Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 2 (individu) :

Isu mengenai generasi hari ini semakin terkikis kesantunan berbahasa


khususnya dari segi peraturan berbahasa semakin ketara pada hari ini.
Begitu juga kelancangan berbahasa dalam kalangan remaja pada hari ini
menunjukkan betapa isu kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi
hari ini perlu diberi perhatian. Jika tidak ada tindakan dilakukan, akhirnya ia
akan melambangan kesantunan berbahasa masyarakat pada hari ini. Oleh
itu, pihak-pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah yang kreatif
dalam menangani isu kesantunan berbahasa tersebut.

Pilih mana-mana satu isu kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja pada hari
ini dan bincangkan isu-isu kesantunan berbahasa dari segi peraturan berbahasa
dengan kritis. Jika anda adalah orang yang bertanggungjawab menangani isu
kesantunan tersebut, bincangkan langkah-langkah yang akan anda ambil bagi
menangani isu kesantunan berbahasa tersebut dengan kreatif.
1.0 Pengenalan

Gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), matlamat atau petanda. Menurut
kamus, padanan yang kerap diberikan kepada perkataan gejala ialah petanda yang
membawa kepada berlakunya masalah. Sosial pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan
dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Gejala sosial ialah tanda-tanda
tentang perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan,
pergaulan dan aktiviti pada masa lapang. Gejala sosial merupakan masalah sosial yang
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh perilaku manusia di dalam lingkungan kehidupannya.
Setiap hal yang dilakukan oleh individu dipengaruhi oleh fenomena tertentu. Gejala sosial
merupakan salah satu fenomena sosial. Secara umumnya masalah sosial merangkumi
berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu
masyarakat ataupun negara.

2.0 Isu Gejala Sosial

Pada zaman pascakemerdekaan ini, di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada


separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang
berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Isu gejala sosial dalam kalangan remaja
semakin berleluasa dan menjadi fokus perbincangan serta tajuk utama akhbar-akhbar di
Malaysia dan juga di media massa. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan
akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Isu gejala sosial dalam
kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini.
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau
bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh negara sehingga ia
bukanlah satu perkara yang asing lagi. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang
individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi
mahupun sosial. Sesungguhnya, punca remaja terjebak dalam gejala sosial ialah
kekurangan didikan agama dan moral dalam diri remaja. Hal ini menyebabkan remaja
mudah terpengaruh oleh anasir-anasir yang jahat. Sebagai contoh, gejala ponteng sekolah,
Isu mat rempit, merokok, dan lain-lain boleh terjadi akibat keinginan remaja untuk mencari
keseronokan demi mengisi hati sanubari mereka yang kosong. Di samping itu juga, kini
mereka sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti gangsterisme, pergaulan
bebas,merompak, merogol, pelacuran, vandalisme dan juga penyalahgunaan dadah.
Kegiatan negetif tersenut juga menyebabkan seruntuhan kesantunan di negara yang kita
cintai.
2.1 Gejala Ponteng Sekolah

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah. Ponteng


merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah.
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah kerana
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah pada
hari-hari persekolahan. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.

Terdapat beberapa punca berlakunya ponteng sekolah. Salah satu punca yang
menyebabkan pelajar ponteng sekolah ialah tiada motivasi diri. Selain itu, pelajar terbabit
kurang mengambil berat akan kepentingan pelajaran dan kurang berminat terhadap
pengajaran dan pelajaran di sekolah. Mereka malas dan bosan untuk bersekolah dan
menganggap persekolahan sebagai bebanan. Dalam pada itu, golongan pelajar ini akan
berusaha untuk mendapatkan geng yang akan ponteng bersama-sama dengannya.

Antara kesan ponteng sekolah ialah masa depan tidak terjamin, pelajar tersebut tidak
dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
Dia juga akan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat memandang serong kepada
pelajar dan memandang pelajar sebagai sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat
memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa depan.

2.2 Penyalahgunaan Dadah

Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun
1983 lagi. Kini, setelah 30 tahun berlalu, gejala ini masih belum dapat dibendung
sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah sememangnya suatu perkara
yang membimbangkan kerana pada masa ini banyak remaja terjerumus dengan najis
dadah. Sekali mereka sudah terjerumus amat sukar untuk berhenti kerana dadah
menyebabkan seseorang berasa tertagih.

Penyalahgunaan dadah sebenarnya berpunca daripada pelbagai punca. Kehidupan


moden yang sangat sibuk dan merumitkan. Tekanan yang dialami akibat masalah turut
mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Selain itu, kebanyakan orang
mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kurangnya
didikan agama serta kurangnya penerapan moral dalam diri remaja boleh dikaitkan dengan
realiti keadaan kini.

Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.
Penyalahgunaan dadah akan mewujudkan pelbagai jenis penyakit sehingga boleh
membawa maut. Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan kadar perbuatan
jenayah. Penagih dadah tidak dapat berfikir atau bertindak secara waras kerana
ketidakstabilan emosi.

2.3 Isu Gengsterisme

Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan
masih berterusan sehingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar
perempuan dan murid sekolah rendah juga terlibat dengan gejala samseng yang dikenali
sebagai gengsterisme..

Punca utama yang menyebabkan seseorang remaja itu menyertai kegiatan


gengsterisme adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Seterusnya, kegagalan ibu bapa
memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya juga merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi gejala gengsterisme.

Kewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan negatif kepada


masyarakat. Ahli –ahli kumpulan sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas. gejala
samseng ini juga akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa takut untuk melakukan
aktiviti harian.

3.0 Langkah-langkah Menangani Isu Gejala Sosial

Pada pandangan saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi
gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan
kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka
kita tidak akan melakukannya. Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh
dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan
negara.

Dalam isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab yang dominan. Oleh
itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada
terjebak dalam gejala sosial sejak kecil lagi. Ibu bapa juga memikul tanggungjawab dalam
memberi didikan agama yang secukupnya dan memupuk nilai murni dalam diri remaja.
Peribahasa ada mengatakan bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapa yang tanggungjawab
untuk mencorakkannya. Ibu bapa juga perlulah berusaha mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan mencurahkan kasih sayang kepada remaja.

Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam mengawal pelajar
mereka daripada melakukan gejala sosial. Sikap lepas tangan sesetengah guru seharusnya
tidak dicontohi kerana pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah.
Para guru juga harus peka dan sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta
menasihati mereka secara baik. Pihak sekolah juga seharusnya memperhebatkan Unit
Kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah supaya mereka tidak berasa
terpinggir.

Pihak Media massa pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-
besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya.
Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi
untuk diteladani. Media berperanan sebagai pendidik masyarakat. Ini dapat dibuktikan
melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, poster dan sebagainya. Kandungan yang
terdapat di dalam media cetak tersebut mampu memberikan impak yang positif kepada
pembacanya. . Pihak media massa perlu menyiarkan berita atau cerita yang boleh
membawa keinsafan kepada murid-murid supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial
dan dijadikan iktibar dalam kehidupan harian mereka.

4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk menangani masalah gejala sosial yang
mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-
masing, pastilah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi
modal insan negara. Maka, negara kita akan mencapai aspirasi Wawasan 2020 sebagai
negara yang disanjungi di persada antarabangsa.

(1080 PP)
Sumber Rujukan

Buku :
Azizi Yahaya. (2007). Buli. Shah Alam: PTS Litera Utama
Azizi Yahaya. (2012). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Shah
Alam: PTS Litera Utama
Kamaruddin Haji Husin. (1995). Siri Pengajaran dan Pendidikan Utusan:
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Marlyna Maros. (2012). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. DBP
Rusli Murni. (1990). Salah Satu Penyakit Sosial. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Samsudin A. Rahim. (1994). Tingkah laku lepak di kalangan remaja. Kementerian Belia dan
Sukan.
Jurnal :
Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. (2005). Nilai-nilai
murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan sejagat. Jurnal Pendidikan
Islam Jilid 4. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Internet :
Demolish Wolf. (2015). Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia. Ambil daripada:
https://www.slideshare.net/microwong/gsb-isu-kesantunan-masyarakat
malaysia .Akses pada 29 Ogos 2017.
Muhamad Hanafi. (2016). Kempen Mengatasi Masalah Gejala Sosial. Ambil daripada:
https://www.scribd.com/doc/34926386/MAKSUD-GEJALA-SOSIAL . Akses pada 29
Ogos 2017.
Amiru. (2016). Vandalisme dalam kalangan remaja. Ambil daripada:
https://www.scribd.com/doc/2081250/Vandalisme-dalam-kalangan-
remaja?irgwc=1&content=10079&campaign=Skimbit%2C%20Ltd.&ad_group=725X1
75X68527ea97924206646c2d9af843d051a&keyword=ft750noi&source=impactradius
&medium=affiliate . Akses pada 29 Ogos 2017.
Akhbar internet :
Sharilfuddin Saari. (2017). Isu buli, dera dibawa ke Majlis Sosial Negara. Utusan Online.
Ambil daripada: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isu-buli-dera-dibawa-ke-
majlis-sosial-negara-rohani-abdul-karim-1.494204 .

Anda mungkin juga menyukai