Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA

LARIAN AMAL

LIGHT UP AUTISM

TARIKH

06 APRIL 2014

TEMPAT

JALAN TEMERLOH,

TAMAN TASIK TITIWANGSA,

53200 KUALA LUMPUR,

WILAYAH PERSEKUTUAN,

MALAYSIA.
PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|2
05 APRIL - 06 APRIL 2014

TEMA

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

KERTAS KERJA

PROGRAM LIGHT UP AUTISM

MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan menyediakan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan kewangan daripada
Pertubuhan 1M4U bagi mengadakan program Light Up Autism anjuran fakulti perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Program Light up Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha untuk menambah sumber kewangan Tabung
Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa UKM. Program ini yang bertemakan Your World Is
Our World, Together We Stand bertujuan untuk menambah dana Makmal Pembelajaran Autisma
UKM bagi membantu membiayai belanja operasi makmal, kos penyelidikan dan membina
prasarana yang lebih kondusif untuk sistem pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
istimewa. Program ini akan juga mendapat penyertaan dari agensi bukan kerajaan dan kerajaan
seperti HOPE (Early Project Autism Malaysia), Kasih Autisme Sdn Bhd. dan Permata Kurnia.

Program ini adalah salah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa, individu,
masyarakat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal Pembelajaran Autisma UKM
meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai objektif jangka
panjang makmal ini sekaligus dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan pendidikan
untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang sama, bukan kesedaran komuniti

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|3
05 APRIL - 06 APRIL 2014

terhadap kanak-kanak autistik sahaja dapat ditingkatkan malah program ini mampu
mempromosikan pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak autistik juga.

Tambahan lagi, program ini juga dirancang bagi memenuhi keperluan subjek ko-kurikulum serta
mencapai semua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak pembelajaran
mahasiswa UKM.

3.0 MISI

Misi Program Light Up Autism ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Makmal
Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta
penyelidikan. Rentetan itu, kualiti yang memberangsangkan dapat menyumbang ke arah
peningkatan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang
sama, program ini mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mahir dalam segi
akademik, malah turut memiliki kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
Selain itu, segala ilmu pengetahuan yang dapat diambil melalui pembelajaran secara formal
ataupun tidak formal menerusi program ini dapat diterapkan serta diamalkan dalam kehidupan
seharian semua pihak yang terlibat. Program ini juga diharapkan dapat menyuburkan semangat
kerjasama dan kemahiran 'soft skill' bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|4
05 APRIL - 06 APRIL 2014

4.0 MATLAMAT

4.1 Mengumpul dana minimum sebanyak RM 15, 000 untuk Makmal Pembelajaran Autisma
UKM

4.2 Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak
autistik dengan lebih dekat

4.3 Memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa dalam membentuk sebuah organisasi
dan merancang gerak kerja program dengan efisien

4.4 Menanamkan semangat kerjasama, semangat berpasukan dan saling mempercayai antara
satu sama lain

4.5 Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif sepanjang pelaksanaan
program ini

4.6 Melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan dan bertanggungjawab

4.7 Menerapkan ilmu-ilmu keusahawanan dalam diri setiap mahasiswa

4.8 Melatih mahasiswa supaya lebih peka dengan situasi semasa di sekeliling mereka

4.9 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan masyarakat serta
mahasiswa

4.10 Untuk memenuhi setiap lapan aspek hasil pembelajaran yang telah digariskan untuk semua
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|5
05 APRIL - 06 APRIL 2014

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Sebagai satu platform untuk mengumpul dana bagi membantu Makmal Pengajaran
Autisma, UKM.

5.2 Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kanak-kanak autistik sebagai salah satu
kumpulan minoriti dalam komuniti di Malaysia yang juga mempunyai hak sebagaimana
individu normal.

5.3 Mempromosikan pendidikan sains kepada kanak-kanak autistik.

5.4 Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak
autistik dengan lebih dekat.

6.0 TEMA

“YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND”

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|6
05 APRIL - 06 APRIL 2014

7.0 LOGO

Warna: Merah, kuning, biru tua, biru muda.

Corak ‘jigsaw puzzle’ menggambarkan kompleksiti dan misteri dalam merungkaikan kepelbagaian
spektrum autisme. Warna-warna dan bentuk sfera seakan-akan glob mewakili keluarga yang
mengalami keadaan yang sama dari seluruh dunia. Warna-warna yang cerah melambangkan harapan
bahawa melalui kesedaran autisme, prevensi awal dan rawatan yang sesuai, individu autistik akan
berupaya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat menyesuaikan diri dalam kalangan
masyarakat.

“Light Up Autism” merupakan slogan untuk Larian Autisma UKM 2013/2014 yang membawa
maksud agar masyarakat dapat memberikan lebih perhatian terhadap insan-insan autistik ini.
Seterusnya, dengan harapan agar mereka diberikan perhatian dan bantuan yang sepatutnya supaya
mereka juga dapat mencapai potensi sepenuhnya dengan bakat yang tersendiri.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|7
05 APRIL - 06 APRIL 2014

8.0 ANJURAN

Program ini merupakan anjuran Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Fakulti Pergigian,
Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi
Pengurusan, dan Fakulti Undang-Undang.

9.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada 06 April 2014 (Ahad).

10.0 TEMPAT PROGRAM DAN KESELAMATAN

Jalan Temerloh,

Taman Tasik Titiwangsa,

53200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan,

Malaysia.

ASPEK KESELAMATAN

Sepanjang keberlangsungan program, pihak RELA akan menjaga keselamatan trafik. Pihak DBKL
dan polis bantuan juga akan meronda untuk memastikan tiada perkara yang tidak diinginkan
berlaku. Terdapat juga beberapa sukarelawan dan juga krew program yang akan menjaga larian
terutamanya untuk para peserta autistik. Ahli-ahli PBSMM dan Siswa Siswi Pertahanan Awam
(SISPA) juga akan terlibat dan akan memantau di setiap checkpoint sebagai langkah berjaga-jaga.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|8
05 APRIL - 06 APRIL 2014

11.0 PUBLISITI

Publisiti projek dikendalikan melalui medium berikut:

1. Media cetak (brochure, surat khabar)


2. Media elektronik (facebook, twitter)

Medium berikut mempunyai perincian program Light up Austism.

12.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian pada hari Ahad (06 April 2014) di Tasik Titiwangsa akan melibatkan Yang
Berhormat Datin Seri Paduka Rosmah Binti Mansor.

13.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

Jumlah Penyelia : 4 orang

Jumlah Urus Setia : 145 orang

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A.

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|9
05 APRIL - 06 APRIL 2014

16.0 PERINCIAN PROGRAM

16.1. MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : LIGHT UP AUTISM FUN RUN


TEMA : YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND
TARIKH : 06 APRIL 2014
TEMPAT : JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA,
53200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN,
MALAYSIA
ANJURAN : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA : THE NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA, HOPE
MALAYSIA, ARISMA & PERMATA KURNIA

16.2. SLOT: PENGEDARAN GOODIES BAG

Tujuan Goodies Bag diagihkan kepada para peserta sebaik sahaja pelari Berjaya menamatkan larian
adalah untuk mengurangkan kesesakan pengambilan Goodies Bag sekaligus dapat mengelakkan
penipuan berlaku. Di samping itu, slot ini juga bertujuan untuk menarik perhatian para pengunjung
untuk melawati tempat pameran serta gerai-gerai yang tersedia sepanjang program berlangsung.

16.3. SLOT: JUALAN DAN KARNIVAL

Dengan wujudnya slot jualan dan karnival, semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi dapat ditingkatkan. Melalui slot ini juga, ilmu-ilmu keusahawanan dapat diterapkan
dalam diri setiap mahasiswa. Di samping itu, mahasiswa juga dapat berfikir secara kreatif, innovatif
dan kritis untuk mengumpul dana sebanyak mungkin bagi membantu program ini berjalan dengan
mudah dan lancar. Slot ini bukan sahaja menguntungkan mahasiswa UKM malah mampu
menguntungkan para usahawan kerana kami membuka ruang dan pasaran kepada mereka untuk

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|10
05 APRIL - 06 APRIL 2014

mempromosikan produk serta barangan mereka. Program ini bukan sahaja dapat menghiburkan
pengunjung, malah slot ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat.
Masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak autistik juga dapat dilahirkan dengan adanya jualan
serta karnival ini.

16.4. SLOT: NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, nyanyian lagu Negaraku amatlah penting bagi
menjaga kedaulatan negara. Slot nyanyian lagu Negaraku juga dapat meningkatkan jati diri rakyat
Malaysia. Slot ini akan dilaksanakan sebelum larian dirasmikan agar peserta dapat menunjukkan
cinta terhadap tanah air ini.

16.5. SLOT: SENAMROBIK

Sebelum memulakan acara larian, para peserta digalakkan mengikuti aktiviti senamrobik yang akan
dianjurkan oleh mahasiswa UKM. Aktiviti memanaskan badan amat penting sebelum memulakan
apa-apa aktiviti kesukanan kerana mampu mengelakkan kecederaan. Perkara ini akan memudahkan
semua pihak. Dengan menyertai aktiviti senamrobik, hubungan silaturrahim sesama masyarakat
dapat dieratkan di samping menyemai semangat berpasukan.

16.6. SLOT: LARIAN 10 KM, 5 KM & FUN RUN

Larian amal ini merupakan salah satu platform bagi menderma sambil mempraktikkan budaya sihat
dalam kalangan pelajar-pelajar UKM. Kekangan masa yang dihadapi oleh pelajar UKM tidak
seharusnya menjadi halangan untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan-kegiatan yang melibatkan
penggunaan tenaga fizikal. Program ini menjadi pemacu kepada kelahiran modal insan kelas
pertama yang bukan sahaja berdaya saing tetapi seiring dengan perkembangan masyarakat
Malaysia. Seterusnya, program ini mampu mengeratkan silaturrahim sesama pelajar UKM
walaupun masing-masing menceburi dalam bidang yang berbeza.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|11
05 APRIL - 06 APRIL 2014

16.7. SLOT: PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

Menjadi seorang mahasiswa khususnya mahasiswa UKM, tidak lari dengan aktiviti-aktiviti yang
boleh meningkatkan kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang serba boleh. Melalui slot
penyampaian hadiah, kebolehan memimpin serta sikap bertanggungjawab mengendalikan majlis
dapat dipupuk dalam diri setiap mahasiswa UKM. Di samping itu, slot ini juga mampu mengeratkan
ukhuwah antara mahasiswa UKM dengan kanak-kanak autistik, pihak-pihak kehormat serta
masyarakat. Ini sekali gus dapat menaikkan nama UKM di peringkat kebangsaan. Pemberian hadiah
dan sijil ini juga membuktikan bahawa penglibatan peserta-peserta larian amat kami hargai.

17.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|12
05 APRIL - 06 APRIL 2014

18.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi:

Seketariat,
Program Light the Autism,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.

NUR IZZATUL AFIQAH BINTI MOHD MOHAMMAD AFIQ AMANI BIN CHE
SHAKRI ZULKEPLI
Setiausaha 1, Setiausaha 2,
Program Light the Autism, Program Light the Autism,
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Tel: 013-2948525 No. Tel: 011-19742889

19.0 PENUTUP

Dengan ini, pihak kami amat berharap kerjasama daripada pihak tuan untuk mempromosikan
seterusnya memberi bantuan kewangan agar kami dapat melaksanakan program ini. Harapan
kami agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif yang
disasarkan dengan jayanya.

Semoga usaha kami ini dapat menyumbang dalam memperkasakan konteks kemasyarakatan di
negara ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|13
05 APRIL - 06 APRIL 2014

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|14
05 APRIL - 06 APRIL 2014

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|15
05 APRIL - 06 APRIL 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM LIGHT THE AUTISM

PENAUNG

Y. BHG. Prof Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali


Naib Canselor, UKM

PENGERUSI

Y. Bhg Prof Dato’ Dr. Ir. Othman A Karim


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PENYELARAS

Encik Musa Zainal Abidin Othman


Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar

PENASIHAT & PENYELIA

Dr. Hasnah binti Toran


Pensyarah, Early Intervention, Autism and Assessment
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Dr. Nurul Izzaty binti Hassan


Pensyarah, Fakulti Sains Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Dr. Noor Akmal Shareela binti Datuk Ismail


Pensyarah, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|16
05 APRIL - 06 APRIL 2014

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
MASA PERKARA KETERLIBATAN
6.00 AM PENDAFTARAN PESERTA LARIAN AMAL LIGHT UP Tindakan: Exco Pendaftaran
AUTISM UKM Semua Pelari

6.30 AM SENAM ROBIK DAN TAKLIMAT RINGKAS KEPADA PARA Semua Pelari
PESERTA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM UKM
7.00 AM PELEPASAN PESERTA LARIAN 10 KM Semua Pelari
7.15 AM PELEPASAN PESERTA LARIAN 5 KM
7.30 AM PELEPASAN PESERTA FUN RUN (KANAK-KANAK YANG
MENGALAMI AUTISME & OKU SHJ )
09.30 AM JANGKAAN TAMAT LARIAN SEMUA PESERTA LARIAN Semua Pelari
AMAL LIGHT UP AUTISM UKM
09.45 AM SEMUA PESERTA BERKUMPUL DI PADANG BOLA Semua Pelari
SEPAK, TAMAN TASIK TITIWANGSA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

MASA PERKARA Keterlibatan


10.00 AM KETIBAAN TETAMU KEHORMAT SEMUA PELARI & AJK
10.10 AM -NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU RASMI UKM TETAMU KEHORMAT:
10.15 AM PERSEMBAHAN PENDEKAR BUJANG LAPOK 1. Datin Seri Paduka Rosmah
10.30 AM UCAPAN DARIPADA PENAUNG PROGRAM, NAIB Mansor
CANSELOR UKM 2. PROF. DATUK DR. NOOR
10.45 AM UCAPAN PERASMAN DARIPADA DATIN SERI PADUKA AZLAN GHAZALI, NAIB
ROSMAH MANSUR CANSELOR UKM
11.00 AM PENYAMPAIAN CABUTAN BERTUAH KEPADA PARA 3. PROF. DATO’ DR. SARAN KAUR
PEMENANG LARIAN GILL, TIMB. NAIB CANSELOR
11.45 AM JAMUAN VVIP DAN MAJLIS BERSURAI HEJIM UKM
4. PROF. DATIN NOOR AZIAH
MOHD AWAL, TIMB. NAIB
CANSELOR HEPA UKM

PENYAMPAIAN HADIAH OLEH:


Datin Seri Paduka Rosmah Mansor

KARNIVAL

MASA PERKARA CATATAN


7.00 AM – 5.00 PM KARNIVAL

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|17
05 APRIL - 06 APRIL 2014

LAMPIRAN C

SENARAI ANGGARAN PENDAPATAN PROGRAM LARIAN AUTISME 2014


BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Pendaftaran peserta ( 55 x 1500 ) + (45x100) 127,500

2. Jualan 300

3. Mini Karnival 2,000

4. JPPel -

5. Penajaan 10,000

Jumlah Kesuluruhan 139,800

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|18
05 APRIL - 06 APRIL 2014

SENARAI ANGGARAN PERBELANJAAN LARIAN AUTISME 2014

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. JAMUAN
i) VVIP 50 20 1,000

2. TEKNIKAL
i) Sound & lighting 1 1,500 1,500

3. CENDERAMATA
i) Pendaftaran
a)VIP 25 20 500
Bag goody
b)Peserta biasa
Bag goody 1500 20 30,000
•Baju
•Pamplet
c)Peserta Fun Run
Bag goody 100 20 2,000
•Baju
•Pamplet
ii) VVIP
a)Plaque 3 50 150
b)Cendramata UKM 3 10 30
iii) Pemenang
a)Peserta biasa
Medal 1600 15 24,000
Sijil 1600 1 1600

iv) Jawatankuasa 100 1 100


sijil

v) Badges 900 1.30 1170

4. PUBLISITI
i) Banner 6’x3’ 10 23 230
ii) Banner 8’x4’ 5 40 200
iii) Flyers 100 0.50 50
iv) Poster 10 4 40
v) Bunting 15 30 450
vi) Fotostat & Printing 150

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|19
05 APRIL - 06 APRIL 2014

5. TUGAS-TUGAS KHAS
i) Hiasan pentas 1 2000 2000
ii) Lain-lain 1 200 200

6. PROTOKOL
i) Kad jemputan 100 2 200

7. PERHUBUNGAN
i) Kad i-talk 1 200 200

8. DANA
i) Kad i-talk 1 100 100
ii) Barang Jualan 1 200 200

10. LOGISTIK
i) Khemah Pyramid 20 250 5000
 Kipas 17
 Lampu 34

ii) DB Box 1 850 850


iii) Kerusi 450 1
450
iv) Meja
 Banquet 8 20 160
 Square ( without cloth) 34 4
136
JUMLAH KESELURUHAN 72,666

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|20
05 APRIL - 06 APRIL 2014

Anggaran pendapatan – RM 139,800.00


Anggaran belanjawan – RM 71,496.00
Sumbangan minimum – RM 15,000.00

RM 139,800
- RM 72,666
67,134*

*Baki akan disumbangkan sekurang-kurangnya RM15,000 kepada dana penyelidikan makmal


Autisma UKM bergantung kepada kutipan dan bajet sebenar.

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND


PROGRAM LIGHT UP AUTISM
|21
05 APRIL - 06 APRIL 2014

SENARAI TAJAAN TERKINI

1. HOPE
2. GARDENIA
3. MEDIA PRIMA
4. ADAM TRAVELS SDN BHD
5. KAKIPRINTING

ANGGARAN TAJAAN : RM30,000

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

Anda mungkin juga menyukai