Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan:

“Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah
Kemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan
semula jadi. Kepintaran akal atau ‘intelligent’ tidak bererti mempunyai
kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.”
(Wan Mohd Zahid Mohd Noordin:1993, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian)

Definisi & Tujuan Kemahiran Berfikir:

1 Nordin Tahir, IPIP


George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah
dan pelakuan semula jadi yang kompleks.

Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran


lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,
malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.

Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-


operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif
seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan
dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti
mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami
sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)

Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses


menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan
masalah.

2 Nordin Tahir, IPIP


John Barell(1991) “…. I define thinking as a search for meaning and
understanding that can involve the adventurous generation of options, the
attempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the proses.”
(merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secara
logik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran
yang dilalui).

Rumusan Definisi & Tujuan:


“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif
terhadap proses yang dialami”

Budaya Berfikir dapat dipupuk jika:


• KBKK diajar secara eksplisit; diaplikasikan oleh murid
• KBKK disepadukan dan disebatikan dalam aktiviti P & P
• KBKK diajar bersama isi pelajaran
• KKKK digunakan untuk memikirkan tentang apa yang dipelajari

3 Nordin Tahir, IPIP


Pelbagai Proses Kemahiran Berfikir:

KEMAHIRAN BERFIKIR

KREATIF
•Menjana idea
•Menghubung kaitkan KRITIS
MENAAKUL •Mencirikan
•Membuat inferens
•Logik •Membandingkan &
•Meramalkan
•Rasional •Membezakan
•Membuat hipotesis
•Mensintesiskan •Mengumpul & mengelaskan
•Mengitlak •Membuat urutan
•Membuat gambaran STRATEGI •Menyusun mengikut urutan
mental BERFIKIR •Menganalisis
•Menganologikan •Mengkonsepsikan•Mengesan kecondongan
•Mereka cipta •Menyelesaikan •Menilai
masalah •Membuat keputuan
•Membuat
keputusan

Kemahiran Berfikir:

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan


masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea, membuat
kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan
untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar. Proses penyusunan
maklumat, konsep atau idea melibatkan penggunaan pandangan, gambaran,
simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.

Terdapat tiga peringkat pemikiran)


concrete thinking (Pemikiran konkrit)
abstract thinking (Pemikiran abstrak)
creative thinking (Pemikiran kreatif)

4 Nordin Tahir, IPIP


Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir
secara analitis, kritis dan rasional didapati drp Cort Thinking Programme oleh Dr.
Edward de Bono. Kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan
melalui teknik-teknik perbincangan kumpulan dan penyelesaian masalah.
Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas
mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi
murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar
menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan
sanggup menghadapi cabaran hidup serta menjadi insan yang berguna untuk
pembangunan Negara.
Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara
profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif
dengan menghayati ciri kemahiran berfikir dan berusaha menguasainya dengan
baik terutamanya dalam membuat sebarang keputusan.

Tujuan Penyebatian Strategi KBKK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:


untuk membolehkan pelajar:
a) mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak,
b) mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran berfikir
secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
c) menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif,
d) mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,
kabur, dan sempit,
e) meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan
intelek mereka,
f) bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,
g) membina keyakinan diri untuk berhujah, membuat pertimbangan
berdasarkan dan bukti, serta alasan berani memberi pandangan dan kritik.

5 Nordin Tahir, IPIP


Meningkatkan Kualiti Berfikir:
Beri peluang latihan dan aktiviti:
1. Perbincangan dan menjana idea
2. Membuat keputusan secara teliti, bijak dan bertanggungjawab
3. Penyusunan grafik idea berpusat; peta minda
4. Penyusunan grafik idea

Berfikir Secara Kritis

- Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan


menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran
sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan
mendorong ke arah pertimbangan yang baik.
- Melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan
keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan.
- Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat
untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

6 Nordin Tahir, IPIP


Contoh Berfikir Secara Kritis:
a) membanding dan membeza
b) membuat kategori / klasifikasi
c) menerangkan sebab
d) menentukan sumber yang dipercayai
e) membuat ramalan
f) meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
g) mengusul periksa andaian
h) membuat inferens
i) menilai sesuatu
j) membuat generalisasi

Berfikir Secara Kreatif:

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan


menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak
terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah,
dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.

Pemikiran Kreatif:
Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi
inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan
baru.

Contoh Berfikir Secara Kreatif:

a) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai


(baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )
b) mencipta analogi
c) mencipta metafora
d) membuat definisi
e) membuat hipotesis
f) membuat peta konsep

7 Nordin Tahir, IPIP


Cara Mengembangkan Dan Meluaskan Idea (Alex Osborn:1963)

• Ubahkan (modify)
• Kecilkan (minify)
• Besarkan (magnify)
• Gantikan (substitute)
• Atur Semula (rearrange)
• Terbalikkan (reverse)
• Gabungkan (combine)

Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

• Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya terkandung dalam kedua-dua


domain KBKK (pemikiran kritis dan kreatif) .

Hemisfera Otak:

Fungsi Hoki:
• Logik
• Analitis
• Urutan
• Bahasa
• Matematik
• Linear
Fungsi Hoka
• Kreatif
• Sintesis
• Global
• Bentuk,corak pola, ruang
• Lukisan, rentak, muzik
• Imej, visual, gambar, imaginasi

8 Nordin Tahir, IPIP


9 Nordin Tahir, IPIP
10 Nordin Tahir, IPIP
11 Nordin Tahir, IPIP
Pengurusan Grafik

• Membanding Dan Membeza


• Mengkategori / Klasifikasi
• Menerangkan Sebab
• Meneliti Bahagian Kecil Dan Keseluruhan
• Membuat Ramalan
• Membuat Inferens
• Menjana Idea
• Membuat Sekuens
• Mencipta Analogi

12 Nordin Tahir, IPIP


• Mencipta Metafora
• Membuat Keputusan
• Mengesahkan Sumber Maklumat
• Menyelesaikan Masalah

Alat Berfikir CoRT 1:

Cognitive Research Trust – CoRT 1


– Menggalakkan individu berfikir secara meluas

• PMI – Plus, Minus, Intersting


• CAF – Consider All Factors
• C & S – Consequence & sequel
• OPV – Other people’s view
• FIP – First Important Priorities
• AGO – Aim, Goals & Objectives
• APC – Alternatives, Possibilities & Choices

Mengaplikasi KBKK dalam P & P:

• What?
• Who?
• When?
• Where?
• How?

KBKK Dalam P & P

Penyebatian :
- Dalam pengenalan
- Dalam bahan dan aktiviti
- Dalam refleksi dan metakognitif
- Dalam pengukuhan
- Dalam aplikasi
- Dalam beberapa langkah P & P

Cara Penyebatian:

Cara 1
• Kenal Pasti Komponen
• Tajuk Pelajaran/ Tema
• Bahan
• Kbkk

13 Nordin Tahir, IPIP


Cara 2
• Kenal Pasti Kbkk
• Komponen,tema & Tajuk Pelajaran
• Bahan

14 Nordin Tahir, IPIP