Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN SATU

Menurut Goldstein (1980) dalam Alias (2015), penilaian program adalah satu proses
pengumpulan data melalui proses analisis dan penilaian untuk melihat samada objektif
program latihan yang dijalankan tercapai atau mengalami kegagalan. Penilaian berlaku dalam
semua jenis situasi apabila pertimbangan perlu dibuat. Dalam
kehidupan seharian, setiap individu akan membuat keputusan berdasarkan penilaian
walaupun kurang menyedari bahawa pertimbangan telah berlaku dalam semua proses
tersebut. Dalam program yang dijalankan, matlamat tidak akan dikesan samada tercapai atau
tidak tanpa proses penilaian. Terdapat berbagai-bagai model atau pendekatan yang boleh
digunakan untuk menilai sesuatu program atau aktiviti. Ibrahim (2001) menyatakan bahawa
model adalah lambang atau simbol kepada keadaan sebenar. Bagi beliau, model boleh
menggambarkan keadaan sebenar yang ringkas tetapi komprehensif. Namun, setiap model
mempunyai perbezaan yang tersendiri dalam beberapa aspek. Antara model penilaian yang
akan dibanding bezakan adalah Model Tyler, Model Penilaian KIPP dan Model Penilaian
Kirkpatrick.

Persaamaan bagi ketiga-tiga model ini adalah mempunyai tujuan dan kegunaan yang
sama. Ketiga-tiga model bertujuan untuk menentukan nilai atau kualiti sesuatu program.
Seterusnya adalah untuk menilai keberkesanan program, mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pelaksanaan program serta membuat penambahbaikan dalam program tersebut.
Ciri utama model-model penilaian ini adalah untuk memberikan maklum balas agar program
dapat ditambah baik dan memberikan maklumat agar pembuat dasar dapat menentukan
kesinambungan atau mengubah suai program. Secara khusus, peranan penilaian adalah
untuk memberikan jawapan. Penilaian menjawab soalan tentang apa yang dibuat oleh
program tersebut, lebih penting, sebaik mana program itu dilakukan dan sama ada program
itu memberikan faedah atau bernilai. Menurut Wimbush dan Watson (2000) dalam Sharif
(2010), penilaian diusahakan untuk pelbagai sebab dan ia berbeza mengikut sesuatu situasi.
Ia mungkin bertujuan untuk menambah baik sesuatu program, menyokong sesuatu
pandangan, memperoleh ilmu tentang kesan sesuatu program, memberikan input untuk
membuat keputusan pembiayaan kewangan, struktur atau pentadbiran sesuatu program,
respon kepada tekanan politik atau kombinasi beberapa tujuan tersebut.

Ketiga-tiga model mempunyai pendekatan penilaian yang berbeza dan tersendiri.


Model Tyler adalah sebuah model yang dikategorikan dalam Pendekatan Penilaian
Berorientasikan Objektif, Pendekatan Model CIPP pula adalah Pendekatan Penilaian
Berorientasikan Keputusan/Akauntibiliti manakala Model Kirkpatrick pula berbentuk
Pendekatan Berorientasikan Pengguna. Stufflebeam (2001) dalam Sharif (2010) berpendapat

1
bahawa penilaian berorientasikan objektif biasanya dijalankan secara dalaman oleh pihak
penganjur untuk menentukan sama ada objektif program telah dicapai ataupun tidak. Model
Tyler yang digunakan untuk menilai matlamat dan objektif sesuatu program merupakan
penilaian sumatif daripada penilaian formatif kerana penumpuannya adalah kepada hasil
pembelajaran pada akhir program. Tyler mempercayai bahawa langkah terawal dalam
penilaian adalah dengan menentukan kejelasan program atau matlamat aktiviti. Model Tyler
ini dijadikan asas dalam pembentukan model Diskrepensi Provus (1971) dalam pendekatan
penilaian berorientasikan objektif. Model ini juga sering dijadikan panduan untuk membina
dan merangka sesuatu kurikulum atau silibus yang digunakan dalam sistem pendidikan di
sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Pendekatan penilaian yang digunakan dalam model CIPP merupakan Pendekatan


Penialaian Berorientasikan Keputusan/Akauntabiliti. Pendekatan penilaian ini menurut
Stufflebeam (2001) dalam Sharif (2010), menekankan bahawa penilaian program harus
digunakan secara proaktif untuk menambahbaik program atau secara retroaktif untuk menilai
kebaikan atau kecemerlangan sesuatu program. Tujuan utama pendekatan penilaian
berorientasikan keputusan ini bukan untuk membuktikan tetapi untuk sesuatu program.
Stufflebeam (2001) percaya pelbagai metodologi boleh digunakan dalam penilaian
pendekatan ini seperti kaedah tinjauan, pemerhatian, temu bual dan eksperimen. Beliau
menegaskan bahawa pendekatan ini terbukti berguna untuk menilai kakitangan, murid, projek,
kemudahan dan produk. Ia berbentuk komprehensif kerana ia memenuhi keperluan penilaian
konteks, input, proses dan produk serta menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif secara
seimbang. Model CIPP telah diperkenalkan oleh tokoh dalam penilaian pendidikan iaitu
Stufflebeam dan rakan (1971). Teori ini berbentuk ‘decision- management-oriented’ (orentasi
keputusan pengurusan) dan merupakan suatu penilaian proses yang berterusan yang
digunakan untuk membuat penilaian program pendidikan dan kemudian menyediakan bahan.
Selain itu juga, Model CIPP telah memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan dari segi
membuat keputusan dalam penilaian program pendidikan.

Model Kirkpatrick merupakan model penialaian yang menggunakan Pendekatan


Penilaian Berorientasikan Pengguna. Pendekatan ini berfokuskan kebajikan pengguna yang
menjadi tumpuan utama penilaian dan penilai seharusnya membantu dalam hal menghasilkan
sesuatu produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan sangat berguna kepada
segolongan pengguna. Beliau percaya penilaian berorientasikan pengguna ini akan
mengemukakan maklumat mengenai pelbagai program secara komprehensif untuk
membolehkan pengguna membuat pilihan yang bijak. Menurut Kamarul, Shuhaida dan
Bahiyah (2013), model Penilaian Kirkpatrick merupakan salah satu model penilaian yang
terawal dan paling banyak digunakan dalam penilaian latihan. Kajian-kajian

2
yang menggunakan model ini telah banyak membuat sumbangan berharga kepada
teori penilaian latihan dan ianya terbukti secara empirikaldalam menilai tahap keberkesanan
latihan dengan baik sejak tahun 1959.

Perbezaan seterusnya yang dikenalpasti bagi ketiga-tiga model ini ialah mempunyai
tahap, sistem dan peringkat yang berbeza-beza. Peringkat-peringkat yang telah digariskan
bagi setiap model ialah rangka kerja aktiviti penilaian untuk dilaksanakan oleh penganjur
semasa dan selepas program dalam satu jangka masa tertentu. Proses penilaian yang teliti
dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pelaksanaan penilaian. Melalui
perancangan penilaian yang teliti, penilai dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan
kepada isi setiap aspek yang diukur. Model Tyler mempunyai enam peringkat yang perlu
dilaksanakan semasa proses penilaian. Langkah yang pertama ialah menentukan matlamat
utama ataupun objektif program diikuti dengan mengkelaskan dan menyusun matlamat
ataupun objektif program yang telah ditetapkan. Seterusnya ialah mentakrifkan matlamat atau
objektif program dalam bentuk yang boleh dipantau seperti tingkah laku murid, pengetahuan
baru murid dan sebagainya. Langkah keempat ialah mencari situasi ataupun keadaan yang
dapat menunjukkan objektif program telah tercapai dan seterusnya membina serta memilih
teknik-teknik pengukuran yang akan digunakan. Contoh teknik pengukuran ialah melalui soal
selidik, pemerhatian dan temu bual. Langkah seterusnya ialah mengutip data pencapaian dan
menganalisis data tersebut. Akhir sekali ialah penilai perlu membandingkan data pencapaian
penilaian dengan objektif yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, model Kirkpatrick pula mempunyai empat tahap yang digariskan
iaitu tahap reaksi, tahap pembelajaran, tahap tingkah laku dan tahap hasil. Tahap yang
pertama iaitu tahap reaksi yang merujuk kepada penilaian terhadap bagaimana peserta
memberikan respon kepada program latihan (Zahin, 2011). Pada tahap ini, program dianggap
efektif apabila proses pembelajaran dirasa memuaskan bagi peserta sehingga mereka tertarik
dan termotivasi untuk belajar dan menyertai program tersebut. Penilai perlu mendapatkan
100% respon daripada peserta sebaik sahaja program ditamatkan. Tahap seterusnya ialah
tahap pembelajaran untuk melihat sejauhmana peserta bertambah pengetahuan dan
kemahiran setelah mengikuti latihan. Ujian sebelum dan selepas program dilaksanakan
sesuai digunakan untuk menilai pada tahap ini. Penganjur program akan memberikan soal
selidik tersebut sebanyak dua kali. Jenis penilaian yang digunakan pada tahap ini ialah secara
formatif dan sumatif. Kemudian, tahap ketiga pula adalah untuk melihat sejauhmana tingkah
laku peserta berubah hasil program yang dikuti. Pada tahap ini, penilai boleh mengedarkan
soal selidik kendiri kepada peserta program. Kaedah pemerhatian secara berstruktur juga
boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Akhir sekali ialah tahap hasil yang melihat kepada
manfaat yang dperoleh oleh peserta dari program yang dilaksanakan. penilaian dalam tahap

3
keempat ini difokuskan pada hasil akhir yang terjadi karena peserta telah mengikuti suatu
program.

Seterusnya ialah model CIPP yang mempunyai sistem dan komponen penting
dalam pelaksanaan penilaian iaitu komponen konteks, input, proses dan produk. Komponen
penilaian konteks adalah aktiviti memeriksa dan menerangkan konteks program yang akan
dinilai, mengendalikan keperluan dan penilaian matlamat. Komponen yang kedua ialah
penilaian input yang perlu mengambil kira berkenaan kemampuan sistem program untuk
mencapai objektif, mengenal pasti strategi-strategi alternatif dan mengenal pasti sumber-
sumber maklumat yang akan disampaikan (Razak, 2009). Komponen seterusnya ialah
penilaian proses untuk membekalkan maklumat bagi memantau strategi yang digunakan agar
kekuatan semasa program dapat dikekalkan dan kelemahan program dapat dikurangkan.
Pada tahap ini juga, Bernadette (2002) menggunakan soalan adakah kita melakukannya
seperti yang dirancang? Beliau juga menyatakan pada peringkat ini ia menyediakan pembuat
keputusan maklumat tentang bagaimana program dilaksanakan. Program dipantau
secara berterusan dengan itu pembuat keputusan akan belajar banyak perkara seperti
sejauhmana ia mengikut perancangan dan garis panduan, konflik yang timbul, sokongan
moral fasilitator, kekuatan dan kelemahan bahan, penyampaian dan masalah belanjawan.
Komponen yang terakhir dalam model CIPP ialah penilaian produk. Fungsi utama penilaian
produk adalah untuk mengukur, mempersembahkan dan menilai
tentang pencapaian program. Selain itu, ia perlu menentukan tahap bagi keperluan dan
menentukan kesan program. Penilaian juga perlu mendokumenkan kedua-dua kesanyang
dijangkakan dan tidak dijangka dan positif mahupun hasil yang negatif. Pada peringkat ini
juga, penilaian produk membantu penilai untuk membuat keputusan tentang program sama
ada diteruskan, atau sebaliknya atau ditambah baik.

Selain itu, setiap model mempunyai kritikan dan kelemahan masing-masing yang perlu
ditambah baik. Model Tyler kurang sesuai digunakan bagi semua jenis penilaian kerana tidak
memberikan maklumat secara spesifik tentang perkara yang perlu dinilai. Model ini juga tidak
sesuai digunakan untuk menilai program latihan yang dilaksanakan oleh institusi latihan yang
bersifat khusus. Selain itu, model ini juga dikritik terlalu linear iaitu kerana mana-mana
kurikulum ataupun program yang mengimplementasikan model ini terlalu terikat dengan
langkah-langkah yang telah ditetapkan. Para pendidik harus mengikut langkah-langkah yang
ditetapkan seperti menentukan objektif terlebih dahulu kemudian memilih isi kandungan,
menetapkan kaedah kurikulum dan akhir sekali membuat penilaian.Jelasnya, model init idak
memberikan kebebasan kepada pendidik untuk menyusun dan mengolah bahan.

4
Dalam pada itu, model penilaian Kirkpatrick juga menerima beberapa kritikan tentang
kegunaan semasa penialaian. Sebagai contoh ialah proses penilaian menjadi lebih sukar dan
masa yang diperlukan lebih tinggi apabila semakin tinggi tahap penilaian, Model ini dikatakan
hanya mampu menilai pada tahap I, II dan mengabaikan penilaian tahap III kerana kegagalan
yang kerap untuk memindahkan ilmu yang dipelajari daripada ke tempat kerja berdasarkan
pelbagai faktor organisasi yang boleh menghalang kejayaan; dan mengabaikan tahap IV
kerana kesukaran bagimenghubungkan kemahiran kemahiran insaniahyang diperolehi
daripada latihan dengan hasilkeputusan yang memerlukan bukti jelas (Alliger dan Janak,
1989, 2003)

Secara kesimpulannya, model Tyler merupakan model yang menitikberatkan


tentang objektif dan penilaian ini pula boleh dilaksanakan dengan pelbagai peringkat bagi
mendapatkan pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah
ditetapkan. Model CIPP pula adalah model penilaian yang menitikberatkan pada penilaian
program dan pemberian informasi untuk membina keputusan berlandaskan empat sistem
penilaian iaitu konteks, input, proses dan produk. Akhir sekali, model penilaian yang
dikembangkan oleh Kirkpatrick dikenal dengan istilah Kirkpatrick Four Levels Evaluation
Model yang merangkumi tahap reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil.

5
RUJUKAN

Alias Mahmud. (2015). KONSEP DAN MODEL PENILAIAN DALAM PELAKSANAAN

KURIKULUM.

Bernadette Robinson. (2002). The CIPP approach to evaluation. COLLIT Project.

Ibrahim Mamat. (2001). Reka bentuk dan pengurusan latihan: konsep dan amalan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruzzaman, Shuhaida, & Bahiyah. (2013). MODEL PENILAIAN KIRKPATRICK:

MENGKAJI PENGARUH KOMUNIKASI TERHADAP KEBERKESANAN

LATIHAN. Retrieved from

https://www.academia.edu/4392355/MODEL_PENILAIAN_KIRKPATRICK_MEN

GKAJI_PENGARUH_KOMUNIKASI_TERHADAP_KEBERKESANAN_LATIH

AN

Razak Husin. (2009). Model-Model Penilaian-UKM.

Sharif Yusoff. (2010). Konsep dan Teori Penilaian. Retrieved from

http://studentsrepo.um.edu.my/4673/4/F4_BAB_2.pdf

Zahin Othman. (2011, February 3). Tajuk 58: Model keberkesanan program latihan ? Model

Kirkpatrick. Retrieved from http://drotspss.blogspot.com/2011/02/tajuk-58-model-

keberkesanan-program.html

Anda mungkin juga menyukai