Anda di halaman 1dari 3

1) TERJEMAHAN HASYIAH QALYUBI WAUMAIRAH

Kitab ini sebenarnya merupakan gabungan dua buah kitab yang disusun oleh dua
orang tokoh ulama mazhab Syafi’I yang terkenal, iaitu;

1. Kitab Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin,


karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-
Qalyubi al-Mishri (1069H). Beliau terkenal dengan gelaran al-Qalyubi.

2. Kitab Hasyiah ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin,


karya Imam Syihabuddin Ahmad al-Burullusi al-Mishri (907H). Beliau
terkenal dengan gelaran ‘Umairah.
Kedua-dua kitab ini merupakan dua buah hasyiah (komentar) bagi kitab Syarh al-
Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin atau judul asalnya “ Kanz al-Raghibin Syarh
Minhaj al-Thalibin ”, iaitu karya al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Muhammad bin
Ahmad al-Mahalli al-Syafi’i (864H). Beliau menyusun kitab ini sebagai syarah
(huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin, karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin
Syaraf al-Nawawi (). Seorang tokoh ulama terkenal yang menjadi rujukan utama
dalam mazhab al-Syafi’i.

Semenjak berlakunya penyatuan antara dua buah kitab ini dalam penerbitannya,
seolah-olah kedua-duanya hanyalah satu kitab. Dalam beberapa cetakan kedudukan
Hasyiyah al-Qalyubi biasanya diletakkan di atas Hasyiyah ‘Umairah. Tidak diketahui
secara pasti siapa yang memulakan idea penyatuan dua hasyiah ini. Termasuk motif
di sebalik penyatuan tersebut dan mengapa dipilih kedua hasyiah ini. Setelah melalui
proses pencarian dari berbagai sumber, agaknya belum ada satu pun sumber yang
berupaya memberikan sedikit cahaya agar jawapan-jawapan yang masih cukup gelap
itu sedikit terang dan terbuka. Tulisan ini tidak lebih dari sekadar mencuba
menemukan jawapan bagi semua pertanyaan tersebut, yang semoga boleh
memberikan sedikit titik terang.

Kalau kitab Minhaj al-Thalibin dengan syarahnya Kanz al-Raghibin ini diterbitkan
tanpa kedua hasyiah tersebut, barangkali cukup satu jilid saja yang diperlukan. Tapi
dengan adanya tambahan kedua-dua syarah tersebut, beberapa penerbit
mengeluarkannya dalam bentuk empat jilid relatif tebal-tebal yang masing-masing
jilidnya sekitar 370 hingga 440 halamannya.

Dari empat jilid tersebut, berikut disebutkan tema kitab dan babnya;

Jilid 1 : Muqaddimah sampai kitab al-Janaiz


Jilid 2 : Kitab al-Zakat sampai kitab al-Wakalah
Jilid 3 : Kitab al-Iqrar sampai kitab al-Thalaq
Jilid 4 : Kitab al-Raj’ah sampai kitab Ummhat al-Aulad

Kandungan kedua-dua Hasyiah

Kandungan tema kedua-dua hasyiah tersebut sudah tentu relatifnya sama. Tema
penulisan dan sistematik penyusunannya mengikuti tema-tema kitab Minhaj al-
Thalibin sebagai matan dan Kanz al-Raghibin sebagai syarah. Perkara yang
membezakan antara kedua-dua hasyiah tersebut adalah aspek kuantiti dan juga
kualiti kedua-duanya.

Dari aspek kuantiti, Hasyiah al-Qalyubi lebih banyak mengandungi isi penjelasan.
Kerana sebagaimana dikatakan sendiri oleh penulisnya, bahawa dalam hasyiahnya -
beliau mengumpulkan keterangan dari pelbagai kitab hasyiah bagi Kanz al-Raghibin
dan juga berbagai kitab hasyiah bagi kitab syarah Minhaj al-Thalibin yang lain.

Selain itu, dalam hasyiah al-Qalyubi ini terdapat pemilihan pendapat yang mu’tamad
setelah memaparkan beberapa pendapat yang ada. Hal lain yang boleh kita dapati
dalam Hasyiah al-Qalyubi adalah terdapatnya diskusi fiqh atas beberapa
argumentasi pendapat masing masing. Hanya saja kebanyakan pendapat-pendapat
tersebut tidak disandarkan kepada para pemiliknya. Dan hal ini, ternyata memang
disengajakan oleh penulis dengan tujuan mempermudah dan mempersingkat isi
hasyiah.

Sedangkan apa yang ditulis oleh ‘Umairah dalam hasyiahnya, isi kandungannya
relatif lebih singkat dan hanya mengomentari perkara-perkara yang dianggap perlu
saja. Maka dari sisi penjelasan yang konfrehensif, Qalyubi boleh dikatakan lebih
unggul. Hal ini boleh difahami mengingat masa hidup Amirah yang lebih dahulu
daripada al-Qalyubi. Di mana, pada zaman Amirah jumlah hasyiah atas kitab-kitab
syafi’i tentu saja belum sebanyak zaman al-Qalyubi. Sehingga al-Qalyubi lebih
memiliki banyak bahan untuk dikaji daripada ‘Umairah. Bahkan sangat mungkin
sekali hasyiah ‘Umairah adalah salah satu bahan kajiannya al-Qalyubi.

Antara kedua-dua Penulis

Dari sumber-sumber yang terbaca, meski mereka berdua adalah termasuk fuqaha
Syafi’iyyah dari Mesir, - hanya perbezaan wilayah (‘Umairah berasal dari al-
Burullus, sedangkan al-Qalyubi dari wilayah Qalyub) – namun, tidak ada satupun
maklumat yang menyebutkan bahawa mereka berdua pernah bertemu, baik sebagai
guru murid, atau teman seperjuangan dalam menuntut ilmu.

Sebagai ulama yang sama-sama faqih, mereka berdua sama-sama memiliki warisan
intelektual dalam bidang fiqih dan ushul fiqih. Lagi-lagi mereka memiliki sebuah
kesamaan. Rata-rata karya mereka adalah sama-sama berbentuk hasyiyah baik
dalam fiqih maupun ushul fiqih.

Mengingatkan selisih antara tahun wafat mereka berdua memang cukup jauh
zamannya. iaitu sekitar satu abad dua belas tahun. Maka tidak mungkin,
disimpulkan bahawa penyatuan kedua hasyiah tersebut adalah atas kesepakatan
kedua-dua penulisnya.

Menurut pendapat para ulama tentang kedua-dua tokoh ini, ‘Umairah mendapat
kedudukan tinggi dan unggul sebagai ulama rujukan dalam mazhab Syafi’i
berbanding al-Qalyubi. Dalam banyak kesaksian para fuqaha Syafi’iyyah -meski
sama-sama faqih- ‘Umairah memiliki posisi penting dalam legaliti fatwa-fatwa ulama
Syafi’iyyah berbanding al-Qalyubi.
al-Zirikli misalnya, dengan mengutip pendapat Najmuddin al-Ghazzi mengatakan
bahawa pada fiqh ‘Umairah lah kepemimpinan tahqiq mazhab Syafi’i bermuara.
Selain itu, ketika menyebutkan para fuqaha mu’tabar yang fiqihnya dijadikan
sandaran berfatwa, para ulama menyebutkan nama ‘Umairah dan para pemilik
syarah dan hasyiah yang lain tanpa menyebutkan Qalyubi. Padahal Hasyiyah al-
Qalyubi selalu hidup bersama berdua dengan Hasyiyah ‘Umairah.

Antara ulama yang menyatakan demikian misalnya Syaikh Alawi ibn Ahmad al-Sagaf
(w. 1335 H) dalam al-Fawaid al- Makkiyah dan juga Syaikh Muhammad ibn
Sulaiman Al Kurdi (w.1194 H) dalam al-Fawaid al-Madaniyah. Perkara ini jiga
diikuti kemudiannya oleh Syaikh Dr. Ali Jum’ah dalam salah satu pembahasan
dalam kitabnya tentang mazhab.

Barangkali dari paparan di atas, boleh ditarik kesimpulan bahawa Hasyiah al-
Qalyubi memiliki keunggulan dalam kelengkapannya menjelaskan Kanz Ar Raghibin
dari banyak sisi dan juga memiliki rujukan yang jauh lebih kaya, bahkan boleh jadi
Hasyiah ‘Umairah adalah salah satu rujukannya.

Sedangkan Hasyiyah’ Umairah memiliki keunggulan dari sisi penulisnya yang


termasuk dalam jajaran fuqaha mu’tabar sebagai rujukan fatwa dalam lingkungan
mazhab Syafi’i ketika para ulama tidak menemukan jawapan atas suatu persoalan
dari para fuqaha sebelum masa ‘Umairah.

Kemungkinan besar, masing-masing keunggulan berbeza yang dimiliki oleh kedua


hasyiah inilah yang kemudian menjadi latarbelakang disatukannya kedua-dua
hasyiah tersebut dalam satu kitab ketika penerbitannya. Kerana itu, bagi para
pembaca harus cermat saat mengutip pernyataan dalam kitab tersebut. Pembaca
harus memastikan milik siapa pernyataan tersebut, apakah tulisan ‘Umairah ataukah
tulisan al-Qalyubi. Agar nantinya tidak terjatuh dalam kesalahan penyandaran
sebuah pernyataan.

Anda mungkin juga menyukai