Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN


SIDANG AKADEMIK 2016/2017
SEMESTER 2

HGG 250
MASYARAKAT, RUANG DAN ALAM
SEKITAR

SOALAN:
Bincangkan bagaimana pembangunan lesari memberi kesan terhadap
kesejahteraan masyarakat.

PENSYARAH : PROF. DR. ANISAH LEE ABDULLAH


NAMA : SITI SHAHIDA BINTI ABDUL RANI
MATRIK : 130974
WAKTU TUTORIAL : KHAMIS (1.00-2.00 PETANG)
TARIKH HANTAR :12 MEI 2017
1
PENGENALAN

Definisi ringkas Suruhanjaya Brundtland berkenaan dengan pembangunan mampan adalah


sebagai "keupayaan untuk membuat pembangunan mampan untuk memastikan bahawa ia
memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka sendiri" (Robert W. Kates, Thomas M. Parris dan Anthony A.
Leiserowitz, 2015). Terdapat tiga unsur yang terpenting dalam pembangunan lestari iaitu
ekonomi, sosial dan alam sekitar. Menurut laporan Brundtland dan definisi umum
pembangunan mapan, aspek ekonomi, ekologi dan sosial sepatutnya diberi keutamaan yang
sama (Andi Widok, 2009).

Ahli ekonomi cenderung untuk menganggap bahawa objektif ekonomi bagi


pembangunan persekitaran lestari seharusnya menekankan pertumbuhan dan kecekapan tanpa
mengambil kira konsep pengagihan yang. Sementara ahli-ahli sosiologi pula menekankan
objektif sosial seperti persamaan, pembasmian kemiskinan dan kurang menekankan aspek
penyertaan, mobiliti sosial, identiti budaya, pembangunan keinstitusian, kesatuan sosial dan
kuasa. Manakala ahli-ahli ekologi membatasi objektif mereka kepada isu pengurusan sumber
alam tanpa mengambil kira kesepaduan ekosistem, keupayaan menampung, kepelbagaian
biologi dan isu-isu global yang berkaitan dengannya yang seimbang (Fatimah Yusof, Katiman
Rostam, Zikri Muhammad, 2008). Masing-masing mempunyai objektif dan misi tersendiri
dalam mendukung pembangunan yang mampan dan lestari.

Pembangunan lestari amat mementingkan ketiga-tiga elemen tersebut iaitu ekonomi,


sosial dan alam sekitar. Ketiga-tiga komponen ini bertindak menyokong antara satu sama lain
dalam mengekalkan kelestarian negara dalam pelbagai segi untuk mewujudkan negara yang
seimbang merangkumi semua aspek. Hal ini kerana matlamat pembangunan lestari bagi
memastikan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup
masyarakat, penggunaan sumber secara bijaksana dan memastikan pemuliharaan terhadap
alam sekitar dan juga sistem ekologi berada dalam keadaan yang baik (Chamhuri Siwar,
Nasyrah Ahmad dan Sarah Aziz, 2011). Pembangunan lestari ini perlu dilaksanakan dan
digerakkan dalam skala yang besar untuk memberi kesan terhadap kesejahteraan masyarakat
di setiap pelusuk bumi dalam segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Esei ini akan berfokuskan
kepada tiga komponen tersebut dalam menjamin kesejahteraan masyarakat.

2
PEMBANGUNAN MAMPAN: ALAM SEKITAR

Pembangunan mampan alam sekitar merupakan satu sistem yang mengekalkan asas sumber
yang stabil, mengelakkan eksploitasi secara melampau sumber yang boleh diperbaharui atau
fungsi sink alam sekitar, dan pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui hanya setakat
dibuat pelaburan dalam pengganti yang mencukupi (Jonathan Harris, 2000). Malah jika dilihat
daripada perspektif alam sekitar, pembangunan mampan boleh dilihat sebagai penyelenggaraan
daya tahan ekosistem. Malahan konsep kelestarian penggunaan sumber yang tidak boleh
diperbaharui seperti sumber mineral bermaksud penggunaan sumber dalam skala yang tidak
mengancam kepupusan sehingga penemuan dan pembangunan satu sumber alternatif atau
teknologi diperolehi.

Kelestarian alam sekitar merujuk kepada perlindungan terhadap alam sekitar menerusi
proses pembaikan serta pemuliharaan sistem ekologi dan sistem pertahanan kehidupan
(Chamhuri Siwar & Nasyrah Ahmad, 2011). Perkara yang perlu kita fahami adalah untuk
memastikan kelestarian alam semulajadi terpelihara dan melindungi persekitaran supaya
menjadi warisan generasi akan datang. Pada pembangunan lestari alam sekitar, sudah
semestinya menitikberatkan persekitaran fizikal. Misalnya jika di bandar, penduduk menjadi
ejen yang berpengaruh dalam menentukan keadaan alam sekitar seperti melalui penggunaan
kenderaan dan pembuangan sampah rumah tangga (Fatimah Yusof, 2008). Perkara ini jika
dinilai akan memberi kesan terhadap ruang persekitaran kita dan menjejaskan biodiversiti dan
ekosistem sekitar. Oleh itu, jika pembangunan lestari terus-menerus dilaksanakan maka ianya
dapat memberi kesan terhadap kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Jelas atau tidak, tanpa kelestarian alam sekitar untuk menyediakan sumber, ia boleh jadi
susah atau tidak mungkin dibayangkan untuk mempunyai masyarakat yang lestari. Hal ini
bersamaan dengan ekonomi lestari bergantung terhadap sumber kemampanan bahan, tenaga
dan persekitaran serta tanpanya sistem ekonomi akan gagal (John Morelli, 2011). Kelestarian
alam sekitar ini akan memberikan kesejahteraan melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang
ditawarkan oleh alam sekitar. Antaranya adalah memperuntukkan perkhidmatan dan selainnya
memperolehi produk daripada ekosistem termasuk makanan, serat, sumber genetik, biokimia,
perubatan semulajadi, farmasi, air segar dan lain-lain bentuk sumber tenaga (John Morelli,
2011). Seterusnya adalah perkhidmatan yang menyediakan kualiti udara, penapisan air dan
pengurusan sisa. Di samping itu, perkhidmatan dibantu adalah termasuk tanah, fotosintesis,
pengeluar primer, kitaran nutrien dan lain-lain.

Terdapat beberapa prinsip sokongan kemampanan alam sekitar yang diperolehi


pelbagai sumber yang dapat membina pengetahuan yang lebih mendalam terhadap kelestarian
yang dibahagikan dalam lima kategori. Antara kategori utamanya adalah keperluan masyarakat
menghasilkan sebarang benda yang memerlukan generasi akan datang untuk mengekalkan
kewaspadaan. Selain itu merekabentuk dan menghasilkan produk serta perkhidmatan yang
menyumbang kepada ekonomi yang lebih mampan. Kita juga perlu mengkaji sifat persekitaran
bahan-bahan mentah dalam mencipta kelestarian alam sekitar merupakan satu keperluan utama
dalam pemilihan bahan-bahan untuk produk dan perkhidmatan baru.

3
Kategori yang seterusnya yang merupakan prinsip sokongan kemampanan alam sekitar
adalah penjanaan semula kapasiti. Mengekalkan kadar tuaian input sumber yang boleh
diperbaharui dalam penjanaan semula kapasiti sistem semula jadi yang menjana mereka. Di
samping itu, mengekalkan kadar pengurangan input sumber yang tidak boleh diperbaharui di
bawah kadar di mana pengganti bahan boleh diperbaharui dibangunkan. Kategori yang
berikutnya adalah penggunaan semula dan kitar semula. Rekabentuk semula kebolehgunaan
dan kitar semula supaya dapat mengekalkan kemampanan pada tahap yang lebih maksimun.
Prinsip yang seterusnya adalah design (atau reka bentuk semula, sebagaimana yang sesuai)
proses pembuatan dan perniagaan sebagai sistem gelung tertutup (closed-loop systems) dengan
mengurangkan pengeluaran dan memastikan sisa pada tahap sifar.

Kategori yang kelima adalah kekangan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan
generasi waste. Selain itu, menurut Morelli iaitu prinsip Goodland, skala (penduduk x
penggunaan per kapita x teknologi) subsistem ekonomi manusia yang harus dihadkan ke
tahapnya, jika tidak optimum, sekurang-kurangnya dalam kapasiti dibawa olehnya terdapat
kemampanan, Namun prinsip yang diutarakan oleh Moffat ialah membangunkan kriteria
pengangkutan yang mengutamakan mod pengangkutan berimpak rendah kerana hal ini akan
memberikan kesan yang minima terhadap pencemaran alam sekitar menerusi kenderaan.
Beliau juga menyatakan bahawa dekati semua keputusan pembangunan produk dan
pengurusan produk dan pertimbangan sepenuhnya terhadap kesan kepada alam sekitar daripada
produk sepanjang kitaran hayatnya. Jika prinsip ini dilaksanakan, kemampanan alam sekitar
tidak mustahil untuk dicapai dan dapat menjamin kesejahteraan manusia sejagat.

PEMBANGUNAN MAMPAN: EKONOMI

Bukan sahaja daripada segi alam sekitar perlu dititikberatkan dalam pembangunan lestari,
malah dalam aspek ekonomi juga sangat penting. Hal ini adalah kerana ekonomi merupakan
antara bidang yang sangat penting dan merupakan penggerak terhadap sesebuah negara
tersebut. Daripada ekonomi ini jugalah yang akan memberi perkaitan yang sangat rapat
terhadap penggunaan sumber-sumber bumi yang asli. Mengikut Jonathan Harris, konsep
pembangunan mapan melalui aspek ekonomi ditafsirkan sebagai suatu sistem mampan dari
segi ekonomi mesti berupaya untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan secara
berterusan, untuk mengekalkan tahap yang boleh diurus kerajaan dan hutang luar negeri, dan
untuk mengelakkan ketidakseimbangan sektor melampau yang merosakkan pertanian atau
pengeluaran perindustrian.

Manakala dari sutu pandangan teori ekonomi pula, kemampanan boleh ditakrifkan dari
segi memaksimunkan kebajikan dari masa ke masa. Kebanyakkannya, ahli ekonomi telah
mengenal pasti cara untuk memaksimunkan kebajikan dengan memaksimunkan utiliti yang
yang diperolehi daripada penggunaan. Antara unsur-unsur kebajikan manusia yang perlu di
penuhi oleh manusia ialah makanan, pakaian, perumahan, pengangkutan dan kesihatan serta
pendidikan. Kebajikan-kebajikan ini perlu dipenuhi oleh manusia melalui sektor ekonomi dan
menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan yang tinggi dalam sektor tersebut. Namun
isu ini berkaitan alam semulajadi. Permintaan yang tinggi ini perlu diseimbangkan dengan
sumber semulajadi untuk mengelakkan berlakunya sebarang kepupusan. Pemampanan perlu

4
dilaksanakan secara meluas terutamanya dalam sektor ekonomi yang merupakan sektor yang
memberi impak yang besar terhadap sumber semulajadi.

Herman Daly mencadangkan bahawa pembangunan lestari boleh dioperasikan daripada


segi pemuliharaan sumber semulajadi (Jonathan Harris, 2000). Sehubungan dengan perkara
tersebut, matlamat yang disasarkan oleh dasar ini adalah menghadkan penggunaan sumber dan
memastikannya sentiasa berada pada tahap yang mampan. Manakala sumber yang tidak boleh
diperbaharui peraturannya adalah untuk melabur semula hasil daripada eksploitasi sumber
yang tidak boleh diperbaharui ke dalam pelaburan dalam modal semula jadi yang boleh
diperbaharui. Jika diteliti, jika matlamat tersebut dipatuhi oleh semua pihak ianya dapat
mengekalkan stok sumber semulajadi secara berterusan pada tahap yang stabil selari dengan
populasi manusia. Oleh itu, dengan sumber yang mencukupi tersebut akan secara langsung
mengekalkan kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan dan menjamin kehidupan mereka.

Selain itu, pembangunan lestari juga boleh dilihat daripada segi masyarakat itu sendiri.
Hal ini adalah kerana, pembangunan lestari melalui aspek ekonomi boleh dilaksanakan
terhadap masyarakat tersebut dengan mentransformasikan ekonomi masyarakat demi
menjamin kesejahteraan mereka. Jika dilihat dalam satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nur
Syufaat Bin Jamiran dan Seow Ta Wee iaitu Kelestarian Transformasi Pembangunan
Sosioekonomi Orang Asli. Seperti yang kita sedia maklum bahawa orang asli merupakan
golongan minoriti pribumi yang masih tinggal di kawasan-kawasan hutan. Oleh disebabkan
gaya hidup mereka sebegitu rupa, jadi mereka agak ketinggalan jika nak dibandingkan
penduduk di luar bandar atau bandar. Transformasi ini dilaksanakan bukan bertujuan untuk
mengikis nilai budaya mereka, namun cuba untuk menjamin kesejahteraan hidup melalui
transformasi ekonomi.

Transformasi ini dlaksanakan adalah untuk mengelakkan mereka tercicir daripada arus
pembangunan negara dan supaya tidak berlaku sebarang pengabaian dalam masyarakat tidak
kira pedalaman, luar bandar atau bandar. Jadi matlamat utama transformasi berkenaan adalah
untuk meningkatkan taraf ekonomi Orang Asli dengan menjadikan perkampungan mereka
sebagai satu kawasan pelancongan. Antara langkah yang dicadangkan ialah Pembayaran Untuk
Perkhidmatan Persekitaran (PES). Ia merupakan salah satu langkah bagi menjamin kehidupan
semulajadi dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti persekitaran dan penjagaan Taman
Negara. PES ini juga dapat membantu dalam mengekalkan tradisi Orang Asli tersebut dan
mengelakkan daripada nilai-nilai dan unsur mereka ditelan zaman. Program PES didapati
mampu diaplikasikan dengan memelihara dan memulihara warisan tradisi Orang Asli (Syufaat
Jamiran dan Seow Ta Wee, 2013). Hal ini dilihat dapat memupuk kesejahteraan terhadap Orang
Asli dengan berlakunya peningkatan taraf hidup dan taraf ekonomi.

Peningkatan taraf ekonomi ini boleh dilihat menerusi penglibatan Orang Asli dalam
proses-proses pembangunan masyarakat. Pembangunan mampan dari segi ekonomi dalam
masyarakat Orang Asli boleh diteliti apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam
pekerjaan ekonomi pelancongan di Taman Negara. Mereka ini dilihat telah bertugas sebagai
pemandu pelancong, pemandu bot dan menjadi ikon budaya. Oleh hal demikian, dengan
wujudnya peluang-peluang pekerjaan tersebut telah membuka peluang masyarakat Orang Asli

5
untuk berinteraksi antara masyarakat luar. Secara ringkasnya, pembangunan mampan melalui
perspektif ekonomi adalah penggunaan sumber semulajadi secara berhemah dan menjamin
kehidupan Orang Asli demi meningkatkan kehidupan mereka.

PEMBANGUNAN MAMPAN: SOSIAL

Aspek yang ketiga dalam pembangunan mapan adalah sosial, sistem sosial yang mapan adalah
pengagihan yang telah mencapai ekuiti, peruntukan yang mencukupi dan perkhidmatan sosial
termasuk kesihatan dan pendidikan, kesaksamaan gender (Jonathan Harris, 2000). Sistem
sosial ini boleh merangkumi sistem sosial negara, keluarga atau organisasi. Pembangunan
sosial yang mampan adalah merupakan satu organisasi yang aman, sejahtera dan harmoni.
Selain itu, amatlah penting dalam menentukan kemampanan sosial terletak dalam takrif nilai-
nilai sosial. Definisi kebiasaan sosial ialah perkongsian pengetahuan dan rangkaian organisasi
yang berkaitan misalnya kerajaan, badan kehakiman, tentera, sistem pendidikan, sistem
kesihatan, sistem perbankan, badan amal dan lain-lain yang meningkatkan potensi individu
yang berkesan (Andi Widok, 2009).

Nilai yang diketengahkan dalam pembangunan mampan sosial ini adalah ketelusan,
keadilan, keseimbangan, kesaksamaan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan untuk
mencapai perlindungan, promosi, dan pemeliharaan nilai-nilai ini untuk generasi akan datang.
Oleh itu, pembangunan sosial sangat memetingkan masyarakat untuk membina kesejahteraan
berasaskan sektor sosial. Namun kebimbangan dalam kemampanan sosial adalah bagaimana
individu, komuniti dan masyarakat secara langsung antara satu sama lain untuk mencapai
objektif model pembangunan, yang mereka pilih untuk diri mereka mengambil sempadan
fizikal tempat mereka dan planet bumi secara keseluruhannya. Kemampanan sosial ini
berpunca daripada tindakan sosial individu dan masyarakat yang terdiri daripada pembinaan
keupayaan dan pembangunan kemahiran ketidaksamaan alam sekitar dan ruang.

Pembangunan mampan sosial ini sangat berkait rapat hubungannya dengan implikasi
ekonomi dan alam sekitar. Tujuan pembangunan mampan adalah bersandarkan untuk
mewujudkan komuniti yang sejahtera dalam kualiti hidupnya. Komuniti yang sejahtera pula
merupakan sebuah komuniti yang dapat meneruskan kehidupan merentas generasi di mana
generasi pertama merasa selesa, selamat dan sesuai meneruskan kehidupan dan memupuk
kehidupan generasi seterusnya (Abdul Samad, 2004). Pembentukan identiti pada tahap
komuniti digambarkan melalui kaedah analisis rekabentuk bandar yang memberi penekanan
terhadap pengekalan kepada fascade, fungsi dan aktiviti. Tiga masalah utama awam dalam
perancangan bandar bermula dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan awam yang bukan
sahaja untuk mengelak dan menyelesaikan masalah, bidang ini juga perlu untuk membentuk
‘kebahagiaan’ dan ‘kesejahteraan’ dalam masyarakat.

Jika melihat pandangan aspek pendidikan dalam pembangunan mampan sosial,


penglibatan pelajar dalam konsep kelestarian dan kemampanan sudah mencapai satu tahap
yang boleh dibanggakan. Pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable
Development, ESD) secara umumnya merupakan suatu proses untuk membangunkan
keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada pada para pelajar (Hanipah Mahat,

6
2014). Pendidikan merupakan agen utama dalam menyebarkan konsep-konsep serta ilmu
pengetahuan berkenaan dengan kemampanan yang menjadi satu prinsip baru bagi negara kita.
Hal ini adalah kerana pelajar dapat mengaplikasikan keputusan dalam sebarang perimbangan
alam sekitar. Penekanan ESD ini sangatlah penting dalam memupuk sikap dan nilai dalam diri
pelajar untuk lebih terbuka dan terdidik akan kepentingan kelestarian.

Pendidikan pembangunan lestari ini telah dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2001
dengan perancangan pelan pembentukan program sekolah lestari dan mula dimulakan secara
formal pada 2005 menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar di Malaysia
(SLAAS). Fokus utama Program SLAAS adalah bagi memperkukuhkan proses pelaksanaan
pendidikan alam sekitar yang sedia ada dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, Program SLAAS juga
diharap dapat membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya
peringkat negara (Hanipah Mahat, 2014). Hal ini akan memberi kesedaran yang tinggi dalan
diri murid dan membina jati diri untuk lebih bersikap kelestarian dan memainkan peranan
membentuk masyarakat yang sejahtera kesan daripada tahap kesedaran yang tinggi tersebut.

Dalam pendidikan pembangunan lestari tidak menetapkan pihak mana yang


memainkan peranan yang lebih besar atau dominan dalam memberi pendidikan lestari terhadap
anak-anak mereka. Namun sebagai ibu bapa yang merupakan insan yang terdekat yang
memainkan pengaruh yang tinggi terhadap anak seharusnya mengorak langkah awal dalam
memberi kesedaran berkenaan dengan kelestarian. Mereka adalah model untuk anak-anak
contohi dan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk pembangunan sahsiah, sikap, nilai,
tingkah laku, tabiat dan kemahiran bagi generasi muda masa kini. Oleh itu ibu bapa perlu
memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar kesedaran tersebut unutk membina
generasi yang akan datang ayng lebih peka, mahir dan mempunyai nilai yang tinggi terhadap
kelestarian kerana ianya penitng untuk menjamin keseimbangan generasi yang akan datang di
samping menyediakan persekitaran yang terbaik buat mereka. Ringkasnya, pendidikan
terhadap pelajar berkenaan dengan kelestarian amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan
dalam masyarakat.

7
KESIMPULAN

Pembangunan mampan mempunyai tiga aspek yang menyokongnya iaitu alam sekitar,
ekonomi dan sosial. Ketiga-tiga aspek berkenaan amat berkait rapat dan saling bergantung
antara satu sama lain. Pembangunan mampan yang digiatkan dalam tiga aspek tersebut adalah
bertujuan semata-mata mengekalkan keseimbangan yang dinamik antara populasi manusia dan
bumi mengikut peredaran masa. Hal ini adalah kerana generasi masa kini perlu untuk
mengekalkan sumber yang mencukupi untuk kegunaan generasi akan datang. Kelestarian ini
perlu dipupuk oleh semua lapisan masyarakat dan bukan hanya terhad kepada pelajar sahaja
semata-mata untuk memenuhi silibus pembelajaran. Golongan dewasa juga perlu dididik
berkenaan dengan lestari untuk memupuk kesedaran yang tinggi dalam diri mereka dengan
cara yang sesuai dan berbeza. Pemupukan ini sangat penting dalam membudayakan masyarakat
yang hidup harmoni dan aman serta sejahtera menerusi nilai dan sikap lestari.

Oleh itu, sememangnya tidak dinafikan negara kita sememangnya masih kurang
kesedaran dalam kelestarian dan masyarakat mempunyai maklumat yang sangat terhad dalam
aspek kemampanan. Seharusnya, pelbagai pihak bersatu dalam mewujudkan masyarakat yang
celik lestari. Selain itu, kerajaan juga perlu memainkan peranan yang tegas dalam
penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan dengan alam sekitar yang menekankan
konsep kelestarian. Dengan kerjasama daripada semua pihak, tidak mustahil kita sebagai
sebuah negara yang sedang membangun akan dapat mencapai matlamat dan dasar kita dalam
mewujudkan masyarakat yang seimbang dan sejahtera menerusi kelestarian yang perlu dicapai
bersama-sama.

8
RUJUKAN

Hadi, A. S., Idrus, S., & Shah, A. H. H. (2004). Persekitaran Bandar Lestari Untuk
Kesejahteraan Komuniti. Malaysian Journal of Environmental Management, 5, 3-29.

Harris, J. M. (2000). Basic Principles Of Sustainable Development.

Goodland, R. (1995). The Concept Of Environmental Sustainability. Annual Review Of


Ecology And Systematics, 26(1), 1-24.

Kates, R., Parris, T., & Leiserowitz, A. (2005). Environment: Science and Policy for
Sustainable Development. Date of Retrieval, 05, 2017.

Mahat, H., Ahmad, S., Ngah, M. S. Y. C., & Ali, N. (2014). Pendidikan Pembangunan Lestari-
Hubungan Kesedaran Antara Ibu Bapa Dengan Pelajar. Geografia: Malaysian Journal of
Society and Space, 10(5), 71-84.

Morelli, J. (2013). Environmental Sustainability: A Definition For Environmental


Professionals. Journal of environmental sustainability, 1(1), 2.

Sam, M., Aminah, S., & Ta Wee, S. (2013). Kelestarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti
Orang Asli.

Siwar, C., Ahmad Damanhuri, N., Aziz, A. G., & Aziz, S. (2011). Rancangan Pembangunan
Malaysia: Menyingkap Isu Tukar-Ganti (Trade-Off) Antara Pertumbuhan Dan Kelestarian.

Widok, A. (2009). Social Sustainability: Theories, Concepts, Practicability. Environmental


Informatics and Industrial Environmental Protection: Concepts, Methods and Tools, 1-9.

Yusof, F., Rostam, K., & Muhammad, Z. (2008). Bandar Berdaya Saing Vis-A-Vis
Pembangunan Bandar Lestari: Suatu Wacana Tentang Pembangunan Bandar Di
Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 4(1), 85-98.