Anda di halaman 1dari 21

10 Perkara yang tidak seharusnya dilakukan

oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka


Era Baru Ed 15:11, 01/03/2019 PrintT +T -
Share

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau hendak mendidik anak biarlah dari
kecil. Jadi, buat ibu bapa di luar sana didiklah anak sejak mereka kecil, betulkan apa yang salah,
beritahu mereka apa yang seharusnya mereka lakukan dan jangan terlalu memanjakan mereka.

Tidak salah memanjakan anak tetapi haruslah berpada-pada supaya mereka juga dapat belajar
berdikari.

Berikut adalah beberapa perkara yang tidak seharusnya kita lakukan untuk anak-anak kita. Ambil
serius perkara-perkara ini dan anak-anak anda pasti akan berterima kasih kepada anda kelak.

1. Bercakap bagi pihak mereka


Jika ada yang bertanya sesuatu kepada anak anda seperti siapa namanya, ke mana dia mahu pergi
dan sebagainya, biarlah anak anda yang menjawab.

Jangan sesekali anda menjawab bagi pihak anak anda melainkan jika anak anda sememangnya
tidak faham akan apa yang ditanya.

Dengan cara ini kita sebenarnya memberi peluang untuk mereka menjawab sendiri. Lain kali
apabila anda mahu bercakap bagi pihak anak anda, cuba elakkan. Biarkan mereka bercakap untuk
diri mereka sendiri.

2. Jadi rakan mereka


Ramai ibu bapa cuba menjadi kawan kepada anak-anak mereka dan mereka tidak mahu anak-
anak mereka menyimpan apa-apa rahsia daripada mereka. Tidak salah semua itu tetapi haruslah
berpada-pada kerana mereka juga punya privasi yang perlu dihormati.

Tidak semua perkara mereka boleh kongsikan dengan ibu bapa, jadi mereka selalunya bercerita
kepada kawan yang sebaya dengan mereka, yang lebih faham akan situasi yang sedang mereka
lalui.

Tiada ibu bapa yang tidak sayang akan anak, tetapi biarkan anak-anak mencari kawan-kawan
mereka sendiri. Tetaplah di sisi mereka ketika mereka memerlukan memerlukan kasih sayang dan
sokongan anda.

3. Keperluan vs kehendak
Sebagai ibu bapa kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak tetapi mereka juga punya kehendak
yang mahu kita ikuti. Jadi, cuba pujuk dan fahamkan mereka apa sebenarnya yang mereka
perlukan.

Beritahu mereka akan akibat daripada perbuatan mereka contohnya, gigi mereka akan rosak jika
banyak makan gula-gula atau makan sayur-sayuran sangat baik untuk tubuh badan dan jika
mereka sihat mereka akan dapat bermain bersama kawan-kawan.

Kawal kehendak mereka dengan logik dan lemah lembut, jangan gunakan kekerasan.

4. Terlalu sibuk membantu mereka


Kanak-kanak berusia 2 dan 3 tahun biasanya sudah dapat memakai pakaian mereka dengan
sendiri, mencuci cawan dan meletakkan pakaian kotor di mesin basuh. Tambahan lagi, pada
zaman ini, kanak-kanak lebih suka dan teruja untuk melakukan semua itu sendiri.

Jadi, biarkan mereka lakukan apa yang mereka mahu lakukan dan apa yang mampu mereka
lakukan.

Jika mereka boleh pakai baju dan seluar sendiri, biarkan. Perkara ini mungkin dilihat kecil tetapi
perkara seperti inilah yang membantu mereka untuk belajar berdikari sejak kecil.

5. Memaksa anak-anak mengikut selera kita


Kita selalu mahukan anak-anak mengikut apa yang kita suka; genre muzik, buku, gaya pakaian
dan sebagainya. Tidak salah untuk memberitahu mereka tentang pilihan terbaik yang boleh
mereka ambil tetapi biarlah mereka yang membuat keputusan sendiri kerana mereka juga punya
minat yang tersendiri, tidak sama seperti ibu bapa.

Jika anda terus mengawal dan menentukan minat mereka tidak mustahil suatu hari nanti mereka
akan protes terhadap apa yang anda lakukan.

6. Kira wang mereka


Ramai ibu bapa yang mendidik anak mereka untuk menabung sejak mereka kecil lagi. Perkara itu
sangat bagus tetapi apa yang tidak baik ialah apabila anda menyoal anak-anak dan cuba mencari
tahu berapa banyak wang yang mereka tinggalkan.

Perkara yang paling tidak seharusnya dilakukan ialah memeriksa beg atau poket mereka. Ini akan
menyebabkan mereka kehilangan kepercayaan terhadap anda dengan serta-merta.

Sebaiknya ajar anak-anak anda untuk mengurus wang dengan baik dan dan biarkan mereka
melakukan apa yang mereka mahu dengan wang mereka.

7. Pilih hobi dan minat mereka


Ramai ibu bapa kini yang menentukan minat dan hobi anak-anak mereka. Setiap petang mereka
akan dihantar ke kelas muzik, atau ke kelas tarian padahal anak mereka sebenarnya lebih suka
bersukan.

Ibu bapa seharusnya memerhatikan anak mereka, lihat apa yang mereka suka, di mana
kecenderungan mereka dan tanya apa yang mereka mahu lakukan. Biarkan mereka memilih
kerana pilihan itulah yang boleh menentukan kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi.

8. Ambil kejayaan anak-anak sebagai kejayaan mereka


Apabila anak-anak mula menunjukkan perkembangan diri ramai ibu yang melihat semua itu
sebagai kejayaan mereka walaupun hakikatnya anak-anak yang perlu diraikan jika mereka
berjaya dalam sesuatu.

Apabila anak-anak mulai membesar, perkara seperti ini akan menjadi lebih serius. Ibu bapa akan
mula menceritakan bagaimana anak-anak mereka berjaya menamatkan kolej dan mendapat
pekerjaan, dan apa yang mereka lakukan itu semata-mata untuk mendapat pujian dan merit untuk
mereka sendiri.

9. Pilih hadiah bagi pihak anak-anak


Apabila kanak-kanak sudah boleh bercakap, mereka berhak memilih apa yang mereka mahu
sebagai hadiah. Hal ini dapat membantu kanak-kanak dalam beberapa perkara penting:
keupayaan untuk memilih, membuat keputusan dan menghadapi akibatnya.

Apa yang perlu anda dilakukan? Biarkan anak anda memilih hadiah yang mereka mahu selagi
tidak melampau batas.

10. Masuk campur dalam hal peribadi mereka


Perkara ini paling banyak berlaku dalam kalangan ibu bapa. Tidak salah untuk mengetahui apa
yang sedang dilakukan mereka, dengan siapa mereka berkawan tetapi haruslah dilakukan dengan
cara yang berhikmah dan lemah lembut. Jangan marah mereka sebarangan kerana mereka
mungkin akan takut untuk berkongsi apa sahaja pada masa akan datang.

Anda harus biarkan mereka mempunyai ruang peribadi mereka sendiri. Jangan tanya terlalu
banyak soalan jika anda melihat bahawa mereka tidak mahu berkongsi. Masanya akan tiba dan
apabila mereka sudah bersedia mereka akan kongsikan dengan anda.

Era Baru

Anda mungkin juga menyukai