Forum 5

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam pensejarahan Barat, terdapat dua sejarawan Yunani yang sangat terkenal iaitu
Herodotus dan Thucydides. Tujuan penulisan kedua-dua tokoh ini adalah untuk menerangkan
asal-usul dan untuk merekod sejarah bagi generasi yang akan datang. Oleh itu, tokoh-tokoh ini
telah menggunakan beberapa jenis kaedah penulisan sejarah dan kaedah tersebut masih
digunakan sehingga hari ini.

Antara kaedah penulisan yang digunakan oleh Herodotus adalah beliau telah
mengembara bagi mendapatkan sumber-sumbernya. Dalam hal ini beliau membuat sesuatu
kajian penulisan adalah mencari sumber-sumber untuk membuat penulisan sejarah. Contohnya,
beliau mengembara ke negara-negara luar untuk mengkaji Perang Parsi di Mesir, Syria dan
sebagainya. Dengan kaedah penulisan sejarah yang digunakan oleh Herodotus masih digunakan
oleh ahli sejarawan masa kini dengan mencari bukti daripada sumber-sumber primer dan
sekunder untuk membuat sesuatu penulisan.

Manakala, kaedah yang digunapakai oleh Thucydides pula telah mengunjungi medan-
medan pertempuran dan beliau lebih mengikut aliran Hippocrates untuk memerhatikan sendiri
fenomena-fenomena yang berlaku bagi mengesan sifat dan kesannya. Mereka juga mengunakan
kaedah temuduga dengan saksi-saksi kejadian dengan memeras ingatan saksi bagi menguji
kebenaran sesuatu bukti itu. Sebagai contoh Herodatus telah mendapat maklumat tentang adat
resam, kepercayaan , sejarah dan perayaan pendudukan tempatan dari paderi-paderi di Mesir dan
Babylonia. Thucydides juga telah menemui para pemimpin Athens dan menemui rakan-rakan
tenteranya.. Kedua-dua tokoh ini bersetuju bahawa sumber lisan adalah lebih bernilai daripada
sumber bertulis kerana sumber bertulis bisu dan sukar disoal balik. Thucydides telah
menggunakan kaedah kronologi sehingga hari ini. Beliau juga menggunakan kaedah kronolgi
dalam penulisan karyanya iaitu Peloponesian War atau Sejarah Perang Peloponesia.

Apa yang menjadi kepastian ialah kaedah kritikan ini maseh digunapakai dalam
penulisan sejarah yang telah dilakukan oleh Thucydides terhadap karya Herodotus juga masih
digunakan sehingga kini. Thucydides yang mengkritik tentang penggunaan unsur-unsur mitos
dan lagenda dalam penulisan sejarah Herodotus kerana menganggap bahawa unsur tersebut bole
menyebabkan penulisan sejarah mengandungi tokok tambah dan penulisan sejarah itu harus
bersifat objektif menurut Thucydides. kaedah ini masih digunakan sehingga kini dan telah
dilakukan penambahbaikan oleh ahli sejarah dengan mewujudkan kritian dalaman dan luaran
dalam penulisan sejarah.

Kesimpulannya, kaedah yang digunakan oleh Herodotus dan Thucydides masih


digunakan oleh para sejarawan pada masa kini. Kaedah sememangnya dapat membantu para
sejarawan untuk menghasilkan penulisan sejarah yang baik tanpa memasukkan unsur mitos,
dongeng dan legenda.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai