Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

‫سييهدلناَ مملحممدَّد لولعللىَ آلههه‬


‫سللمم لعللىَ ل‬ ‫ لواَللعاَقهلبةَ لهيلمممتقهييلن لواَل م‬, ‫ب اَللعاَللهمييلن‬
‫ص ل‬
‫لةَا ملواَل م‬ ‫اَليللحيممد ه‬
‫ل لر ي‬
‫صلحاَهبهه أليجلمهعيين‬
‫لوأل ي‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan
dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Francis
Light pada tahun ini. Ya Allah, di pagi yang berbahagia ini, kami menadah tangan memohon
kepada Mu, Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami yang telah
banyak berkorban untuk kami, dosa para guru yang tidak pernah jemu dalam mendidik
kami, serta dosa sekalian umat islam walau di mana pun mereka berada, sama ada yang
masih hidup ataupun yang telah pergi mendahului kami.
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang
khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik, kokurikulum mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna
dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah kami murid-murid yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai manusia yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah
kami pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun
ketrampilan peribadi yang luhur.

‫ب اَلمناَر‬ ‫سلنةَ لوقهلناَ لعلذاَ ل‬


‫سلنةَ لوهفيِ اَلهخلرهةَا لح ل‬ ‫هلرمبلناَ لءاَهتلناَ هفيِ اَلددينلياَ لح ل‬
‫ب اَللعاَللهمييلن‬
‫ل لر ي‬‫ لواَيللحيممد ه م ه‬، ‫سمللم‬‫صيحهبهه لو ل‬ ‫صملىَ ام لعللىَ مملحممدَّد لولعللىَ لءاَلههه لو ل‬ ‫لو ل‬

Anda mungkin juga menyukai