Anda di halaman 1dari 34

PJMS 3063

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DI


MALAYSIA
• Kurikulum Pendidikan Jasmani semasa
• Konsep, teori dan falsafah
• Modul Pembelajaran Pendidikan Jasmani
• Konsep kesepaduan dan penggabungjalinan dalam Pendidikan Jasmani
• Dokumen Kurikulum masa kini

Disediakan oleh,
Grace Ho Lee Yin
Low Hui Ker
KURIKULUM PJ SEMASA
KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani dibentuk berdasarkan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai.
Standard kandungan ialah pernyataan yang jelas tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran pula
merupakan penetapan kriteria atau pengukur pencapaian setiap standard
kandungan.
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani sendiri masih lagi
mengandungi prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan turut menggunakan
Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid Sekolah
oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-
Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum
baru ini masih mengekalkan tiga domain utama pendidikan iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif yang sangat penting dalam mendidik dan memimpin
generasi akan datang.
Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani bertujuan utama untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini turut mampu
menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan
cergas.
Bukan hanya murid yang perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang dikehendaki dalam KSSR Pendidikan Jasmani, malahan
guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas
seperti yang terkandung di dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan
berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan
pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal,
fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai.
Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang
menyeronokkan dan kondusif dengan menekankan aspek keselamatan.
KONSEP, TEORI DAN
FALSAFAH
KONSEP
Konsep Penggabungjalinan
• Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
• Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
• Kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat
dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada mata
pelajaran yang lain.
Konsep Pengayaan
• Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurik
ulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latar belakang murid
yang ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat.
• Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-
beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
• Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan,
dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah
menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan
atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Konsep Penilaian
• Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran.
• Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
• Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpa
sti jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid, sama
ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
• Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah memilih jenis aktiviti
pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.
• Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan dan
pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan
pembelajaran terkumpul pada aras yang lebih tinggi.
TEORI BERKAITAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM
(PPK)
• Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:-
• Teori tradisional
• Teori konseptual
• Teori rekonseptual
TEORI TRADISIONAL
• Didukung oleh ahli-ahli akademik spt Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull
dll..
• Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum
tersurat. (ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh
ditentukan sama ada tercapai atau tidak)
• Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan
• Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan
dan dikawal.
• Kurikulum dibina dengan mengambil proses pemecahan tingkah laku.
Pengajar bertindak sebagai penyampai maklumat dan ditatih dalam
melaksanakan kurikulum dengan berkesan.
TEORI KONSEPTUAL
• Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi
kognitif spt Bloom, Brunner, Stake dll..
• Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut
konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan
hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun
sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan
mudah.
• Member focus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan
pilihan pada kandungan kurikulum
• Teori ini menggunakan kaedah penelitian dalam sains bagi
menghasilkan generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan
mengendalikan apa-apa yang berlaku di sekolah.
TEORI REKONSEPTUAL
• Didukung oleh kebanyakan yang berfahaman Marxism dan Neo-
Marxism seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg,
Robert Yoong dll..
• Merupakan bidang yang dpt membekalkan pedoman dan garis panduan
ketika membuat keputusan
• Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-
lumus mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan
kebijaksanaan sendiri.
• Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang
membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum
bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran
dan berupaya mengubah masyarakat.
• Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari
semasa ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan
pendapat yang mempengaruhi kehidupan
FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM
• Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami
pendidikan secara keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar
pendidikan Negara
• Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan
menilai secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan
• Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina
kurikulum
• Terdapat beberapa aliran falsafah yg mempengaruhi reka bentuk
kurikulum. Antaranya: Idealisme, Realisme, Paramatism, Perialisme,
Essentialisme, Progressivesme dan Rekonstrutionalisme.
Idealisme
• Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir
• Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran
Realisme
• Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa-apa yang dapat
dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan lengkap.
• Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia.
Paramatism
• Sekiranya 1 idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. (idea yang sah adalah
idea yang dapat dibuktikan)
• Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang berkebolehan
untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai bagi menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.
• Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi
pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman hidup.
• Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi menggunakan
ilmu.
• Aliran ini dapat dilihat dalam system peperiksaan awam di Malaysia yang berubah
diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan pemikiran
Perialisme
• adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel
• menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap
• perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia berfikir,
pendidikan adalah keperluan untuk hidup.
• pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui pengujian
berstruktur
• kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat
• di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan kurikulum
terbina adalah muktamad
Essentialisme
• menganggap kurikulum dan guru merupakan factor penting dalam
pembelajaran
• ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan tidak
perlu dalam pendidikan
• kurikulum yang dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa dan
mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang kebijaksanaan masa
hadapan
Progressivesme
• menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan
dan bukan ketekalan
• memfokuskan kepada pendekatan P&P berpusat pelajar dan
pengajaran melalui alat bantuan belajar.
• memberi penekanan pada demokrasi. Sekolah perlu membina suasana
demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan persaingan. Guru
berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional
• menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada
kecenderungan dan minat pelajar
• pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman langsung
menjadi pengetahuan
• pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana manusia
terus hidup dan berfikir
Rekonstrutionalisme
• menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab
social serta melahirkan masyarakat berilmu
• percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan yang
berkesan dalam pendidikan dan masyarakat
Eksistensialisme
• mementingkan pendidikan melalui persekitaran
• guru membantu murid dalam proses penerokaan
• persekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan
• dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara
individu
MODUL PEMBELAJARAN PJ
Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah
merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang
disusun secara modular mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Dalam kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada
bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi
kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-
contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai. Kurikulum Standard
Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah terdiri daripada Modul Kemahiran
dan Modul Kecergasan yang dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
Modul Aspek 1 Kemahiran Pergerakan
Kemahiran Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Aspek 5 Kesukanan
Modul Aspek 3 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Kecergasan Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan
Aspek 5 Kesukanan
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan.
Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang
diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui konsep
pergerakan, pergerkan asas yang melibatkan pergerakan lokomoto,
bukan lokomotor,manupulasi alatan dan pergerakan berirama.Yang
lainnya melibatkan sukan yang perlu diberi perhatian iaitu gimnastik asas
dan akuatik asas. Akhir sekali, aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan


Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai
konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta
mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal.

Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan


Murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan
untuk kesihatan dan prestasi fizikal melalui konsep kecergasan dan
komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti
aerobic,kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan
Mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi
meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.

Aspek 5: Kesukanan
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan
Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi,
prinsip dan strategi dalam melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang
melibatkan :
1. keselamatan dan pengurusan,
2. tanggungjawab kendiri,
3. interaksi sosial, dan
4. kumpulan dinamik.
KONSEP KESEPADUAN DAN
PENGGABUNGJALINAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
Kesepaduan
• Bersatu, bercantum, dan bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai
atau terpencil.
• Menurut Kamus Dewan (Edisi 4), kesepaduan merupakan keadaan yang
bersepadu atau perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh.
• Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu
pengetahuan kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata
pelajaran secara integrasi dan menyeluruh.
KAEDAH KESEPADUAN
• Gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek
perkembangan fizikal murid-murid.
• Kombinasi beberapa kemahiran dalam sesuatu mata
pelajaran.
• Membina konsep yang kukuh secara tersusun melalui
kesinambungan daripada beberapa kemahiran tertentu.
Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata
pelajaran)
Contoh :
• Ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu
mata pelajaran.
• Ketika waktu Pendidikan Jasmani, guru mengajar kemahiran
bola sepak dan menyelit nilai murni.
• Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.
Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(berlaku
dengan menggabungkan pengetahuan atau
pengetahuan dengan mata pelajaran lain)
Contoh:
• Dalam PJ sekolah rendah, terdapat tajuk mengenali
bahagian tubuh kita.
• Pergabungan dengan subjek sains.
Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
Contoh :
• PJ yang teorinya terkandung dalam buku juga bersepadu
dengan amali yang sediakan untuk murid-murid.

Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti


kurikulum.
Contoh :
• Guru mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari
lompat berpagar.
• Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah
seperti persatuan olaharaga.
Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan
luar bilik darjah.
Contoh :
a. Aktiviti berdasarkan teori serta pengenalan dilakukan di
dalam kelas, dan kesinambungannya di luar bilik darjah.
b. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas
dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah.
c. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara
praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti
dengan lebih baik.
Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran
dan pembelajaran dilakukandalam rancangan pengajaran
harian.
Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu
pengajaran dan tajuk pengajaran.
Penggabungjalinan

• Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan


berlaku ialah penggabungjalinan.
• Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan
terpadu.
• Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan menggabungkan
muzik. Oleh itu, murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang
sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.
• Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang
terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada
mata pelajaran yang lain.
KAEDAH PENGGABUNGJALINAN
Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan.
Kemahiran utama diberi fokus.
Kemahiran sampingan dikuasai dahulu bagi mengukuhkan
kemahiran utama.
Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan
pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan &
pencapaian murid.
 Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang
sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan
kemahiran yang berikutnya secara logikal.
PENYERAPAN
• Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata
pelajaran lain.
• Contoh: Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani.
• Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani.
DOKUMEN KURIKULUM MASA KINI
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
merupakan dokumen kurikulum masa kini.

Apa itu DSKP?

• Satu dokumen yang mengintegrasikan


kurikulum dan pentaksiran.
• Menyenaraikan Standard Kandungan (SK),
Standard Pembelajaran (SP) dan Standard
Prestasi (Spi).
SEBAB KEWUJUDAN DSKP

Didapati banyak pertanyaan, teguran dan salah faham dalam


melaksanakan PBS setelah tiga tahun pelaksanaan KSSR dan
PBS berdasarkan pemantauan yang dibuat.

Input daripada guru-guru dalam melaksanakan PBS


menyebabkan pihak pengurusan tertinggi KPM berusaha
menambahbaik perlaksanaan PBS.
KANDUNGAN DSKP

STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI


KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Penyataan spesifik
tentang perkara
Satu penetapan kriteria Satu set kriteria umum
yang murid patut
atau indikator kualiti yang menunjukkan tahap-
ketahui dan boleh
pembelajaran dan tahap penguasaan murid
lakukan dalam suatu
pencapaian yang boleh sebagai petunjuk bahawa
tempoh
diukur bagi setiap standard sesuatu perkara itu telah
persekolahan
kandungan. dikuasai (indicator of
merangkumi aspek
pengetahuan, success)
kemahiran dan nilai.
KEBAIKAN DSKP
• Guru hanya perlu merujuk satu dokumen sahaja dalam persediaan
mengajar dan pentaksiran mereka kerana dokumen ini meliputi
Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan
Standard Prestasi (SPi).

• Tidak ada lagi istilah band yang mengandungi pelbagai deskriptor


dan puluhan evidens serta kod-kod yang memeningkan.

• Pelaporan secara offline dan tidak melibatkan LPM.

• Guru hanya perlu memasukan pelaporan setelah selesai satu-satu


Standard Kandungan dilaksanakan.

• Guru bebas untuk mentaksir murid semasa pdp sesuai dengan


kehendak SPi.
Contoh: Kandungan DSKP Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani (Tahun 6)

Anda mungkin juga menyukai