUNA BIL TANDAS

TINGKAT ATAS Murid (L/P) 1


TINGKAT BAWAH Murid (L/P) 1
JUMLAH 2

6.0 MASA

6.1 Tarikh : April 2018 – Julai 2018


6.2 Tempoh Masa : 4 bulan

7.0 JAWATANKUASA

PENGERUSI : En. Awang Lai (Guru Besar)


TIM. PENGERUSI : En. Jasni Hassan (GPK Kokurikulum)
SETIAUSAHA : Pn. Nooraidy Mutang (Ketua Guru Penasihat Kelab)
Pn. Dainah Shindy Justine (Guru Penasihat Kelab)
Pn. Liza Atiu (Guru Penasihat

AHLI JAWATANKUASA : Semua Ahli Kelab Pencinta Alam

8.0 PELAKSANAAN

Bil Perkara Tempoh Pelaksanaan Tindakan


1 Kerja mengecat dan melukis mural Mei - Julai Guru Penasihat dan
Ahli Kelab Pencinta
Alam
2 Penyelanggaran Sepanjang tahun Ahli kelab dan pekerja
pembersihan sekolah

Kerja-kerja mengecat dan melukis mural akan dilakukan pada hari perjumpaan kelab dan
persatuan serta pada hujung minggu mengikut keperluan.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM)


1 Cat (Pink, Biru, Putih) 3 x RM50.00 (7L) 150.00
2 Berus Cat Roll 4 x RM7.00 28.00
3 Bunga hiasan 4 x RM20.00 80.00
4 Stiker (Bunga) 4 x RM9.00 36.00
5 Pencangkuk 16 x RM6.00 96.00
6 Gayung 16 x RM3.00 48.00
7 Pewangi Tandas 4 x RM6.00 24.00
8 Hos paip (16mm x 15M) 58.00
9 Pendawaian lampu dan soket 6 set
JUMLAH KESELURUHAN RM520.00

10.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan PIBG : RM350.00
PCG Kokurikulum : RM170.00

11.0 PENUTUP
Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan
khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan
dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan
membudayakan amalan baik dapat akhirnya membentuk murid yang berjaya.

Disediakan oleh Disahkan oleh

NOORAIDY MUTANG AWANG LAI


Ketua Guru Penasihat Guru Besar
Kelab Pencinta Alam SK Buit Hill, Penampang
SK Buit Hill, Penampang

Anda mungkin juga menyukai