Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pentaksiran bermaksud perihal manaksir.


Menurut Panduan Pelaksanaan Pentakasiran Bilik Darjah (2018) pula, Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan
penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.

Topik yang saya pilih adalah topik Ruang yang merupakan topik 7 bagi mata
pelajaran Matematik Tahun 2.Pentaksiran yang dilakukan oleh saya adalah
pentaksiran formatif. Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid
dalam sesuatu topik. Maklumat keputusan akhir dapat digunakan untuk
menambahbaikan PdP guru. Kuiz merupakan kaedah pentaksiran yang digunakan
oleh saya. Kuiz tersebut akan diadakan selepas murid mempelajari topik Ruang.
Antara jenis ujian yang saya memilih adalah Ujian Objektif. Menurut Arsaythamby
Veloo (2011) , Ujian Objektif mempunyai objektiviti yang tinggi kerana jawapan bagi
setiap pilihan diberikan hanya satu jawapan sahaja. Pendapat ini juga disokong
daripada Popham (2000) yang mengatakan jenis item ini mempunyai keobjektifan
yang tinggi berbanding dengan item berstruktur dan esai. Item-item yang telah saya
menggunakan adalah seperti item betul-salah, item padanan dan isi tempat kosong.
Item betul-salah merupakan ujian yang memerlukan pelajar untuk memilih jawapan
daripada dua pilihan sahaja seperti saya menggunakan Ya atau Tidak. Item ini sesuai
untuk.mentasir pengetahuan fakta dan kefahaman untuk murid tahap bawah seperti
tahun dua. Ia dapat dipercayai kerana diskor secara objektif. Item padanan pula
merupakan ujian untuk mengukur kemampuan murid mengenal pasti perkaitan antara
dua fakta. Isi tempat kosong adalah item yang memerlukan murid mengemukakan
jawapan sendiri. Kelebihan dan fungsi item-item yang telah diterangkan merupakan
alasan saya memilih Ujian Objektif tersebut.
2.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Sebagai langkah pertama membentuk JSU, saya telah menyenaraikan sub -topik
untuk Ruang yang hendak diuji dan masa yang digunakan untuk mengajarkan sub-
topik tersebut. Semua sub-topik yang saya senaraikan adalah terdapat daripada
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 2.

Bil Sub-Topik Masa untuk Mengajar


1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan 1.5 Jam
huraian ciri-cirinya
2 Mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk tiga 1.5Jam
dimensi
3 Mengenal pasti pelbagai bentangan bentuk tiga 2Jam
dimensi
4 Mengenal pasti pasti bentuk dua dimensi 1.5Jam
berdasarkan huraian ciri-cirinya
5 Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi .1.5 Jam
6 Menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi 2 Jam
harian

Seterusnya, peruntukan markah bagi setiap soalan yang hendak diuji oleh saya
berdasarkan masa untuk pengajaran dan kepentingannya.

Bil Sub-Topik Masa untuk Peratus Peratus


Mengajar Markah Markah
Muktamad
1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi 1.5 Jam 1.5 15
× 100
berdasarkan huraian ciri-cirinya 10
= 15
2 Mengenal pasti bentuk asas bagi 1.5 Jam 1.5 15
× 100
bentuk tiga dimensi 10
= 15
3 Mengenal pasti pelbagai bentangan 2 Jam 2 20
× 100
bentuk tiga dimensi 10
= 20
4 Mengenal pasti pasti bentuk dua 1.5 Jam 1.5 15
× 100
dimensi berdasarkan huraian ciri- 10
= 15
cirinya
5 Melukis bentuk asas bagi bentuk .1.5 Jam 1.5 15
× 100
dua dimensi 10
= 15
6 Menyelesaikan masalah yang 2 Jam 2 20
× 100
melibatkan situasi harian 10
= 20
Jumlah 10 100

Selepas itu, saya telah menentukan aras kemahiran untuk sub-topik mengikut aras
Taksonomi Bloom, iaitu mengingati, memahami dan mengaplikasi. Saya juga memilih
tahap kesukaran berdasarkan ujian norma, iaitu 25% soalan mudah, 50% soalan
serderhana dan 25% soalan sukar. Jenis ujian yang saya pilih adalah ujian objektif
iaitu item betul-salah, item padanan dan isi tempat.

Bil Sub-Topik Masa untuk Peratus Kiraan Jumlah


Mengajar Markah Item
1 Mengenal pasti bentuk tiga 1.5Jam 15 15 5
× 30
dimensi berdasarkan huraian ciri- 100
= 4.5
cirinya
2 Mengenal pasti bentuk asas bagi 1.5Jam 15 15 5
× 30
bentuk tiga dimensi 100
= 4.5
3 Mengenal pasti pelbagai 2Jam 20 20 5
× 30
bentangan bentuk tiga dimensi 100
=6
4 Mengenal pasti pasti bentuk dua 1.5Jam 15 15 5
× 30
dimensi berdasarkan huraian ciri- 100
= 4.5
cirinya
5 Melukis bentuk asas bagi bentuk .1.5 Jam 15 15 4
× 30
dua dimensi 100
= 4.5
6 Menyelesaikan masalah yang 2 Jam 20 20 6
× 30
melibatkan situasi harian 100
=6
Jumlah 100 30
Jadual dibawah merupakan Jadual Sepesifikasi Ujian Kuiz Matematik: Ruang
Tahun 2. yang dihasilkan.

Aras Kemahiran Jumlah Wajaran

Mengingati

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta
Item (%)
Bil
Sub-Topik

1 Mengenal pasti bentuk tiga 4 1 5 15


dimensi berdasarkan huraian
ciri-cirinya
2 Mengenal pasti bentuk asas 5 5 15
bagi bentuk tiga dimensi

3 Mengenal pasti pelbagai 5 5 20


bentangan bentuk tiga dimensi

4 Mengenal pasti pasti bentuk 4 1 5 15


dua dimensi berdasarkan
huraian ciri-cirinya
5 Melukis bentuk asas bagi 4 4 15
bentuk dua dimensi
6 Menyelesaikan masalah yang 3 3 6 20
melibatkan situasi harian

Jumlah 18 9 3 - - - 30 100

(Jadual Sepesifikasi Ujian Kuiz Matematik: Ruang Tahun 2)

Instumen pentaksiran (Kuiz Matematik Tahun 2: Ruang) ,rubrik pemarkahan dan


skema jawapan juga saya hasilkan dan dilampirkan. Untuk pemarkahan , setiap
jawapan betul yang dikemukan oleh pelajar akan diberikan 1 markah. Tahap
penguasaan pelajar akan dikategori berdasarkan pengumpulan markah keseruluhan
kuiz. Kelemahan pelajar dalam menguasakan sesuatu bahagian kuiz ataupun sub-
topik tertentu juga dapat ditaksir melalui jawapan yang dikemukakan berpandukan
skema jawapan yang ditetapkan.
3.0 Analisi dan Interprstasi Data

Berdasarkan taburan markah yang didapatkan, saya telah membinakan satu


Jadual 1 untuk memproseskan data dalam bentuk sesuai digunakan.

Bil Skor Kekerapan


1 40 1
2 41 2
3 42 4
4 43 5
5 44 6
6 45 8
7 46 9
8 47 6
9 48 5
10 49 4
(Jadual 1)

Dengan adanya Jadual 1, saya telah menghasilkan graf garis (Graf 1) yang bertajuk
Keputusan Kuiz Matematik Tahun 2: Ruang. Untuk menganalisiskan data berdasarkan
taburan markah didapati, ukuran kecenderungan memusat seperti min, mod dan
median perlu dicari terlebih dahulu. Dengan penggunaan cara data tidak terkumpul ,
saya telah memperoleh nilai ukuran kecenderungan memusat tanpa melakarkan graf.
Pertama sekali, mod merujuk skor yang paling kerap daripada daripada satu set.
Melalui pemerhatian daripada Jadual 1, skor 46 didapati mempunyai kekerapan yang
paling banyak iaitu 9 . Sebagai sokongan tambahan, Graf 1 juga menunjukkan hasil
yang sama iaitu skor 46 berada pada titik yang tertinggi. Nilai mod ini telah memberi
gambaran yang kasar mengenai skor yang berkekerapan tinggi dalam ujian.

Seterusnya, min membawa maksud purata skor dalam sesuatu data. Cara
pengiraan untuk min adalah menjumlahkan semua skor dan dibahagi dengan bilangan
skor. Melalui pengiraan formula, nilai min adalah 45.22. Ini membawa maksud skor
purata yang diperoleh musanabah kerana berada dalam lingkungan skor yang wujud.
Pengiraan untuk mencari min adalah menggunakan formula seperti dibawah.
∑𝑥
Min,𝑥̅ = 𝑁

Dengan,

𝑥̅ = Min

∑ 𝑥 =Jumlah Skor Individu

N = Bilangan skor

(40×1)+(41×2)+(42×4)+(43×5)+(44×6)+(45×8)+(46×9)+(47×6)+(48×5)+(49×4)
Min, 𝑥̅ =
50

1487
=
50

= 45.22

Di samping itu, median adalah skor di tengah dalam sesuatu set skor. Untuk
mencarikan median, skor-skor yang terdapat perlu disusun terlebih dahulu mengikut
urutan naik seperti Rajah 1. Apabila bilangan skor adalah genap, nilai purata kedua-
dua skor diambil. Median untuk taburan markah ini ialah 45. Median sering kali
digunakan sekiranya terdapati nilai min adalah skor terlampau. Dalam kes taburan
markah ini, median dan min sesuai digunakan memproses skor kerana tidak berlaku
kes skor terlampau yang menghasilkan julat min dan median yang kecil.

40,41,41,42,42,42,42,43,43,43,43,43,44,44,44,44,44,44,45,45,45,45,45,45,45,
45,46,46,46,46,46,46,46,46,46,47,47,47,47,47,47,48,48,48,48,48,49,49,49,49

45+45 90
Median= = = 45
2 2

Tambahan pula, saya juga mencari sisihan piawai iaitu ukuran yang berkaitan
dengan sebaran satu set skor. Sisihan piawai dapat membantu guru mendapat
gambaran yang jelas tentang perbezaan jular skor tertinggi dan terendah. Ia adalah
lebih sesuai daripada proses skor tertinggi terus ditolak oleh skor terendah kerana
mengambil kira skor semua murid. Melalui pengiraan Jadual 2 yang dibina, saya
mendapat sisihan piawei untuk set skor ini adalah 2.27. Ini bermaksud tahap
penguasaan seluruh kelas dalam ujian ini adala lebih kurang sama
𝑥 𝑓 (𝑥 − 𝑥̅ ) (𝑥 − 𝑥̅ )2 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
40 1 -5.22 27.2484 27.2484
41 2 -4.22 17.8084 35.6168
42 4 -3.22 10.3684 41.4736
43 5 -2.22 4.9284 24.642
44 6 -1.22 1.4884 8.9304
45 8 -0.22 0.0484 0.3872
46 9 0.78 0.6084 5.4756
47 6 1.78 3.1684 19.0104
48 5 2.78 7.7284 38.642
49 4 3.78 14.2884 57.1536
N = 50 ∑ = 258.58

(Jadual 2)

∑ 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )
𝜎=√
𝑁

Dengan,

𝜎 = Sisihan piawei

𝑥̅ = Min

𝑥 = Skor

𝑓 = Kekerapan

N = Bilangan

∑ 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ ) 258.58
𝜎=√ =√ = 2.27
𝑁 50
Pentaksiran dalam bilik darjah akan memberikan impak positif ke pada kualiti PdP
guru. Antara impak positif adalah guru mengetahui pencapaian hasil pembelajaran.
Melalui keputusan yang didapati, kebanyakan murid telah menguasai tajuk berkenaan
dangan mendapat sekurang-kurangnya 40 markah daripada 50 markah penuh. Ini
juga menjelaskan keberkesanan PdP yang dilaksanakan oleh guru. Selain itu, guru
juga dapat meningkatkan tahap kesukaran soalan secara rasional. Tindakan ini dapat
dilakukan disebabkan murid-murid sudah berkemampuan dalam topik berkenaan.
Kesan tindakan tersebut adalah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
murid dalam topik tersebut. Di samping itu, murid juga akan lebih aktif melibatkan diri
dalam sesi PdP. Ini disebabkan mereka telah mendapat motivasi selepas memperoleh
skor tinggi dalam ujian. Secara tidak langsung, PdP yang dijalankan oleh guru akan
menjadi lancar dan berkesan. Penerapan pengetahuan dan kemahiran untuk murid
juga menjadi mudah disebabkan suasana pembelajaran kelas yang baik. Tambahan
pula, guru juga dapat mengenal pasti pelajar yang menguasai sepenuhnya dalam topik
tersebut. Buktinya, pelajar yang mempunyai skor yang lebih daripada 48 dan ke-atas
merupakan pelajar yang memguasi topik berkenaan. Guru dapat melantikkan mereka
menjadi rakan bimbingan untuk rakan yang belum menguasai topik tersebut
sepenuhnya. Melalui cara bimbingan pengetahuan dan kemahiran murid akan
meningkat disebabkan pengalaman membimbing rakan lain. Keadaan akan
menyebabkan guru lebih forkus dengan pemulihan kepada pelajar yang belum
menguasai topik berkenaan.

4.0 Penutup

Sebagai rumusan, pentaksiran merupakan tindakan penting dalam pembelajaran


murid dan pengajaran guru. Tanpa kewujudan pentaksiran, PdP di bilik darjah sudah
pasti akan hilang panduan lalu menjejaskan keseluruhan pembelajaran murid. Oleh
itu, para guru disarankan untuk menguasai kemampuan pentaksiran agar dapat
memajukan alam pendidikan di Malaysia.
5.0 Rujukan

Arsaythamby Veloo (2011). Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam

Pembelajaran. Journal of Governance and Development, 7,8-15.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia(2016). Kurikulum Standard Sekolah Remdah

Matermatik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 2. Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik

Darjah. Diperolehi pada16 Mac 2019 daripada https://jpnperlis.moe.gov.my/ms-


my/berita/hebahan/14-panduan-pelaksanaan-pentaksiran-bilik-darjah-2018.pdf

Popham,W.J.(2000). Modern educational measurement: Practical guidelines for

educational leaders (3 ed.)Boston: Allyn and Bacon.


6.0 Lampiran
Keputusan Kuiz Matematik Tahun 2: Ruang
10
9
8
7
Kekerapap

6
5
4
3
2
1
0
40 41 42 43 44 45 46 47 48 49
Skor

(Graf 1)
(Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran)

Anda mungkin juga menyukai