Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembangdari
sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita
yangbernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago,Amerika Syarikat.Dalam
sofbal,terdapat beberapa posisi dan salah satu daripadanya adalah pelempar bola atau
pitcher.Oleh itu, untuk menjadi seorang pitcher,seorang itu hendaklah mengetahui cara untuk
membaling bola dengan baik.

Kami telah menghasilkan satu bahan bantu mengajar (BBM) untuk proses PdP yang selaras
dan sesuai digunakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Jasmani tahun 5.Berikut adalah standard pembelajaran dan standard kandungan:

Standard Pembelajaran Standard Kandungan


1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran 1.8.1 Membaling bola dengan tangan lurus
asas permainan kategori memadang ke sasaran.
dengan lakuan yang betul.

Alat yang diberi nama ‘Pitching Goal’ ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran asas
membaling dalam kemahiran permainan padang iaitu sofbal.Penghasilan alat ini akan
menjadikan pengajaran asas membaling lebih berfokus dan bermakna.Dengan adanya
latihan yang berkesinambungan yang diberikan kepada pelajar,penghasilan alat ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya sebagai satu inovasi untuk memudahcara guru semasa mengajar
asas membaling kepada pelajar.

2.0 Kebaikan

Terdapat beberapa kebaikan alat ini dalam proses Pdp yang dapat disenaraikan.Antaranya
ialah bahan ini mudah dibawa kemana sahaja serta sesuai digunakan di pelbagai
tempat.Hal ini kerana alat ini diperbuat daripada bahan yang ringan yang terdiri daripada
bahan asasnya iaitu Batang paip PVC.Oleh itu ia sangat ringan dan mudah diangkat.Alat ini
juga tidak memerlukan kos yang banyak.Seterusnya,Dengan adanya jaring yang
disediakan,murid dapat membaling kepada sasaran iaitu jaring dan bola tersebut akan
jatuh ke bawah jaring.Maka,murid tidak perlu bersusah-payah untuk mengutip bola yang
jauh dan beselerak.Hal ini dapat menjimatkan masa pembelajaran serta ia memastikan bola
tidak berselerak dan kawasan permainan akan lebih kemas.Pada masa yang
sama,keselamatan murid terjamin.Hal ini kerana murid tidak perlu risau jika mereka akan
terpijak bola sofbal kerana ia tidak berselerak di merata tempat.Selain itu, ia juga mudah
dikendalikan dan mesra pengguna.Dengan cara penggunaannya yang tidak bergitu rumit,
murid akan mudah memahami seterusnya menggunakannya.Maka PdP akan menjadi lebih
berkesan.Seterusnya, alat ini juga akan memfokuskan kepada kemahiran membaling.Maka
guru akan lebih senang memantau pelakuan oleh murid-murid.Oleh itu,jika ada murid
yang melakukan selain daripada yang diarahkan,guru dapat menegurnya seterusnya
menunjukkan kawalan kelas yang baik.

3.0 Kelemahan

Bahan bantu mengajar ini sememangnya boleh digunakan oleh guru dalam subjek PJ. Hal ini
kerana alat bantu mengajar ini memberikan impak yang positif dalam membantu para pelajar
untuk lebih memahami tentang asas balingan. Namun begitu, terdapat juga beberapa
kelemahan pada alat ini.

Antara kelemahannya ialah pelajar yang mempunyai masalah koordinasi mata dan tangan
akan mengambil masa yang agak lama membuat balingan yang tepat kepada sasaran. Hal
ini kerana sasaran (jaring) yang digunakan agak kecil. Oleh itu,mereka perlu menumpukan
perhatian sepenuhnya semasa membaling.
Kelemahan yang berikutnya ialah alat ini tidak fleksibel.Alat ini hanya boleh digunapakai untuk
kemahiran membaling sahaja. Oleh itu,guru tidak boleh menggunakannya untuk mengajar
kemahiran lain. Maka kegunaannya terhad dan terbatas.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Bagi Menambahbaik ABM ini,guru perlu mengubahsuai alat ini agar dapat digunakan untuk
pelbagai kemahiran yang berbeza.Oleh itu,ia dapat dimanfaatkan untuk banyak
kemahiran.Maka guru tidak perlu menghabiskan masa membina ABM yang berbeza-beza
untuk kemahiran yang berbeza-beza.

Seterusnya,guru juga dapat menambahbaik ABM ini dengan mempelbagaikan warna ABM
ini.Hal ini akan membuat ABM tersebut kelihatan lebih ceria seterusnya menarik minat murid
untuk menggunakannya.Selain itu,ABM ini dapat ditambahbaikkan lagi dengan kebolehan
untuk menyelaras kaki alat tersebut.Oleh itu guru boleh menetapkan dan mengubah sasaran
balingan.

Anda mungkin juga menyukai