Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya dan adat resam. Perpaduan yang
terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini adalah resipi utama kepada kejayaan
Malaysia mempertahankan kemerdekaannya. Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara lain di dunia (Aziz Deraman, 2010). Di
Malaysia, terdapat tiga kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Kaum-kaum ini adalah kumpulan etnik majoriti di bahagian Semenanjung Malaysia. Namun
begitu, terdapat juga sebilangan kecil kaum ini yang menetap di Sabah dan Sarawak. Selain
daripada tiga kelompok etnik utama itu, Malaysia juga mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik
peribumi.

2.0 Penulisan Reflektif: Proses Pembudayaan di Malaysia

Terdapat beberapa proses pembudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Antara proses-proses


pembudayaan tersebut ialah akulturasi, asimilasi, amalgamai dan akomodasi.

Proses
Pembudayaan
di Malaysia

Akulturasi Asimilasi Amalgamasi Akomodasi

Rajah 1. Proses Pembudayaan di Malaysia

2.1 Akulturasi

Akulturasi merupakan sebuah proses pembaharuan budaya yang terjadi akibat adanya
ciptaan atau inovasi. Ciptaan tersebut perlulah mempunyai percampuran antara kelompok
budaya yang berbeza (Herskovits, 1958). Terdapat juga penjelasan tentang makna
akulturasi yang bermaksud penerimaan atau pengambilan budaya asing sehingga
melahirkan unsur budaya yang baru.

Proses akulturasi sering melibatkan hubungan antara sesebuah anggota masyarakat


dengan kelompok budaya luar atau asing yang berada di luar batas sosialnya.
Percampuran dan penerimaan budaya tersebut berlaku secara sukarela.

1
Percampuran budaya bermula dengan ciptaan sendiri iaitu bersifat individu,
namun lama-kelamaan menjadi ikutan masyarakatnya secara meluas. Contoh yang
mudah adalah penggunaan daun kari dan rempahnya dalam masakan Melayu. Setelah
terjadinya persentuhan antara budaya Melayu dan India, maka masyarakat Melayu juga
turut menggunakan daun dan rempah kari dalam masakan karinya, namun mereka
menambahkan santan, yang mana ianya tidak digunakan dalam masakan kari kaum India.
Maka, terjadilah perbezaan antara masakan kari Melayu dan kari India yang berlainan
rasanya akibat perbezaan bahan walaupun bahan asasnya sama. Proses akulturasi
tersebut telah melahirkan menu ‘hibrid’ dalam masakan Melayu dan banyak lagi jenis
masakan lain di Malaysia. Selain makanan, proses pembudayaan akulturasi juga dapat
dilihat dalam perkembangan busana Melayu. Elemen pakaian Arab seperti bentuk yang
longgar dan labuh diambil lalu dipadankan dengan gaya berkain sarung dalam
masyarakat Melayu lalu terbentuklah baju kurang dan baju kebaya labuh. Contoh lain
yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa wujudnya proses akulturasi dalam
kalangan kelompok etnik di Malaysia ialah penggunaan angpau yang tidak terhad kepada
kaum Cina sahaja, tetapi turut digunakan oleh kaum Melayu di Hari Raya Aidilfitri.

2.2 Asimilasi

Asimilasi juga merupakan salah satu proses pembudayaan yang seakan-akan sama
dengan akulturasi. Namun, asimilasi sering melibatkan penguasaan budaya kelompok
majoriti yang mendominasi kelompok minoriti. Kelompok minoriti tersebut seolah-olah
terpaksa menerima budaya yang dominan tersebut, tetapi tidak melibatkan pertukaran
agama. Amnya, asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan
masyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti
masyarakat yang baru. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A, disini A dalam hal
ini mewakili golongan dominan sementara, B dan C mewakili kumpulan etnik minorit.
Contoh yang dapat dilihat di Malaysia adalah dengan adanya komuniti seperti Baba
Nyonya, Samsam dan Jawi Peranakan yang melibatkan percampuran antara orang Cina,
Siam dan India dengan Melayu.

Adat budaya masyarakat Baba dan Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur
antara pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan di
Melaka. Baba dan Nyonya mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan,
pakaian dan juga makanan. Etnik ini turut mengamalkan sifat-sifat dan tingkah laku wanita
Melayu seperti peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu petang.

2
Percampuran budaya dan adat di antara masyarakat Melayu dan Cina dalam etnik Baba
dan Nyonya telah membuktikan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut,
malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Seterusnya, komuniti Samsam ialah komuniti yang menetap di bahagian utara di


Semenanjung Malaysia. Menurut Azman Wan Chik (1968), Samsam ialah orang Melayu
Islam yang datang dari Thailand ke utara Semenanjung Malaysia. Orang Siam yang
berorientasikan Melayu dikenali sebagai Samsam Melayu yang bermaksud orang Siam
yang masuk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu tetapi rohaninya masih kekal
Siam walaupun keturunannya akan menjadi Islam sepenuhnya.

Istilah Jawi secara khusus dalam bahasa Melayu bersangkut paut dengan agama
Islam. Misalnya, dalam kalangan orang Melayu terdapat ungkapan masuk jawi bermaksud
aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu di Malaysia. Kedua, wujud istilah
seperti masuk jawi iaitu masuk Islam. Berdasarkan kedua-dua perkara tersebut dan
disebabkan agama Islam sudah dijadikan jati diri penutur bahasa tersebut maka sebab itu
orang Islam dirujuk sebagai orang Jawi (Noriah Mohamed, 1999). Apabila istilah jawi
dicantumkan dengan peranakan, yang maksudnya merujuk kepada orang asing yang
mempunyai darah campuran Melayu dan beragama Islam.Huraian ini bertepatan dengan
definisi Jawi Peranakan yang merujuk kepada orang Melayu berdarah campuran seperti
Arab, India, Benggali, Punjabi dan Gujerati (Zaharah Mahmud, 1972). Istilah ini mula
digunakan pada tahun 1871 dalam Laporan Tahunan Banci Penduduk Negeri-Negeri
Selat. Pembentukan awal komuniti ini bermula dengan adanya perkahwinan campur
antara lelaki Arab, India Islam dan Gunjerati dengan wanita Melayu tempatan dan sudah
berlaku sekian lama di gugusan pulau Melayu dan di Tanah Melayu. Pada hari ini, rata-
rata kebudayaan masyarakat Jawi Peranakan kian terserap oleh nilai dan norma Melayu,
malah masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang telah dibudayakan sepenuhnya oleh
budaya Melayu dari segi bahasa, adat resam perkahwinan, makanan dan sebagainya.

2.3 Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses pembudayaan iaitu setiap kumpulan masyarakat


bercampur dan membentuk sebuah identiti ras baru. Proses ini dinyatakan dalam bentuk
formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili
amalgamasi iaitu satu kumpulan masyarakat yang baru terhasil daripada penyatuan A, B
dan C.

3
Perkahwinan campur adalah salah satu cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi. Masyrakat majmuk di Malaysia merupakan kesan daripada perkahwinan
campur di Malaysia. Selain itu, generasi yang lahir dari perkahwinan campur tidak akan
bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya-budaya yang lain.

Seterusnya, contoh yang dapat menggambarkan amalgamasi selain perkahwinan


campur ialah projek Sekolah Wawasan yang telah diimplementasikan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan
belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.
Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah
sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

2.4 Akomodasi

Akomodasi adalah proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain serta masih mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmoni dan menghormati
antara satu sama lain. Konsep ini diamalkan di Malaysia iaitu setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni. Sebagai
contoh, di Malaysia, meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan,
namun demikian bahasa-bahasa lain juga masih boleh digunapakai selagi ia tidak
bertentangan dengan prinsip perlembagaan. Selain itu, proses akomodasi juga boleh
dilihat melalui majlis rumah terbuka perayaan yang dihadiri oleh semua kaum.

3.0 Penutup

Tugasan Kebudayaan Kebangsaan kali ini yang berkaitan konsep akomodasi, amalgamasi,
akulturasi dan asimilasi agak kompleks untuk dihuraikan kerana setiap konsep mempunyai
elemen yang sama iaitu melibatkan integrasi antara kaum yang berlainan dan hanya dibezakan
dari konteks jenis interaksi, wilayah dan elemen yang terlibat. Oleh yang demikian, aplikasi contoh
bagi setiap konsep kadang-kala mempunyai persamaan dan memerlukan penelitian yang lebih
mendalam sebelum di ambil sebagai contoh. Namun demikian, hasil daripada usaha dan
kesungguhan yang berterusan, tugasan ini berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin
walaupun terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi seperti kekurangan sumber rujukan dan
kekurangan informasi dalam bidang ini yang kadang-kala menyebabkan kekeliruan untuk
mengintepretasikan setiap proses pembudayaan dengan baik.

4
Kefahaman tentang proses pembudayaan di Malaysia ini membolehkan seseorang
individu mendalami bidang ilmu kebudayaan dan mengenali Malaysia secara mendalam lagi.
Secara tidak langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk
keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi
nasional. Melalui kefahaman mengenai proses pembudayaan juga akan memupuk nilai-nilai
murni seperti bertolak ansur dan hormat-menghormati. Oleh yang demikian, nilai-nilai murni ini
akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah
pembinaan generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu serta aman harmoni.

5
Rujukan

Ahmad Yani Manaf. (2005). Sekolah Wawasan Negara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Aziz Deraman. (2010). Pembinaan tamadun Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azman Wan Chik. (1981). Satu kajian leksikal dialek Samsam. Kuala Lumpur. Jabatan
Pendidikan Bahasa Universiti Malaya.

Herskovits, M.J. (1958). Acculturation: The study of culture contact. Gloucester: Peter Smith.

John, B. (1979). Lain-lain kebudayaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kroeber, A.L, Kluckhohn. (1963). Culture: A critical review of concepts and definitions. New York:
Vintage Books.

Mardianah Nordin. (2003). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Noriah Mohamed. (1999). Jawi Peranakan kepada Melayu. Pulau Pinang. Universiti Sains
Malaysia.

Noorsiah. (1998). Pembangunan kebudayaan untuk pembinaan negara dan bangsa. Kuala
Lumpur. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (2003). Membina Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur. Jabatan
Perpaduan Negara.

Shawal. (1994). Busana Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Sidi, G. (1963). Pengantar kebudayaan sebagai ilmu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ting Chew Pen. (1983). Hubungan ras dan etnik, suatu pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Wan Mohd Nor. (2001). Pembangunan di Malaysia: Ke arah satu kefahaman baru yang lebih
sempurna. Kuala Lumpur. Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).

Zaharah Mahmud. (1972). The population of Kedah. Journal of South East Asia Studies, 3(2),
201.