Anda di halaman 1dari 4

A.

Berdasarkan DSKP SK, huraikan:

1. MODULAR SENI BAHASA

Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa
Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa
merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah.
Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif
pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni
bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.

2. OBJEKTIF SENI BAHASA

i. Memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan menyebut dan memahami


seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur
ii. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara
kreatif melalui penceritaan secara didik hibur
iii. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui
lakonan secara didik hibur
iv. Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan
intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur

B. Huraikan teknik pdp Seni Bahasa & contoh perlaksanaan di SK.

 Nyanyi
Seni bahasa yang boleh diajar menggunakan bahasa berirama. Melihat
kepada lirik lagu yang terdiri dari kosa kata lebih dari dua suku kata, seperti segak,
lembut, wangi, bersih meudahkan pemahaman murid kerana lagu ini dinyanyikan
secara gembira dan santai. Tidak hanya mewujudkan sesi PdP yang menyeronokkan,
pendekatan ini turut membantu guru memudahkan proses pengajaran untuk tajuk
membatangkan suku kata dalam puisi, murid juga dapat mengetahu kepelbagaian
kaum dan pakaian tradisional di Malaysia.
Baju Saya Cantik
Mari kita gembira
Baju bersih dan cantik
Semua segak bergaya
Menawan dan menarik
Sari doti ceongsam samfu
Kain lembut halus Wangi jika dibasuh
Pakaian majlis rasmi
Semua orang memuji
Baju kurung Melayu
Baju kurung Melayu

Pendekatan seni bahasa ini sangat wajar dijalankan di dalam sesi PDP sebagai
alternatif lain dalam mewujudkan suasana PdP yang kondusif, seronok, tidak bosan,
namun dalam masa yang sama masih lagi menekankan kepada pencapaian objektif
dan isi kandungan pelajaran. Hal ini disokong oleh Shamsudin Othman (Kalam
Bahasa,Ogos,2004) yang dalam tulisannya menyatakan bahawa konsep “belajar
dalam berhibur” atau “didik hibur” adalah pendekatan yang sesuai dengan konsep
seni bahasa yang
diperkenalkam

 Bercerita
Salah satu komunikasi ialah melalui teknik bercerita. Bercerita merupakan salah
satu sumber pendidikan yang amat rapat dengan dunia kanak-kanak. Bercerita
seperti satu budaya yang sangat hidup dalam masyarakat. Pendidikan awal tidak
formal kanak-kanak banyak diperolehi melalui komunikasi bercerita. Melaluinya
informasi diperolehi begitu cepat kerana dalam proses bercerita komunikasi lebih
satu hala wujud. Pencerita bercerita, yang mendengar akan menyoal dan bertanya
pada waktu tertentu. Inilah sebenarnya yang diperlukan dalam dunia pendidikan.
Pendidikan itu hidup dalam suasana harmoni dan komunikasi tidak tertekan.
Antaranya ialah bercerita sambil bersoal jawab. Sebelum guru memulakan
cerita, murid-murid diarah untuk mendengar dan mengikuti jalan cerita dengan
sepenuhnya, termasuk juga aspek-aspek pengajaran dan nilai yang terdapat
dalam cerita tersebut. Sambil guru bercerita, guru akan berhenti bercerita dan
menyoal murid-murid mengenai apa yang telah diceritakan. Kemudian guru
menyuruh murid-murid meramal cerita seterusnya dan setelah itu menyambung
kembali ceritanya. Ini bertujuan supaya murid-murid akan terus mengikuti cerita itu
dan memahami cerita yang disampaikan. Teknik ini boleh digunakan untuk
pengajaran kefahaman, karangan, kosa kata dan sebagainya.

 Lakonan

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah
untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada
dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasaatau perbuatan. Penggunaannya dapat
mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran

Pelajar hanyalah diperlukan beraksi atau melakukansesuatu pergerakan


sambil bercakap.Aktiviti bermain seperti yang seringdilakukan oleh kanak-kanak
,misalnya bermain guli, bermainlayang-layang, bermain pondok-pondok, menjadi
askar dansebagainya boleh dijadikan bahanlakonan.. Begitu juga dengan hal-
halbersangkutan dengan pengalamanmereka seperti berjumpa doktor,berbual di
pasar, membeli kasut,meminta duit daripada ibu bapa ,dan sebaginya menjadi
menarik jikaia dilakonkan

 Dialog
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping
dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
I. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
II. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
III. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
 Deklamasi

Deklamasi berasal dari bahasa Latin yangmaksudnya declamare atau


declaim yangmembawa makna membaca sesuatu hasilsastera yang berbentuk puisi dengan
lagu ataugerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yangdimaksudkan ialah gerak alat bantu
yangpuitis, yang seirama dengan isi bacaan. Apa bezanya deklamasi dan nyanyi?
Menyanyiialah melagukan suatu nyanyian dengan menggunakan not-not do-re-mi atau
notbalok, sedang deklamasi ialah membawakanpantun-pantun, syair, puisi atau sajak
denganmenggunakan irama dan gaya yang baik

Aplikasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah seperti yang telah dijelaskan
bahawa berdeklamasi itu membawakan pantun, syair dan sajak atau puisi.Sebelum kita
berdeklamasi, kita harus memilih dulu pantun, syair, sajak apa, yang rasanya baik untuk
dideklamasikan. Terserah kepada keinginan masing-masing. Yang penting pilihlah sajak atau
puisi, pantun atau syair yang mempunyai isi yang baik dan bentuk yang indah dideklamasikan.
Mengenai hal isi tentunya dapat minta nasihat, petunjuk dan bimbingan daripada mereka yang
lebih berpengalaman dan berpengetahuan atau ahli dalam bidang deklamasi

Apakah puisi yang kita pilih itu berunsur kepahlawanan, keberanian, kesedihan,
kemarahan, kesenangan, pujian dan lain-lain? Kalau puisi yang kita pilih itu mengandungi
kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka kita pun harus mendeklamasikan puisi
tersebut dengan perasaan dan laku perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan,
seorang yang gagah berani.Kita harus dapat melukiskan kepada orang lain, bagaimana
kehebatan dan kegagahan kapal udara itu. Bagaimana harus mngucapkan kata-kata yang
seram dan menakutkan.

Anda mungkin juga menyukai