Anda di halaman 1dari 1

PERSEMBAHAN UNIT BSMM

Pada suatu petang, Tening bersama rakan-rakannya bermain bola baling di gelanggang
sekolah. Ketika mereka sedang asyik bermain, bola telah terkena Sigi yang sedang
berbasikal. Sigi terjatuh dan mengalami kecederaan luka di kepala dan bahu.

PERKARA PERTAMA SEMASA BERLAKU KECEMASAN ADALAH:


1. Periksa kawasan kejadian untuk kenalpasti bahaya yang boleh mendatangkan
kecederaan pada anda atau mangsa.
2. Tepuk bahu mangsa dan tanya “Adakah anda OK?”
3. minta seseorang hubungi 999 untuk mohon bantuan kecemasan.

Ini merupakan anduh kepala.

1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala.
2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian
dibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3. Lipat lebihan kain di belakang untuk lebih kemas.
Ini merupakan anduh lutut.
1. Lipatkan sedikit kain dan letakkan di atas lutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian diikatkan
buku sila pada bahagian atas lutut.
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.

Sekian sahaja simulasi pertolongan cemas dari kami.

Anda mungkin juga menyukai